Aku memang takde mood nak blogging hari ni. Aku rasa serabut memikirkan sesuatu. Aku memang dah bosan tahap gaban sekarang. Menyesal aku kenal makhluk spesis ni. Makin bertambah-tambah dah kat dunia ni. Mungkin kadang-kadang apa yang diluahkan makhluk ni betul, tepat memang lansung tiada kecacatan tapi kalau lisannya songsang dengan perbuatan, memang korang layak diberi gelaran 'makhluk hipokrit'. Buat apa nak sembunyi kalau tahi yang ko berak tengah jalan tu memang terang-terang ada tulis nama korang. Jijik, spesis apa la korang ni? Aku memang tak sesempurna makhluk lain, tapi aku bosan dengan perangai korang. Tak salah kalau jadi bodoh, tapi jangan jadi golongan jahil. Dah la bodoh, pastu buat-buat pandai. Bagus sangat ke? Dari mana korang belajar semua ni? Berambus la cepat sikit, buat sakit otak jer.
TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...
Comments
Post a Comment