Skip to main content

Matlamat Sebenar


(photo dari blok nurfaizfoat)
Salam sejahtera kepada semua para blogger atau pembaca-pembaca yang tersesat kat blog nie atau secara rela menyesatkan diri disini. Untuk pengetahuan korang semua, blog ini telah lari dari tujuan sebenar ianya dicipta. Tujuan utama blog ini diciptakan adalah untuk memaparkan gambar-gambar yang telah aku ambil dan antara yang terbaik dalam koleksi gambar yang pernah aku ada. Kalau korang semua perasan, post-post terawal aku dulu semua ialah gambar, gambar & gambar. Bukan aku dah malas nak uploadkan gambar, tapi sekarang masa x mengizinkan aku untuk menjadi fotographer sambilan yang tak diiktiraf. Aku ni bukan la perompak hak milik orang lain, semua gambar-gambar aku ialah hasil tangkapan aku sendiri. Sebab tu la sekarang aku dah kurang uploadkan gambar. Kalau ambil gambar orang lain, hari-hari pon aku bleh google in kat internet cari gambar-gambar menarik. Tak baik la macam tu kan. Kalau boleh, buatla sesuatu tu guna kreativiti kita sendiri. Seteruk mana pun hasil, kita patut berbangga kerana kita mampu sampai ketahap itu.

Nak jadi terus perfect susah la kan. Thomas Edison pon bukan sejak azali bijak. Dah beratus-ratus kajian, dan eksperimen baru la dia dapat ciptakan sebuah mentol lampu tapi manfaatnya untuk semua manusia sampai la sekarang. Terus terang aku bagi tahu, idea untuk buat blog nie ialah disebabkan kawan satu kelas aku iaitu Baang@Nur Faiz Foat.... Aku suka betul ngan gambar yang dia shot. Boleh dikatakan agak pro ar. Tahniah ar Baang. Aku akan sentiasa support ko. Kalau korang nak tengok gambar yang dia amik, klik kat link ni nurfaizfoat.blogspot.com. Mungkin lepas nie aku akan upload gambar terbaru aku. Original dari aku. Hak cipta terpelihara.... hahahaha..... Teruskan menyokong aku. Terima kasih...

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Euro Trip - Prague, Vienna dan Budapest

Assalamualikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, mood nak menaip datang balik. So aku sambung balik perjalanan aku dari Cologne, German ke Prague, Republic Czech iaitu negara ke-5 kitorang untuk trip ni. Dari Cologne kitorang amik bas Kolner Dom terus ke Praha Hlavni Nadrazi Station. Ni kira station utama kat Prague. Biasanya orang akan turun sini atau lagi satu station iaitu Praha UAN Florenc. Tapi dua station ni tak jauh sangat pon, dalam 10 minit je. Kitorang amik overningt bas so jimat 1 malam tidur dalam bas. Harga tiket bas ialah €30 untuk seorang. Mahal sikit sebab perjalanan pon amik masa lebih kurang 9 jam. Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 6.30 pagi so agak awal untuk kitorang keluar berjalan. Sebelum keluar, kitorang beli 1 day transport pass dulu kat sini. Pasal harga 1 day pass ni boleh rujuk kat tips kat bawah. Mula-mula kitorang plan tak nak tukar pon duit CZK tapi masa nak beli tiket tu dorang tak nak terima Euro. So terpaksa la cari money changer. Cuma ...