Cerita Aku Di Hujung 2011

Assalamualaikum...... Maybe nie post terakhir aku untuk tahun nie. Sob sob... sedih giler. Makin meningkat umur makin dekat dengan ajal. Cukup dah ke amalan aku nak bawak balik sana nanti? Allahualam.... Tadi aku baru je balik dari Mid Valley sebab pergi ke New York Skin Solution penipu punyer... Ari tu beriya-iya dia cakap kat aku dapat facial treatment free padahal bila pergi kena bayar beratus-ratus. Nasib baik la aku dah replace ngan someone else dan die la terpaksa bayar. Tapi harap dapat menag GA iPad 2 tu.

Ok bersambung kepada cerita tahun 2011 sebelum menjelma 2012. Aku nak cerita ape yang best pasal tahun 2011 yang bakal aku tinggal kejap je lagi. Mula-mula aku nak cerita pengalaman best yang aku lalui sepanjang tahun 2011.

1. First time dalam hidup aku ke luar negara iaitu kemboja. Walaupun asia tenggara je tapi ini lah pengalaman pertama aku merantau ke negara orang dan hasilnya juga membuatkan aku dengan pertama kalinya dapat menaiki kapal terbang. Aku tak malu sebab aku rasa masih ramai yang betul merasainya. Tapi bagi aku langsung x best naik kapal terbang.

Photo was taken in front of Istana ke bende ntah tapi kat Phnom Penh. bulan 2 nie pergi lagi skali ngan vietnam. Sejak ke Kemboja ritu, makin semangat aku nak travel ke luar negara. Kemboja merupakan tempat yang banyak mengajar aku erti hidup dan kekeluargaan.

2. Join program Homestay bersama geng-geng German & Us. Serius best. Fisrt time aku tidur satu katil ngan foreigner. Bukan nak cakap aku GAY, tapi benda yang kita tak sangka. Cam dulu kalau pergi mana-mana, nampak mat Saleh tengok jer. Tapi time dah macam family dah, duk satu rumah. Buat program same-same, makan skali sembang in ENglish ngan BI aku yg fluent giler vavi. Hohohoh..

Cube tengok perbezaan warna kulit aku dan dorang. Dari kiri Azwan(Anak Pak Salleh, bukan mat Saleh), Markus, Bastian, Luke and Torben. In between Bastian & Markus is Felix.

3. Dan sejak jadi Presiden PEERs, banyak sangat program yang aku involve dan sangat-sangatlah menyeronokan. I LOVE PEERs. Dengan PEERs dah bermacam tempat aku pergi, dan bermacam-macam ilmu aku dapat dan yang paling BEST bermacam-macam KAWAN aku jumpa.

There are so many people around us with different characteristic. Disini lah aku kenal siapa lawan-siapa kawan. But thanks sebab buat hidup aku penuh dengan pahit dan manis dalam menempuh arus kehidupan. kadang-kadang orang macam nie perlu jugak sebab nak ajar kite jadi lebih baik dimasa akan datang.

4. Bersyukur sangat dapat classmate yang sporting dan banyak tolong aku. Dan banyak jugak buat program yang merapatkan hubungan kita. Pergi broga hill, pergi Melaka, buat BBQ pagi-pagi hari yang memang 1st time aku pernah rasa. Hehehe.... Dulu masa diploma memang aku tak merasa semua nie. dan aku benci kenangan semasa aku buat Diploma.

Cina manalah menyemak kat hujung gambar nie. Nak jugak enterframe kat gambar kitorang. Siyes seronok bila korang buat something beramai-ramai macam trade mark Sunway Lagoon, "Rasai Keriangannya"

5. Tahun 2011 gak banyak gadget baru yang aku beli sebab tu duit biasiswa aku habis dengan cepat. Ya, aku memang seorang yang BOROS. Antara gadget yang aku beli, iPad, iPod nano, Camera olympus Om1n, Nokia cikai. So banyak la duit habes, bila dah xde duit, sibuk nak mengadai barang.

6. Dari dulu teringin nak pergi Zoo. But this year aku tercapai. Siap 2 zoo lagi aku pergi, Zoo negara dan zoo Melaka but both of it melalui persatuan. Dulu aku pernah pergi zoo taping, tapi aku pergi night safari so tak nampak sangat binatang. Cume yang nocturnal je la yg berkeliaran time tu.

7. Ade banyak lagi bende best, tapi aku dah malas nak menaip. Bila bab cerita mengenai azam baru, aku memang xde azam sebab azam sebelum nie pon aku lupe ape dan rase nye memang tak tercapai sebab azam aku memang extrem giler. So lebih baek xde azam sebab bende tu menghampakan aku. Boleh?

Cara Menghalau Nyamuk Dengan Mudah


Salam, kelakar,lawak and so on. hahahaha... Puas aku gelak. Tadi tengah bosan menunggu baju siap ibasuh oleh mesin basuh. Aku pon buka la page-page yang aku like kat FB. Then aku jumpe bende nie. Cube korang bace dan korang bayangkan kalau korang yang jadi Ustax tu, ape reaksi pertama korang dan camna korang nak jawab balik soalan tu. Berpandukan kepada soalan, xde la susah mane pon. Tapi geram jugak bila baca. hahaha.....



Nyamuk o nyamuk pandai jugak ko rupenyer. Baru aku tahu nyamuk nie kalau masuk rumah die akan masuk melalui pintu depan sebab nak tengok selipar ade tak kat rumah tu. Kalau ade baru terjah, kalau tak pergi cari rumah lain. Pastu kalau semua manusia tahu tektik nie berkesan mesti semua simpan kasut dalam rumah. Hahaha.... cube bayangkan mesti lawakkan. Bukan setakat nyamuk je tak masuk, tetamu yang datang pon konfius sama ada tuan rumah tu ade ke tidak.

Nie antara komen-komen yang diberikan dari soalan tersebut.



Kalau betula bende nie menjadi, mesti dah tak laku ubat nyamuk kat kedai tu... Semua men sorok selipar jer. hahaha.... So korang bila lagi nak cube. hahahaha

Peperiksaan Sekitar Selekoh.

Exam Around The Corner!!

Salam no mood nak update. Aku tak berape nak sihat. Sekarang study week, cuti sampai 3.1.2011. 4.1.2011 tu aku dah start exam. Sekarang ngah menunggu turn nak basuh kain. Orang sibuk study, aku sibuk buat report tahunan persatuan. Dateline kena submit before 4.1.2011. Kena siapkan cepat-cepat sebab aku nak study plak. Kat bawah nie jadual exam aku.

4 Januari 2012 - Hubungan Etnik
7 Januari 2012 - Calculus III For Engineers
10 Januari 2012 - Inditerminate Structure
19 Januari 2012 - Engineering Hydrology

Sem nie paper x banyak tapi semua tough giler vavi susah extrem complicated dan seangkatan dengannya. Soalan test pon macam soalan final. Lecturer macam saje je nak bagi kitorang tensio. Cary mark Indi paling rendah aku pernah dapat selama aku belajar kat UiTM. Tension. A tolak tepi. janji aku buat yang terbaik. Ok... sekarang aku nak pergi basuh baju.

Sampah 1HARI

Salam, ari nie berlaku satu perselisihan faham aku ngan housemate aku. Pasal satu plastik sampah yang aku tinggal kat luar rumah. Semalam budak rumah aku gotong royong bersih rumah tapi aku tak de sebab pergi kenduri kahwin. Sebelum pergi tu, aku ade bersih sikit, aku sapu bilik aku, aku angkat semua barang aku yang berselerak dan aku buang kotak-kotak yang ade kat belakang. Tapi memang betul pon sekejap sebab aku terpaksa rush nak g kenduri.

Masa pergi kenduri tu aku ade cakap kat kawan aku suh pergi sekajap je sebab aku ade kerja tapi sebab tempat tu jauh so amik masa la sikit. Time balik plak, aku tolong la mana yang patut walaupun tak banyak sebab semua benda dorang dah buat. Lagipon masa aku nak keluar tu, aku dah cakap kat housemate aku, aku minta maaf banyak-banyak sebab tu la aku bersih yang mana patut sebelum aku keluar. Mungkin dorang dah bengang ngan aku sebab tak de masa dorang gotong royong tu.

So nak dijadikan cerita semalam lepas aku balik, aku pergi la kemas barang2x PEERs yang ade kat belakang sebab memang agak bersepah la. Time tu datang kawan aku tanya, "Ada sampah nak buang tak? Kitorang nak g buang nie." So aku cakapla ade. Aku pon letak sampah tu kat luar. Aku tak tahu plak yang dorang dah pergi buang sampah. So malam tu aku cam malas giler nak pergi buang, siyes aku tak tipu.

Pagi tadi aku bangun siap-siap nak gi kelas pastu masa kluar rumah aku dan pegang plastik sampah tu nak gi buang, tapi aku tengok jam dah lewat. So aku letak balik sampah tu. Balik kelas aku ingat nak buang la sampah tu, tapi aku makan dulu, tengok member aku balik marah-marah sebab aku biar je sampah tu kat luar. Aku diam jer sebab aku rasa tu memang salah aku. Tapi satu je aku nak cakap, aku tak terniat pon nak suh korang buang sampah tu swalaupun sekarang turn korang yang buang. Cume salah aku sebab lambat buang, sampai 1 HARI sampah tu kat luar. SUMPAH demi ALLAH aku dah terniat nak buang sampah tu selepas makan sebab aku tahu tu sampah aku.

Satu lagi aku mintak maaf sebab tak tolong bersih rumah semalam tapi sebelum nak pergi aku ada bersihkan mana yang patut walaupun x banyak sebab aku tahu korang akan penat buat bende tu. Aku minta maaf skali lagi.

Sorry lagi skali sebab banyak sangat perkataan 'SO' hahahaa

BBQ di Pagi Hari

Selepas baca blog si Tyra Sajaa nie, tetiba teringin nak update blog sebab tengok gambar kat bawah nie.

http://4.bp.blogspot.com/-dsPFLcxoPYw/Tu2X6Twx8sI/AAAAAAAACzs/QxFDvohfuXM/s800/rayban.jpg

Nie gambar budak kelas aku bergaya dengan spec cam power rangers termasuk aku. hahahaha..
siyes lawak. Dan gambar nie juga aku ciplak dari blog dia. Soriiii ea. hahahaha....

Pagi tadi budak kelas aku ade buat BBQ. Untuk merelease tension kat-kat nak exam nie. So cukup satu kelas yang join. Serious best giler. Dan nie jugak kali pertama aku pernah join BBQ yang dibuat pagi-pagi. Kesian kat budak kelas aku kerana bertungkus lumus menyiapkan bende nie tapi aku enak dibuai mimpi. Masa aku pergi semua dah settle so tinggal makan jer. hahahaha.....

Makanan siyes best... tapi part air aku tak minum sebab dorang beli air berkarbonat dan aku memang tak minum aiir tu... memang x lalu sebab tak sedap. lalala..... ok dah, aku kembali malas untuk manaip. Byee....Link

Give Up dah Aku Join Online Contest


Salam.... sejak dua menjak nie aku semangat pulak join online contest. Bukan ape, hadiah yang ditawarkan siyes gempak-gempak. Mostly dorang akan pertaruhkan Ipad 2 sebagai hadiah utama. So aku pon semangat lah join walaupun dah ada Ipad.

Eh jap. kepada akak Along Nidar, sorry saya tak pos lagi hadiah akak ari tu sebab sibuk gilos. Hadiah akak lagi satu dah selamat sampai, tapi tak tahu kenapa akak punyer Posman malas nak hantar. Nanti saya pos balik ea... sorry amik masa jap.

Ok back to our topik (our?) Aku dah give join oline yang main vote-vote nie sebab ade makhluk yang memanipulasikan voting dengan kepandaian die. Maksud aku cheating alias menipu. Aku berenan giler ngan satu contest nie iaitu anjuran Samsung Malaysia. Hadiahnya siyes gempak. So semangat la aku join jawab quiz hari-hari, sambil makan pon tahan duk klik kat iPad, nak pergi toilet pon tahan. Siyes aku tak tipu. Tapi last sekali aku dapat detect yang ade orang menipu. Camna die buat aku tak tahu la, tapi macam die hack system untuk bagi point die meningkat dengan banyak untuk setiap saat. Bayangkan quiz tu boleh dapat 30 points untuk setiap 5 soalan yang ko boleh selesaikan dalam tempoh paling cepat 4-5 saat, tapi makhluk nie boleh dapat 1000points dalam tempoh 1 saat. Logik x?

Siyes aku tak tipu... aku refresh link tu setiap saat nak tengok leaderboard tu dan terkejut giler bila aku tengok points die meningkat dengan mendadak giler vavi camtu.

 

So sekarang cube korang tengok, dalam masa beberapa jam dia boleh dapat 4 ratus ribu points even yg kedua tu jauh ketinggalan. Aku yang  7 jam depan laptop pon dapat 17240. So memang aku give la nak buat... nie gambar latest aku tunjuk, actually sebelum aku give tu, aku kat rangking ke-5.  Point nie akan di flush untuk setiap 2 hari, mean after two days dorang akan pilih 2 pemenang yang paling highest. Yang pelik lagi, pemenang sebelum nie yang jawab quiz dalam masa dua hari pon xleh dapat points sebanyak penipu nie.

Kalau korang x caya ngan apa aku cakap nie, korang boleh rujuk SINI.

Haji Buat Ma & Ayah




Salam, actually video nie dah lama, tapi bila aku tengok tadi macam nak nak nanges jer. Betul jgak ape yang si Lutfi nie cakap. Semua benda yang mak kita buat mesti bersebab.

Aku tak tahu kenapa dua 3 hari nie, aku selalu fikir pasal parent aku. Aku rasa macam nak nanges jer sebab banyak sangat dosa aku buat pada dorang terutama mak aku. Aku selalu baca status kawan-kawan kat facebook mengenai family dorang. Bila aku baca jer,aku mesti teringat kat ma & ayah aku.

Kadang-kadang tu, time riding nak g kelas pon aku terbayang muka ma & ayah aku. Aku fikir apa akan jadi pada aku kalau dorang dah takde dan apa akan berlaku sekiranya tetiba aku kemalangan masa riding tu. Bukanlah aku mintak semua tu berlaku, tapi kita tahu semua orang akan menemui ajal, so aku takut aku mati dalam keadaan menjadi anak derhaka.

Banyak sangat dosa yang aku dah buat pada mak aku, sampaikan pernah dia menitiskan air mata. Bukanlah aku nak mengaibkan diri aku tapi, aku nak bagi tahu bende yang aku rasa sekarang tak sama macam mana orang lain rasa. Aku berasa bersalah giler. Walaupun aku nie belajar tinggi-tinggi tapi aku tak mampu jadi seorang anak yang taat kepada ma & ayah aku. Banyak benda yang dorang dah lakukan pada aku tapi benda yang kecil pon aku tak mampu nak berikan pada dorang.

Aku harap sangat, impian aku dari dulu untuk hantar mak dan ayah aku pergi HAJI dengan titik peluh aku tercapai jugak suatu hari nanti. Sekarang impian itu masih tengiang-ngiang difikiran aku. Walaupun, masih tak mampu untuk balas semua jasa dorang tapi aku harap aku mampu lakukan sesuatu yang berguna pada dorang.

Sememangnya aku betul-betul sayang pada MA & AYAH aku.Align Center

Cara Untuk Elak Dari DiMaki

Eh... nie sekadar short entry aku nak cakap pada semua yang baca... mesti korang pernah kene kutuk kan? So ape korang rasa dan camna korang balas balik masa kena kutuk. Of course la korang maki-maki kan?

Ape kate lepas nie korang guna tips nie. Sesuai bagi mereka yang Islam la.

Bila ade makhluk kutuk atau maki korang kan, korang cakap camni....

"ko sedar tak ko sekarang kutuk keturunan ko sendiri?"

Kenapa

"Sebab Nabi Adam dan Hawa ialah manusia pertama kat dunia nie, so bapak ko dan semua keturunan ko tu ialah darah daging Nabi Adam dan sama juga macam aku. Secara tak langsung ko dan aku ialah keturunan yang sama."

hahahaha..... kalau orang tu tak terasa maksudnya dia memang bangang sebab hati keras macam batu that why die suke maki dan kutuk orang.

Pingu Terlepas Kat Malaysia




Haha.... video yang mampu menjatuhkan populariti.... actually video tu secara spontan... dirakam masa aku pergi Kursus Aspirasi PEERs kat Nur Laman Bestari. Aku pon x tahu kenapa aku boleh buat bende mengarut camtu. Actually nie semua gara-gara xde semangat team work yang kental macam aku. Semngat giler aku wat trademark pingu tu sorang-sorang, tengok ahli kumpulan yang lain tak buat pon. Hampeh.....

p/s: aku bukan korek hidung, tutup jerawar kat hidung. hohohoh...

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Salam.... wah tetiba semangat pulak join join GA. Nak update blog punyer la malas, last-last ade jugak yang buat aku gatal tangan nak menaip balik. Mane taknye, hadiahnya bukan cikai-cikai cap ayam... owh, ambo nok joing, metar-metar nok mikir idea kejap deh.


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub



Wohoo..... sape x nak menangkan? tengok la hadiahnya ape. Even GA yang dapat top up RM10 henget pon ramai yang join lagi kan pula yang tertarik memang daboom nie. hohohoh..... Nak beli konpem2x la tak mampu kan.... student mane la ade duit, PTPTN pon abes bayar umah sewa ngan wat makan...... setakat Nokia 3310 mampu la, tu pon dah PUPUS sekarang. hehehe..... Kalau nak tahu nie la tepon gua (Sony Ericsson Z250).... nie pon diwarisi dari abang-abang gua... sebab nset gua yang lama dah arwah..... kadang2x malu nak wat kluar dari poket... hohohoh.....




Kalau dapatla kan... (Eh konpem dapat punyer... :p) nanti boleh show off kat kawan-kawan yang lain. Dorang asyik belagak jer ngan aku beli tepon baru... aku plak pakai tepon zaman batu lagi.... baling anjing pon mati. hahahaha........ Pergi kelas tepon pegang kat tangan je nak bagi orang nampak... pastu jalan-jalan sampai tekan-tekan walaupun xde nak buat ape.... mesti dapat bayangkan kan? hahaha... bongok punyer olang.....

Bila dah dapatkan, konpem la aku jaga elok-elok. bagai menatang minyak yang penuh gitewww.... maklumlah, benda mahal walaupun dapat FREE. Sape nak pinjam aku akan cakap... NO!!!! kalau nak pergi beli satu. Pastu hari2x lap.... simpan tepi bantal masa nak tido. pastu kunci pintu bilik sebab tak bagi orang lain masuk. (Malampau tak?)

Tapi kan.... kalau tak dapat..... mesti aku sedih giler vavi..... berbulan-bulan tak update blog sebab malu tak menang... Tapi aku ucap terima kasih kepada yang menyokong aku, terutama mak ayah, keluarga, atuk, nenek, jiran sebelah, mak kantin, mak cik cleaner, pak guard UiTM, kawan-kawan yang menyokong aku selama ini. Saya sayang kamu semua...... walaupun saya gagal, tapi kamu tetap dihati saya( wah, ade kene mengena ker?) Dah macam tersingkir dari AF dah.


Owh, ape akan dipertimbangkan untuk dapat top 3. Ah sukenyewww...... terima kasih yer pihak penganjur dan penaja..... Moga Allah panjang dan murahkan rezeki kalain semua. Amin......




sekian dari saya...... bye3x.....

Jangan Memperlekehkan Loghat Terengganu!


Tolong jangan memperlekekhkan Dialek Terengganu.... Bahasa adalah sesuatu yang kami pelajari turun temurun dari nenek moyang kami. Kalau anda kutuk dielek atau bahasa kami bermakna anda kutuk nenek moyang kami. Jangan nak cari pasal, even kami tak kacau dan tak kutuk loghat negeri korang. So jangan nak kurang jar. Aku yang belajar kat Perlis, Penang dan Shah Alam pon tak pernah nak kutuk loghat bahasa negeri dorang walaupun pada mulanya aku tak faham. 

Tiba masa aku nak maki pada makhluk yang bernama Khairul Faizal Abdullah kat atas tu. opss... sebelum tu, sape tak suke boleh back off sekarang, tiada paksaan untuk korang baca.

Wei, bangang, bakpe mung sedak ngat dok kutuk bahase tganu... guane mung ingat bahase mg molek ngat? Sep aku ade kaca mung ke bangang? Bakpe mung nelang ngat sapa post kat facebook mende bodo gini. Mung uboh otok kat jubo ker? Mung tu duk dalang Malaysia, macang-macang loghat ade. Mung ingat sep aku pahang ke loghat-loghat negeri laing tu. Sek aku dop pahang pong, sep aku wat senyak je. Mung tu base bodo sbenornya, aku rasa orang laing pahang je nape hok sep aku cakap.... member aku kat Shah Alam nie rilek je aku cakap bahase T'ganu. Sek ye pahang jer.

Mung nie orang ane sebenornya....? dari perkataang 'ngope' tu macam aku aku boleh agok.. sep kapung aku xdok bhase ngope.... Kalu spesis duk alik ulu tu, xyoh nok wat bagus ar... tengok muke tu macang ge enseng.... doh la dok enseng, pranga macang lembu, bodo, bengong..... 

Sakit ati aku weh tengok mung kutuk bahase kapung aku...... nie mesti sebak sep mung kaloh bola lawang ngan sep Tganu ork? Bodo, doh team bola mung dok rok cetong memang la kaloh.... haih, gerang la aku ngang natang nie.... dulu mase aku gi perlis, aku pong dok pahang sep ye cakap nape... HANG2x... tapi lame-lame aku blajor, last-last boleh cakap pekat molek loghat perlis. Doh mung base bodo xboh blajo, memang la dok pahang....

Mung nie wat malu Melayu jer... jenis brahi mapuh bangse sendiri.... mung gi duk dalang utang la, kawang ngat beruk-beruk... beruk pong ade bahase gok, molek gok mg blajo bhase beruk tu... pahni baru orang respek mung sket... bila orang tanya, Khairul mane? Khairul BERUK....... sedak kan name tu.... sesuai molek ngang name mung..... 

Kalau boleh, aku nok naip panjang lagi nie.... tapi buang masa aku je maki ke orang bodo pe ge mung nie.... BANGANG.... kalu aku jupe mung di Tganu memang aku katok ar mung sapa mapuh.... Tengok brani stara mane ngat mung ya duk kutuk-kutuk bahase negeri orang dalang facebook.... BODO NATANG BERUK MAK YEH......

USELESS Thing In My Life

Buat kau yang bernama sahabat..

Fisrt time aku terasa giler ngan ko... kalau sebelum nie mungkin aku boleh buat-buat lupa tapi apa yang aku buat hari nie memang terasa USELESS giler.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada ko sebab dah grade.... sorry sebab wish ngan x proper tadi sebab aku memang xde mood. Kalau boleh memang aku nak celebrate. Sebelum nie ko ade gtaw yang family ko x datang untuk majlis konvokesyen nie. So terdetik kat hati aku untuk celebrate walaupun sape lah aku. Sebab bagi aku, kejayaan tu perlu diraikan, saat kita jatuh sape nak pandang? Masa bila kita nak banggakan diri kita kalau bukan disaat kita bangun, dan tidak akan sesekali kita bangga disaat kita jatuh.

Hari nie, aku memang dah decide nak teman ko pergi majlis tu sama-sama. Pagi tadi ko cakap nak suruh aku hantar, so aku cakap nak mandi dulu sebab kalau boleh aku nak stay terus selepas aku hantar ko. Dan disebabkan dah terlewat, ko pergi dulu. Aku tak tahu la kalau ko marahkan aku.

Selepas mandi dan basuh baju, aku terus gerak ke UiTM. Sampai sana aku mesej ko, tapi ko tak reply. Aku ingat ko marah sebab kes pagi tadi. So aku nekad untuk tunggu sampai ko keluar. Masa aku tunggu kat luar, aku tengok ramai orang datang nak raikan anak-anak, family dan kawan-kawan dorang. Setiap yang datang mesti bawak Bunga dan present untuk bagi kat orang yang diraikan tu. Tapi aku datang tak bawak pape pon.... Sebelum nak datang aku ade post kat Fb untuk tanya berapa harga sejambak bunga yang dijual kat tepi jalan tu.
"Who knows the price of a bouquet of flowers sold near the street for UiTM 75th convocation?"
http://farm3.static.flickr.com/2470/4003713879_381756e716_z.jpg


Seriously aku cakap, aku memang xde duit sekarang nie. tapi bukan aku nak mintak ko ganti. Bila aku fikir balik, macam tak berbaloi je beli bunga yang mahal sebab benda tu akan layu suatu hari nanti. Aku ingat nak ajak ko pergi makan-makan. Tapi bila aku tengok semua orang datang bawak bunga, so aku rasa kesian kalau-kalau xde orang bagi bunga kat ko. So aku decide untuk pergi beli bunga. Masa nak beli bunga tu, aku cari yang paling murah sekali, tapi bunga tu memang kecik-kecik. Aku tengok orang lain bagi bunga yang besar-besar so aku cari bunga yang besar sedikit, puas aku nego untuk dapat diskaun. Lepas konvo plak aku ingat nak ajak ko pergi makan kat 'SUBWAY'. Aku ingat cakap ko, bab-bab makan x yah nak berkira.

Pastu aku tunggu smpai ko keluar. Tapi bila ko keluar ko terus blah macam tu je walaupun ko tahu aku dah tunggu dari pagi. Bila aku call suh ko datang, macam-macam alasan ko bagi untuk tak datang. Sampaikan aku terpaksa pergi kat ko. Sampaikan aku terpaksa provok ko cakap nie permintaan terakhir aku. Tapi ko still x datang. Cuba bayangkan kalau nie betul-betul permintaan terakhir aku? Something berlaku pada aku masa aku balik, accident ke.... Tapi aku masih tak pasti sama ada ko menyesal atau tak.

Terus terang aku cakap, aku rasa macam nak campak je bunga tu dalam tong sampah, tapi bila fikir-fikir balik, lagi USELESS kalau aku buat macam tu. Dan last aku decide untuk bagi kat ko walaupun improper way. Aku terpaksa jalan ditengah panas semata-mata nak bagi something yang langsung tak dihargai dan terpaksa berpatah balik ke parking motor dengan cuaca yang panas giler. Ye aku tahu panas dunia.

Aku rasa nie adalah alasan kenapa aku tarasa giler ngan ko hari nie. Aku minta maaf banyak-banyak kalau bende nie semua tak menyenangkan ko.....

Macam bodoh plak aku post bende nie kat Blog. hahahaha......... dan tadi masa kat majlis tu, aku rasa cam nak nanges, tapi bukan sebab ko, sebab video pendek yang ditayangkan semasa last majlis tu, pasal budak miskin yg dapat masuk UiTM...

My Friend Is My Enemy

Damn... pagi-pagi buta update blog... siang2x sibuk giler vavi sebab banyak kerja. So hari nie baru aku nak mula menyemak kat blog. Aku nak cerita satu bende jer, maybe blog je la tempat aku rasa macam best je kan... nak maki-maki pon xde orang nak cakap pape. Kawan aku plak duk tanya bila nak update blog, malas nak cerita sebab sampai sudah tak habis cerita aku nie.

Sebenarnya ade sebab kenapa aku update blog pagi-pagi butaaaaa nie. Aku Stress melampau-lampau sebab kawan-kawan sekeliling. Nama je kawan, tapi perangai macam tetttt..... Aku malas nak maki korang sebab aku rasa macam aku jadi bodoh bila marah kat ko pasal benda bodoh yang ko buat. Ko pergi jaja nama aku merata-rata cakap aku buat nie buat tu. Semua bende tak kena. Ape ko nak sebenarnya, aku ade wat salah pape ke ngan ko? Kalau ade, cakap depan-depan. yang ko pergi cerita kat orang lain tu kenapa? Ko ingat boleh selesaikan masalah ker?

Aku macam menyesal giler join persatuan, sebab berpesatuan aku hilang kawan. Tapi bukan salah persatuan tu, maybe salah aku dan salah KAU sebab xleh terima arahan dan terlampau nak ikutkan perasaan. Bende remeh pon nak besar-besarkan.

Kami buat program ko x nak join. Bila dah abes program ko bising-bising cakap AKU x ajak. Kenapa perlu aku? Bila masa pulak aku yang jadi wakil untuk cari orang yang nak join? Bila ade program lak, ko diam jer. Program yang best-best ko nak join, program yang biase2 ko x nak pulak join. Kalau program camtu ko xde plak nak terasa kalau aku x ajak ko. Ko nak ape sebanarnya?

Pastu ko pergi cakap kat orang yang aku nie ajak member-member bila last minute sebab dah xde orang nak join. Aku nak tanya ko, time awal-awal 'minute' tu ko ade datang jumpe aku ke cakap nak join? Kalau gosip ngan bende yang tak betul tu ko boleh sebar satu dunia, kenapa aktiviti yang kitorang buat tu ko xde pulak nak gtaw kat member-member yang lain? Pastu bila x tahu, kate aku x ajak korang. Dan ko sebagai kawan, kalau ade masalah mesti aku minta tolong ngan ko. Program xde orang, mesti la aku ajak ko, xkan aku nak invite orang giler tepi jalan.

Arghhh bengang giler. Kadang-kadang, orang yang aku tak expect pon boleh buat bende bodoh camni. kalau tak suke, CAKAP DEPAN-DEPAN. Aku tau aku bukan bagus sangat. Ko pergi buat cerita belakang-belakang kenapa? Pastu tambah perencah secukup rasa plak. BANGANG!!

Entry Khas Untuk Kak Nidar@Hasnidar Muhammadun

Salam.... aduyai.... post kali nie adalah untuk meminta maaf banyak-banyak kepada kat Nidar atau Hasnidar Muhammadun iaitu salah seorang pemenang Contest 'Photo Of Nature'. Actually aku dah pos minggu lepas. tu pon agak lewat la. Tapi tengok pos tu dikembalikan pada aku. Retour sebab melebihi had, tak tahu la had perjalanan ker, had berat ker. Masalahnya akak lagi sorang terima je barang yang aku pos. Aduyai... dan aku baru je dapat bungkusan tu hari nie, sebab Posmen tinggal kat dalam kotak pos rumah aku. Aku plak jenis memang x cek sangat kotak surat tu, maklumlah bukannya retis nak tunggu surat dari peminat. Tadi pon nasib baik kawan aku yang cek. InsyaAllah minggu depan pulak la saya akan pos ye kak.

Hari pon same jugak berlaku pada Kak Nana permenang contest nie yang lagi sorang. Aku tersalah tulis alamat kot. Nasib baik la posmen tu call akak tu then akak tu inform aku. Sorry ye akak-akak semua.



Nie la bungkusan yang dipulangkan tu, (klik pada gmbar utuk besar kan) ada tertera nama Hasnidar Bin Muhammadun. Sorry ye kak... nanti saya pos balik.


Such A Great Weekend With Germany & American

Eh jap, minta kebenaran nak speaking jap walaupon BI aku berterabur giler vavi. Do i care? Hohohoh.......

7-9 October 2011, such a great weekend. I spent my time with my lovely UiTM PEERs club members at Sepintas Homestay. The program is also accompanied by students from German and American. Nine of them are from German and there is only one from USA. Nothing much to say about them, but they are really 10000x friendly and talkative. At that programme, we have been divided into some small group consist of three or five members to be given to our foster family. Luckly my group was given to Imam Saifuddin's family. The best experience ever and ever is became one of his family members is we can eat a lot of food that superbly delicious and there are a lot lot of menu everytime when they ask us to eat. Sup ketam, ayam goreng (Kalah KFC), fried beef (ea?), nasi Lemak, Ubi kayu goreng and many more and more and more. Think how many food they served to us? We are treated like their own son. Sometime, the home was also filled with laughter when we saw Torben with less efficiency using hands to eat the food especially rice and his blank face when we spoke in bahasa. Not only that, he also do not know how to sit like us, i meant 'bersila'. maybe because in his country he always sit on the chair. Lastly, thanks to Luke, Torben, Markus, Jonas, Felix, Bastian, Miriam, Jakob, Doris and Sabrina for joining our programme.

Dah back to Bahasa... lenguh dah nak pikir ayat. hahahaha.... siyes program nie best. Dapat improve english dan kenal budaya masyarakat Jawa sebab kampung yang kami pergi nie kampung orang jawa. Cayalah penduduk kampung nie, sume unite dan bekerjasama dengan baik. Antara pengalaman best kat sini ialah, kami dapat merasa memancing udang galah di Sugai Sabak Bernam dan makan-makanan tradisional yang bermacam-macam jenis dengan namanya yang sangat unik.

click on the image to make it larger




Berita Gembira Buat Semua

Salam.... ada berita gembira buat pemenang contest 'photo of nature'. Gembira ker? Hadiahnya dah sampai ari sabtu hari tu tapi masa tu ade program kat Bukit Cerakah. So x dapat la nak pos.  Maybe esok lepas kelas saya akan pos. Hari nie ade kelas sampai pukul 6 petang, so x sempat la.. nie pon curi-curi online jap.

Dan bukan itu saja, insyaAllah dalam masa terdekat aku akan anjurkan lagi satu contest atau GA untuk para bloggers semua. Ade ke yang nak join? Sila angkat tangan sampai nampak ketiak. Hadiah kali nie ialah sehelai baju yang berjenama PADINI AUTHENTIC. Tapi hadiah nie untuk perempuan je la... lakinya lain kali la. Kebetulan ade sale masa tu, so aku rembat la baju tu.... So ade yang tertarik menarik memang daboom tak?

Penaja (Padahal gune duit aku sendiri)
http://www.offerstation.com/ai/74191_b.jpg
Setakat nie dah 3 kali aku buat contest dan GA kat blog nie, dan alhamdulillah dapat sambutan la jugak. Terima Kasih bagi semua yang join.... Walaupun hadiah tak seberapa tapi korang sudi gak join. Aku pon pernah jugak join contest kat blog dan pernah jugak menang. SIyes puas seyh...... Tapi aku tak suke join GA atau Lucky Draw sebab aku memang susah nak bertuah. hehehe


Gambar nie amik masa aku pergi program kat Bukit Cerakah tu.
Best giler vavi.... vavi pon x sebest camni. (Macm pernah rasa lak kan)
Cube cari di mana aku berada dalam gambar tu?

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.