Skip to main content

Gila kerna cinta gila

CnTe SeJaTi,KdG2 MaNuSiA sELaLU lEkA,tAnPa DiSeDaRI CiNtA iTu BeRaDa Di DePaN mAtA...:)

Dah lama betul aku tak jumpa dengan dia. Bukan setakat tu je, sms pun langsung tak pernah sekarang. Call lagi la tak pernah. Tapi hari nie aku terserempak dengan dia time nak pergi kelas. Ntah, tetiba je aku rasa semacam. Nak pandang ke tak? Takutla jugak kalau-kalau pandangan aku tak disapa. Susahkan kalu kita betul-betul suka kat orang tu sampai kadang-kadang tu kita langsung tak pernah fikir fasal orang lain. Bukan la nak tipu, tapi rasa macam tak jujur je kalau kita tipu perasaan kita demi orang lain. Teringat memori dulu-dulu. Hari-hari aku tunggu handphone aku berdering. Bila bosan je, at least aku ada orang nak mesej. Dengar apa yang aku merapu, lawak bodoh aku dan apa saja. Apakah kebahagiaan itu begitu susah untuk dicari?

Entah, apa masalah aku dengan dia? Sejak dari awal aku bertukar ke kampus baru, aku merasakan seolah-olah dia cuba lari dari aku. Mungkin aku betul-betul ada masalah dengan dia. Sumpah aku tak tahu..... Tapi bila aku tanya dia, dia cakap tak ada. Kenapa ar? Yang aku tahu, dia nie memang jenis yang suka pendam kalau sesuatu berlaku kat dia. Sampai sekarang aku masih tak faham. Nak buat-buat tak faham jauh sekali. Hari nie aku dapat tengok dia senyum.Tapi bukan kat aku. Confirm bukan kat aku. Buat apa dia nak senyum kat aku? Camna pun aku rasa macam gila sekejap. Kenapa? Entah aku pun tak tahu.

Satu benda aku nak bagi tahu. Memang tak penting tapi aku rasa ramai yang cakap belakang -belakang pasal tujuan kenapa aku sambung degree. Kenapa? Sebab dia? Terus-terang aku cakap, ianya lansung takde kena mengena ngan dia. Sampai satu masa tu aku perlu bersumpah untuk membuat korang yakin yang alasan aku nie. Aku pun tak tahu kenapa aku terima tawaran nie. Tapi sumpah, takde kena mengena ngan dia. Kapada sesiapa yang suka buat andaian yang tak betul tu, jangan pulak sampai jadi fitnah. Aku dah bosan hidup dikalangan orang yang suka cakap belakang-belakang.

Kepada 'Si Dia' aku betul-betul minta maaf kalau aku buat silap. Walaupun kau kata aku tak buat salah tapi aku pasti aku memang ada masalah ngan kau. Dari dulu lagi, kalu ada apa-apa berlaku kau mesti senyap je sampai la aku paksa ko untuk bagi tahu. Tu pun tak semua yang kau akan bagi tahu. Berharap dan berharap. Sampai sekarang masih berharap......



Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Backpacking Trip Ke Busan, Korea - Taejongdae Park & Gukje Market

Assalamualaikum, bersambung dengan kisah pegembaraan aku ke Korea Selatan. Hari ke-5 aku di Korea iaitu di Bandar Busan. Dah lama aku nak update sebenarnya, tapi tak tahu apa masalah internet kat rumah aku nie. Tetiba xleh nak upload gambar kat Blog. Terkpaksa pergi Cyber Cafe. Membazir je RM2. Hari ke-5, after breakfast je di Suk Bak Guest House, kitorang terus ke Taejongdae Park. Breakfast pagi ni disediakan oleh Subak Guest House. Taejongdae Park nie buka seawal pukul 9.30 pagi, dan seawal itulah kitorang sampai di Taejongdae Park nie. Nak bagi tahu bertapa excited nye kitorang nak pergi tempat nie. Time kitorang sampai tu, tak ramai lagi orang yang datang ke sini. Brother yang aku jumpa di Seoul hari tu semangat suh kitorang ke Taejongdae Park nie sebab dia cakap view kat sini memang cantik. Daripada review yang aku tengok di Internet pon, ramai yang recommend untuk pergi tempat nie. Dalam itinerary aku buat pon ade aku dah masukkan untuk ke sini. So senang la sikit nak ke sini ...