Birthday's boy-Azam
La, lambat ar aku nie. Kejadian dua hari lepas, baru nak postkan hari ni. Nak wat camna. Internet slow, so aku tak boleh la nak edit gambar. Aku tak suka buat keje dua kali. Haih, apa aku mengarut nie? Sebenarnya dua hari lepas ialah hari ulang tahun kelahiran housemate aku,
Azam Ghazali. Biasa la adat zaman sekarang, bila time hari jadi jer, si birthday's boy tu mesti kena sesuatu yang dasyat. Yang paling common skali kena baling telur ngan tepung. Itu pun dah merana aku tengok. Nasib baik la seumur hidup aku ni tak pernah pulak kena macam tu. Bukan sebab tak da orang nak celebrate tapi hari jadi aku lewat sangat so time tu semua orang ada kat rumah tengah bercuti.
Panjang betul la introduction nie. Back to the point, aku short cut sikit ar sebab benda nie bukan aku yang plan. Time aku ngah khusyuk menghadap laptop nie tetiba housemate aku lari bertempiaran. Pelik gak aku. Pastu dorang cakap, "sedia, sedia.... Azam kat dalam toilet sekarang". Kami apa lagi terus keluarkan senjata kami iaitu tepung dan telur. Lama gak ar dia kat dalam toilet tu. Tak tahu la apa dia buatkan. Last-last pintu pun terbuka. Tak sempat dia nak kuar, kami terus serbu. Suasana menjadi kabur, bom tepung merata-rata. Terdengar pula letupan bom telur yang entah dari mana datangnya. Akhirnya siaplah menu kami hari ini, manusia celup tepung. Hahahaa.....Dah habis baling kat Azam tu, kami pulak cetuskan peperangan antara kami. habis semua jadi mat saleh celup. Negro tetap negro. hahahah.... Habis jer kejadian menepung tawar so kami gotong royong bersih rumah pulak. Penat giler. Dah la esok ada kelas pukul 8 pagi. Camna pun Happy giler malam tu.
Comments
Post a Comment