Ilusi Atau Realiti

Semalam, sesuatu yang agak menakutkan berlaku pada aku, iaitu malam pertama aku bermalam di kolej zamrud. Tapi aku pon tak pasti jugak sama ada benda nie ilusi atau realiti. Semalam aku tido agak lewat sebab tak berapa nak mengantuk. Dalam kebosanan yang teramat sangat tu, aku pon layan la series korea yang bertajuk Witch Yoo Hee. Agak seronok ar cerita nie, banyak babak yang lucu, tengah aku layan tengok citer nie, tak cilap aku, time tu lebih pukul 3pagi, Tetiba aku dengar macam ade suara garau yang macam marahkan aku dari tingkap. Dah la, bilik yang aku menginap nie tinggap 8, so agak mustahil la aku suara orang dari luar. Aku pon terus bangun dari kerusi dan mengintai dari luar tingkap. Memang tak nampak pape. Kebetulan time nie, member aku xde kat bilik sebab tengah sidai baju kat ampaian. Aku pergi la bilik sebelah tengok kalau member aku saje nak bergurau ke ape ke. Tapi aku tengok sorang tengah semayang. sorang lagi tengah tido. Pelik gak aku. Aku pun buat tak tahu dan sambung balik cerita tadi. Bila kawan aku masuk jer, aku pon cerita la kat die. Dia cakap, dia pon pernah gak macam kena sergah kat orang time tido, tapi x tahu sape. Aku pun x tahu la sejauh mane kebenaran nye, tapi ape yang aku cerita nie memang x tipu. Malam semalam agak lewat ar aku tido, x cilap aku pukul 5.30 baru kitorang tido. Alhamdulillah tak de pape yang berlaku.

Comments

Popular Posts