Luahan-Keputusan Terakhir

DEGREE!!!!

alhamdulillah, setelah lama menunggu
aku menemui jawapan yang muktamad
aku memilih untuk menerima tawaran untuk ke degree
terima kasih kepada semua yang menyokong
minta maaf kepada yang tak menyokong
masalah berkaitan biasiswa pon dah selesai
alahamdulillah,
pihak JPA tidak akan menarik balik
dan akan meneruskan biasiswa itu
dan ini merupakan sebab utama mengapa
aku membuat keputusan ini
terima kasih kat Athirah sebab
sanggup pergi Putrajaya
untuk menyelesaikan masalah ini
kepada kawan-kawan kat UiTM arau
aku minta maaf banyak-banyak
kalu ada salah dan silap
halalkan segala apa yang telah korang berikan
mungkin lepas nie
hidup korang lebih bahagia
sebab
x de orang yang akan masuk campur hal rumah tangga korang dan bergaduh ngan korang( credit to #$%@)
sesungguhnya tu bukan niat aku
dan mungkin salah faham korang
sekain terima kasih....




Luahan-Dilema

Degree Or Diploma??

Aish..... nie ialah kali pertama aku
pening memikirkan pasal pelajaran
sama ada degree atau diploma?
kalau orang yang tak faham
memang diorang suggest aku
buat degreee........
tapi masalah nyer,
degree yang ditawarkan ini ialah
dibawah program fast track iaitu
lanjutan terus budak semesta ketiga ke ijazah
tempoh nya ilah selama 4 tahun.
tak de beza pon kalau aku buat degree dulu
tapi yang best nyer,
aku dah dapat tempat yang selamat
lepas nie x yah susah nak pikir untuk apply degree
kos yang ditawarkan ialah
EC220 Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Kampus:UiTM Bukit Mertajam

masalah yang buat aku pening ialah
1)penempatan tak disediakan
2)aku takut biasiswa yang aku terima ditarik balik
3)takut aku tak boleh bawak degree nie
4)masa yang diberikan terlalu suntuk
5)barang aku belambak kat UiTM Arau


ramai orang yang sarankan aku pergi buat degree
boleh dikatakan hampir 98%
tapi aku tetap confius mana satu aku nak pergi?
kawan-kawan. tolong aku....


Jom Buat Duit Free

JOM WAT DUIT FREE

aku dah berjaya kumpul USD27
serios tak tipu



Salam sape ank join aku wat duit
terus terang aku cakap nie bukan MLM
Multi Level Marketing yang selalu tipu orang tu
nie ialah laman sesawang yang minta kita buat survey
tak susah pon just bagi pendapat jer
macam evaluation
korang cuma perlu klik link kat bawah nie jer

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!



Luahan-Makan ShuShi

Shushi

Harga:RM6.00(promotion set)
Tempat:Leisure Mall Cheras
Tingkat 1, berhampiran Bistro DeliFrance



best giler wa cakap lu...
slurrrrrp....

Luahan-Gadget Baru

Hari nie aku kuar pergi Time Square && Lowyat
semalam tetiba jer leader catering 'call'
bagitaw yang semua function dibatalkan
kebetulan Iqbal dah sampai umah member aku

disebabkan function x jadi so Iqbal pon lepak umah member aku
sempat gak ar aku bawak dia jalan kat Cheras nie
kul 2pagi kitorang pg Cyber Cafe main Counter Strike
aku nie bukan la minat sangat men game
tapi disebabkan bosan, so ketagih la pulak
hahahahaha..................
pastu tidur sampai tengah hari
bangun tido aku ngan Iqbal bersiap nak kuar
member-member aku yang lain x join sebab dorang nak
pergi mintak kerja
sampai Time Square, kitorang pon lepak la dalam tu jap

pastu terus gi Plaza Lowyat
memang niat aku nak beli External Hard Disk
lama gak ar kitorang survey harga
last-last aku pon beli yang 320Gb brand Toshiba
tadi berlakunya kejadian yang agak lucu
semasa turun dari jejantas kat TS tu aku ada terjumpa
duit RM10 then aku tunjuk la kat Iqbal
lama kitorang pandang sebab orang ramai time tu
tetiba ade sorang pompuan amik duit tu
"melepas aku", kata Iqbal..
hahahahaha..... dak pompuan tu ngan muka slamber
dan senyum tersipu-sipu terus blah...
sebenarnya, kitorang pon takut nak amik
kot-kot la tu just permainan cam 'Bang-bang Bom' tu
kalu betul, dapat malu lak kitorang nanti...

Luahan-Apa Dah Jadi?

10 Disember 2009

arghhhhh...... APA DAH JADI??
ape yang dah aku buat??

pagi nie aku bangun pukul 10.37pagi
bangun jer aku terus menghadap laptop
dengan tujuan nak tengok result yang di uar-uarkan kuar hari nie
aku pon 'log in' la kat UiTM student portal
then display la
"keputusan bagi semua pelajar akan dikeluarkan
pada 10/12/2009 pada pukul 10.00 malam"
aku pon amik buku twillight:breaking down n sambung baca
aku tunggu bila la kawan-kawan aku nie nak bangun...
sebab dorang janji nak gi Time Square
last-last pukul 6petang baru bangun
tunggu dorang bersiap nak kuar
aku pon cuba la skali lagi cek result
last-last terpapar jugak resulat aku
terkejut giler aku
biar betul??
aku x taw nak cakap ape
memuaskan atau tidak
tapi aku tetap bersyukur
"unexpected output"
sempat gak la aku cek result member-member aku
aku x berani nak cakap tentang result dorang
sebab masing-masing taw yang sem lepas
susah giler, dan jadi giler pon x susah camtu
aku pun kuar Time Square jalan-jalan
so that aku lupa apa yang aku tengok kat skrin laptop aku tadi

Gambar-'Cristmas di KL'

Merry Cristmas to all Malaysian
happening giler sambutan x-mas di KL
boleh kate sume tempat dihiasi ngan tema x-mas
macam-macam saiz pokok cristmas ade

cristmas di Leisure Mall




cristmas di Mid Valley



cristmas di KLCC

Luahan-'1st time to KLCC'

KLCC
aku nak bai tahu nie....
lantak korang la nak cakap ape....
semalam aku gi KLCC

nie la kali pertama aku jejak kaki kat situ
tapi aku x rasa malu pun sebab sebelom nie
aku tak teringin pon nak gi kat situ (tipu)
semalam aku, Sepu, Rewa dan Aida


nek bus dari cheras pergi ke pasar seni
dari pasar seni kitorang direct ke KLCC
lewat gak ar kami pergi,
aku bertolak dari rumah pon dah kul 5.25petang
so sampai sana agak gelap ar
bukan ape, kitorang ingat nak 'overnight'
that why kami pergi lewat
lepak lama-lama kat san bukan dapat ape pon
agak best ar jalan-jalan dalam tu
first time la katakan
hehehehehehe.....
tapi yang x best sebab kitorang pokai
aku memang baru dapat JPA
tapi duit tu nak gak aku simpan untuk pergi U nanti
Handset aku nie dah nak full memori sebab
aku asyik amik gambar jer
time amik gambar tu
aku terserempak ngan budak yang masuk Idola Kecil dan Oh La La kat TV 9 tu
sempat gak ar amik gambar ngan die

memang la sekarang die x famous
tapi mana tahu sustu hari nanti dia famous
hehehehehe....... puas2 window shopping dalam KLCC
last-last kitorang balik rumah
tak tercapai gak hajat nak overnight....
sampai cheras, aku pon pergi Leisura Mall jap
beli sushi...... Best.....

Luahan-'Tagged'

tagged by Tyra

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Pulangkan by Misha Omar
hahaha aku x leh terima kawan aku speaking?

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Diselubung Rindu by Spin
Rindu pada suasana kat U.... tapi bukan suasana belajar ? ;)

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL??
Starlight by Muse
cerah hidup aku, x yah byar bil elektrik.hehehe ?

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Lonely by Akon
nak kuar KL tapi x taw nak g ane? :D

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Jangan Lupa Sembahyang by Aeman
sangat-sangat bermatlamat.

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Kita Akan Dijemput by Ukays
carilah bekalan untuk dunia akhirat

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Di Luar Kemampuan by Ukays
wah dasyat..... hahahahaha ;)

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Anak Soleh by Aeman
soleh ker, tapi yang pasti aku anak SALLEH ;DD

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Cari Jodoh by Wali Band
huhuhu..... sape nak kat aku?? :)

10. WHAT IS 2 + 2?
Kantoi by Zee Avi
tekanan math sem lepas masih x hilang ;DD

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Trouble Is A Friend by Lenka
memang trouble. huhuhu :)

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Time Is Running Out by Muse
amende maksud aku nie. hikhik...

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Aku Bukan Superman by laki laki
best gak jadi superhero.... huhuhuh

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
I'm Yours by Jason Myraz
hahaha... prasan siot. :))

15. WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Like a Song by Lenka
best ker lagu nie, tajuk mcm best. hahaha.

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Al-Quran Kalamullah by Hijjaz
hopefully cam tu la......

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Teringin by Shima
teringin sangat-sangat.... (????) ;)

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Alasanmu by Exists
banyak sangat la alasan ko nie.

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Tunduk Mengalah by Data
"aku mengundur diri".

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Mengintai Dari Tirai Kamar by Exists
x baek doww...... hee.

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Siapa Yang Rampas Cintamu by Ukays
yang pasti bukan aku....... huhuhu ;)

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Don't Matter by Akon
ikut suke aku la ;D

TAG 10 PEOPLE :
Waras, Asma, Pipah, Dore Iqa, tu je kawan yg aku ade....

kesimpulannya ; korang buat sendiri la yer. hahaha.
maaf la sebab korang x pernah dengar
lagu-lagu kat atas tu...
dari mana aku amik ntah (@_@)

Gambar-'Editing 2'





Luahan-Kepenatan

Catering Services

hari nie hari pertama aku keje
nasib baik aku dapat satu tempat ngan memeber aku
Iqbal plak kena kat Sungai Buluh
Function yang aku kena ialah kat Taman Tasik Ampang Hilir
sape duk KL mesti kenal tempat nie
mostly orang-orang kayer yang tinggal kat sini
rumah dah macam istana aku tengok

tapi majlis nie kat dalam dewan....
majlis kahwin yang agak grand dan meriah gak ar
bayangkan start dari pukul 10 pagi
hingga pukul 6 petang
langsung tak berhenti buat kerja....
dapt minum air jer sekejap-sekejap
letih tu memang tak taw nak cakap
lutut aku nie penat macam nak tercabut pon ada
tetamu datang tak henti-henti
pernat siot layan dorang.....
tapi agak best ar.....
sekarang aku x dapat upload gambar sebab ada poblem...
nanti aku uploadkan la yer....

Gambar-'Editing'

hahahaha...
akhirnya, inilah hasil gambar selepas aku edit
maseh kat tyra sebab bagi web PicNik tu kat aku




Luahan-Renungkan

semua orang boleh diajak berkawan dan kawan sekaligus boleh menjadi rakan. Akan tetapi tidak semua rakan boleh dicari semudah kawan. Dalam rakan dan kawan ade yang boleh dipilih menjadi sahabat. Sahabat ialah rakan dan kawan. Ironinya sahabat tidak mudah untuk seperti semudah mencari member. Member tidak boleh menjadi sahabat tetapi boleh menjadi rakan pada waktu tertentu. Rakan, kawan dan sahabat semestinya boleh menjadi member. Akan tetapi member tak semestinya jadi rakan, kawan, atau sahabat. Rakan, kawan dan sahabat boleh menjadi teman (tak kira la teman apa pun). Seorang sahabat memerlukan kawan untuk menjadi temannya dikala rakan-rakan sedang sibuk dan member-member hilang entah kemana. Jadi siapa yang perlu anda cari? Kawan, rakan, sahabat, teman atau member? Renung-renungkan.....

Luahan-'Part time job'

KUALA LUMPUR tunggu aku!!


hari nie aku sampai KL
member aku ajak aku keje 'part time'
kat tempat keje die
keje 'catering' kat Damansara
walaupun cuti yang tinggal tidak cukup sebulan
tetapi aku nekad juga pergi
sebenarnya nawaitul aku
bukan la nak keje sangat sebab.....
aku just nak Jalan2 Cari Makan
kat KUALA LUMPUR nie
hahahahaha............
tapi keje pun bagus gak,
boleh tambah pendapatan
maklumlah, aku nie kan bukan senang sangat
duit gaji tu boleh la aku enjoy puas2
hehehehe....
tyra-bila nak belanja aku?
ko kan baru dapat JPA
hahahaha.........
bahagaia ko erk??
pape pon,
aku nak buat sesuatu sampai aku lupa ngan
bencana sem lepas
segala bala final exam yang
arghhh..... x taw nak cakap
tunggu je la......
(aku memang x tunggu pon)

Luahan-Kegembiraan

Hahahahahaha......
alhamdulillah......
akhirnya masa yang ditunggu2x telah tiba
seronok memang tak terkata
terima kasih JPA
duit kali nie
terpaksa aku lunaskan dulu hutang-piutang aku
betul la perumpamaan "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
tapi bukit hutang tak guna jugak
hehehehee........
camna pon saki-baki tu
boleh la aku beli apa yang patut
barang yang diidamkan juga rasanya mampu dimiliki
tinggal lagi janji ngan kawan-kawan
just tunggu.....
janji pasti ditunaikan
heheheheheh....

dan dikesempatan ini
aku ingin ucapakan
"Selamat Hari Raya AidilAdha"
kepada semua yang mengenali


Luahan-Kekecewaan

Exam CSC125
Fundamentals of Computer Programming
Vanue=Dewan Baru
Date=13/11/2009
Time=2.45pm-5.45pm

Arghhhh................. First time
taw x, FIRST TIME!!!!!!
fisrt time aku tinggal satu soalan yang kesemua 13 markah
bukan aku x nak jawab
tapi aku lansung x tahu apa nak jawab
apa kehendak soalan?
apa yang dia mahukan?
berjam-jam aku memikirkan
tetapi lansung tiada jawapan dan lintasan
soalan agak melampau
paling susah berbanding soalan semester lepas
serius, bukan aku sorang jer cakap
habis exam dan x sempat lagi kuar dewan
aku hantar mesej kat Mr Jiwa
"soalan susah melampau......
x tahu apa soalan nak'
sorry encik....."
tunggu je la result kuar
dekan jauh sekali
lulus pon belum tentu
apa nak jadi, aku pun x tahu..

Luahan-Kebingungan

Perlis->Kelantan->Terengganu->Kelantan->Shah Alam->Perlis

bingung aku memikirkan
bertapa banyak duit aku akan habis untuk beli tiket
ke destinasi tersebut
dah la duit aku ada RM100 je ag dalam Bank
dalam 'wallet' plak ada RM 30 je
tu pun nak wat makan untuk minggu nie
bila la duit JPA nak masuk
hujung-hujung sem nie,
selalu je masalah ngan duit
nak g kelantan dulu ke x?
masalah la plak kalau aku pg kelantan
nanti nak kena beli tiket balik terengganu plak
Shah Alam, aku nak pergi sebab ada latihan Kriket
untuk MASUM
Uitm ada sedia bus, tapi aku ingat nak balik dulu
then nak balik perlis plak sebab aku nak kena
sambung lesen P aku yang dah nak sampai ajal tu
torsion+stress+deflection+tension+moment+torque
Sape boleh bagi pinjam duit ar?
Arghhhhhh........ Masalah2x

tiket perlis ke kelantan=RM45
+ tiket dari kelantan ke terengganu=RM18x2
+ tiket dari kelantan ke shah alam=RM40.++
+ tiket dari shah alam ke perlis=RM40.++
_______________________________
total=RM161.++

Luahan-Menyampah

Hari ini aku ngan tyra pergi
HEP untuk 'settle' urusan pembatalan pinjaman dan penangguhan bayaran PTPTN kami
disebabkan aku tak de kelas dan exam hari ini
jadi aku pakai la baju tshirt kolar biasa
walaupun sepatutnya hari ni
kami dikehendakai memakai pakaian formal
selesai jer isi borang tu
aku ngan tyra terus melangkah masuk ke pejabat HEP
sampai kat dalam tu aku pun terpingga-pingga
mencari orang untuk bertanya
tetiba ada seorang lelaki berbadan tegak tanya aku
"ada apa datang nie?"
aku dengar x dengar jer soalan die tu
pastu die tanya lagi...
aku cakap la aku nak minta pengesahan tarikh tamat belajar
tetiba kerani datang dan tanya aku
"mana kad pelajar kamu?"
aku pon bagila kat die...
pastu die tanya lagi
"kenapa x gantung?"
aku tanya die gantung apa
tetiba lelaki tu amik kad pelajar aku
die marah-marah kat aku kata x menepati sahsiah rupa diri
setakat x gantung kad matrik jadi kes besar ker
lama gak ar aku ngan tyra kena basuh ngan die
pastu dia cakap kat aku
"kamu tunggu apa lagi?"
hotak die ar, soalan aku tanya tadi dia x jawab lagi
aku sound ar "soklan kami tanya tadi x terjawab pun lagi!"
pastu kerani tu pun datang suh kami isi borang
kalau dari awal tadi dia suh kan senang
nie x pasal-pasal aku kena amik kad pelajar aku kat markas KESAT
aku kalau boleh x nak jejak lagi kaki kat tempat tu
nasib baik rambut aku x kena potong dan aku dapat balik kad pelajar aku


Luahan-Sahabat 2


tersalah pilih sahabat bawa kehancuran

kalau mata korang tajam tentu korang dapat baca
perkataan dalam gambar diatas
cuba korang renung betul-betul
bukan tajuknya, tapi kandungan artikle tu

konfirm korang x nampak kan
biar aku taipkan semula

Pengertian sahabat
1)Sahabat karib biasanya mempunyai personaliti yang hampir sama. Remaja yang bijak dan berpandangan jauh akan memilih sahabat di kalangan remaja yang mempunyai kemahiran yang lebih daripadanya dalam bidang akademik.
2)Sahabat biasanya datang daripada lingkungan usia yang hampir sama, alam persekolahan, minat dan masalah yang dihadapi juga seruapa. Sahabat juga biasanya mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.
3)Sahabat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi manusia. Sahabat juga mempengaruhi kehidupan seseorang remaja dan menentukan arah masa depan mereka.
4)Sahabat dan teman berbeza kerana sahabat hubungan paling akrab dan hubungan ibarat ahli keluarga menyebabkan mereka sedia membantu pada bila masa sementara teman tidak banyak tahu mengenai kita.
5)Sahabat penting dalam kehidupan seseorang tetapi salah pilih sahabat membawa kehancuran.
6)'Ada sahabat yang setia' dan berusaha membawa kebaikan dalam kehidupan sahabat adalalah sahabat sejati.

"adakah anda merupakan sahabat atau teman
kepada orang disekeliling anda?"
tepuk dada tanya diri sendiri.....

Luahan-Kesejukan


Kesejukan Melampau
dalam dewan peperiksaan

aku x faham dengan pegawai peperiksaan
"adakah mereka semua nie bekas penuntut di luar negara?"
sampai keadaan dewan yang sejuk sampai nak beku tu pon mereka x perasan
kesejukan yang melampau nie lah yang
menggangu aku ketika menjawab peperiksaan
terutama sekali ketika exam BEL311 di Lib Zon A3
otak aku n seluruh anggota badan kaku dan beku
untuk berfikir dan menulis
haih.... nasib baik la ada satu paper lagi
kalu la kedaan luar negara macam nie
sumpah Malaysia lagi best....


Luahan-Tekanan

Exam ECS208
Basic Solid Mechanics
Venue=Bilik Kuliah 13-11
Date=08/11/2009
Time=9.00am-12.00am

Subjek ini boleh dikatakan subjek 'KILLER, TOUGHEST'
bagi 'student' Diploma Kejuruteraan Awam Pembinaan
Subjek yang melibatkan pengiraan panjang dan berkait-kait
selepas habis exam MAT235, kami ada masa 2 hari
untuk mengulang kaji subjek ini
boleh dikatakan dalam sehari aku cuma tido selama 4jam
dan masa selebihnya ialah memberi tumpuan penuh kepada subjek ini
rutin harian yang begitu memenatkan dan meletihkan
aku dapat melihat tekanan yang sama dirasai oleh pelajar lain
terutama pelajar kumpulan ECD3Ee
kekurangan markah 'Cary Mark'
menyebabkan dorang seperti berputus asa
dan menyalahkan diri mereka dengan apa yang berlaku
aku x tahu macam mana nak gambarkan
tekanan yang mereka hadapi
ada sampai tak tidur lansung
kerana bimbang dengan exam yang bakal mereka duduki
tapi alhamdulillah aku dapat jawab soalan ECG208
walaupun tidak begitu pasti dengan jawapan diberi
Habis jer exam aku balik bilik dan qadar semua masa-masa tidur aku
MERDEKA buat sementara
tinggal satu subjek jer lagi CSC125

Luahan-Kekesalan

ATTENTION!

Kelembapan dan kekurangan tahap kelajuan internet
menyebabkan saya tidak dapat 'upload' gambar-gambar yang terkini

Luahan-Ulang Tahun

6 NOVEMBER 2006

Hari Ulang Tahun Kelahiran Aku ke-19
walaupun tiada apa-apa sambutan
tetapi aku tetap merasai ertinya
semalam aku menerima cendrahati dari seorang teman
dan dialah orang yang pertama mengucapkan
"selamat hari lahir"
kepada aku,
terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakanku yang lain
Tyra,Diela,Afham & Bro
yang mengingati hari ini
Pagi tadi aku ada membeli 'newpaper' KOSMO
dan akudapat tahu
seorang celebriti negara kita iaitu AZNIL Haji Nawawi
turut lahir pada tarikh yang sama ngan aku
sempat jugakla aku ucapkan pada dia dalam blognya
kemudian aku merima satu ucapan darinya juga
melalui ruangan komen di post 'Luahan-Tak De Keje'
aku tak tahu la sama ada btol ke tidak
tetapi kalau korg klik pada nama Paknil tu
korang akan disambung terus ke laman blog
aznilnawawi.blogspot.com

aku pon x brape nak sure gak
adakah betul ke tidak paknil yang ucapkan tu
tapi kalau betul, terima kasih la erk....
kepada teman-teman yang lain yang turut mengingati
dan tak berkesempatan untuk ucapkan
terima kasih jgak aku ucapkan

Luahan-Tak De Keje


(sejadah berdiri)
kalian pecaya tak kalu aku kata
sejadah kat atas nie tetiba bergerak sendiri dan duduk
seperti seseorang sedang menunaikan solat
mesti korang x percaya kan?
bertapa hebatnya sejadah tu
siap pakai kopiah lagi
mula-mula memang aku x berapa percaya
tapi sekarang 100% aku memang 'X' percaya
mengarut jer sumua itu
sejak kebelangan nie makin banyak kuar 'newspaper,
tentang cerita-cerita macam nie
yang x tahannya dorang macam nak compete jer
sejadah kat negeri mana paling banyak buat 'posisi'
macam dalam gambar kat atas tu...
Pelikkan, macam-macam cara orang zaman sekarang cari publisiti
*gambar kat atas nie ialah
hasil kreativiti aku ngan roomate aku
tension+torsion+stress jawab test
nie lah keje kami
tapi aku bagi tahu siap-siap
sejadah tu sebenarnya kami yang dirikan
pasni jangan plak ada yang datang nak menuntut
hajat or something else....
nasib bek sejadah tu x dipakai ngan helmet kat belakang tu
nanti ada plak cakap sejadah merempit
hehehehe....
MasyaAllah... apa aku merapu nie...

Luahan-Kesakitan

Exam MAT235
Calculus 2 For Engineers
Venue=Dewan Lama@Dewan Sri Ketuhar
Date=05/11/2009
Time=9.00am-11.00am

Kepayahan tak perlu aku ceritakan
walaupun kelebihan aku pada subjek 'kira-kira'
tetapi hari nie, soalannya begitu memeningkan
bukan bermaksud aku tak dapat jawab tetapi
mengambil masa yang agak lama
disebabkan masalah kedua aku ketika dalam dewan tersebut
kesakitan yang memang sukar ditahan
'TANDAS!'
perkara ini lah yang keluar setiap kali
aku cuba mengingati rumus-rumus metematik
untuk menjawab soalan tersebut
kesakitan yang memang x pernah aku rasakan
"Jom La pergi tandas, x tahan dah nie!"
"Tunggu ar jap, x habis jawab agi nie. Nanti x sempat plak"
masa menjadi begitu penting bagi aku
sedetik bagai sejam aku menunggu
"Pelajar dikehendaki berhenti menulis"
selepas jer pungutan kertas dibuat aku terus meluru keluar
menuju ke tempat yang indah dan nikmat
hahahahahaha........
kelegaan jelas terasa
Nasib baik aku dapat jawab semua soalan

Luahan-Tak Terkata


Hari nie mungkin jadi SEJARAH

mesti sume tertanya-tanya
apa kaitan hari ini dengan SEJARAH hidup aku?
tarkhnya 5 November 2009
walaupun bukan hari sepatunya iaitu 6 November
"HARI LAHIR AKU"
"pipit lahir kedunia"
tetapi aku tetap gembira
aku telah menerima sesuatu daripada seorang individu
yang perlu aku rahsia identitinya
biarlah persoalan mengenai siapa dia
menjadi rahsia buat selama-lamanya
"TERIMA KASIH AKU UCAPKAN"
benda ini semua dah cukup besar bagi aku
dalam memoir kita dalam persahabatan
Alhamdulillah......

Luahan-'cary mark'

Alahai 'cary mark'.......

Susah,sukar,payah,kompleks,
sume tu ada maksud yang sama
perkataan ini lah yang sesuai untuk aku
katakan mengenai subjek semester ketiga
Diploma Kejuruteraan Awam Pembinaan ini
Kesusahan yang bukan terlampau tapi melampau

Antara Cary matk subjek yang aku dapat(%)

English For Academic Purposes-35.5/50
Fundamentals Of Computer Problem Solving-belum kuar
Science And Technology In Islam-36.5/40
Basic Soil Mechanics-27.3/40
Basic Solid Mechanics-31.3/40
Calculus 2 For Engineers-37.55/40

Agak teruk dan agak mengecewakan
camne pon masih tetep bersyukur......
Alhamdulillah

Luahan-penuh

ECG203
Basic Soil Mechanics
Venue=Dewan Baru
Date=03/11/2009
Time=2.15p.m-5.15pm

Subjek yang teorikal yang amat memenatkan
penuh dengan formula-formula dan istilah-istilah
kadang-kadang membuatkan aku pening untuk menghafal
serta memahami maksud soalan yang menggunakan
perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama
soalan yang agak sukar dan kompleks
keadaan yang sama berlaku di tengah medan peperangan tadi
aku kalah dihambat masa yang begitu pantas

Alhamdulillah.... aku dapat jawab semua soalan
walaubagaimanapun, keraguan masih menjadi kepastian

Selesai sudah Subjek ke-3

Luahan-Kawan

KAWAN

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan

Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan

Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang

Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita

Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan

Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Artist: Hijjaz
Title: Kawan

Luahan-Beku


Exam BEL311
(English For Academic Purpose)
Date=30/10/2009
Venua=Library Zon A3
Time=8.30a.m-11.30a.m

Test English yang paling susah yang pernah saya amik.
Keadaan Dewan peperiksaan yang sejuk sepeti Antartika
membuatkan jari jemari menjadi kaku
ditambah pula Soalan yang agak mencelarukan
menjadi 'exam' kali ini tidak ubah seperti melakar sesuatu
yang tak pasti diatas helaian kertas kosong
masa yang dikatakan agak panjang menjadi begitu singkat
'careless' itulah kesalahan yang sering saya lakukan
setiap kali menduduki peperiksaan
hanya tawakal dan doa saja
yang mampu mengubah segala-galanya
InsyaAllah......

Gambar-Sungai

Ketetapan alam yang menjadikan sungai mengalir dari hulu ke hilir. Tiada suatu yang mampu mengubah kenyataan tersebut. Alangkah baik jika hidup ini seumpama aliran sungai yang mempunyai satu matlamat yang tetap iaitu menuju ke satu destinasi. Walaupun halangan yang berliku-liku, namun alirannya tetap smpai ke hilir.
gambar ini diambil menggunakan Sony Ericsson K810i

Luahan-Penyesalan


Kegundahan melampau di saat-saat genting dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang pelajar."Haih, apa aku study nie? Satu apa pun x masuk kepala...", luahan inilah yang sering terungkap setiap kali aku bersengkam mata menghadap jutaan huruf yang disusun indah sehingga terbentuk satu perkataan yang memberi seribu makna. Keunikan dan hasil inovasi para ilmuan yang mencipta berbagai formula makin memenatkan aku untuk memahat semua itu agar kekal dilubuk akal aku. "Apa nak buat nie? final makin dekat". Persoalan inilah yang kian memeningkan kepala aku yang sarat dengan formula yang entah betul entah tidak. Kehidupan yang kian dibebani masalah makin parah sehingga sering kali mencampur-adukan pembelajaran dengan masalah. Kehidupan tak ubah seperti jasad yang bernyawa namun tak bermaya. Kehadirannya seperti menyengat minda dan membenamkan racun sehingga mewujudkan rasa benci yang meluak-luak terhadap manusia bertopeng ini.

Aku mohon pada-Mu Ya Allah,
tabahkan hatiku
dalam mengharungi ujian
dan dugaan yang telah Engkau takdirkan
dalam kamus hidupku
sesungguhnya itulah satu-satunya
jalan keinsafan yang engkau jadikan
untuk hamba-Mu yang jahil ini,
aku redha dengan apa yang Kau berikan,
aku mohon pada-Mu,
ampunilah dosa-dosa orang disekelilingku
sesungguhnya kehadiranku hanya sekadar
barah yang kian parah bagi mereka
aku sedar Ya Allah
sesungguhnya
aku bukanlah manusia yang sempurna,
leka dengan kejahillan dunia
sehingga lupa akan azab yang Kau janjikan
Ampunilah dosa ku Ya Allah......:'-(

seandainya aku ditakdirkan
'pergi' dulu.......
aku redha dengan aturan-Mu
biarlah pemergianku bukan untuk ditangisi
Selamat Tinggal Aku Ucapkan

Gambar-Teratai

Gambar ini saya ambil ketika pergi 'jogging' bersama rakan-rakan sekolah menengah dahulu di satu tempat di Kangar, Perlis.

Luahan-Sahabat


Assalamualaikum..... walaupun blog ini saya cipta khas untuk memaparkan koleksi gambar-gambar saya, tetapi hari ini saya ingin meluahkan sedikit rasa kekecewaan saya kepada seorang manusia yang bergelar 'sahabat'. Saya tak tahu adakah golongan seperti ini sepatutnya digelar sahabat atau sebaliknya? Kisah semalam membuatkan saya bertambah keliru dengan kehadiran insan bernama sahabat ini. Kejadian yang tak diingini bertimpa-timpa dalam hidup saya kebelangan ini. Masalah kian disulami masalah. Adakah ini dugaan atau musibah disebabkan kesalahan saya.

Ceritanya bermula disini...............................

"Weih, aku napok mung pakai baju sama ngan awek mung. Baju Rayer ker?". Aku cuba bertanya pada die dangan niat bergurau. "Hoo!", jawab die. perbualan kami berlanjutan dengan cerita-cerita lain. Hari berganti hari, hubungan aku dan die masih seperti biasa. Sampai satu masa dimana aku dikecewakan oleh insan bergelar sahabat ini. Bukan seorang tetapi 'dua'.(yang tadi sahabat pertama & yang ini sahabat kedua) Hari itu meraka buat 'study group' kat library, tetapi die x de pun ajak aku. Aku x kisah lagi. Apa yang buat aku terasa apabila salah seorang daripada mereka(sahabat kedua) yang beriya-iya ajak aku sebelum nie langsung x bagi tahu kat aku walau sepatah.

Hari berikutnya, kajadian tadi berlaku lagi. Insan yang bergelar sahabat kedua tadi masih tak ajak aku dan bagi tahu kat aku yang diorang ada buat 'study group' lagi skali. Aku x faham apa motif dia sebelum ini ajak aku? Disebabkan aku dan die(sahabat kedua) mempunyai kisah peribadi yang dikongsi bersama, aku menjadi cemburu x tentu pasal. Aku cuba 'call' die, tapi die 'off', aku mesej die, tapi die x balas. Aku pun amik keputusan untuk bertanya ngan sahabat pertama tadi. Aku pon hantar mesej."salam, mg ad kat ne?". Sahabat kedua membalas."Aku ad kat luar skarang. Bakpe??"....(penipuan yang jelas). Aku x faham apa motif die menipu sedangkan, die sedang berada di 'library', kenapa cakap ada kat luar(luar kampus).

Aku cuba amik keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak bercakap ngan sahabat pertama ini. Hari berganti hari, aku dan die menjadi semakin tak rapat. Sampailah suatu masa aku perasan yang die nie cuba menjauhkan diri dari aku. Mungkin semua ini berpunca dari aku. Aku mengambil keputusan untuk meminta maaf dengan menhantar mesej,"salam, aku nok mitok maaf ngan mg. Aku tahu mg brase ati ngan aku,ak taw gok sebab mende. Aku dok cakap ngan mg pon sbab aku brase ati ngan mg. tapi dok ksoh ar psal 2, aku pon mlas r baloh ngan saing2..... tapi ikut mg ar nok kta mende"...... Aku tahu dia trase ngan aku sebab aku masuk cmpur hal awek die? Ape yang aku buat? Salah ker sekadar bertanya mengenai baju yang die pakai sama ngan awek die? Klu tak nak bagi jadi buah mulut org, asal die tayang depan orang ramai... Hari nie, aku dapat tahu macam benda die dah burukkan nama aku depan sahabat aku yang lain. Aku ngan die boleh dikatakan agak rapat sebelum ini, tapi aku x faham kenapa die buat semua ini......

Cerita ini masih panjang tapi aku x tahu apa yang aku nak taip untuk aku luahkan semua ini. "Aku suka berkawan tapi aku benci bersahabat..... Aku suka berteman tapi aku benci berpasangan..... "
Aku confius sekarang..... Apa patut aku buat?-tolong bagi pendapat

p/s:cerita ini tiada kena mengena dengan sahabat kedua itu.... walaupun watak die ada terselit sedikit.

*aku-penggunaan 'aku ' dalam post ini untuk mengelakkan bahasa skema

Gambar-KFC

Sedang sibuk pelajar lain mengulang kaji pelajaran, kami pula sibuk menjamu selera di KFC. Walaupun sya tidak berapa suka makanan di KFC, tetapi inilah yang saya mampu untuk menghilangkan bosan di Kampus.

Gambar-Chicken Chop RCH

Ini adalah Chicken chop versi Radix Chicken House di Kangar Perlis. Walaupun rasanya agak sedap dan harga berpatutan tetapi servis yang diberiakan agak tidak memuaskan. Saya terpaksa menunggu selama 20 minit untuk satu Chicken Chop ini walaupun pelanggan pada masa itu cume beberapa orang... satu Chicken chop beharga RM9.5o termasuk segelas air.



Gambar-Projek ECM

Ini ialah hasil projek Civil Material Engineering kami yang diberi nama Recreation Island Under Spider Web Bridge. Hahaha.... Direka penuh oleh saya walaupun tugasan yang diberikan adalah berkumpulan.




Gambar-Bunga Sakura 2

Nie adalah sambungan lukisan saya yang bertajuk Bunga Sakura hari itu. Walaupun tidak begitu cantik, tetapi saya dapat menghilangkan rasa bosan pada minggu yang penuh dengan test ini. hehehee...







Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.