Skip to main content

Delima Buruk = Buruk Perangai

Come-come, nak cerita sikit nie, bukan nak ngumpat, tapi ade la sikit-sikit. Aku dah lama nak cerita sebenarnya tapi baru hari nie berkesempatan nak merajinkan diri untuk menaipkan. Ceritanya bermula macam nie.

Pada suatu hari, aku teman member aku, Mr Zack nie pergi beli makanan untuk berbuka puasa kat Seksyen 6, Shah Alam. Siapa yang tinggal area Shah Alam mesti taw pasal Seksyen 6 nie. Makanan kat sini memang murah-murah. X sangka kat area bandar macam nie pon boleh dapat nasi lauk ayam ngan harga RM2.50. Bagi aku murahla, tak tahu la apa pendapat korang.

Dan kebetulan time hari aku pergi tu, ada pasar malam kat situ, tak silap aku hari selasa. So kepada sesiapa yang nak pergi pasar malam kat seksyen 6 Shah Alam boleh la kesana pada petang selasa dari jam 5.30 petang hingga 9.00 malam. Bawak duit banyak-banyak, x cukup minta ngan mak.

Tengah Mr Zack cari lauk-pauk, aku pun pusing-pusing la Pasar Malam tu. Tetiba teringin pula nak makan buah Delima. Buah delima nie memang faveret aku. Tambah-tambah, poket macam bawak duit lebih. So, aku pon tanya la mak cik yang jual buah tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBiYvNRdagpmPl3uxjOLGuXKjKj2xBYFFu_SJi740-WgbeJWgoGLVSh_jEjzaKWOsZB2bz302M_dB5WkFMa07f9uMojjD7AIk0UBDLLlQGFutmWRsh_fqOoPJsVHCtxF_H5hWNUx2psLg/s400/buah+delima.jpghttp://www.agrofolio.eu/uploads/images/Punica_granatum2.jpg
http://asminazusa.files.wordpress.com/2009/09/pomegranate-5.jpg
Nie La rupe Buah Delima tu....

Aku:Sebiji berapa kak?

Penjual: Satu RM3.

Aku:Kalau saya amik dua biji dapat kurang x?

Penjual: Sama je dik, nie dah murah dah. Biasa akak jual 3biji RM10.

Aku: (Dalam Hati)Kedekut tol Mak Cik nie-tadi akak, sekarang dah mak cik, gara-gara x bagi diskaun

Aku pon pilih la dua biji buah delima. Nampak besar-besar macam elok je. Pastu ade la 2 3 biji yang buruk, dorang bungkus kemas je dalam plastik kaler merah. Aku pon cakap la kat mak cik tu yang aku nak 2 biji yang aku dah pilih tadi. Mak cik tu pon amik la plastik bag, pastu dia masukkan buah delima yang aku pilih tadi.

Aku pon tengok la kan, tetiba ja, dia amik satu buah yang buruk tukar ngan buah yang aku amik tadi. Wah, banyak cantik muka kau Mak Cik? Aku bagitahu kat dia, yang die salah masukkan buah yang aku pilih tadi. Pastu dia pon, cakap, "Owh!". konon-konon x perasan la. Alahai, mak cik. ingat pandai sangat ke nak belakon? Aku nie bukannya director or pengarah filem pon kalau nak tunjuk bakat depan aku. kalau ye skali pon, xnak nye aku amik ko jadi pelakon.

Aish, buruk betul perangai penjual buah nie, dah la buruk perangai. Jual pulak buah yang buruk kat aku. Kan tak pasal-pasal kena cop orang tua buruk perangai.

P/s: Makan kuih batang buruk lagi sedap dari makan buah delima buruk...

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...