Tetiba terlintas pula dalam fikiran aku nak postkan entry mengenai haiwan peliharaan. Semalam aku dengan housemate aku baru saja beli dua ekor hamster dekat Petshop berhampiran ngan Megamall. Tapi antara dua ekor tu kami tidak pasti sama ada sepasang atau sonsang sebab kami pilih ikut suka je. Kos untuk dua ekor hamster dengan sangkar ada la dalam RM50. Aku ni memang seorang yang suka bela binatang. Tambah-tambah 'family' aku pon minat memelihara haiwan perliharaan. Dulu pernah juga aku habiskan beratus-ratus ringit untuk membeli burung. Bayangkan la masa zaman sekolah lagi iaitu zaman kewangan yang belum kukuh lagi, aku dah berani habiskan duit untuk beli haiwan-haiwan macam ni. Betul la kata orang, kalau benda yang kita dah minat, duit keluar banyak mana pun kita tak kisah. Bukan setakat tu je, kalu korang nak tahu, family aku pernah bela, memerang, tupai, musang, monyet dan macam-macam jenis ayam. Itu tak dicampur lagi ngan spesis-spesis ikan yang memenuhi akuarium kat rumah aku. Ada juga orang yang alah dengan binatang peliharaan. Aku pon tak tahu masalah diorang. Selalu kalau kita tengok, haiwan yang selalu orang bela ialah kucing. Bagi aku, kucing ni haiwan yang common sangat sebab mana-mana pon ada, kalau boleh bela la haiwan-haiwan eksotik yang susah nak cari.
Satu lagi, dulu selepas balik sekolah aku mesti menghadap sangkar burung aku untuk memastikan sama ada bertelur atau tak. Haha.... Yang peliknya, haiwan yang aku bela nie susah betul nak membiak. Bela bertahun tahun tapi lansung takda zuriat. Last-last mati terus..... Time aku kat asrama dulu, ayah aku la yang take over kerja aku untuk bagi makan kat binatang aku. Kadang-kadang, kalu bosan sangat, aku menghadap la bintang nie tengok gelagat mereka. Kalau korang amati betul-betul, pasni korang dapat merasai kebesaran Allah s.w.t yang mencipta makhluknya dengan begitu unik dan cantik sekali. Mungkin kita patut malu ngan mereka nie, sebab jika nak dibezakan dengan manusia sekarang, haiwan lebih bersikap penyayang dan bertanggungjawab.

Comments
Post a Comment