12 Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Pertama & Ke-2

Tuesday, August 30, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni baru tergerak mood aku untuk update pasal trip ke New Zealand. Sebelum ni malas giler menaip. Bukan setakat menaip kat blog. Nak menaip thesis aku untuk master aku nip on malas. So macam biasa la, kali ni aku nak cerita trip aku ke New Zealand baru-baru ni iaitu pada 5-20 Ogos 2016. Tiket dah beli lama dah masa Airasia buka balik route ke NZ. Dapat la dengan harga RM1098 je. Kalau nak itinerary lengkap, klik SINI. Jangan mesej aku suruh email plak. Malas nak layan. Haha…..

Flight dari KL ke NZ akan transit kejap kat Gold Coast. Tak lama mana pon. Sekejap sangat. Tak sempat panas bontot dah dipanggil untuk masuk balik dalam kapal terbang. Tapi still kena go through scan segala bagai. Transit ni lebih kurang sejam setengah macam tu dan ko tak perlu visa pon sebab tak merasa pon jejak tanah kat Gold Coast tu. Pijak tar ngan lantai airport je. Haha…

Flight dari Malaysia ke Gold Coast lebih kurang 8 jam 30 minit. Dari Gold Coast ke Auckland plak dalam 3 jam 20 minit macam tu kot. Lupa dah. Kematu bontot nak tunggu sampai. Nie adalag destinasi aku paling jauh aku pernah pergi setakat ni. Sebelum ni paling jauh Korea. 6 kali pergi Korea sebab tu update pasal Korea je. Tapi tak jugak-jugak jumpa jodoh orang Korea. Haha…..

Flight dari Malaysia pukul 11 malam, sampai di Auckland pukul 4 petang. Beza waktu NZ ngan Malaysia iailah Auckland 4 jam kedepan berbanding Malaysia. Sampai je airport tak pergi memana sebab nak tunggu flight ke Auckland pagi esok pukul 7 pagi. Tak bestnya airport kat Auckland ni Cuma bagi free wifi selama 30 minit je sehari. Kedekut giler! Dah la internet kat sana mahal. Beli simcard je NZD49 sekali 200 minit call percuma ke luar negara dan 3Gb data plan. Aku sarankan ko beli la simcard ni sorang satu sebab sengsara giler nak share beramai-ramai walaupun ko bayar sama rata. 200 minit percuma tu pon aku tak merasa. Hehhhh……
Permandangan air kapal terbang. Excited giler nak tunggu sampai.

Read more

79 Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

Sunday, August 21, 2016

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND
Tips Bajet ke New Zealand

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan.

1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast)
2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage)
3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage)

*Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe)
Nilai Dollar NZD dah ditukarkan ke RM dengan tukaran NZD1 = RM3

6/8/2016
Sampai di Airport dah petang so aku stay je kat Airport untuk amik flight ke Queenstown pukul 7 pagi esok.

Simcard Vodaphone : RM150/2 orang = RM75* (200 minutes free call + 3Gb data plan)
Dinner Kebab Pita Pit : RM38.40*
(Pita Pit ni tak certified Halal tapi ade option untuk pilih daging yang Halal. Dorang akan amik daging Halal dan masak dekat tempat masak yang berasingan dengan yang tak Halal. Kalau nak murah ko bawak bekal dari Malaysia je. Simcard pulak perlu sebab nak google direction senang.)

Jumlah Hari Pertama : RM113.40

Airport Queenstown. Kecik dan lawa.

Read more
 
Aku Si Typo © 2010 | Designed by Budak Nakal | Blogger Template by kozumi_ro
Seo Template By Budak Nakal Blogspot