Skip to main content

Macam-macam Raya

Salam, setiap kali aku nak update blog. Mesti rasa bersalah jer pada pemenang contetst 'Photo Of Nature' yang aku anjurkan sebabnya hadiahnya aku belum post lagi. Sekarang aku tengah tunggu hadiah tu sampai lagi. Member aku cakap, hujung minggu nie dia nak datang Shah Alam, so InsyaAllah next week aku pos kan. Minta maaf yer akak-akak sekalian. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal raya... padahal raya dah nak habes kan tapi aku nak gak cerita. Oh jap, nak gtaw lagi, umah sewa aku skang dah pasang Unifi, so boleh la aku on9 sampai lebam. Bajet macam hari-hari xde keje. Back to main topic, aku rasa raya sekarang memang x best sebab aku dah besar... besar ker? Kurus kering ade la. So, aku dah x dapat duit raya. Ceh, kedekut betul mak-mak cik. Dulu boleh pergi raya merata-rata untuk collect duit raya, memang x malu langsung. Sekarang pon boleh, tapi aku kena pakai topeng upin dan ipin  then buat muka seposen walaupun x nampak sebab pakai topeng.

Bukan tu saja, x best sebab aku xde member kat Terengganu sebab dulu aku sekolah kat Perlis so member sume kat Perlis. Nak g beraya pon x tahu. Kat Terengganu pon ade jugak, tapi sume balik kampung dan ade jugak yang kat oversea tak leh balik raya. Padam muke. hahaha..... So raya aku kat umah ialah tido dan tengok tv sahaja. Pergi raya umah saudara mara ja.


FYI rasa kat Terengganu tak semeriah raya kat negeri lain. Negeri lain raya sebulan, tp Terengganu 2 minggu pertama tu meriah la... pastu suram jer... kat sini, open house merata-rata. Sampai tak terdaya nak makan. Sehari sampai 3-4 buah rumah. Heaven.... Rugi sebab aku nie jenis cepat kenyang.


Nie gambar masa sambutan hari raya kat UiTM Shah Alam
Meriah giler... macam makanan ade, dari western sampai la eastern..

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Backpacking Trip Ke Busan, Korea - Taejongdae Park & Gukje Market

Assalamualaikum, bersambung dengan kisah pegembaraan aku ke Korea Selatan. Hari ke-5 aku di Korea iaitu di Bandar Busan. Dah lama aku nak update sebenarnya, tapi tak tahu apa masalah internet kat rumah aku nie. Tetiba xleh nak upload gambar kat Blog. Terkpaksa pergi Cyber Cafe. Membazir je RM2. Hari ke-5, after breakfast je di Suk Bak Guest House, kitorang terus ke Taejongdae Park. Breakfast pagi ni disediakan oleh Subak Guest House. Taejongdae Park nie buka seawal pukul 9.30 pagi, dan seawal itulah kitorang sampai di Taejongdae Park nie. Nak bagi tahu bertapa excited nye kitorang nak pergi tempat nie. Time kitorang sampai tu, tak ramai lagi orang yang datang ke sini. Brother yang aku jumpa di Seoul hari tu semangat suh kitorang ke Taejongdae Park nie sebab dia cakap view kat sini memang cantik. Daripada review yang aku tengok di Internet pon, ramai yang recommend untuk pergi tempat nie. Dalam itinerary aku buat pon ade aku dah masukkan untuk ke sini. So senang la sikit nak ke sini ...