Skip to main content

Ceriteraku Di Kemboja - Part 3 Tempat Menarik

Sekarang nak cerita mengenai tempat yang kami pergi masa ade kat sana. 1st masa sampai tu kami terus pergi hotel iaitu Hotel New York. Tak tahu brape henget satu malam sebab kami pergi pakej sume skali termasuk makan dan minum so tak Tanya pulak brape hargenye. Hotel nie kat tengah-tengah Bandar Pnom Penh. Hotel pon sangat-sangat selesa. Kat bawah hotel tu ade satu restauren HALAL iaitu D’wau. Pernah masuk dalam rancangan Rasa Halal Orient yang kat Astro tu. Pekerja dorang pon boleh cakap Melayu kaw punye. Makanan harge standard hotel la tapi xde la 5 bintang punya hotel. Biasa-biasa ja.

Lepas je check in kat hotel kami terus pergi shopping kat Pasar Thmey, plan awal sebenarnya nak g window shopping jer dulu. Usha-usha mana berkenan, pastu hari last datang balik. Walaubagaimanapun, disebabkan terlalu ghairah nak beli barang, so kami pon shopping sepuas-puasnya. Barang kat sini siyes murah-murah. Even kat Padang Besaq, Rantau Panjang pon tak semurah kat sini. Tapi yang tak bestnya dorang jual dalam mata wang dolar amerika, USD. Masa tu aku just tukar RM200 je sebab ingat dah cukup. Kadar tukaran masa tu pulak RM3.025=USD1. So dapat la dalam USD66. Kalau lelaki yang nafsu kurang berbanding pompuan pun boleh rambang mata tengok, lagikan pompuan-pompuan yang Shopaholic. Kalau RM200 memang x cukup la jawabnya. Actually banyak lagi barang aku nak beli, tapi ongkosnya x cukup. Banknya banyak tapi bukan MEPS punyer daa…. So xleh la nak kuarkan duit. Nasib baik la aku sempat beli hadiah peserta-peserta yang join contest tak seberapa aku tu.

Next day, lepas je sarapan pagi, kami terus bertolak ke Kampung Keh kat Wilayah Kampot. Kami stay kat sana selama 3 hari 2 malam. Sebab memang tujuan kami nak ke sana untuk hartar sumbangan dan buat kerja amal. Kampung nie dekat ngan kuala dan sawah padi. So pemandangan kat sini memang cantiik. Udara memang segar. Tempat yang paling BEST skali kat kampung nie ialah tempat buat garam. Kebetulan masa aku pergi tu musim hujan so garam xde la yang ade cume air garam. Seronok giler kami main-main kat kolam air garam tu, macam main Ice Skating ade gak. Overall kat kampung nie, aktiviti yang kami buat memang best-best. Mandi laut, pergi sawah, lari-lari tepi bendang, main bola tampar dan macam-macam lagi la. Siyes rindu giler kat penduduk kampung sana.

Antara tempat paling best aku pernah pergi, Kolam garam

Mandi laut dan lumba lari kat kolam garam

Jalan-jalan tepi bendang

Balik je dari Kampung keh pastu check in hotel yang sama balik pastu kami terus kuar pergi Pasar Thmey untuk shopping kali ke-2. Kali nie aku tengok-tengok je la sebab duit dah abes masa 1st day hari tu. Sob sob…… owh lupe nak citer apa barang best kat sini. 1st yang paling famous ialah Beg Deuter, kalau kat Malaysia harge beratus-ratus, tapi kat sana USD4-USD16 je. Lebih kurang RM12-RM42 je. Murah kan? Kain, tudung, baju, beg tangan, key chain, jam tangan, dan macam-macam lagi la. Sume murah-murah. Beza ngan Malaysia memang jauh giler. Orang Malaysia memang jenis cekik darah kan? Opss…. Sorry. Tapi yang tak best kat sini ialah bila nak tawar-menawar. Nak minta kurang 1dollar pon susah. Kalau yang baik hati pon bagi la 0.5dollar. Padahal RM1.50 je pon. Kedekut pulak orang Kemboja nie. Aish….. sume same je la cam nie. FYI duit kemboja nie murah giler, RM3 kita bersamaan 4000 Riel. Sebab tu dorang lebih suke guna dolar USD dari duit riel, jenuh nak kira dan nak masuk wallet kalau dah duit berkebuk tapi nilai xde.

Jurujual yang peramah dan kedekut nak bagi diskaun. has hashas

Then, setiap kali makan tengah hari, kami mesti ker Diamond Island sebab kat situ ade satu kedai makan yang HALAL. Jika korang ingat, Diamond Island pernah berlaku satu peristiwa yang agak ngeri apabila seramai lebih kurang 400orang meninggal dunia apabila jambatan ke Pulau tu runtuh. Kalau tak caye, boleh google sekarang. Jambatan tu x de la panjang, lebih kurang 50meter je. Aku pon x taw cmne orang kemboja boleh naik sampai 400 orang. Diamond Island nie macam tempat lepak anak-anak muda la. Kat situ banyak kedai makan pastu view memang cantik.

Malam last pulak kami pergi jalan-jalan depan Istana dan ke Naga World menaiki tut tut iaitu sejenis kenderaan yang aku pernah citer dalam post sebelum nie. Badar Pnom Penh siyes cantik dan banyak tempat menarik walaupun ekonomi x serancak Malaysia, tapi usaha dorang bagi menarik pelancong datang tu memang aku respect. Tempat-tempat nie aku singgah just untuk bergambar je. Lepak-lepak kejap pastu balik bilik. Senibina dorang memang cantik. Rumah urut pon banyak. Kalau kat Malaysia umah urut tu tempat maksiat, tapi kat kemboja nie rumah urut tu memang betul-betul untuk mengurut. Bukan sebab aku pernah masuk, tapi mengikut citer orang sana la.

Suasana malam dihadapan istana dan Naga World

Last day sebelum balik Malaysia, subuh-subuh hari dalam pukul 4.30pagi sana kami pergi depan Istana bersenam bersama-sama penduduk kemboja. FYI setiap hari akan ade kumpulan yang akan handle senamrobik kat depan Istana Pnom Penh nie. So sape-sape yang nak join boleh terus follow. Tak de bayaran pon. Free of charge. Siyes seronok. Tak pernah jumpe kat Malaysia.

Pemandangan pagi di sugai mekong

Last destination, kami singgah di Toul Sleng, kira macam Musium la tempat nie. Menyimpan sejarah-sejarah zaman Polpot. Nak taw lebih lanjut, google la ye. Dulu asalnya tempat ni sebuah sekolah kemudian selepas ditakluk oleh Polpot, tempat nie dijadikan penjara untuk mangsa-mangsa tahanan dorang. Seram giler tempat nie. Ramai giler mangsa yang dibunuh Polpot yang pernah dipenjara kat situ. Tengkorak-tengkorak dorang pon masih ade disimpan kat situ. Seramai beribu-ribu tahanan, cume 7 orang je yang terselamat. Dan aku sempat bergambar dengan salah seorang mangsa yang terselamat. Dengar citer dorang, siyes sedih giler. Zaman polpot bagi dorang macam zaman komunis kat Negara kira. Kejam giler vavi…… slamber dek je bunuh orang. Kalau nak citer memang banyak, so korang google la sendiri. Lepas singgah Toul Sleng, kami terus balik ke airport.

Bangunan sekolah yang dijadikan penjara

Gambar bersama salah seorang banduan terselamat dan potrait mangsa yang di bunuh

Pengajaran paling penting skali kat sini ialah, bersyukurlah dengan apa yang ade. Malaysia jauh lebih maju dari sana. So xperlu nak BERSIH-BERSIH mane dah. Janji ko tak hidup merempat tepi jalan sudah.

Comments

  1. nak buat kacau kat sini boleh? miahahahaha

    ReplyDelete
  2. salam... rase2 kalu seminggu duk sane brape yerk nak kene spend money ?

    ReplyDelete
  3. menarik pengalaman kat Kemboja ni.. teringin nak gi plak...:D

    ReplyDelete
  4. @afend: murah jer... cume susah nak cari makanan halal... dalam 5oo hrnget dah boleh hidup. tapi tido kat masjid la...... hehehe

    ReplyDelete
  5. @Green Apple: pergi la, siyes best. hehehe

    ReplyDelete
  6. @dolce_afend: tengok atas barang la.. tp mostly murah2x jauh giler beza ngan malaysia... :)

    ReplyDelete
  7. nak ke kemboja besok any tips for shoping n tmpt2 best?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. owh..... actually x tahu sngat... sebab xde la pernah pergi semua tempat... but kalau nak pergi shooping tu bleh la pergi kat Russian market... tapi stu cam serabut skit sebab crowded... lg satu central market... yg nie ok skit... barang2 pon boleh tahan....

    kat area central market tu ade satu mall, x slap name die SURIA(xpasti, but it sound like that) kat sni kalau kat m'sia macam Bukit Bintang o sengei wang.

    Kalau nak lepak2x boleh pergi round2 naik tut-tut o cyclo kat bndar pnom penh tu... siyes best.. tambang murah jer... boleh share...

    tempat bersejarah lak, macam toul sleng, killing field.... tempat nie horror skit la... but cam perlu diawat gak.... best...

    Angkor wat.... kalau org cakap kemboja, so angkor wat la yg paling fomous... macam tugu negara.... tapi jauh la...

    ReplyDelete
  10. As salam saya Aliah saya suka blog awak banyak membantu. Awak ada contact person kat Kemboja yag dapat membantu. Saya plan nk gi Kemboja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sorry sebab xde no PIC masa kat sana. Yang urusakan trip ni orang lain. Since tukar phone, hilang semua contact. hehee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...