Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

HAKIKAT PERCINTAAN DALAM ISLAM ?

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/ Tarikh: Sabtu, 07 Jun 2003 @ 7:49:32 Topik: Tazkirah Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat 'harus' dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan 'pelakon-pelakon' ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka 'muslim'. Apa yang cuba diketengahkan dalam...

The Great Weekend

Hari minggu yang begitu bermakna. Kesibukan di kampus tidak dihiraukan lagi. Itulah yang aku lakukan bersama 7 orang budak rumah aku pada cuti minggu nie. Lambakan kerja, dan assignment yang diberikan oleh pensyarah kami ketepikan buat sementara. Mungkin juga berminggu-minggu lamanya. Hahaha...... Tenangkan fikiran itulah lebih penting. Destinasi pertama kami ialah, mengisi perut kami di BBQ Chicken in Sunway Carnival Mall. 4 Set Olive luxury Chicken menjadi satapan kami malam nie. Ditambah pula, Banana ice cream, Salad, Tortilla and drumstik. Sungguh sedap sehingga menjilat jari. Tapi yang xbest harganya agak mahal. Pokai aku malam tu. Hahaha.... Lepas selesai mengisi perut, kami bertukar haluan ke pusat karaoke. For your information, this is my fisrt time menyanyi kat karaoke. Ada la dalam 12 lagu yg kami ber'karut'ke malam nie. Tapi aku cuma satu lagu je iaitu 'Janji Padamu'. Sedap tak sedap, tu no dua. Yang penting hilangkan tension. Pitching memang sah kelaut. Haha...

Siapa tak bangga dengan sekolah mereka?

ARKIB : 25/01/2010 20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM 25/01/2010 4:43pm PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. 2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor. 3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan. 4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. 5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor. 6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. 7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. 8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. 9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. 10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah. 11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang. 12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis. 13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 14. SMS Muzaf...

I kept delaying my work until I forgot

Belambak-lambak kerja aku sekarang. Bukan salah sesiapa, tapi salah aku sebab selalu sangat tangguhkan kerja. Memang banyak, serius tak tipu. Kalau tak percaya tanya aku. Assignment dah la complicated, dan langsung x faham macam mana nak buat. Haih, ingat degree boleh la relax dari diploma tapi vise versa pulak. Dulu buat report cuma 2 3 pages jer, sekarang mesti more than 10 pages. Dulu autocad just beberapa pelan, tapi sekarang empat pelan penuh, satu pun takleh tinggal. Memang susah betul ar nak hilangkan tabiat malas dan tangguhkan kerja nie. Aku rasa bukan aku sorang je, kau pun sama. Kau la, yang tengah baca blog aku ni. Tak yah nak tipu, aku tahu dah. Siapa yang ada petua nak hilangkan tabiat nie bagi tahu ar kat aku.

Sakit otak, makhluk hipokrik

Aku memang takde mood nak blogging hari ni. Aku rasa serabut memikirkan sesuatu. Aku memang dah bosan tahap gaban sekarang. Menyesal aku kenal makhluk spesis ni. Makin bertambah-tambah dah kat dunia ni. Mungkin kadang-kadang apa yang diluahkan makhluk ni betul, tepat memang lansung tiada kecacatan tapi kalau lisannya songsang dengan perbuatan, memang korang layak diberi gelaran 'makhluk hipokrit'. Buat apa nak sembunyi kalau tahi yang ko berak tengah jalan tu memang terang-terang ada tulis nama korang. Jijik, spesis apa la korang ni? Aku memang tak sesempurna makhluk lain, tapi aku bosan dengan perangai korang. Tak salah kalau jadi bodoh, tapi jangan jadi golongan jahil. Dah la bodoh, pastu buat-buat pandai. Bagus sangat ke? Dari mana korang belajar semua ni? Berambus la cepat sikit, buat sakit otak jer.

Manusia Celup Tepung

Birthday's boy-Azam La, lambat ar aku nie. Kejadian dua hari lepas, baru nak postkan hari ni. Nak wat camna. Internet slow, so aku tak boleh la nak edit gambar. Aku tak suka buat keje dua kali. Haih, apa aku mengarut nie? Sebenarnya dua hari lepas ialah hari ulang tahun kelahiran housemate aku, Azam Ghazali . Biasa la adat zaman sekarang, bila time hari jadi jer, si birthday's boy tu mesti kena sesuatu yang dasyat. Yang paling common skali kena baling telur ngan tepung. Itu pun dah merana aku tengok. Nasib baik la seumur hidup aku ni tak pernah pulak kena macam tu. Bukan sebab tak da orang nak celebrate tapi hari jadi aku lewat sangat so time tu semua orang ada kat rumah tengah bercuti. Panjang betul la introduction nie. Back to the point, aku short cut sikit ar sebab benda nie bukan aku yang plan. Time aku ngah khusyuk menghadap laptop nie tetiba housemate aku lari bertempiaran. Pelik gak aku. Pastu dorang cakap, "sedia, sedia.... Azam kat dalam toilet sekarang". Ka...

Best Info tentang HTML

Time bosan-bosan nie, kerja aku ialah jengah-menjengah kat blog orang lain. Sampai la satu page seorang nie, aku tertarik plak dengan post dia menganai Basic HTML. So tak salah kalu kita berkongsi maklumat nie bersama. Dengan adanya info-info nie, dapat la para blogger sekalian meng'upgrade'kan blog-blog mereka sekreatif yang mungkin. Renung-renungkan dan selamat beramal. Tutorial HTML

Lets Join fcucommunity contest

Kawan-kawan nak mintak tolong korang sikit boleh. Jom ar tolong-menolong. Tak susah pon. Aku nak mintak korang tolong aku tinggalkan comment jer kat post aku nie. Sorang satu jer. Tak perlu banyak-banyak. Em... tak pun korang postkan link blog korang. Nanti boleh la aku follow. Jom-jom tinggalkan comment. Ajak sume member-member tapi make sure dorang pun ahli blogger gak. Hehehehe... Kenapa saya mahu memenangi contest ini? ~blog aku nie memang tak ramai follower, so kot-kot la nanti follower aku meningkat ngan mendadak.... ~lepas nie tak perlu la aku nak promote-promote blog aku kat orang lain.... ~lagi satu, dengan adanya banner nie, mudah la para blogger lain nak singgah kat blog aku nie.... ~nak juga rasa kemenangan yang pling sukar dalam hidup aku.. Ciri-ciri Banner yang Aku nak. ~bersaiz 300x250, kasi gempak sikit..... ~pastu letak ar gambar profile aku kat banner tu.... ~lagi satu, paparkan besar-besar nama blog aku...

Gila kerna cinta gila

CnTe SeJaTi,KdG2 MaNuSiA sELaLU lEkA,tAnPa DiSeDaRI CiNtA iTu BeRaDa Di DePaN mAtA...:) Dah lama betul aku tak jumpa dengan dia. Bukan setakat tu je, sms pun langsung tak pernah sekarang. Call lagi la tak pernah. Tapi hari nie aku terserempak dengan dia time nak pergi kelas. Ntah, tetiba je aku rasa semacam. Nak pandang ke tak? Takutla jugak kalau-kalau pandangan aku tak disapa. Susahkan kalu kita betul-betul suka kat orang tu sampai kadang-kadang tu kita langsung tak pernah fikir fasal orang lain. Bukan la nak tipu, tapi rasa macam tak jujur je kalau kita tipu perasaan kita demi orang lain. Teringat memori dulu-dulu. Hari-hari aku tunggu handphone aku berdering. Bila bosan je, at least aku ada orang nak mesej. Dengar apa yang aku merapu, lawak bodoh aku dan apa saja. Apakah kebahagiaan itu begitu susah untuk dicari? Entah, apa masalah aku dengan dia? Sejak dari awal aku bertukar ke kampus baru, aku merasakan seolah-olah dia cuba lari dari aku. Mungkin aku betul-betul ...

Matlamat Sebenar

(photo dari blok nurfaizfoat) Salam sejahtera kepada semua para blogger atau pembaca-pembaca yang tersesat kat blog nie atau secara rela menyesatkan diri disini. Untuk pengetahuan korang semua, blog ini telah lari dari tujuan sebenar ianya dicipta. Tujuan utama blog ini diciptakan adalah untuk memaparkan gambar-gambar yang telah aku ambil dan antara yang terbaik dalam koleksi gambar yang pernah aku ada. Kalau korang semua perasan, post-post terawal aku dulu semua ialah gambar, gambar & gambar. Bukan aku dah malas nak uploadkan gambar, tapi sekarang masa x mengizinkan aku untuk menjadi fotographer sambilan yang tak diiktiraf. Aku ni bukan la perompak hak milik orang lain, semua gambar-gambar aku ialah hasil tangkapan aku sendiri. Sebab tu la sekarang aku dah kurang uploadkan gambar. Kalau ambil gambar orang lain, hari-hari pon aku bleh google in kat internet cari gambar-gambar menarik. Tak baik la macam tu kan. Kalau boleh, buatla sesuatu tu guna kreativiti kita sendiri. Seteruk man...

Cara Nak Naikkan Berat Badan

Ada tak manusia yang nak tubuh dia kurus kering tak pun obes terlampau? Aku rasa orang gila je la kot. Bagi lelaki, semua nak badan mereka tegak, sasa dan berketul-ketul 'six pack' kat tubuh dorang. Sama ar ngan aku, tapi usaha tu langsung takde. Haha.... Susah betul la nak naik kan berat badan aku ni walau 1kg sekalipun. Nak kata aku makan sikit, tak la sikit sangat. Kadang-kadang dalam sehari dam Rm15 gak duit aku habis untuk makan. Exercise pon selalu gak petang-petang, tapi berat badan aku tak pernah melebihi 60 kg. Nak sampai 55kg pun susah. Pernah juga aku dengar orang cakap yang orang kurus nie kalu makan banyak berat badan tak naik, tapi perut yang makin membuncit. Tak tahu la kalau benda nie fakta atau auta semata-mata.Aku ada terbaca cara nak naikan berat badan, tapi tak pernah pula cuba. Kalau korang nak cuba boleh la.. Cara-cara Menaikkan Berat Badan korang cuma tekan right klik pastu zoom in gambar kat bawah nie.... ...

Haiwan Perliharaan

Tetiba terlintas pula dalam fikiran aku nak postkan entry mengenai haiwan peliharaan. Semalam aku dengan housemate aku baru saja beli dua ekor hamster dekat Petshop berhampiran ngan Megamall. Tapi antara dua ekor tu kami tidak pasti sama ada sepasang atau sonsang sebab kami pilih ikut suka je. Kos untuk dua ekor hamster dengan sangkar ada la dalam RM50. Aku ni memang seorang yang suka bela binatang. Tambah-tambah 'family' aku pon minat memelihara haiwan perliharaan. Dulu pernah juga aku habiskan beratus-ratus ringit untuk membeli burung. Bayangkan la masa zaman sekolah lagi iaitu zaman kewangan yang belum kukuh lagi, aku dah berani habiskan duit untuk beli haiwan-haiwan macam ni. Betul la kata orang, kalau benda yang kita dah minat, duit keluar banyak mana pun kita tak kisah. Bukan setakat tu je, kalu korang nak tahu, family aku pernah bela, memerang, tupai, musang, monyet dan macam-macam jenis ayam. Itu tak dicampur lagi ngan spesis-spesis ikan yang memenuhi akuarium kat rumah...

Gadget Baru-Camera Samsung L201

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga niat aku untuk membeli sebuah camera. Agak lama juga aku pergi survey harga camera kat Jaya Jusco Seberang Perai, Samsung L201 juga yang berjaya menambat hati dan perasaan aku. Sememangnya aku seorang 'photogenic' yang gemar mengambil gambar-gambar. Walaupun tidak begitu profesional, tapi aku berpuas hati dengan gambar aku ambil. Syok sendiri perkara biasa dalam hidup aku. Hahaha..... Camera yang agak slim dan berwarna hijau metalic, warna camera yang paling jarang aku tengok. Serba Sedikit Penerangan Mengenai Samsung L201 The Samsung L201 is an ultra compact digital that measures less than 20mm wide. This makes it an ideal size to slip into a pocket and carry around with you ready for the next photo opportunity. Not surprisingly it is also a lightweight camera, weight 110g without the battery or a memory card.Another big attraction is its simplicity. The L201 is a straightforward point and shoot digital camera. It has 10 megapixels and a 3...

Luahan-Terus Mencari

13/01/2010-Rabu kelas hari nie sepatutnya start kul 12.00 a.m tapi aku terpaksa bangun awal sebab nak kna cari pelan mengantuk memng x usah diceritakan bayangkan setiap hari kelas start kul 8 a.m dah la malam tidur lambat sebab banyak kerja hari nie aku ngan Mera pergi MPSP tapi kitorang x masuk pon sebab geng-geng pompuan group aku dah masuk untuk mintak pelan so aku ngan Mere lepak jer kat bawah tu lama gak ar, pastu dia cakap dah dapat kami pon balik la macam sia-sia je kitorang pergi last-last pelan yang kami amik tu tidak diluluskan oleh pensyarah so kena la cari lagi 14/01/2010-Khamis hari nie kelas abis start pukul 8a.m -12 a.m habis kelas aku balik umah bersiap jap sebab pukul 2 p.m kitorang nak gi MPPP harap boleh dapat la pelan kat sana hari nie aku pergi dengan Mere, Fathi & Miezan perjalan agak memenatkan walaupun dekat tapi letih menunggu kitorang agak kelewatan sebab nak tunggu feri & bus sampai-sampai kami terus amik bus ke MPPP sampai kat MPPP kitorang terus ma...

Luahan-Tak Macam Dulu

9/01/2010-Sabtu selepas abes jer buat kad matrik aku amik bas terus pergi Penang Sentral untuk balik Arau 12.30 a.m aku bertolak dari penang 3.15 p.m aku sampai kangar dan suh Waras amik aku dari pagi sampai la skrang, aku langsung x makan lagi aku pon ajak la waras pergi makan kat KFC sambil-sambil makan tu banyak gak ar aku borak pastu aku pon pergi umah sewa die sampai umah sewa tu, sempat gak ar aku jumpa ngan Arif, Akmal, John dan Iqbal sebab dorang nie duk satu rumah Akmal masih macam dulu senyap jer. hahahahaha aku pon lepak gak ar lam 1/2 jam kat umah dorang pastu aku pinjam moto John, masuk UiTM Arau kat UiTM plak aku jumpa ngan Bro, Farhan ngan Zul tapi aku x lepak lama sebab Iqbal nak kena balik dia kena gotong royong bersih umah sewa dorang pastu aku pon pergi umah sewa Baha untuk amik barang aku sepatutnya umah dorang nie umah aku jugak tapi aku dah pindah Penang so barang aku je la ada kat situ time aku pergi tu Baha xde, yang ade cuma Adam ngan Botok aku duk sekejap ...

Luahan-mengarut

mengarut jap tadi aku baru je abes kelas ECM407 skg ada gaps 3 jam sblom start kelas ECS408 balik umah jap menghadap laptop memang lama betul aku x meng'update' blog aku nie. sebenarnye memang banyak bende aku nak cerita tapi masa x mengizinkan padahal time Degree nie, xde la sesibuk time diploma yang jadi masalah ialah mata aku nie asyik x larat jer nak bukak sampai umah jer nampak bantal terus tido tido plak, bukan sekejap-sekejap kadang-kadang orang azan maghrib baru bangun memang lansung x sedar nasib baik member aku kejutkan kalu tak, sampai esok pagi baru bangun hahahaha....... agak seronok jugak ar duk kat penang nie mintak-mintak la kau x lalai sebab nie jalan terakhir aku kalu aku jumpa jalan mati memang x leh U-turn balik hehehehe......

Luahan-Kampus Baru

UiTM Kampus Bukit Mertajam, Penang Alhamdulillah, hari nie dah hari kedua aku di UiTM kampus Penang nie dak degree EC220 telah dibahagi kepada 2 group pembahagian group bagi aku agak tidak adil bayangkan, dak group CB1B dak laki sume dari arau tapi group aku lak, CB1A 2 orang je dari arau mostly dari kampus Pahang ngan Penang nasib baik la orang otak sempoi gak boleh la join lagi satu masalah ialah dalam group aku aku ngan dak arau lagi sorang je duk luar yang len sume duk Kolej actually ktorang x dapat penempatan tapi ramai dak UiTM cnie duk luar so banyak la kosong walaubagaimana pon, dorang kena bayar bila pikir balik macam masalah gak sebab nanti kalu dapat assignment or tutorial mesti susah kitorang nak bincang hidup sini agak bebas ar dari arau Pak Guard x de ar strict sangat no more benci Pak Guard hahahaha