Skip to main content

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari


  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND
Tips Bajet ke New Zealand

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan.

1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast)
2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage)
3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage)

*Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe)
Nilai Dollar NZD dah ditukarkan ke RM dengan tukaran NZD1 = RM3

6/8/2016
Sampai di Airport dah petang so aku stay je kat Airport untuk amik flight ke Queenstown pukul 7 pagi esok.

Simcard Vodaphone : RM150/2 orang = RM75* (200 minutes free call + 3Gb data plan)
Dinner Kebab Pita Pit : RM38.40*
(Pita Pit ni tak certified Halal tapi ade option untuk pilih daging yang Halal. Dorang akan amik daging Halal dan masak dekat tempat masak yang berasingan dengan yang tak Halal. Kalau nak murah ko bawak bekal dari Malaysia je. Simcard pulak perlu sebab nak google direction senang.)

Jumlah Hari Pertama : RM113.40

Airport Queenstown. Kecik dan lawa.

7/8/2016
Sampai di Aiport Queenstown terus pergi amik kereta yang kitorang dah booked dari Malaysia iaitu dari Apex Car Rental. Lagi lama korang sewa lagi murah dan nak murah lagi share 4 orang satu kereta. Aku pergi berdua je so rugi la sikit. Kereta dapat dengan minyak yang penuh so bila hantar nanti kena isi penuh jugak)

Nisan Tiida (Sedan ) : RM63/hari x 10 hari = RM630/2 orang = RM315
Snow Chain : RM75/2 orang = RM37.50* (Kalau tak amik pon okay sebab aku datang time snow so ingat ade snow atas jalan. Ruapanya tak de. Rugi je RM75)

Shopping Groceries di Countdown : RM30/hari x 10 hari = RM300 (di South Island sahaja)
**Groceries ni memang dah bajet dari Malaysia nak spend RM30 je sehari. Alhamdulillah mencukupi sebab harga groceries tak semahal makanan yang dah siap dimasak. RM300 untuk 10 hari ni pon dah rasa terlebih sebab aku siap bawak yang lebih tu ke Auckland.

Penginapan X base Travel Auckland : RM45/malam x 5 malam = RM225
(Hostel Backpackers yang cukup selesa untuk tidur cumanya wifi tak xde. Kalau nak wifi kena  caj berasingan)

**After checked in, masak untuk makan tengahari dan jalan-jalan sekitar Pekan Queenstown. Cantik giler Baq Hang!

Jumlah Hari ke-2 : RM877.5
(Jumlah hari ke-2 ni banyak sebab aku dah bayar lumpsum untuk semua perbelanjaan hari-hari seterusnya)

Permandangan di Tasik Wakatipu sama lu. hahaa...

8/8/2016
Gerak ke Kawarau Bridge untuk tengok orang main Bungy Jumping and Zip Ride. Pergi tengok je so tak perlu bayar pape. Kalau nak try Bungy Jump, sekali terjun RM585. Untuk Zip Ride pulak RM150 seorang. Telan air liur je mampu.

Tengahari balik masak lepas lunch terus ke Gondola untuk main Luge. Pakej Luge ni dah book dari Malaysia so dapat best deal untuk Gondola + 4 x Luge RM147. Kalau book kat sana 1 Luge je dah RM36. Gondola sahaja RM99. Ingatkan nak stay sampai sunset tapi disebakan atas bukit tu ade snow, so terus turun sebab tak tahan sejuk. 

Jumlah Hari ke-3 : RM147*
(Optional jugak sebab kalau ko just nak sampai atas je so bayar gondola je la. Tak pon nak cuba try 1 Luge je ataupun tak nak naik langsung atas tu so tak perlu la bayar. Hehe…)

Litar Luge. Best woo... MUST Do in Queenstown.

9/8/2016
Pergi ke Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat untuk Ski kat Wilayah Otago tapi paling dekat dengan Queenstown ialah The Coronet Peak. Boleh tengok free. Ko nak amik gambar orang main ski sedekat yang mungkin pon boleh. Xde bayaran diekenakan.

Tapau makanan siap-saip dan makan di Arrowtown. 

Arrowtown ni ialah sebuah pekan kecil yang dulunya ialah sebuah tapak melombong emas tak silap. Aku ni bab sejarah memang hampeh sikit.

Otw balik singgah Lake Hayes dan Kevin Height. 

Jumlah Hari ke-4 : RM0

Permandangan dari sebuah taman di Kevin Height.
10/8/2016
Kitorang amik ski pakej sehari di Cadrona. Cadrona ni jauh sikit dari The Coronet Peak tapi dengar-dengar sini macam paling best kat Wilayah Otago. Kitorang amik Beginner Package iaitu ade 2 kali kelas pagi dan petang. Tengahari break jap untuk lunch. Lunch tapau siap-siap dari Hostel.

Skii Beginner Package : RM450 + (Goggle + helmet Rental) *
(Optional sebab kalau ko pergi musim summer takkan nak main ski jugak kan? Hehe… Goggle ngan Helmet tu x yah sewa pon tak pe sebab aku tengok ade je yang tak pakai)

Jumlah hari ke-5 : RM450

Main ski di Cadrona.

11/8/2016
Sepatutnya plan asal nak pergi Mildfort Sound tapi perjalan lebih kurang 300km lebih so kitorang tak jadi pergi sebab penat giler main ski semalam. Dah la kaki aku kiri kanan melecet. So hari ni aku jalan-jalan pusing pekan Queenstown je. Lepak makan kebab menghadap view yang cantik tertarik memang daboom.  

Turkish Kebab : RM30* (Small)
(Optional jugak tapi aku sarankan korang cuba sebab kebab kat Queenstown ni paling sedabp walaupun mahal dari Auckland. Banyak pulak tu daging. Aku siap tak habiskan makan. Sambung makan kat Queenstown Park.)

Jumlah hari ke-6 : RM30

Lepak makan kebab sambil jalan-jalan di Queenstown.

12/8/2016
Bertolak ke Mount Cook. Isi minyak kereta di Cromwell sampai penuh tank dulu. Tank tak sampai E lagi tapi terus isi sebab risau otw nak pergi Mount Cook Stesen Minyak tak tahu mana. Permandangan sepanjang jalan memang lawa teramat sangat.

2 kali stop iaitu ambil gambar iaitu di Lindi’s Pass dan Lake Pukaki.

Sampai di Mount Cook terus ke Hooker Valley. Yang ni nanti aku cerita dalam satu entry khas. Penglaman paling best aku kat sana. 

YHA Hostel Mount Cook : RM114
Minyak Kereta : RM141/2 orang : RM70.50


Jumlah Hari ke-7 : RM184.50

Hooker Valley

13/8/2016
Lepas check out, masuk Tasman Valley jap then terus gerak ke Lake Tekapo. Singgah berenti amik gambar along the way to Lake Pukaki. Siap tumpangkan minah France yang nak Hitch Hike ke Lake Tekapo.

Petang tu ingat nak hike ke Mount John tapi track licin so tak jadi hike.

Bermalam di Tailor Made Backpackers Hostel. Aku suke hostel ni sebab macam homestay. Siap ade bela ayam dan arnab. Malam di Lake Tekapo kitorang ke tasik untuk Stargazing. Kebetulan jumpa sorang Chinese Malaysian yang sangat ramah dan banyak share ilmu pasal meteorology. Memang buat kerja giler habis sebab pepagi buta dalam suhu -3˚C kat tengah kawasan lapang nak tengok milky way tapi mengecewakan sebab terlalu banyak light pollution.

Tailor Made Backpackers Hostel : RM102

Jumlah Hari ke-8 : RM102

Glacier look out point di Tasman Valley
Lake Tekapo

14/8/2016
Sebelum gerak ke Arthur’s Pass, isi minyak dulu kat Lake Tekapo RM150. Jauh jugak dari Lake Tekapo nak ke Arthur’s Pass. Sebelum sampai ke Arthur’s Pass stop kejap kat Castle Hill. Tempat yang aku nak sangat pergi. Puas hati dapat pergi. Kalau sesape lalu route ke Arthur’s Pass boleh la Singgah Castle Hill.

Bermalam di Mountain House di Arthur’s Pass. Masa sampai ni hujan so kitorang tak dapat nak jalan keluar sangat.

Mountain House : RM93
Minyak Kereta : RM150/2 orang = RM75

Jumlah Hari ke-9 : RM168

Castle Hill. Besar batu ni. Boleh nampak cinonet je manusia kat belah kanan tu.

15/8/2016
Selepas check out aku ke Devil’s Punchbowl Waterfall. Track nak ke air terjun ni kena mendaki sikit tapi view dalam hutan tu memang lawa. Macam mossy forest Gunung Irau. Devil’s Punchbowl Waterfall ni ialah air terjun plg lawa aku pernah tengok setakat ni. Hehe…  Aku rasa lagi lawa kot. Lepas tu terus gerak ke Christchurch.

Check in di Kiwi House selama 2 malam di Christchurch. Lepas check in tak pergi memana sebab penat drive. So hari ni just duduk bilik main internet je sampai puas. Malam tidur. Hehe…

Jumlah Hari ke-10 : RM0

Devil’s Punchbowl Waterfall

16/8/2016
Pagi tu gerak ke Hills Port tapi jauh pulak tengok map. Padahal dah sampai Dyers Pass tapi kitorang patah balik sebab minyak kereta dah nak E dan malas nak isi. Haha…

Petang tu aku sorang-sorang pusing Bandar Christchurch. Pergi Canterbury Museum dan Christchurch Botanic Garden dan kawasan sekitar. Jauh jugak menapak tapi puas.


Jumlah Hari-11 : RM0

Christchurch Botanic Park

17/8/2016
Lepas breakfast terus gerak ke Airport sebab nak kena hantar kereta. Sewa dari Queenstown dan hantar di Christchurch. Sebelum hantar, isi minyak dulu sampai penuh. Fly dari Christchurch ke Auckland.

Sampai di Auckland, beli At Hop Card. Macam kad Tough & Go. Satu card RM30 lepas tu top up RM30. Di Auckland bermalam di X base jugak di Queen Street. Betul-betul tengah Bandar Auckland.

Minyak kereta : RM193.50/2 orang = RM96.75
At Hop Card + Top up : RM60
Groceries : RM36 (Untuk 4 hari di Auckland. Kedekut kan? Haha….)
X Base Travel Auckland : RM45/malam x 3 malam = RM135

Jumlah Hari ke-12 : RM291.75


18/8/2016
Aku jalan kaki sesorang ke Mount Eden, Auckland National Museum dan a few tempat-tempat menarik di sekitar badar Auckland. Makanan  tapau dari hostel.

Petang plak aku ke Harbour sebab nak kejar sunset. Sebelum nak sunset sempat survey harga feri ke beberapa pulau sekitar Auckland tapi fikir bajet dulu lepas ke tak. Hehe… Actually cukup je tapi malas nak pergi sebab sejuk-sejuk pergi main kat pantai macam sengal jugak.

Sebelum ke Harbour aku pergi makan nasi lemak. Excited jumpa nasi lemak.

Nasi Lemak Ayam Goreng : RM40.50*

Jumlah Hari ke-13 : RM40.50

Mount Eden. The highest peak in Auckland.

19/8/2016
Lepas breakfast gerak ke Dress mart Outlet di Onehunga. Dress Mart ni macam JPO atau Mitsui Oulet. Barang branded kat sini murah giler. Sempat rembat satu sandal. Otw balik jumpa kedai bundle, beli satu t-shirt RM15 je sehelai. Kualiti memang kebabom. Banyak yang cantik tapi bukan size aku. Size mat saleh kan besar macam hape. Pastu singgah Park & Save beli chocolate as souvenirs untuk kawan rapat. Harga di rahsiakan. Haha….

At Hop Top Up : RM18
Rice Kebab : RM15*

Jumlah Hari ke-14 RM33

Kapal layar di pelabuhan berdekatan Britomart.

20/8/2016
After check out. Pusing-pusing Bandar Auckland. Lepak kat satu square sambil bagi makan merpati ngan seagulls makan dan masuk art museum kat Queen St.

Petang terus ke Airport dan balik Malaysia Tanah Airku yang ku cintai. Cantik tempat orang pon, Malaysia jugak paling best. Hehe…

Chicken + Chips : RM22.5*
Top Up Ad Hop : RM12


Jumlah Hari ke-14 RM34.50
 

Jumlah Keseluruhan tidak termasuk perbelanjaan ‘Optional’ dan tiket penerbangan : RM1616.25**
Jumlah Keseluruhan tidak termasuk perbelanjaan ‘Optional’ sahaja : RM3117.25


Jumlah Keseluruhan tanpa Tiket Penerbangan : RM2472.15** (Termasuk Perbelanjaan 'Optional')
Jumlah Keseluruhan termasuk Tiket Penerbangan : RM3973.15

**Sebab aku cuba asingkan harga tiket penerbangan ialah harga tiket semasa besar kemungkinan adalah berbeza. Mungkin boleh dapat lagi murah atau lagi mahal dari harga yang aku beli.







Comments

  1. Cantik gambar-gambar yang diambil. Bawa kamera apa ke sana?

    ReplyDelete
  2. Salam.. nk tny, kenapa la sy tgk tix Jetstar dr Auckland ke Chrch mahei.. adui... bole bg tips x mcmna dapat murah gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tiket ni bermusim... so tips nya kena slalu cek. Kadang nasib jugak kalau dapat murah ni. hehee

      Delete
    2. ha... ok2... slalu jugak bukak tp x dpt2 yg murah lg.. huhuhu

      Delete
  3. bestnyaa..bila la nak smp nz huhuuu

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Azwan, sis nak tanya ttg pengalaman rental nissan tiida melalui apex car rentals. kereta in good condition?, then nak tanya pendapat better we choose zero excess or only basic.. need to plan and booked since nearby MARCH.

    ReplyDelete
  5. Salam, nak g Christchurch planned for 8 days cam gitu. Tapi tak tau nak start camana? Boleh bagi advise.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh follow route yg kami guna. Cumanya skip 2 hari di queenstwon.

      Delete
  6. assalam encik. nak tanya masa encik pergi tu kan musim sejuk. jalan dia ok x. sebab sy pun nak gi bln 8 ni insyaalah. sewa kereta kat apex tu akan cas harga lain ke kalau pick up and drop off kat tmpt berlainan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, jalan okay je. Xde salji pon atas jalan masa ktorg pergi. Cumanya masa kat Mount Cook je ade sikit. Xde caj tambahan.

      Delete
    2. Salam.hai..pon nk tnye sbb sy akn ke NZ bln 8 next year..akn bwk baby 4mths iAllah..ade tips x?

      Delete
  7. Salam. Nak tanya, sewa kereta kat Apex tu Rm63 sehari ke NZD63 sehari ye? Sbb saya search kat Apex ni xdapat harga RM63.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM63 sehari (NZD21). Kitorg dapat best deal kot sbb winter season murah skit rasanya.

      Delete
    2. rasanya yg ni murah sebab basic insurance yg NZD2000 payable if the car is damaged kan? other insurance plans mahal la sikit harga oer day ni

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Assalam.. nk tanye masa transit dkt goal coast kne apply visa ke?

    ReplyDelete
  10. Xyah sbb x kluar dari airport pon dan sekejap sangat je.

    ReplyDelete
  11. Kalau Jun kat New Zealand dah winter k? Macam mana dengan keselamatan dan orang-orang sana; ramah dan suka tolong ke? Ada plan nak pergi dgn famili tp sy ni tahap adventures tak tinggi, keraguan yang lebih.

    ReplyDelete
  12. menarik ni..kalau bwk family ade anak2 kecik (2 & 3 yrs) hostel tu sesuai tak?

    ReplyDelete
  13. kalau bwk ank2 kecik (2&3 yrs), hostel tu sesuai tak? or ade better accomodation utk family? satu lg semua hostel ni ade tpt masak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hostel tu x sesuai. Better cari yg lain. ehehe

      Delete
  14. salam..nak tanya pendapat..sbb ambik 4 hari je ke south nz..patut x pegi milford sound..sbb jauh kan nak g sana..sebabkn org kata wajib pegi sana..so dlm dilema..hehe..lg satu, patut spend time kat dunedin atau queenstown? rugi x kalau skip dunedin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tolong jawabkan aci tak? hihi.. milford sound wajib pg kalau smpat. sbb jalan dari te anau ke milford sound tu adventerous, superb and ada the famous Homer Tunnel. dunedin is more like historical city, with the railway station yg famous tu, and nearby places to visit ada the elephant rocks and boulders beach. me personally, i prefer spend time dekat queenstown. sbb even though you tak buat the expensive activities (ski, bungy etc), but still you get to spend time watching them doing it. haha. 4 hari tu sangat singkat, choose wisely. kalau nk more adventerous, spend at least one day with activities mcm trekking kat hooker valley, tasman valley, or devil's waterfall mcm encik azwan ni..

      hopefully this'll give you some ideas on how you'd spend your 4 days in south island. :)

      Delete
    2. Hi fara. Cmne nk contct awk ye? Sy nk mntk ur opinion for my NZ trip 😊

      Delete
  15. allhamdulillah dah penah sampai cantik sangat nz ni.....rinduuu moment tu

    ReplyDelete
  16. Best nyer. Simple entry yet useful sangat-sangat. tengah plan nak bawak anak-anak ni.

    ReplyDelete
  17. Salam. Perlu visa ke transit di Gold Coast? Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Camna awak dpt flight kl-auck begitu murah?sy google dh berbulan2...AA (tanpa food,baggage) range rm 1987-2100

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan ke new zealnd bulan 8 ni. Alhamdulillah dapat tiket murah. Kena alert dgn promotion air asia. =)

      Delete
  19. Alah bestnya. Gambar pun cantik cantik. Nak kena pergi NZ jugak ni... Hadoi.
    Perkongsian yang sangat menarik. Thanks!

    Kalau pergi solo safe tak?

    ReplyDelete
  20. Salam
    Nak tanya bulan okt 2017 tu musim apa ye?
    Boleh tak bg tips utk pcutian budget di north island shj
    Kami pergi 12 okt hgg 18 okt je

    ReplyDelete
  21. Salam
    Nak tanya bulan okt 2017 tu musim apa ye?
    Boleh tak bg tips utk pcutian budget di north island shj
    Kami pergi 12 okt hgg 18 okt je

    ReplyDelete
  22. Saya akan ke new Zealand 8 may ni. Nak tanya. Kene apply visa ke utk stay sana less than 3 bulan?

    ReplyDelete
  23. Hehehe murahnyaaa..kami sewa campervan saja dah hampir 10k.. nzD3000 lebih..tak termasuk harga2 campsite lagi..mkn minum dan minyak..kami pergi november..Mmg time ramai pelancong tu..sebab summer..apa2 pun..nak jimat travel boleh je bukan summer..Cuma tak boleh tengok Lupin la kat Tekapo tu dan banyak disepanjang jalan2...Bagus sharing...Aukland saja kami tak pergi lagi...

    ReplyDelete
  24. dekat north island ade train x?

    ReplyDelete
  25. Sukanya New Zealand, cantik-cantik! InsyaAllah, nak pergi jugak one fine day :)

    ReplyDelete
  26. Salam.

    Insha Allah bulan July 2017 saya, suami & my daughter akan visit NZ for a month. 1 week at each town, QueensTown - ChristChurch - Wellington - Auckland.

    Saya nak tanya, di Queenstown tuh sejuk sgt ke ? Sbb saya will be staying area Cardrona. Risaukan anak kecil ni.

    Kalau awak dapat pg seminggu seminggu di QueensTown, mana lg tmpt yg menarik kat situ awak suggest ?

    Saya rental kereta juga dari Apex. Perlu ke ambil GPS ? Sbb saya igt nk kurangkan cost, xambil GPS and pakai Waze je. Tp risau plak tgh gunung ganang tetiba xde line. Kalau dah booked the car and diaorg dah deduct from credit card mcm mana kita nak add GPS ek ?

    Oh 1 lg nak tanya, bila pg ambil kereta kat airport tuh, kunci ambil dari mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.... Sejuk jugak. Sy yang dewasa ni pon mcm x tahan sngat sejuk masa kat sana. Tapi kalau guna pakaian yg sesuai mungkin okay kot.

      Boleh ikut tempat yg kami pergi, kami pon stay seminggu jugak kat queenstown. Tapi boleh include ke Mildford Sound dan Glenorchy.

      Tak perlu GPS xpe. Gune google maps atau waze je. Google maps boleh guna walaupun xde coverage sbb google maps boleh guna masa offline tp nak search location tu kena ade internet la. Dah gerak tu nak off pon boleh. Call org apex tu, nanti die pick up kat airport.

      Delete
  27. Salam nk tnye pergi sana mmg total kena guna credit card ke? debit card tk boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kena aktifkan utk penggunaan antarabngsa

      Delete
  28. Salam nak tanya. Boleh ye kalu sewa kereta di Queens town dan pulangkan kembali tempat lain (Christchurch).?

    ReplyDelete
  29. hai azwan, book utk Gondola + 4 x Luge RM147 dari web mana?

    ReplyDelete
  30. Hi azwan. nak tanya sikit. masa beli tiket airasia dan jetstar kena letak 'bin' or 'binti' juga kah? Just nak tahu sebab nak travel in a group ke NZ next year.

    ReplyDelete
  31. azwan u pergi backpacker ok ke x de mslh ke kat sana, kalau pegi 2 org ok ker, pastu aku nk tahu visa perlu ke utk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup backpacking. Xde masalah pon. Ktorg mmg pergi berdua. Tak perlu visa pon.

      Delete
  32. HI azwan...nk tanya...time kat auckland tu..leh travel by train /bus je ke or kene amik kete sewa jgk? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auckland boleh guna public transport. Ade train dan bas. Nak sewa kereta pon boleh tapi kami gna public transport je.

      Delete
  33. aduiii... bestnya... mmg satu hari akan cuba sampai juga ke sana... kos ni mmg betul rega ni erk.. haha rasa tak percaya.. terus rasa semangat nak pergi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup harga yg betul. Semua dah include kecuali souvenir je. hehee

      Delete
  34. Thanks for the sharing. Sgt2 membantu nk buat bajet n itinerary.

    ReplyDelete
  35. hai nak tanya mcm mana awak dpt car rental murah mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin promo kottime tu. ramai jgak gtaw dorg book x dpt harga tu.

      Delete
  36. Dress mart tu best ke? boleh tak nak tahu camne book kereta sewa tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak. Bnyak brg murah. Book kereta melalui official website Apex.

      Delete
  37. hai azwan..nak ty tido kt x base auckland tu booking dlu ke walk in je..beza tak harga die antara 2 tu?

    ReplyDelete
  38. mana lebih jimat, sewa motorhome atau sewa van untuk 6 org

    ReplyDelete
  39. Salam.
    Lawanya gambar.. btw nak tya, senang tak nak cari makanan halal kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat auckland senang, dekat tempat lain mc susah skit. Kalau ade pon 1 2 kedai je. Kedai kebab.

      Delete
  40. as salam bro...maaf iye...10/3/18..saya istri dan anak akan ke nz..14 hari..cadang nak sewa kreta dr north ke south...naik feri utk sbrang cook straits...ok ke...jzAkk atas jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je rasanya tapi kami sewa kat South je. Kat North kami guna public transport je.

      Delete
  41. as salam...guna kreta trus dr north ke south..ok iye

    ReplyDelete
  42. hii, itu backpackers memang sudah book sedia dari malaysia atau sampai sana baru cari, kalu mencari di sana mudah tak dapatkan homestay/backpackers murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah booked dari Malaysia. Nak book kat sana boleh je tp kalau nak dpt best deal better book siap2.

      Delete
  43. penginapan tu suda book sedia atau sampai sana baru cari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...