Backpacking Trip to Japan Day 3 & Day 4

Salam. Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 trip kitorang ke Jepun. Malas giler weh naik menaip. Sebelum aku makin malas dan makin melupakan trip ni jadi aku kena gigihkan juga supaya next time senang aku nak recall balik dengan baca balik post kat blog aku. Salah seorang pembaca setia blog aku ialah aku sendiri. Hahaha....

Untuk hari ke-3, tempat pertama yang kitorang tuju ialah ialah Arashiyama Bamboo Groove. Ikutkan kitorang plan nak naik romantic train one way ke Arashiyama tapi train beroperasi bermula pukul 9 pagi. Pukul 8 pagi kitorang dah sampai stesen Arashiyama so malas nak menunggu jadi kitorang terus ke Hutan Buloh Arashiyama ni. Dari stesen Arashiyama kena amik bas untuk ke kawasan ni sebab boleh tahan jauh kalau nak menapak. Tambang bas dah include dalam KTP so naik je tanpa perlu bayar. Bagi aku tempat ni macam overrated skit. Macam xde benda sangat pon. Hutan buloh ni pon xde la besar mana pon. Dah la berdekatan dengan kawasan perkuburan.  Selain dari tarikan hutan buloh ni, ade jugak tarikan lain yang korang boleh singgah contohnya temple dan lain-lain seperti aku senaraikan dalam itinerari aku dalam post sebelum ni. Kitorang singgah kejap je amik gambar then blah ke next location. Kejap pon xde la kejap sangat ade la sampai 2 jam setengah jugak kitorang kat sini sebab jalan-jalan lepak sambil pusing kampung sekitar situ. Masa nak amik gambar kat sini punyalah kecewa sebab penuh dengan manusia. Aku tengok orang amik gambar sorang-sorang elok je. Gambar aku ramai pulak nak tuna foto. Haha.....

Arashiyama Bamboo Groove. Penuh dengan manusia kat dalam tu walaupun luar macam tak ramai.
owner blog mesti kena ade gambar. Haha....
Permandangan di sekitar kawasan berdekatan hutan buloh.
Pokok maple dan bertukar warna merah sepenuhnya.

Destinasi seterusnya ialah Fushimi Inari Taisha Shrine. Fushimi Inari ni famous dengan tiang-tiang besar warna oren tu. Ni kira tempat wajib kalau orang nak ke Kyoto. Tempat ni dekat je dengan Gion. Kalau korang plan nak pergi dua tempat ni dalam hari yang sama pon boleh. Cumanya masa kitorang sampai di Gion dah nak malam so kitorang terus balik sebab kitorang stay di Osaka. Unless kalau bermalam di Kyoto boleh la terus ke sini walaupun dah malam. Untuk ke sini kitorang amik train dari Arashiyama Randen Station. Dari pintu masuk bamboo forest tadi just perlu menapak dalam 200m je. Tak perlu amik bas untuk ke Arashiyama Station. Untuk sampai ke Fushimi Inari dari Arashiyama ni amik masa jugak dan sempat la kitorang rehat kejap dalam train setelah penat jalan kaki selama 2 jam setengah tadi. 

Sebelum nak sampai area tiang oren tu, penuh dengan kedai-kedai dan gerai-gerai makanan dibuka sepanjang laluan. Kebetulan kitorang datang pada hujung minggu so manusia punya la ramai ya amat. Serabut giler aku rasa. Haha.... Aku ni pantang tengok makanan best mesti nak try. Tapi yang jadi masalah susah nak cari yang halal. Yang sempat aku merasa ialah sotong rebus ngan tauhu bakar. Masa masuk ke kawasan tiang oren tu punya la ramai manusia sampai nak jalan pon susah. Orang kata kalau nak naik sampai ke atas amik masa dua jam tapi aku rasa xde la sampai 2 jam pon. Tak tahu la kalau ade lagi kawasan yang aku tak cover atas tu sebab lepas je bergambar solo shot kat situ aku terus ajak dorang blah. Haha.... Sebelum ke tempat seterusnya kitorang lepak makan tengahari kejap kat taman sebelah stesen train. Makanan kitorang dah bawak siap-siap dari hostel iaitu makanan tajaan Pak Cik Brahim. Taja la sangat. Hehe...
Dari sini dah boleh nampak manusia ramai macam nak pergi perhimpunan BERSIH. haha...
Bersih je sungai dorang. Kalau kat Malaysia ni dah penuh dengan pampers. Haha...

Yeaa.... berjaya jugak amik gambar sorang tanpa kelibat manusia walaupun ramai tengah menunggu nak amik jugak. Haha...
Lepas ke Fushimi Inari Taisha Shrine kitorang ke Kiyomizu Dera Temple. Macam mana nak tempat ni semua aku dan masukan dalam itinerari yang aku suruh korang download tu. Sampai je kat Stesen Kiyomizu-Gojo STation, kitorang amik taxi sebab time ni one of kitorang punya travelmates sakit kaki sebab tersalah pakai kasut. Taxi dari sini ke gerbang masuk temple ni 680 Yen satu taxi. Sini pon manusia ramai ya amat. Sampai terpijak kasut setiap kali nak jalan. Sadiss gilo datang time weekend. Haha...Sama jugak macam tempat sebelum ni, sebelum sampai ke temple, kiri kanan penuh dengan kedai-kedai souvenir. Yang serabutnya sebab ramai sangat stop kat depan kedai so menghalang trafik yang lalu lintas. Hehe... Nak sampai ke temple ni kena mendaki sikit sebab temple ni kat atas bukit. Permandangan kat puncak temple ni lawa jugak sebab boleh tengok kawasan Kyoto dari atas.

Hari ni ramai foreigner especially perempuan yang datang pakai kimono. Tak sure kalau hari kitorang sampai adalah special day tertentu. Atau pon kalau pakai kimono dapat masuk free ke temple ni. Kalau tak kena bayar 400 Yen untuk masuk. Tapi disebabkan kitorang ni spesis bajet so kitorang amik gambar kat luar je. Cukup sekadar sampai  dan boleh la gtaw orang dah pernah sampai sini. hehe..... Kalau sesapa yang nak beli souviner boleh beli kat sini sebab macam-macam ada tapi harga tu xde la murah sangat sebab standard harga kawasan tumpuan pelancong.

Permandangan dari Kiyomizu Dera Temple.



Selesai pusing-pusing amik gambar then kitorang gerak ke Kyoto Tower. Dari sini kitorang naik teksi sebab kitorang dah tak larat nak jalan kaki. Tips untuk naik teksi di Jepun ni ialah korang kena tengok starting price kat cermin teksi tu. Setiap teksi berlainan harga. Yang kami naik ni agak mahal iaitu 630 yen tak silap aku. Dan tambang nak ke Kyoto Tower yang jarak tak sampai 2km ni lebih kurang 2000 Yen. Mahal nak mampuih weh... Haha... So aku sarankan tak payah lah ko naik teksi kat Jepun ni melainkan duit tak tahu nak buat ape dah. Haha.... Sebelum singgah Kyoto Tower, kitorang ke Yodabashi kejap pusing-pusing cari barang orang kirim tapi last-last kuar tangan kosong. Yodobashi ni sebelah Kyoto Tower je. Sampai Kyoto Tower kitorang beli tiket untuk ke Observatory Deck iaitu 770 Yen dan terus ke tingkat 3 iaitu Tourist Information Centre untuk solat. Kat sini ade disediakan surau untuk solat tapi kena register dulu untuk dapatkan passcode untuk masuk surau. Lepas solat kitorang terus ke Observatory Deck. Xde benda sangat pon atas ni. Just untuk tengok permandangan bandar Kyoto dari high elevation je. Lepak atas kejap je pastu terus blah sbb Haziq tetinggal camera dalam surau.


Lepas tu kitorang ke Ayam-Ya Kyoto untuk makan malam. Penat menapak, sampai-sampai tengok kedai tutup. Hampeh giler. Dah la lapar giler. Last-last kitorang terus gerak balik ke Osaka untuk ke Ayam-Ya Osaka plak. Dari Kyoto Stesen kitorang amik train Jr Line iaitu express train untuk ke Osaka. Harga tiket 560 Yen dan perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam. Mostly tempat-tempat yang nak dituju ni semua jauh dari stesen train. Nak kena menapak dalam 600m ke 900m macam tu. Nak tercabut kaki berjalan kat Jepun ni. Haha... Sampai je Ayam-Ya terus melantak Potage Ramen yang sedap giler habaq hang. Sampai licin mangkuk aku makan. Siap order satu lagi menu iaitu Chicken Over Rice. Tapi Chicken Over Rice ni kurang sikit sebab die ade tabur rempah kat atas nasi.

Potage Ramen. Paling sedap!
Spicy Soy Sauce Ramen. Sedap jugak!
Chicken over rice. Kalau xde serbuk kari babas al gapas tu mungkin lagi sedap. haha...

Genap 2 hari kitorang guna KTP. KTP ni cuma cover untuk pengangkutan je. OAP lagi best sebab siap dapat masuk percuma ke beberapa tempat yang berbayar. Dah la entrance fee kat Jepun ni semua nak mahal aje. Hehe...

Last day di Osaka iaitu Hari ke-4. Lepas je bersiap, kemaskan barang dan panaskan makanan, kitorang terus keluar dari hostel skali ngan check out. Tapi beg kitorang tinggal je dulu kat hostel tanpa sebarang caj. Kalau simpan kat public locker dah brape kena bayar, so tinggal kat hostel lagi jimat dan dorang siap rantaikan beg kitorang. Hehe...

1st tempat hari ni ialah Tsutenkaku Tower dan beberapa lagi tempat yang aku senaraikan dalam itinerari. Cumanya kitorang kluar ni terlalu awal dan mostly semua tempat ni belum dibuka. Cuma datang bergambar je la jawabnya. Berdekatan area sini ade banyak tempat menarik yang boleh korang singgah termasuk la Osaka Zoo yang boleh masuk Free je menggunakan OAP. Kitorang jalan-jalan area sini kejap, breakfast disebuah cafe die metro station dan terus gerak ke Osaka Castle.


Tempat seterusnya ialah tempat yang wajib singgah kalau ke Osaka iaitu Osaka Castle. Bagi aku tempat-tempat macam ni just typical historical monumen yang ade kat mana-mana negara. Menarik kalau korang spesis minat sejarah dan suka menkaji pasal perkara silam. Haha... Disebabkan aku ni spesis tak minat sejarah, so aku lagi tertarik dengan keindahan alam sekitar kawasan caste yang dipenuhi dengan pokok-pokok ginko dan cherry yang tengah menguning. Kitorang masuk dalam castle tu kejap je iaitu sampai 2nd floor dan blah sebab ramai giler orang. Nak naik sampai floor paling atas pon boleh tapi disebabkan ramai giler beratur nak naik lift, so aku just naik tangga je sampai tingkat dua then terus keluar. Nak masuk Osaka Castle ni Free je kalau korang beli OAP. Lepas masuk Osaka Castle, kitrang naik bot pusing Osaka Castle. Bot ni pon Free kalau ada OAP. Sebelum naik bot ni korang kena amik tiket di kaunter tiket dulu dan tengok pukul brape ade kosong sebab satu bot boleh naik dalam 20 orang je. Kalau dah penuh so kena tunggu trip lain plak. Masa kitorang sampai ni kena menunggu dalam satu jam jugak. Sambil menunggu kitrang lepak makan tengahari walaupun awal lagi.

Osaka Castle
Permandangan di sekitar Osaka Castle.

Osaka-jo Gozabune Boat.

Budak sekolah nak bergambar ngan retis. Hahaha....


Lepas naik bot kitorang ke Shinsaibashi untuk shopping souviner dan cari barang orang kirim. Shinsaibashi ni kira kawasan membeli-belah yang famous kat Osaka dan berdekatan dengan Dontobori. Banyak kedai-kedai barangan berjenama dan susunan kedai kat sini pon tersusun dan senang nak cari barang. Sempat jugak la kitorang beli kasut sketches sorang satu sebab kasut yang kitorang pakai semua terasa mengecil sebab kaki dah bengkak. Haha.... Kat area sini ade satu TIC yang menyediakan surau untuk korang solat. Kiranya kat Jepun ni xde la susah sangat nak cari tempat solat. Kecuali kalau kawasan luar bandar. Biasanya kitorang just solat je kat mana-mana kawasan yang terlindung kalau xde tempat solat.

Lepas ke Shinsaibashi, kitorang ke Tempozan Ferris Wheel. Memang ak plan nak ke sini bila dah nak dekat waktu sunset sebab nak tengok sunset dipuncak Ferris Wheel gittew. Haha.... Alhamdulillah, tercapai jugak hajat. Elok masa kitorang sampai memang tengah nak sunset. Tempozan Ferris Wheel ni pon boleh naik Free je menggunakan OAP. Korang boleh pilih nak naik yang tranparent floor ke atau yang biasa. Kalau tranparent floor, korang boleh nampak bawah dan macam pijak atas cermin. Kitorang pilih yang transparent dan kena beratur dalam 15 minit sebab ramai nak amik yang transparent. Padahal aku tak rasa ape-ape kelainan pon sebab masa naik tu duk gigih amik gambar sunset sampai lupa benda lain. Haha....

Ferris Wheel kat i-City. Hahaa....

Sunset view from Tempozan Ferris Wheel.


Dari Tempozan Ferris Wheel ni kitorang balik ke Hostel untuk amik beg kitorang. Alhamdulillah semua barang selamat disimpan oleh pekerja hostel. Last sebelum kitorang gerak ke Tokyo menaiki Willer Bus, kitorang ke Matsuri Restauran sebab Amy teringin nak makan Okonomiyaki. Berpandukan maps dari Halal Navi, kitorang pon sampai di Halal Matsuri Restauran. Siyes aku cakap, makanan kat sini semua best. Especially seafood okonomiyaki tu. Penuh dengan seafoods dan kitorang siap order sampai dua. Kat sini ade disediakan ruang solat dan sebelum ke Bus Station, kitorang solat kat sini dulu. Aku rekemen restauran ni kat sesiapa yang akan ke Osaka. Nak cari restauran ni pon senang sebab tepi jalan je. Cuma kena menapak skit je dari train station.

Seafood okonomiyaki. Paling sedap!

Spicy Ramen. Sedap jugak.
Kobe Beef Curry with Rice. Semangkuk 3700 Yen. Hambik ko nak makanan sangat daging. Hahaha....
Lepas settle makan malam, kitorang terus gerak ke Osaka WBT Umeda. Stesen bas untuk Willer Bas ni jauh skit dari metro station dan kena menapak dalam 900 m jugak tak silap aku. Stesen ni dalam bangunan Umeda Sky  Building. Dah la xde pengumuman dalam English, so kena alert dengan waktu dan tanya staff bertugas dalam 10 minit sebelum departure time supaya tak terlepas bas. Bas memang selesa dan siap ada tempat untuk caj phone. Bas yang kitorang naik ni standard ekonomi bas. Kalau naik yang 1st class lagi selesa tapi kena spend duit lebih sikit la. Cukup 4 hari di Osaka & Kyoto. Kalau rajin nanti aku sambung lagi. Tapi malas giler nak menaip sebab report kat office ni pon berlambak nak kena buat. Haha...

Backpacking Trip to Japan Day 1 & Day 2

Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lam kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha...

Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke OSaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pukul 8.30 pagi dari KLIA2 ke Kansai Airport. Malam tu ktorang sampai awal dan lepak kat airport sampai pagi macam biasa aku buat sebelum ni sebab risau tertinggal flight. Lebih kurang pukul 3.30 petang kitorang sampai di Osaka. Sampai je kitorang terus ke Tourist Information Kaunter untuk beli segala pass yang kitorang nak guna di area Kansai. 2 pass yang kitorang beli iaitu 2 Days Kansai Thru Pass & 1 Day Osaka Amazing Pass. Pemilihan pass ni pon penting jugak sebab boleh jimatkan bajet trip korang. Harga untuk 1 Day Osaka Amazing Pass 2,500 Yen dan 2 Days Kansai Thru Pass 3,300 Yen. Lepas beli pass kitrang terus amik bas untuk ke Namba Station. Bas boleh amik kat Platform 8 dan tambang bas 1,050 Yen untuk sehala. Namba Station ni stesen yang terakhir so tak perlu risau bila nak turun. Kalau korang tak tahu macam mana nak beli tiket, korang boleh je tanya pak cik yang bertugas kat situ. Mostly tiket untuk pengangkutan awam kat Jepun ni kena beli melalui vending machine.

Sunset dari airport nak ke Namba Station.


Sampai Namba Station kitorang terus ke Koma Guesthouse iaitu penginapan kitorang selama 3 malam di Osaka. Walaupun kitorang aan ke Kyoto jugak tapi kitorang pilih untuk satay di Osaka je sebab malas nak mengangkut bag banyak kali. Lagi pon pass dah beli, ko boleh naik train anytime je selagi pass masih valid. Koma Guesthouse ni actually satu stesen je dari Namba Station dan boleh jalan kaki je pon tapi disebabkan kitorang bawak beg yang penuh dengan Brahim, so naik je la train. Untuk 1st day ni kitorang tak guna lagi pass sebab rugi je kalau guna sebab dah lewat dah pon. Sampai Guesthouse kitorang check in, rehat kejap dan makan sebab dari pagi tadi kitorang tak makan. Lepas makan terus gerak ke Dontobori. Kitorang jalan kaki je ke Dontobori. Jarak dalam 1km macam tu la. Pergi situ just nak tengok night life kat Osaka sebab Dontobori ni kira macam Bukit Bintang kalau kat Malaysia. Memang ramai la orang kat sini. Kitorang sekadar pergi amik gambar je pastu singgah Big Camera kejap dan balik. Sempat jugak la aku beli Tako Yaki 6 ketul, 600 Yen. Rasa Tako Yaki kat Japan ni memang lain dari Malaysia sebab Tako Yaki sini macam lembik dan kalau makan time panas rasa macam nak melecur lidah. Haha....
Famous spot kat Dontobori, gambar athlete tengah lari tu. X sure sebab ape famous.
Sempat merasa takoyaki kat sini. 6 biji 600 yen. Memang lain rasa dengan yang kat Malaysia tapi ak prefer yang Malaysia lagi. Haha....
King Crab. Teringin dari Malaysia nak cuba tapi ingatkan nak datang balik the next day tapi sebab penat, sampai balik Malaysia pon x sempat nak rasa. hehee...
The next day, awal-awal pagi daa pukul 6.30 lepas siap panaskan Brahim, kitorang terus gerak ke tempat pertama iaitu Nara Park. Nara park ni famous dengan rusa. Bersepah rusa kat taman ni. Dan macam lembu kalau kat Malaysia. Tapi lembu jenis jinak sampai datang sondol-sondl kat orang. Hahaa.... Dari Osaka nak ke Nara ni amik masa jugak. Lebih kurang satu jam. Btw sat tips bila korang nak travel kat Jepun ni, sila pastikan jenis train yang korang nasik sebab train ni ada banyak jenis. Ade express train, semi express dan local train. Dari nama tu pon mesti ko dah boleh agak kan yang mestilah express lagi cepat. So kalau nak cepat sila naik yang express. Express train pon cover je dalam pass yang aku mention tadi kecuali untuk JR Line. Owh lupa nak bagi tahu, untuk 1st and 2nd day ni aku guna Kansai Thru Pass (KTP) dulu. Osaka Amazing Pass (OAP) ni kitorang guna masa last day di Osaka. Sampai je Nara Station kitorang amik bas untuk ke Nara Park. Actually boleh jalan kaki je tapi penat a jugak sebab Nara Park ni boleh tahan besar. Bas ni tak cover oleh KTP, so kena bayar asing iaitu 210 Yen. Nak jimat jalan kaki.

Rusa kaki sondol.


Nah belanja sikit gambar travelmates kali ni.
Tuan blog pon nak mencapub jugak. Haha....
Penat jugak nak pusing satu taamn ni. Dalam taman ni ade banyak tempat yang korang boleh singgah dan ade tempat yang kena bayar contohnya Todaiji Temple dan Isui-en Garden. Kitorang just pergi amik gambar kat pintu masuk pastu blah. Haha.... Cumanya ade satu taman iaitu Yoshikien Garden bersebelah Isui-en Garden yang korang boleh masuk free. Tourist je yang free, local kena bayar. Macam kelakar plak. Haha.... Selalu local yang diutamakan. View dalam taman ni serius lawa giler. Dah la kitorang samai waktu tengah peak season untuk autum so pokok dalam tu dah start tukar warna.

Yoshikien Garden

Yoshikien Garden
Berbaloi giler masuk sini.
Lepas dah puas bergamabr kitorang terus ke tempat seterusnya iaitu Nijo Castle. Nijo Castle ni kat area Kyoto. Dari Nara kitorang gerak ke Kyoto Station. Dari Kyoto Station amik bas No 109 x silap aku. Kalau tak sure boleh tanya kat Tourist Information Center. Cumanya masih naik bas ni kitorang confuse sikit mana nak stop dan Jepun punya bas, untuk masuk ke gua pintu belakang dan keluar guna pintu depan. Kalau korang tak tekan butang alarm nak turun, driver bas takkan buka pintu depan dan korang x boleh turun sebab korang kena bayar tiket kat pintu depan masa nak keluar atau guna pass KTP. Masa nak ke sini kitorang terlajak satu stesen dan terpaksa menapak sikit untuk ke nijo Castle. Tapi sebelum sampai tu kitorang jumpa satu grocery yang ade sediakan ruang untuk makan. Kitorang lepak situ jap untuk makan tengahari dengan bekal Brahim yang kitorang bawak dari GH. Lepas makan terus masuk Nijo Castle. Tiket masuk 600 Yen untuk seorang. Bagi aku castle ni lebih kurang macam palace yang kat Korea tu sebab aku ni bukan spesis minat sejarah so aku lagi tertarik dengan taman yang ade dalam taman tu je. Haha...

Pintu masuk ke Nijo Castle.

Taman kat dalam ni yang lagi menarik perhatian aku. hehe..

Dari Nijo Castle ni kitorang ke Nishiki Market. Sepatutnya kitorang akan ke Kyoto Imperial Palace dulu tapi kitorang skip sebab lambat sampai ke Gion. Orang cakap kalau nak tengok Geisha, waktu yang terbaik ialah pukul 5.30 ptg. So dari Nijo terus ke Nishiki Market. Actaully boleh naik bas tapi sebab kitorang noob sangat tak tahu mana nak turun nanti (Padahal boleh je google). Haha... jadi kitorang pon jalan kaki je. Jarak dalam 800m macam tu. Kat Nishiki ni korang boleh cari produk Jepun untuk dijadikan souvenir dan jugak makanan yang best-best. Aku paling teringat scallo bakar yang beli kat sini. 1 cucuk ade 2 ketul giant scallop cuma 500 yen je. Makan sampai jilat jari. Sedap weh.  Orang cakap kat sini ade kedai souvenir murah tapi aku pusing cari tak jumpa plak. So xde ape pon yang aku beli kat sini selain scallop tu. Habis pusing satu pasar terus gerak ke Gion dengan menapak jugak. Xde la jauh mana pon dari Nishiki Market. Kitorang jalan berpandukan google map je.

Scallop Bakar. Sedap giler weh!


Aku suka dengan permandangan kat Gion ni. Kat ni banyak kedai makan dan port yang best untuk lepak. Permandangan yang sangat lain dari tempat yang aku pernah pergi dan terasa la macam kat Jepun. Jalan-jalan celah lorong sambil memburu Geisha tapi petang tu hujan plak. So Geisha pon tak jumpa sebab aku syak dorang tak berani kuar masa hujan sebab risau make up cair. Haha.... Sekadar pusing amik gambar je then lepak 7E makan onigiri dan minum coffee panas.


Lorong belakang sekitar kawasan Gion.
Sungai area Gion. Ade ramai orang lepak tepi sungai ni. Orang kata time musim sakura lagi lawa.

Owner cari jodoh kat sini tapi tak jumpa. Haha...
Lepas lepak sini kitorang terus ke balik ke Osaka untuk misi memburu ramen plak. Banyak kedai ramen best area Osaka ni tapi 1st day ni kitorang ke Naritaya Halal Ramen berpandukan app Halal Navi. Kebetulan masa ni ade promo dapat free 3 ketul Karagae. Naritaya Halal Ramen ni dekat ngan Shinsaibashi Station. Dekat pon x dekat sangat la, penat jugak menapak. Haha.... Tapi bagi aku rasa ramen kat sini sedikit mengecewakan sebab rasa macam mee celup kicap masin je. Dah la mahal. Semangkuk 1,300 yen ramen yang aku makan. Lepas makan terus balik hostel mandi, solat dan tidur.

 
Naritaya Special Ramen. Rasa x special mana pon. Hehe...
Sape nak itinerari boleh download SINI.  Lepas download sila komen cakap terima kasih or komen je pape. Saje nak kasi traffic ke blog iolls sini naik lebih skit. Sape tak komen aku doakan dia sesat kat Jepun nanti. Hahaha....

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.