Skip to main content

Ceriteraku Di Kemboja - Part 2 Makanan


Salam, aku teruskan lagi dengan siri penceritaan pasal lawatan aku ke tempat orang, Kemboja. Kali nie aku nak cerita mengenai makanan pulak. Untuk orang muslim yang nak g sana, aku sarankan siap2 barang makanan untuk bekalan kat sana contohnya Maggie, Choko-Choki, biskut Apollo atau ikut suke anda, Tepuk dada Tanya selera sebabnya kat sana memang susah nak cari makanan HALAL. Bukannya maksud aku takde langsung, tapi boleh dikira dengan jari. Kalau yang jenis makan PORK Corn confirm boleh hidup senang la kat sana. Alhamdulillah masa kami pergi ni, kami ditemani Tour Guide yang Islam, so die tahu la mane nak cari tempat-tempat yang ade makanan HALAL. Kalau 1st time pg tu, make sure ko bawak la tour guide, takut-takut nanti tersalah masuk kedai, sebab muka minah-minah ngan mat-mat kemboja nie, lebih kurang je macam orang Malaysia cume orang Malaysia Cun & Hensem sikit (Kembang Lubang Hidung Ko sat).

Makanan asasi dorang kat sana, same jugak cam kita iaitu nasi sebab dorang kat sana ramai yang jadi pesawah. Tapi yang herannya nasi dorang x sama macam nasi kita. Bukan sebab beras dorang beras cap Rambutan o Taj Mahal, tapi beras dorang cam beras pulut. Nasi dorang rase macam ala-ala pulut. Takde la semacam pulut 100% tapi ala-ala pulut, sebab tu la dorang boleh makan menggunakan chopstick. Kalau nak compare nasi Malaysia ngan nasi kat sinun, aku suka kat sinun lagi. SEDAP…… sebab tu la masa makan kat rumah family angkat kami, kami tambah sampai tak terkira. Walaupun aku nie, slim & tough tapi makan sampai tak ingat dunia time.

Nasi yang BEST... tengok, licin aku makan.

Tadi cerita mengenai nasi, sekarang cerita mengenai lauk pulak. Masa kami makan kat Restauren D’Wau dan satu kedai nie, aduh lupe lak name ape. Lauk yang dorang hidang same je cam Malaysia. Takde beza pon, cume rase je la yang berbeza. Contohnya ikan masak tiga rasa, gulai ikan, sup, tom yam, nasi lemak dan banyak lagi lah. Ade jugak yang rase agak pelik, macam sup dorang kan, rase cam tom yam, padahal sup. Camne tu? Tapi yang penting aku melantak sampai habes sebab kalau tak, aku akan lapar sepanjang hari. Mane tak nye, kalau kat Malaysia, lapar boleh la pergi kedai mamak jap makan roti canai, tapi kat sini, telan air liur je la jawabnya. Camana pon, bangga ngan umat Islam kat sana kerana sudi buka restauren HALAL yang rata-rata penduduknya non-muslim.

Gambar sebelah kiri di kedai makan kat Diamond Island

Gambar sebelah kanan plak kat D'wau Restauran

Bercerita mengenai kuih pulak, buat masa sekarang biar aku cerita makanan yang HALAL dulu ye, jap lagi aku cerita yang PORK corn tu korang tak lalu pulak. Kiah dorang pulak, ala-ala kuih Malaysia jugak. Maybe Islam kat sana tersebar melalui orang Melayu kita sebab pengaruh Melayu kat sana agak kuat. Ade jugak antara penduduk Islam kat sana reti berbahasa Melayu. Antara kuih yang kami sempat makan, ialah bengkang ubi kayu, pulut pisang, kuih ape name ntah, kalau kat Terengganu kami panggil paung goreng. Best wa cakap lu. Dan ade satu kuih nie, harge die lebih kurang 40sen je. Tapi boleh kenyang sampai masuk tandas. Kuih mbreng rasa macam bahulu tapi manis sangat2x. Pastu, ade kacang bakar, kat Malaysia aku selalu makan kacang rebus dan kacang goreng je, tapi kacang bakar dorang siyes best. Haa! Jagung dorang plak rase len giler dari jagung kita, sebab jagung dorang rasa cam pulut. Tak tahu nak cerita kecuali korang rase sendiri.

Mee Kemboja dan Jagung rasa cam pulut.

Sekarang masuk bab makanan masyarakat Kemboja yang makan PORK corn tuh. Makanan yang berkaitan PORK memang banyak kat sana sebab BABI dorang bela macam lembu je kat sana. Saiz pond ah macam lembu ade gak. Masa kami jalan-jalan keliling kampungkan, semua macam jakun sebab dapat tengok BABY secara live. Bukan sekor dua, tapi tak terkira banyaknya. Siap ade anak-anak yang kecik-kecik besar kucing tu. Comei jugak tengok anak-anak BABi tu, rase cam nak sepak jer. Ade satu kedai tu jual babi golek, kat depan kedai dia tu ade satu gerai khas untuk golek BABI. Sekali pandang cam kambing golek, tapi saiznya x macam kambing. Kaki kontot, perut buncit.

Last-last, rase cam terlebih panjang la pulak. Aku nak cerita mengenai makanan eksotik. Yang nie memang famous kat kemboja. Ko nak ape, lipas masak kunyit, cengkerik, kepompong, kekatu, tarantula? Semua jenis serangga la…… (Tipu jer) Aku macam teringin gak nak rase bende-bende kejadah nie sebab cam sedap jer, tapi tak HALAL. Kalau halal aku beli dan sehenget. Macam-macam makanan pelik la ade jual kat sana. Telur ayam yang dah nak jai anak pon ade. Kepala dah terjojol keluar pastu dorang goreng terus. Memang best la, bukan dapat rase telur je, ayam pon dapat rasa. Kira 2 in 1 la. Siput BABI pon ade gak. Jual tepi jalan jer……. Sape yang suke makan makanan ekzostik tu pergi la kat sana ye. Ok dah, aku dah malas nak taip panjang. Bye2

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...