0 Euro Trip - Athens dan Santorini, Greece

Wednesday, December 12, 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mood masih berbelah bagi, nak update pasal trip ke Korea dengan Group Kak Zack ari tu ke atau trip ke Europe? Tapi disebabkan permintaan Trip Europe lagi tinggi, so aku dahulukan Trip Europe dulu. Haha....Ramai yang mesej tanya pasal kos aku ke 10 negara di Europe hari tu. Kali ni aku just nak share cerita dari awal sampai tamat trip. Dalam ni aku akan selit sikit pasal kos. Tak terlalu details macam trip sebelum ni sebab bagi aku kos yang kami habiskan untuk trip euro ni agak tinggi sebab perancangan yang last minute. Bayangkan kawan aku mesej nak ajak join trip ni bulan September dan trip start awal bulan November hari tu. Dah la bulan October aku busy dengan Malaysia Road Conference 2018. So macam biasa, itinerari, tempahan hotel, pengangkutan dan lain-lain semua aku uruskan. Soal itinerari ni pon main hentam je sebab tak cukup masa nak buat research tapi alhamdulillah 99% dari itinerari bejaya dipenuhi. 

Untuk trip kali ni aku pergi berdua je. Seatutnya bertiga, tapi kawan kitorang lagi sorang tu terpaksa tarik diri last minute sebab ade urusan yang tak dapat dielakkan. So tinggallah kami berdua. Ni trip aku yang kedua aku pergi ke luar negara hanya berdua. Trip kali ni amik masa selama 18 hari iaitu dari 16 November hingga 4 Disember 2018 merangkumi 10 buah negara iaitu Greece (Athens & Santorini), Netherland (Amsterdam), Belgium (Brussels), German (Cologne), Republic Checz (Prague), Austira (Vienna), Hungary (Budapest), Croatia (Zagreb, Rastoke, Lake Plitvice), Bosnia I Herzegovina (Bihac, Mostar, Sarajevo), dan Switzerland (Zurich, Lauterbrunnen, Zermatt).

Negara pertama yang aku pergi ialah Greece. Flight dari Malaysia pukul 11:35 malam dari Kuala Lumpur ke Athens via Turkish Airlines so transit kejap kat Istanbul. Biasa aku naik Airasia je sebelum ni, tapi kali ni upgrade sikit. Haha... Bagi aku xde la beza sangat pon kecuali leg room besar sikit, ada in-flight entertainment dan ade makanan disediakan. Disebabkan bertolak lewat malam so aku banyak habiskan masa aku dalam flight dengan tidur je. 11 jam perjalanan tu rasa kejap je. Masa nak ke Istanbul, kitorang satu flight dengan Akak Sajat. Sama-sama transit Istanbul tapi dia pergi tempat lain. Kalau aku tahu die nak pergi buat video joget-joget pakai bikini tu, aku jentik telur die time tu. Hahaa.... Masa kat Istanbul agak kelam kabut sikit sebab kitorang transit 1 jam je, then ramai plak tu pelancong yg transit kat Istanbul sampai kena beratur panajang utk International transfer. Nasib baik la sempat. Dari Istanbul nak ke Athens hanya 1 jam 5 minit je.

Sampai je Athens, kitorang terus ke stesen train utk beli transport pass. Untuk transport pass di Athens ni bagi aku serabut sikit sebab banyak sangat options yang korang boleh pilih. Ada dua jenis pass atau tiket, satu Athena Card dan satu lagi Athena Tickets. Yg card tu macam kad tough and go and korang boleh top up anytime je. Yang Athena Tikects tu plak just paper ticktes yang ade limit and duration of validity. Contoh mcm kitorang amik 3 days tourist ticket yang berharga EUR22, kalau amik bas nak ke bandar je pon dah EUR6 sehala. Tiket valid selama 3 hari include semua jenis transport dalam Athens dan juga 2 kali free untuk airport transfer. Nak lagi senang faham korang boleh refer SINI. Kitorang stay kat Athens sehari je sebab esok dah fly ke Santorini tapi kitorang amik 3 days sebab after balik dari Satorini kami akan lepak di Athens lagi sekali sebelum fly ke Amsterdam. Tapi bagi aku kalau korang plan betul-betul, tak perlu pon beli pass yang mahal nak mampus ni. Just amik airport transfer je. Nak senang kat bawah ni aku share tips yang aku google before ke Athens. Malas nak taip panjang-panjang. Copy paste je. Hahaha....

Tips di Athens.
1.    Luggage Storage di Airport
Lepas keluar dari Arrival hall, belok ke kiri. Kedai dia hujung sekali dekat toilet dan pintu exit. € 9 untuk 2 beg kecil 12 jam. 
*Tapi kat airport ni mahal sikit. Nak murah simpan kat Monastiraki Station, exit ke Themidos. Jalan terus je lintas jalan dan kedai luggage tu undergound sebelah Iceroll. Satu beg EUR4 je x silap. Simpan dlu then bayar masa nak amik beg. STaff situ sangat friendly.

2.    Transportation.
Tiket bas ke bandar (Syntagma Stn) €6 utk one way.
Local sightseeing boleh amik Athena Ticket (Kertas-€4.50) utk 24 hour or amik yg 5-day (€9) sebab kita akan patah balik lepas ke Santorini.
Kalau amik Aanonymous Ath.ena card, amik 3 days tourist tix (€22) termasuk airport transfers pg balik (sekali je). Tapi akan rugi €1 kalau compare ngan Athena Ticket. Cumanya kad ni plastic, yg atas td kertas.

3.    Kedai Halal
-    Monastiraki Area (Kedai kebab)
-    Depan Hard Rock Café
*Tips ni aku buat sebelum pergi dari pengalaman yang orang share. Lepas dah pergi sana, dah puas aku pusing, satu kedai halal pon tak jumpa. Tanya Abg Bangla yg keje kat sana, memang di Athens ni xde kedai halal. So kitorang just masuk kedai makan makanan berasaskan seafood.

4.    Sight-seeing.
Ade banyak tempat FREE tapi paling famous Acropolis (Tiket masuk €10) tapi kena mendaki sikit. Boleh naik happy train di Syntagma Square €5 utk 1 day trip. Pusing2 bandar Athens. Tp kalau dah amik 5-days or 3-days pass x perlu la amik ni.

Sekarang aku nak sambung balik cerita di Athens walaupun aku tahu korang dah malas baca seba dah dapat tips kat ataskan? Sape tak baca sampai habis aku sumpah ko sesat kat Athens. Hahaha.... Just kidding. Pagi masa sampai di airport tu suhu sejuk giler sampai mengigil. Muka tangan habis kebas. Ko bayangkan 1st day dah tak tahan dengan suhu yang extreme. Tapi bila sampai je Bandar Athens, suhu dan naik balik dan tak sejuk sangat. Lepas drop beg kitorang terus jalan kaki pusing Bandar Athens. Korang boleh amik map di Airport atau dengan penjaga kaunter tempat simpan beg. Semua tempat menarik kat Athens ni ialah within walking distance. Sebab tu aku cakap tak perlu pon nak beli pass yang mahal nak mampus tu. Unless kalau penginapan ko jauh dari bandar. Korang boleh turun di Monastraki atau Syntagma Station utk lawat tempat-tempat menarik di Athens. Bagi aku xde la menarik sangat pon. Hahaha... Sebab tempat-tempat kat sini lebih kepada monumen tinggalan sejarah yang ala-ala dah nak roboh tu. Sape yang follow blog aku dari dulu mesti tahu yg aku ni spesis tak minat sejarah dan sebab tu la bagi aku Athens ni macam xde pape sangat.

Mencari direction untuk ke stesen train. Boleh tahan pening nak baca bahasa dorang ni. Tapi ade je translation to English.
Menahan kesejukan.

Bangunan roboh macam ni pon kena bayar kalau nak tengok. A Famosa free je kot. Hahaa....



Banyak jugak tempat yang kitorang singgah tapi kitorang just tengok dari luar pagar je sebab semua tempat tu nak masuk kena bayar. Nak tengok bangunan roboh pon kena bayar. Dah la mahal plak tu. Tapi bila low season tiket akan jadi half price. Half price pon mahal. Ceih.... Hahaa... Tapi ramai kawan aku yang pernah ke Athens cakap berbaloi kalau masuk ke Acropolis. Tapi Acropolis pon kitorang tak masuk sebab ingatkan nak masuk masa lepas balik Santorini tu, tapi sebab rushing sangat jadi semua kitorang tengok dari luar je.

Monastiraki Square. Belakang tu ialah bekas masjid yang dah dijadikan museum.

Acropolis. Amik gambar dari luar je. Pastu blah. Haha...


Kat area Monastraki dan Plaka ni banyak kedai souvenir. Antara 10 negara yang aku pergi ni, Athens ialah salah satu negara yang souvenir murah. Satu fridge magnet atau Key cain boleh dapat dengan harga  EUR1. Selain Athens, Bosnia pon antara negara yang murah. Negara lain jangan harap. Kalau yang jenis suka shopping barang branded plak, Athens ni bukanlah syurga untuk shopping sebab bandar die pon xde la besar sangat. Part yang aku paling tak suka dengan Athens ni ialah banyak mamat itam (Niger) kat area Monastraki Square yang duk menjual gelang ape ntah. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 je untuk Athens. Hahaha..... Review ni untk Athens sahaja yer. Ade banyak lagi tempat kat Greece ni so review aku ni hanya untuk Athens. Lain orang lain pendapat so mungkin ade yang suka. Athens bukanlah tak best tapi sebab aku pergi 10 negara so mestilah ade perbandingan dengan negara lain. Hehe...

Shrimp spagetti, EUR13. Kedai area masjid.
Sotong celup tepung. EUR8.
Monastiraki Square waktu malam. Penuh dgn mamat itam.
Di Athens ni kami stay di SunBow Olive Apartment.  Booked melalui booking[dot]com. Rumah ni memang cantik dan bersih tp sayangnya kami just stay kejap je sebab pukul 12 malam dah gerak ke airport sebab nak amik flight pagi ke Santorini. Cumanya untuk ke rumah ni jauh sikit kena jalan kaki dari Kerameikos Station iaitu lebih kurang 700m.







Untuk ke Santorini, kami amik flight Ryan Air. Ryan Air ni ialah penerbangan tambang murah macam AirAsia yang semua benda kena add on kemudian. Harga tiket pergi balik termasuk 20kg luggage untuk seorang ialah RM751.24. Kena ingat yer, ni harga agak last minute so aku rasa kalau awal minit boleh dapat lagi murah kot. Flight 6.05 pagi dari Athens dan mengambil masa 45 minit untuk sampai di Santorini. 

**Untuk yang naik Ryan Air, anda diingatkan untuk buat web check-in dahulu sebelum ke kaunter. Kalau tak anda tak dibenarkan untuk check in bag. Kalau sempat buat kat airport okay lagi, tapi kalau dah x sempat, sila sediakan duit scukup rasa untuk bayar denda. Haha.....

Tips di Santorini
1.    Luggage Storage di Airport
*Atau contact je penginapan tanya boleh drop luggage dulu tak kalau sampai sana awal.

2.    Transportation
Ada bus yang akan ke bandar utama Santorini iaitu Fira dengan berharga €1.80. So tak perlu amik dgn hostel. Hostel caj €5 utk one way.
Untuk ke tempat lain Tambang bus bermula dari €1.80 sehingga €3.00. Utk ke Oia dan Kamari cuma €1.80 per trip.

3.    Kedai Halal
So far aku baca xde kedai makanan halal. Boleh try seafood atau makan Brahim atau Maggie je. Hehe….

4.    Sight-seeing.
Paling famous sini ialah Oia (Eeya) especially time sunset. Nak cari souvenir murah dekat area Fira.

Ini ialah Peta Santorini. So boleh plan trip korang nak pergi mana. Thira aka Fira adalah bandar utama di Santorini.
Sampai je Airport kitorang amik bas untuk ke Fira. Kalau amik local bas, harga cuma EUR1.8 je. Kalau amik airport transfer dengan hotel kena caj EUR5 sehala. Kalau amik private couch plak ialah EUR10. Hotel aku booked ni dekat giler dengan stesen bas, so kitorang naik local bas je. Kuar je airport, pusing kiri then akan nampak sign board local bus.

Gambar dari google.
Disebabkan kitorang sampai awal pagi, kitorang terus ke hotel untuk drop bag. Hotel yang kami menginap di Santorini ialah Antonio Apartment, book via booking[dot]com jugak. Yang bestnya, walaupun kitorang sampai pukul 7.30 pagi tapi bilik kitorang dah ready dan boleh terus check in.  So boleh la rehat kejap minum kopi. Layanan dari pihak hotel pon bagus. Aku bagi 5 bintang. After rehat kitorang keluar jalan-jalan sekitar Pekan Fira. Pagi ni kebetulan hujan turun renyai-renyai so kitorang patah balik cari kedai untuk brekfast. Ingatkan nak breakfast je tapi terorder makanan yang kenyang sampai ke petang. Set mix grilled seafood platters. Harga untuk set ni ialah EUR48. Hambik ko. Patut la kenyang sampai ke petang. Kalau tak kenyang pon buat-buat kenyang. Hahaha....

Kedai semua tutup sebab kitorang kuar awal sangat. hehe..

Mix grilled seafood. EUR48.
Lepas dah makan, dan hujan pon dah stop, kitorang sambung balik jalan-jalan kat Fira. Fira ni pon cantik jugak lebih kurang Oia tapi aku rasa Oia tu famous sebab situ menghadap sunset so orang ramai nak ke situ sebab nak tengok sunset. Kalau ikutkan, kat Fira pon banyak jugak tempat lawa dan menarik dan penginapan kat sini pon lagi murah compare dengan Oia.

Kat Santorini semua bangunan spesen je. So mana-mana pon cantik. Cuma kat Oia bangunan lebih colorful


Plan asal lepas ke Fira kitorang nak ke Kamari. Kamari ni famous time summer sebab boleh mandi laut dan lepak-lepak berjemur tepi pantai. Tapi ko bayangkan la datang time musim sejuk dengan awan mendung pastu nak pergi berjemur tepi pantai. Macam bongok je. Hahaa.... So kami tukar plan ke Akrotiri. Untuk ke Akrotiri ni amik bas di stesen bas yang sama di Fira. Tambang untuk ke Akrotiri ialah EUR2 seorang. Akrotiri ni famous dengan red beach. Untuk ke red beach kena menapak lebih kurang 1km jugak dari stesen bas. Santorini ni paling sesuai datang ialah pada musim panas atau suam kuku, kalau musim sejuk memang datang just pergi amik gambar je la sebab nak buat aktiviti air memang x dapat. So lepas dah puas bergambar, kitorang balik ke Fira balik. Rehat kejap sebelum ke Oia untuk tengok sunset.







Red Beach. Akrotiri.
Lepas dah rehat, pukul 3 petang kitorang keluar untuk ke Oia atau orang tempatan panggil Eeya. Tiket bas ke Oia dari Fira ialah EUR2. Disebabkan kitornag pergi ni winter season, so pukul 4.30 pm tu dah nak malam. Jadi sunset pon awal. Awal-awal ingatkan tak dapat tengok sunset sebab cuaca mendung tapi masa nak balik tu tengok langit makin cerah dan matahari pon keluar. Sumpah cantik giler view sunset kat Oia ni. Patut la semua pakat nak g tengok sunset kat situ. Alhamdulillah tercapai hajat nak tengok sunset di Oia. Masa kat Oia tu, gigih aku pusing satu kawasan situ sebab nak amik gambar macam dalam google tapi tak jumpa-jumpa sebab banyak kedai tutup dan laluan ke roof top dorang pon tutup skali. Kat Fira dan Oia ni pon banyak jugak kedai souvenir tapi kalau nak beli fridge magnet seketul tu better beli je kat Athens sebab situ lagi murah dari Santorini. Malam plak kitorang just lepak bilik je, tidur awal sebab tak cukup tidur dah 2 hari.















Untuk Santorini ni plak aku rate 4/5. Sebab rasa tenang je lepak sini. Maybe sebab aku datang time low season kot so tak serabut sangat. Esoknya pukul 6.30 pagi kitorang ke airport menaiki van yang disediakan oleh hotel, EUR5 untuk ke airport sebab tak sempat nak amik bas. Bas paling awal pukul 7.10 pagi tak silap. Selepas sampai di Athens airport, kitorang simpan bag di Bagagge Storage. Lepas keluar dari Arrival hall, belok ke kiri. Kedai dia hujung sekali dekat toilet dan pintu exit. Caj untuk satu beg kat sini ialah EUR5.5 untuk beg galas 50 litre. Kalau beg kecik EUR4.5 je jika kurang dari 6 jam. Kalau lebih 6 jam kena tambah EUR1 untuk satu beg. So kalau nak murah better simpan di Monastiraki Station, tempat yang kami simpan masa 1st day.

Hari terakhir di Athens ni kitorang gigih pusing Plaka sebab nak cari tempat macam dalam gambar kat internet. Akhirnya jumpa jugak. Punya la gigih pusing area situ berkali-kali. Haha.... Padahal bukan ade benda ape pon, just pokok bunga kertas yang merimbun je pon. Haha....



Salmon ape benda ntah. EUR12 x silap aku. Order 1, share 2 orang.

Jangan lupa try donut gergasi di Athens.
Untuk ke bandar Athens, kami kena beli tiket lain sebab kitorang dah guna 2 kali airport transfer yg dah include dalam 3 days pass kitorang. Kitorang amik bas X95 dari airport ke Syntagma Station, EUR6 untuk sehala. Tak silap aku kaunter tiket untuk bas X95 ni ialah kat Pintu 4. Boleh beli kat kaunter atau vending mesin. Aku sarankan lepas beli ko beratur siap-siap paling depan sebab nanti kena berdiri selama 1 jam untuk sampai Syntagma Station. Sampai je di Syntagma, kitorang amik train ke Monastiraki Station plak untuk jalan-jalan cari barang orang kirim dan lepak di Plaka. PUsing kejap je lepas tu balik ke airport untuk amik flight ke Amsterdam via Transvania Airlines. Tiket seorang RM489 seorang termasuk 30kg luggage.

Untuk negara lain, nanti aku sambung dalam next entry. Ade yang nak baca ke? Hehe....
Read more

0 Pakej Musim Luruh ke Korea 2018 oleh Ez Kembara Sdn Bhd

Tuesday, October 9, 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, tak sangka entry pasal trip ke Kasmir hari tu ramai yang share. Setakat hari ni dah nak dekat 3000 shares. InshaAllah lepas ni, aku akan post lagi info-info bermanfaat tentang negara yang aku lawati. Kalau ikutkan, aku nak stop je jadi Engineer buat job lain yang more flexible atau kerja berkaitan dengan bidang tourism. Tapi apakan daya, komitmen banyak sangat so benda tu hanya jadi mimpi dalam mimpi sahaja. Cewah gittew...

Untuk post aku kali ni bukan untuk nak cerita trip terbaru ke apa, tapi nak cerita pasal Korea. Yeah Korea lagi. Hahaa.... Info paling banyak aku share dalam blog ini ialah mengenai Korea. Almaklumlah, Korea ni ialah negara paling kerap aku pergi walaupun rupa lebih kepada ala-ala negara aku baru balik hari tu. Hahaha.... 

Actually post ni adalah post iklan berbayar. Wah, sejak dah viral terus buat duit. Hahaha.... Aku nak promot pakej ke Korea yang ditawarkan oleh syarikat yang aku pernah kerja sebelum ni. Aku highlight kan part pernah kerja tu sebab nak bagi tahu aku tahu dan percaya la dengan syarikat ni iaitu Ez Kembara Sdn Bhd. Ez Kembara ni sebuah syarikat yang berdaftar dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI pautan terus ke website Ez Kembara.

Lately ramai yang mesej aku nak hire sebagai tour guide untuk ke Korea, bukan la aku tak nak job tu tapi setelah dah famous ni, masa terlalu mencemburui aku sebab tersangat la busy.  Sila la lempang kalau jumpa. Hahaha... Sebenarnya jadual aku tahun ni memang sangat pack, so aku mintak maaf sekiranya aku tolak offer tu. Jadi kalau korang nak jugak pergi tahun ni, why not korang amik pakej dengan Ez Kembara ni sebab dorang ni ade open trip ke Seoul, Korea pada musim luruh ni. Dan tarikh yang dorang pilih ni adalah tarikh yang sangat sesuai kalau korang nak tengok autumn foliage. Bagi aku, dalam banyak-banyak musim, autumn adalah musim paling cantik. Sebelum ni pon aku dah banyak share gambar-gambar time autumn di Korea. So kalau nak tengok, korang boleh cek kat post aku yg sebelum-sebelum ni. Nak promot pakej orang lain pon sempat lagi promot blog sendiri. Hahaha..... Okay sambung balik. Details trip kali ni seperti dibawah.

Autumn Trip 2018 by Ez Kembara Sdn Bhd

Tarikh : 1 - 5 November 2018

Harga : RM3090.00 (Dari RM3290) - Fullboard


Read more

1 Total bajet trip ke Kashmir

Wednesday, October 3, 2018
Disebabkan hari tu aku lupa nak senaraikan kos trip Kashmir. Sape yg nak tahu tu boleh rujuk sini.



✈️Flight Airasia KL - Delhi - KL : RM576.84
✈️Flight AirIndia Delhi - Srinagar -Delhi : RM332.95

**Untuk duit rupee (Rs), aku dah convert siap-siap ke RM dengan tukar Rs100 = RM5.80

1st Day (17/09/2018)-Local Sight-Seeing di New Delhi

🏡Hotel Bloomrooms Delhi : RM174 (2 malam) *so far hotel ni paling terbaik antara hotel yg pernah aku stay kat Delhi
Airport Express To ND Railway Station : RM3.50
🚆Metro Qutb Minar : RM3.20
🚕Auto Rickshaw : RM1.20 (2 way - Better amik uber sebab tuktuk ni bawak pergi tempat lain dulu walaupun murah)
🏞Qutub Minar Entrance Fee : RM35
🚆Metro Chandi Chowk utk ke Jamak Masjid: RM2.30
🚕Auto Rickshaw to Karim : RM5.80/auto
Lunch : RM18.70 (Order mcm2 pastu share 6 orang)
🚆Metro Rajiv Chowk utk ke Connaught Place: RM0.60
🚙Uber Balik Hotel : RM9/car

Total : RM253.30


2nd Day (18/09/2018)-Delhi ke Srinagar (Local Sight-seeing di Srinagar)

🚙 Uber ke airport: RM15
🏡Aisha Hotel : RM230.14 (Hotel ni macam rumah. Kitorang book thru Airbnb)
Transport Package : RM116.60 (Selama 6 hari di Srinagar termasuk airport pick-up and drop)
Tips tukang angkat beg kt Srinagar Airport : RM4.50
🍱Lunch di Boulevard Avenue Restaurant: RM14
🏞Pari Mahal Entrance Fee : RM1.40
🏞Mughal Garden 2: RM1.40
🏞Shikara: RM29 (Satu boat boleh naik 3 – 4 orang)
Groceries utk breakfast dan picnic: RM49/6 (Sorang RM8.20)

Total : RM400.84

3rd Day (19/09/2018)-1 day trip to Pahalgam
🏞Ponny Ride : RM75.40 (Aku sarankan korang naik pony ni di Pahalgam je, tempat lain pilih aktiviti lain)
*🍱Lunch kitorang bawak bekal siap-siap dan picnic kat check point ke-3 atas bukit menghadap view yg superb lawa.
🍱Dinner at Mugal Restauranr: RM13.00
Groceries : RM47/6 (Sorang RM7.80

Total: RM96.20

4th Day (20/09/2018)
1 day trip to Sonamarg
🏞Untuk kat Sonamarg ni kitorang xde spend duit langsung sebab kitorang hiking sendiri ke sampai Thajiwas Glacier. Lepas tu kitorang picnic 🍱Lunch kitorang dah bawak bekal siap-siap dan makan tepi sungai glacier.
🍱Dinner di Boulevard Avenue Restaurant: RM18.90
Read more

24 Trip Bajet ke Kashmir, India

Thursday, September 27, 2018
Assalamualaikum, kali ni aku nak share cerita aku ke India lagi. Yes lagi. Buat kali ke 4 ke India. Hahaa..... Tapi untuk kali ni aku ke Kashmir. Trip ni aku pergi seramai 6 orang. 4 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. Alhamdulillah dorang ni travelmates yang boleh dibawa berbincang dan tak buat perangai. Cuma satu je perangai dorang yang tak boleh dibendung, perangai suka shopping. Setiap kedai yang singgah mesti nak shopping. Walaupun dah cuba patahkan semangat dorang dengan hasutan-hasutan, tapi still akan beli at least satu benda setiap kali keluar dari kedai. 

Kashmir ni bukanlah tempat asing sangat buat rakyat Malaysia sebab aku tengok dah bersepah orang share pasal Kashmir kat facebook. Actually sejak dari aku study sana lagi dah plan nak pergi Kashmir tapi masa tu tak jadi sebab kitorang nak cover tempat lain yang lagi dekat. Trip kali ni aku pergi ke Delhi dulu kemudian baru ke Kashmir sebab plan asal ingat nak ke Taj Mahal, Agra tapi last minute tukar plan. Lagipon aku dah dua kali ke Taj Mahal. Hahaha..... Bagi aku tempat kat India ni cukup la pergi sekali walau lawa cam mana pon. Tambah-tambah Delhi. Dah la tak lawa, serabut plak tu. No more Delhi lepas ni. Serius serabut nampus. Kotor pulak tu. Kotor yang tak dapat nak gambarkan. Pastu orang kat sini suka amik kesempatan. Keje nak menipu orang je. Of course la ade je yang baik.

Kitorang stay kat Delhi selama 2 malam. Kalau boleh korang amik je terus flight direct ke Srinagar, Kashmir. Unless kalau korang plan nak ke Taj Mahal. Kat Delhi ni adelah a few tempat yang kitorang singgah iaitu Qutub Minar, Jama' Masjid, Connaught Place dan Red Fort. Semua tempat ni ak dah pernah pergi kecuali Qutub Minar. Sekarang semua tiket masuk segala monumen kat India dah naik harga termasuk Taj Mahal. Masa aku pergi dulu xde la mahal sangat. Tiket masuk Qutub Minar dan Red Fort ialah Rs600 untuk foreigner dan Rs45 untuk local.

Jamak Masjid, Old Delhi.
Qutub Minar.
Read more

2 Trip Bajet ke Darjeeling, West Bengal, India

Wednesday, August 29, 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, selamat tiba di Malaysia pagi tadi dari India. Untuk kali ni aku nak update mengenai trip aku ke Darjeeling, West Bengal India. Actually ni kali ke-3 aku ke India dan inshaAllah next month aku akan ke Kashmir pulak. Trip ke Darjeeling ni ialah trip yang tak plan sangat pon sebab aku dapat jemputan dari syarikat Ez Qurban Sdn Bhd untuk jadi wakil dorang bagi memantau proses pelaksanaan qurban di sana. So alang-alang dah sampai sana, aku pon extend beberapa hari untuk berjalan. Orang cakap sambil menyelam minum air. Hehee... Aku bukan nak cerita mengenai aktiviti qurban ni tapi aku nak cerita trip aku after qurban iaitu trip paling mencabar aku lalui setakat ni. Tapi kalau korang nak buat Qurban di luar negara, jangan lupa daftar dengan Ez Qurban. Boleh klik SINI untuk ke web Ez Qurban.

Antara negeri kat India yang aku pernah pergi ialah New Delhi, Mumbai, Uttar Pradesh, Kerala, Patna, l dan Tamilnadu. Tamilnadu paling lama sebab dulu aku study sana. So bila wakil Ez Qurban ni bagi tahu aku nak ajak ke West Bengal, terus aku excited sebab tak pernah pergi. Macam biasa, segala urusan untuk tempahan hotel dan itinerari semua aku yang uruskan. Alhamdulillah jugak sebab travel partner kali ni pon memang terbaik dan xde ciri-ciri typical travelmate from hell. Hahaha....

Belanja dulu sikit gambar kat Darjeeling

Read more

0 Backpacking Trip ke New Zealand - Christchurch dan Auckland

Tuesday, July 31, 2018
Asslamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya setelah almost 2 years baru aku ade mood nak sambung cerita trip ke New Zealand aku ni. Ade yang tertunggu-tunggu tak? Hahaha.... Untuk entry kali ni aku akan cerita keseluruhan dari hari ke-9 hinggalah hari terakhir di Auckland iaitu 6 hari semuanya. Lagipon tak banyak sangat tempat yang aku melawat sekitar Christchurch dan Auckland. Sebabnya masa kat Christchurh minyak kereta dah E, so masing-masing kedekut nak isi minyak sebab nak jimat duit (Bukan aku). So terpaksa la pergi tempat-tempat yang boleh sampai dengan berjalan kaki je. 

Actually pagi tu aku dah ajak member aku ni pergi Hill Port. Hill Port ni ialah puncak tertinggi kat Christchurh. So kat sini korang boleh tengok permandangan sekitar Christchurch dari atas bukit. Nak naik Gondola pon boleh. Memang dari Malaysia aku dah search pasal tempat ni dan memang nak sangat pergi. Tapi disebabkan makhluk Allah lagi sorang ni macam xnak pergi. Minyak pon xnak isi so pagi tu dah gerak sampai Dyers Pass pastu kitorang patah balik ke Guesthouse. Rasa macam bodoh giler. Padahal sikit je lagi nak sampai. Bila ingat balik rasa menyesal pon ade. Lepas balik tu, melangut kat guesthouse kejap sampai tengahari then baru lah aku kuar jalan sorang-sorang ke kawasan sekitar bandar Christchurch. Senang hidup bila travel sorang-sorang sebab x perlu nak layan manusia yang jenis mood swing dah suke ikut perasaan sendiri je. Eh termarah plak. Hahaha..... 

First tempat aku singgah ialah Christchurch Botanic Garden. Jarak dalam 1km lebih dari Kiwi Guesthouse. Nasib baik la cuaca sejuk so tak terasa sangat la penat. Bangunan sekitar bandara Christchurch tak banyak sangat yang tinggi-tinggi sebab banyak kat sini pernah berlaku earthquake yang terus dan banyak bangunan yang terjejas sebab kejadian earthquake tu. Dan banyak jugak bangunan yang dalam proses untuk dirobohkan. Aku ade borak dengan sorang orang tempatan kat sini, dia cakap bangunan kat sini baru nak dirobohkan sedangkan earthquake tu dah berlaku 5 tahun lepas iaitu tahun 2011 sebab dorang nak tunggu claim insuran yang agak lama.

Rumah-rumah yang tengah renovate sebab earthquake. Sayang betul, dah la cantik rumah.
Ni pulak aku rasa rumah yg dah terbengkalai sbb sunyi sepi je. Mostly bangunan tinggal sebab earthquake tu ada contengan grafiti.

Read more

6 Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-5 & ke-6

Friday, July 6, 2018
Salam.... setelah sekian lama aku cuba menaip balik. Bapak malas nak merapu kat blog. Aku pon hampir-hampir lupa perjalanan trip ke Jepun dulu. Aku cuba ingkatkan balik mana tahu ade yang menunggu sambungan post pasal Jepun ni. Bajet famous. Hahaa....

Lepas je kitorang sampai di Tokyo, kitorang terus amik bas ke Kawaguchi-go. Aku dah book bas ni dari Malaysia lagi. Terminal bas untuk ke Kawaguchi-go sama je yang terimnal bas express dari Osaka ni iaitu di Shinjuku Station. Sebelum kitorang naik bas, kitorang tinggalkan luggage kitorang di Tourist Information Counter. Harga bergantung pada jumlah beg, x silap aku 1 beg = 800yen.  Perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchi-go station ialah selama 100 minit. 


Read more
 
Aku Si Typo © 2010 | Designed by Budak Nakal | Blogger Template by kozumi_ro
Seo Template By Budak Nakal Blogspot