Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Sorry Saya Tak Dapat Pergi

I got an email from PENGARAH UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU email yang amat bermakna JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010 Tarikh : 2 November 2010 (Selasa) Masa : 4.30 petang Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu Photo by confuciuc-zero (Kalau aku menang kan, aku nak beli DSLR baru) so, doakan aku menang erk. Yang menjadi masalahnya sekarang 3/11/2010 aku ade paper so tak dapat la nak hadir mood: Sungguh-sungguh kecewa sampaikan nak study Solid Mechanics pon maleh... Aduyaiii......

Arigato to My Buddies

Kepenatan Baru hari nie sempat nak Update pasal kisah semalam Seharian mengahabiskan masa bersama Hiranuma's Student from Japan Yahoo... Berjaya Jugak keluar ngan budak budak jepun nie Seronok sangat-sangat-sangat dan sangat Walaupun susah nak berkomunikasi ngan dorang sebab dorang nie sangat-sangat lemah English Even cakap benda simple, pon still x faham So terpaksalah guna body language Alhamdulillah dorang faham jugak sikit-sikit Arigato to my buddies Mr Takashi, Mr Atsushi, Ms Momoko & Ms Mayu You are very Kawaii...... Suke jalan-jalan ngan korang walaupun selalu ikot belakang je seb bek tak kena tinggal sebab Me selalu jalan laju Hopelly dapat jumpa lagi pasni either in Malaysia, Japan or somewhere else Keep all the souvenir i gave to U Always remember me..

Back To School is Over

Baru je selesai Dinner bagi Anugerah Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam Nampak gaya, takde sorang pon my classmate yang menepati tema "Back To School" Tahniah kepada all my classmate iaitu seramai 32 daripada 44 orang yang berjaya mendapat dekan dengan pointer above 3.5 Alhamdulillah, nie dah kali ke -4 Mr Money terima anugerah nie, Mudah-mudahan rezeki ini berterusan sampai semester akhir boleh la terima Anugerah Naib Canselor (Berangan x Suda...) Terima Kasih diucpkan kepada semua lecturer yang mengajar Kawan-kawan yang membantu dalam pelajaran Jasa anda amat ku hargai......

Mind Set Yang Pelik

Mind Set Yang Pelik Bila Hari Jumaat Je Mesti Penat+Mengantuk+Panas Tambah-tambah pagi tadi terpaksa bangun awal sebab hari ini ada common test Soil Laboratory jam 0830 Bangun & menghadap buku & hafal yang mana patut Alhamdulillah dapat la jawab walaupun tak confident ngan jawapan yang ditulis Alhamdulillah juga markah Test 2 Solid Mechanics cukup membanggakan walaupun ada yang careless sikit-sikit Minta-minta sem nie berakhir dengan kegembiraan Amin........

Hang Out With Japanese Students

Seronok Join PEERS 2nd time dapat hang out bersama student Japan Hiranuma High School Friendship Programme 2010 on 17th October 2010 (Tuesday) I Need to spend the whole day with my buddies in KL 1-Mr Enomoto Atsushi 2-Mr Ito Takashi 3-Ms Ashida Mayu 4-Ms Shonaka Momoko Lokasi KLCC Station-Twin Tower-Planetrium-Mosque-Hotel Sangat-sangat nervous sebab tak biasa ngan jalan KL camna nak communicate? My English is so bad. How are they? Doakan semoga semua berjalan lancar.

Extremely Tired (TEST)

Minggu yang amat memenatkan Dipenuhi test & assignment My Brain finally fully saturated with fomulas I hate theory, i hate alphabets Those thing make me exhausted Minggu nie saja 4 test even, a day i've sat for 3 test mahu habiskan sem nie dengan cepat Hopefully, anything going well

Back To School

Haiyaa...... 1st dinner bertema I'll attend On 15th October 2010 Temanya " Back To School " Apakah uniform nak dipakai? Ada cadangan? Sudah lama meninggalkan zaman persekolahan Rindu sama Sekolah lama Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri Ayuh kembali ke sekolah! Ayuhh!!!

Aku Yahoo, Kau Google

Yahooo.... Me layak! 1st Of All Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi Tadi singgah www.trgtourism.blogspot.com Pastu terperasan yang blog Terengganu Permata Hati tersenarai dalam senarai blog yang layak dipertandingkan tak sia-sia usaha Mr Money selama ini Terima Kasih kepada semua yang menyokong sama ada secara langsung atau tidak langsung doakan supaya blog Terengganu Permata Hati disenaraikan sebagai pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu jangan lupa google-ing pasal pertandingan ini

Rindu Pada Si Dia

Rindu kat someone Tadi sempat gak cakap sikit ngan die melalui phone walaupun x faham apa yang dicakapkan, tapi dapat dengar suara pon jadi la Kalau la ade depan mata, Rasa macam nak peluk & cium puas2 credit to my nephew: Adam Zakwan , (1tahun 7bulan)

Buat Kali Keberapa?

Mr money sekali lagi dengan template baru Buat kali ke berapa? (X pasti) Punca:- Malas menaip, punca malas menaip disebabkan tiada masa punca tiada masa disebabkan assignment belambak punca assignment belambak-lambak disebabkan suka tangguh punca suka tangguh disebabkan penat yang terlampau Punca segala punca ialah Diri Sendiri

Delima Buruk = Buruk Perangai

Come-come, nak cerita sikit nie, bukan nak ngumpat , tapi ade la sikit-sikit. Aku dah lama nak cerita sebenarnya tapi baru hari nie berkesempatan nak merajinkan diri untuk menaipkan. Ceritanya bermula macam nie. Pada suatu hari, aku teman member aku, Mr Zack nie pergi beli makanan untuk berbuka puasa kat Seksyen 6 , Shah Alam. Siapa yang tinggal area Shah Alam mesti taw pasal Seksyen 6 nie. Makanan kat sini memang murah-murah. X sangka kat area bandar macam nie pon boleh dapat nasi lauk ayam ngan harga RM2.50. Bagi aku murahla, tak tahu la apa pendapat korang. Dan kebetulan time hari aku pergi tu, ada pasar malam kat situ, tak silap aku hari selasa. So kepada sesiapa yang nak pergi pasar malam kat seksyen 6 Shah Alam boleh la kesana pada petang selasa dari jam 5.30 petang hingga 9.00 malam. Bawak duit banyak-banyak, x cukup minta ngan mak. Tengah Mr Zack cari lauk-pauk, aku pun pusing-pusing la Pasar Malam tu. Tetiba teringin pula nak makan buah Delima . Buah delima nie memang faveret...

Maria Ozawa... Oh NO!!

Dah lama betul aku xupdate blog nie. Maklumla busy melebihkan seorang Perdana Menteri. Assignment berderet macam tengah beratur untuk dapatkan makanan free. Test pulak makin banyak time nak hujung-hujung sem nie. Sampai satu hari tu ada 2 test sekali gus. Cayalah, lepas nie confirm beku otak aku. Tadi pon baru je habiskan satu test 'Soil Lab'. Alhamdulillah, boleh la aku jawab walaupun test tu bru je dibagitahu tyme last-last minute. Dasyat betul la cara lecturer sekarang nie. Balik kepada tajuk kali nie, Siapakah Maria Ozawa? macam aku pernah dengar nama nie. Tetiba je muncul nama nie kat shoutbox blog aku lagi satu, Terengganu Permata Hati. Kenapa sejak kebelakangan nie ramai pulak blogwalking palsu kat shout box aku. Yang peliknya, nama nak glamer aje, sexy la, Baby la. Uwekss.... nak muntah aku ngan nama-nama macam nie. Nak tarik blogger ke blog korang xyahla guna nama-nama macam tu. Tak mengugat keimanan aku pon. Bek aku layan mak cik cleaner kat U aku lagi bagus. Aku ...

Mr Money Dapat Duit Raya $2,500,000.00USD

Wahaa.... aku kaya! Cepat2x... sape nak pinjam duit ngan aku? 20 ribu ka? 1juta? 5juta ka? Aku kaya, cepat-cepat sebelum terlambat. Datang jumpa aku sekarang, tak perlu pergi rompak dan bunuh jutawan komestik. Datang tadah tangan ja, pastu aku bagi. Hahahaha...... Seronok tak terkata aku hari nie, ingat dah besar nie tak dapat duit raya tapi bukan duit raya yang aku dapat. Duit rompakan kot. Gila ka apa nak bagi kat aku duit banyak-banyak. Ok, cerita sebenar macam nie, tadi aku baca email aku. Pastu terdetik plak nak buka kat bahagian 'Spam' tu. Sebelum nie tak pernah-pernah pula nak buka. Pastu nampak la email dari seantero dunia nie yang aku menang GA la ape kejadah lah. alamak x clear la plak aku cuba zom kan. Kalau nak besarkan, klik pada gambar Bertuah plak aku nie. Yang peliknya, sedangkan join contest @ GA kat blog-blog insan terpilih selama nie xde plak menang. tetiba, durian pula jatuh keriba. Seb bek tu peribahasa ja, kalau betul durian yang jatuh, masuk wad la aku. ...

NURULISM.COM - CONTEST DIALOG TIGA HATI

Sticky mode:- Salam, malam nie mata tak dapat nak pejam so blog walking pon dah selesai. Tetiba rasa macam nak join contest. Maybe ini last contest untuk bulan ini. Dulu cakap dah nak berenti, tapi dah xde keje sangat, so try la mnecuba nasib. Contest nie dianjurkan oleh so kepada sesiapa yang berminat boleh la klik link di atas. Contest Dialog Tiga Hati Translation Papa: Ayang, abang tengok anak kita ni lapar je. Ayang tak bagi makan ke? Cukup la bagi makan kat itik negro tu. Kasian anak kita nie. Dari tadi menangis.... Mama: Sabar la Bang, Ayang nak bagi itik nie makan kejap. Jap lagi ayang bagi la susu kat nak kita. Kesian kat itik nie, lapar sangat. Habes semua roti yang saya bawa tadi. Anak: waa... papa cakap Kelantan, mama cakap Kedah. Camna Medina boleh cakap Terengganu nie? Dah la Medina tak faham papa ngan mama cakap apa? waa... wa...

Award Dari Cik Tom

Salam, i got award fom Cik Tom Terima Kasih Banyak kepada orangnya Kalau nak kenal ngan Cik Tom alias Tomato Gurl nie singgah la di http://tomatogurlslife.blogspot.com/ Bile sebut pasal Cik Tom..., Mr Money mesti teringat ade seorang peniaga kat area rumah Mr money yang namanye pon Cik Tom. Kalau tanya budak-budak kat kampung tu, mesti kenal ngan Cik Tom. Sebab kedai Cik Tom nie famous giler. Budak-budak suka pergi sebab kedai Cik TOm jual macam barang mainan dan makanan ringan untuk budak-budak. Tyme Mr Money budak-budak dulu pon, selalu la pergi kedai Cik Tom nie. Mak bagi duit wat pergi sekolah, tapi selalu simpan duit tu sebab nak beli kat Kedai Cik TOM. Yang paling best, tyme-tyme bulan puasa, Cik TOM nie la pembekal mercun kat kampong tu. Nak mercun apa, semua ada. Sekarang mr Money dah tak pergi kedai tu sebab dah besar kan. Tapi Mr Money still ingat kat Cik TOm tu. hehehe.... bukan secret admire ye, lagipon Cik Tom tu dah Kahwin. Hehehe I want give this award to... Bulan puas...

Akan Ku Cipta Seperti Apa Yang Aku Lihat

Baru-baru nie, ops tak baru sangat la. Aku & the geng pergi ke Putrajaya untuk settlekan hal berkaitan biasiswa kitorang. Untuk pengetahuan anda semua, inilah kali pertama aku menjejakan kaki di Putrajaya. Bak kata orang T'ganu, "Darak Ngoh Mung Nie". Bersyukur jugak la. Kalau tak kerana masalah biasiswa tu belum tahu lagi bila aku dapat menjejaki kaki ke Putrajaya. Silap-silap langsung tak pergi. Semangat kitorang bertolak dari Shah Alam, selepas habis je kelas pagi pukul 11.30, terus ke Putrajaya. Alhamdulillah urusan berkaitan biasiswa tu sekejap je, so settle semua tu kitorang pon lepak la Alamanda jap. Nama cam best tapi tempatnya biasa je aku tengok. Macam mall biasa, 'pandangan ikhlas dari seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam'. Lepas lepak pusing-pusing Putrajaya tu, kitorang singgah Masjid Besi kat area Putrajaya. Kawan aku la yang beria-ria ajak aku. Cantik la, best la, unik la. Tak henti-henti duk bercerita dalam kereta. Aku pon gambarkanlah mac...

Arigatogozaimas, Aku dapat Berbuka Di Oversea

Salam buat semua, wah cam gempak je tajuk post aku kali nie. Yahoo... ari nie aku & the geng dapat berbuka di UiTM International Centre bersama pelajar Jepun, German, Indonesia dan Arab. Tapi buakn kat oversea pon, kat Malaysia je, dalam UiTM Shah Alam. Program nie diberi nama Let's Cooking sebab sebelum berbuka kitorang kene masak sekali ngan foreigner makanan dari negara iorang. Macam-macam makanan ada, contohnya sushi, samosa, gado-gado, tempura, bubur lambuk dan bermacam-macam lagi. Sempat juga aku merasa macam mana cara nak buat sushi. Rupanya xde la susah sangat. Cuma kena pandai gulung je. Kalau tak menjadi pon, rasanya sama je cuma tak cantik la sikit. Tapi sushi yang aku gulung tadi boleh kata perfect la. Hahaha.... Nasib baik puasa, kalau tak habis satu gulung tu aku kedarah. Aku nie memang gile sushi. Tapi tadi sempat makan sikit je, habis sembahyang maghrib tengok makanan yang dorang masak tadi sume dah hampir tinggal saki baki. Sempat juga la aku makan satu dua. Ya...

Apa Jenis Makhluk Ini? Part 2

Salam semua, disebabkan rasa ingin tahu membuak-buak pasal Salleh Gregor nie aku pon membusykan diri aku search pasal Makhluk Aneh ini. Famous la plak makhluk nie. Kadang-kadang tension gak aku ngan makhluk nie, nama die dah la sama ngan bapak aku. Mencemarkan nama Salleh je. Makhluk oh makhluk. Apa nak jadi ngan kau nie? Kat bawah nie ada beberapa gambar yang dicopek oleh blog-blog dan laman sesawang yang aku terjah. Sorry sebab ambil tanpa kebenaran, tapi aku tak ubah watermark korang tu. Hehehe... Gambar nie di ambil dari blog die, tapi buat masa sekarang blog die telah di private kan sebab takut punya pasal la kot. Klik Untuk pembesaran Benci betul die ngan orang Melayu... Kenapa & Mengapa aku pon x tahu. Mungkin ini cara yang diajar oleh mak bapak mereka dari kecik. Tapi nak menunding jari kat orang lain susah jugak. Yang Pastinya Salah Makhluk nie!! nie pulak gambar gambar yang diperolehi dari blog die. Siyes macam pasti gay. Mungkin die nie penganut ajaran sesat kot. Spesis ...

Apa jenis Makhluk Ini?

Sila Klik Kanan & view image untuk pembesaran MasyaAllah, apa nak jadi ngan dunia sekarang? Terkejut gila bila baca statement makhluk kat atas nie. Kalau betul die tak puasa kenapa nak maki-maki orang yang berpuasa. Sungguh hina makhluk tersebut. Bukan setakat sorang je, malah geng-geng die sekali pon terlibat sama. Ingat nak tolong nasihat tapi dorang pon 2 x 5. Tak dapat aku bayangkan macam mana kehidupan makhluk-makhluk kat atas nie. Boleh die main-mainkan salah satu rukun Islam. Paling menyedihkan, makhluk nie sama agama ngan aku walaupun hanya pada sekeping i/c. Minta-minta makhluk nie cepat bertaubat sebelum terlambat.

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita

Hahaha............. kalau korang baca entry aku kali nie mesti pelikkan? Nak marah ade, nak gelak pon ade. Aku pon sama bila mula-mula terjumpa benda alah nie kat page facebook sape ntah. So aku pon google la. Dan Hasilnya..... ------------------------------ Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas b...

Perarakan panji-Panji FKA

Mentang-mentang dah tranfomasi dengan template baru, rasa rajin la plak nak buat entry baru. Dulu suram je. Blog pon dah bersawang habis. Hari nie aku nak cerita pasal kami budak-budak Fakulti Kejuruteraan Awam terlibat dengan perbarisan Sukan Antara Fakulti. Bukan rela hati yea, tapi terpaksa. Dah nama pon terpaksa so kmitmen yang diberikan pon ala kadar je. Latihan selama 9 hari, 3 kali je aku datang. Hahaha....... Alhamdulillah semua dah berjaya buat lintas hormat di Stadium UiTM Shah Alam pada 6/8/2010 ari tu. Dan alhamdulillah juga kitorang dapat tak dapat tempat pon. Hahahaha.......... Padam muka, dah komitmen pon ala kadar segera macam mana nak menang. Tapi yang bestnye, kitorang lepak-lepak sambil ambil gambar. Orang bagi ucapan kat depan, kitorang kat tengah padang sibuk ber'posing'. Dah satu group mat and mek photogenic. Selagi tak penuh memory camera tu, lagi la dorang amik. Aku pon x terkecuali. Santap la gambar kat bawah nie, dah upload banyak-banyak takut tak tert...

Budak Baru Belajar Kini Berwajah Baru

Wohoo...... Dah Lama kan aku tak update blog nie dengan cerita-cerita baru. Asyik contest-contest. So, sekarang selamat tinggal dunia contest-mengontest. Hari nie nak cerita dengan perubahan mendadak pada blog "Budak Baru Belajar". Siapa perasan, cepat bagi tahu kat aku? Hehehe......... "Budak Baru Belajar" kini dengan template baru. Hasil design daripada Budak Nakal . Cayalah bro, serius smart. Memang aku berpuas hati ar ngan perkhidmatan yang diberikan. Kalau korang nak belajar macam mana nak upgrade blog korang, bolehlah singgah kat blog Budak Nakal kerana bermacam-macam tutorial dan widget-widget baru yang korang boleh dapat dari sana. Design memang lain dari yang lain. Muka aku ngan kartun kat header tu sama tak? Hehehe.......... Semacam kan? All created by Budak Nakal . Dulu selalu sangat aku tukar template blog aku, tapi sekarang siyes aku berpuas hati. Maybe dah boleh remove sume folder-folder template blog kat dalam lappy aku.

Pahang ke Dop Pahang?

Hahahaha........... nok tergelak aku baca cerite nie. Sebenarnya aku copy cerpen nie dari salah satu blog yang aku follow, Terengganu Satu Destinasi. Kalau aku baca memang la aku faham, tapi kalau nak menaip menggunkan loghat2 terengganu nie, memang aku tak terfikir sampai macam nie skali, sebab nie memang dasyat+pior punya terengganu. Korang try la baca, sama ada Faham Atau Tak Faham aku tak tahu. hehehehee ************************************************************************************* Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?” Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngan...

CONTEST! One Day I will

wohoo.... comei giler budak nie... anak sape erk? One day i will be a............. DAD!! Hahaha..... seronokkan jadi ayah. Aku selalu terbayangkan macam mana la bila aku kahwin nanti dan dapat anak? Adakah aku jadi seorang bapa yang baik buat anak-anak aku? Persoalannya, bila agaknya aku kahwin erk? Hahahaha..... gatal na.... Why i want be a DAD? Aku nie mmg jenis suka budak kecik, terutama budak lelaki, aku pon tak tahu kenapa. Budak lelaki ye, bukan bapak kepada budak lelaki tu. Mungkin budak lelaki lagi comei dari budak perempuan kot. Sila setuju . Contoh, budak kat atas dan kat bawah tu, comeikan? Tipu dosa...... comei tak? Tapi agak pelikkan, secomei-comei budak-budak@baby-baby nie, masih ade yang tak menyukai mereka. Senang-senang buat anak, senang jugak dorang campak anak-anak mereka ke merata tempat. Kadang-kadang, aku malu dengan masyarakat kita sekarang, terutama bangsa Melayu, bangsa aku sendiri. Golongan ini menjadi penyumbang terbesar dalam masalah sosial dinegara. Mereka ...