Anti Couple Menagih Perhatian

Salam buat semua reader, nak tanya sikit, korang menyampah tak dengan golongan yang taksub dalam couple? Maksud aku, mesej berjela-jela, call 24 hour, dating merata tempat dan sanggup berhabis duit beli apa yang tak patut? Or korang pon same macam dorang?

Bukan nak mengata, mana tahu sampai satu masa nanti aku pulak yang alami benda nie kan. So, aku just nak luahkan apa yang aku rasa dan sedikit pendapat. Aku tak tipu, aku memang menyampah giler dengan pasangan couple yang ter'over' sangat. Tambah-tambah bila aku ada bersama dorang. Yang tak gedik pon boleh jadi gedik, yang tak romantik pon boleh jadi romantik, kalah pelakon-pelakon ternama.

Bukan ape, first sekali sebab yang aku tak suka ialah korang akan curi masa aku. Of course la, nak buat pape mesti nak kena tunggu ko sampai habis cakap telefon or sometime sanggup lewat sebab nak pergi jumpa awek dulu. Tak kira la nak pergi mana pon, yang paling aku tak suka bila nak wat assignment. Tolong ar faham sikit. Kahwin pon belum, manja dah kalah orang yang berkahwin. Nanti Kahwin, langsung tak rasa nikmat berpasangan.

Kedua, aku tak suka jadi penunggu. Situasi nie sama la macam yang atas tu. Tapi menunggu bagi aku memang satu penyeksaan. Aku rasa korang pon sama kan?

Ketiga, korang tak bagi perhatian. Yela, dah mata menghadap handphone, mulut mengatur bicara romantis mana nak perasan orang sekililing cakap ape kan? Even satu perkataan pon dorang tak perasan. Kadang-kadang rasa cakap ngan tunggul kayu pon ade gak. Yang lagi parah, lecterur ajar kat depan ko kat belakang lanacar je menaip. Kalau menaip note yang lecterur bagi takpe gak, nie sibuk je nak mesej time kelas. Pastu bila dismis or fail, mula salahkan lecterur la, member la. WTF...... (ops terkasar pulak)

Keempat, sanggup berhutang untuk beli something kat pasangan. Duit rumah sewa susah jer nak bayar, tapi yang ko keluar ngan aweks hari makan mcD, KFC, secret recipi boleh plak? Duit ptptn ngan scholar ko dapat tu habes kat pasangan jer. Habis duit mula la wat muka kesian, nak mintak kat mak takut, so member jugak tempat ko mintak sedekah.

Kelima, menunjuk-nunjuk. Kalau kat status facebook or any other sociable, ayat mesti jiwang habis. "Aku rindu kau, walaupun 1 saat tak bersua", "hang out dengan hubby tersayang kat Mid tadi". Nie contoh la, mungkin ade banyak lagi, korang mesti perasan. Yang paling tak leh blah. "tak sabar nak balik rumah jumpa B yang tersayang". Bagus punya anak! Mak bapak ko yang hari-hari bagi makan ko tak de plak ko rindu? Nie pasangan yang belum tentu jadi jodoh ko tu la yang ko mabuk sangat.

Keenam, sanggup bergaduh ngan member demi pasangan tersayang. Memang la korang nak kahwin dengan pasangan korang, xkanla ngan member korang kan? Kalau member sekalipon, kalau dah ber'couple' so dah tukar status jadi pasangan. Tapi kalau dah pasangan ko tu salah terima je la. Kalau dorang bagi nasihat sekalipon, tu untuk kebaikan ko jugak. Susah senang, member jugak ko cari.

So kepada couple ter'over' kalau nak over-over, sila jauhkan diri dari aku. Aku memang menyampah dengan golongan macam ko. Aku tak kisah kalu korang nak couple, sebab aku xde hak pon nak halang tapi tolong jangan melebih-lebih depan aku.

Sesedap rasa je kutuk orang kan? Nanti terjadi kat aku baru tahu. Tapi mintak selisih malaikat 44, mintak jauh semua nie. Nanti beranak pinak sebelum kahwin susah jer. Bertambah-tambah pulak kes pembuangan bayi. Salah satu penyumbangnya ialah golongan couple ter'over nie la. Macam best pulak nama couple ter'over' nie kan? Hahahaha......

Comments

  1. yupp..totaly agrees wit you...especially part y pertama n kedua tuu...

    ReplyDelete
  2. bagus2x.... nnt bwat group benci couple ter'over'. hahaha......

    ReplyDelete
  3. dan ko la presiden nye yek..ahaha..

    ReplyDelete
  4. no hal lah, tp ko jd naib presiden, hahahaha...........

    ReplyDelete
  5. ui jgn terkena kat batang idong sendiri udah la ye ahakz !

    ReplyDelete
  6. mintak jauh la dari sume tu. hehehehehe/.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts