Skip to main content

Korean Drama Review - Greatest Love

Salam... sebelum tido dan xde pape nak buat, so aku rajinkan diri nak wat Korean Drama Review. Eh jap, pelik ker laki suke tengok citer korea? kalau betul, ade aku kisah.. huahuahua... Aku nak wat review untuk drama 2011 dulu yang aku dah tengok. 1st citer Greatest Love.

http://www.randomdetox.com/wp-content/uploads/2011/05/the-greatest-love-4.jpg

kalau nak tahu sape yang berlakon boleh google jer. Citer nie bagi aku best la jugak. Sebelum aku nak download Drama Korea, 1st aku akan tengok pada genre citer tu. Aku suke yang romantic comedy sebab lawak. Dah nama comedy takkan seram pulakkan. Kalau tengok poster kat atas tu pon dah boleh agakkan mesti kisah cinta tarik tali.

Cerita nie berkenaan seorang perempuan yang dulunya famous giler sebab die salah sorang artis dalam kumpulan K-Pop iaitu National Treasure Girls. Lepas tu kumpulan dorang berpecah atas sebab-sebab tertentu. Semua orang salahkan si pompuan nie sebab group dorang berpecah.

Lepas tu pompuan masuk rancangan reality ape ntah tajuk die, pasal nak temukan jodoh. Die kenal la dengan seorang lelaki yang pakai spek mata tu. Dalam masa yang sama laki lagi sorang tu jatuh cinta kat die yang dulunya memang x suke kat die. So berlakula proses tarik tali. Yang kesianya ialah pompuan tu la sebab macam dugaan yang dihadapi tambah-tambah bila orang fitnah die punca perpecahan group National Tressure girls tu. Citer boleh tahan lawak dan banyak mesej yang tersirat dalam citer nie. Yang paling aku suke, mesej berkaitan seorang kawan yang sanggup menerima kutukan dan fitnah demi menjaga kawan yang lain.

Bagi aku tak rugi la kalau korang download and tengok citer nie.... tapi heroin die x berape nak Cun. hohoho.....

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Euro Trip - Prague, Vienna dan Budapest

Assalamualikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, mood nak menaip datang balik. So aku sambung balik perjalanan aku dari Cologne, German ke Prague, Republic Czech iaitu negara ke-5 kitorang untuk trip ni. Dari Cologne kitorang amik bas Kolner Dom terus ke Praha Hlavni Nadrazi Station. Ni kira station utama kat Prague. Biasanya orang akan turun sini atau lagi satu station iaitu Praha UAN Florenc. Tapi dua station ni tak jauh sangat pon, dalam 10 minit je. Kitorang amik overningt bas so jimat 1 malam tidur dalam bas. Harga tiket bas ialah €30 untuk seorang. Mahal sikit sebab perjalanan pon amik masa lebih kurang 9 jam. Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 6.30 pagi so agak awal untuk kitorang keluar berjalan. Sebelum keluar, kitorang beli 1 day transport pass dulu kat sini. Pasal harga 1 day pass ni boleh rujuk kat tips kat bawah. Mula-mula kitorang plan tak nak tukar pon duit CZK tapi masa nak beli tiket tu dorang tak nak terima Euro. So terpaksa la cari money changer. Cuma ...