Skip to main content

Backpacking Trip Ke Seoul, Korea - Bukchon Hanok Village dan Itaewon

Masih di hari ke-2 kitorang di Seoul. Lepas je ke Changdeokgung Palace, ktorang ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village nie dekat je ngan palace tu, jadi kitorang jalan kaki je. If korang nak senang, sebelum kuar dari palace tu, korang dapatkan maps Bukchon Hanok Village dari pegawai yang bertugas kat entrance gate palace tu. Kalau korang terlupa nak mintak, jangan risau sebab kat Bukchon Hanok Village tu sendiri ade Tourist Information Centre dan juga beberapa orang tourist guide yang tahu berbahasa omputih yang lalu lalang sepanjang jalan di perkampungan Bukchon nie.

Direction to Bukchon Hanok Village: Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2. Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village nie macam perkampungan tradisonal dalam Bandar Seoul. Semua rumah kat sini dibina dengan konsep senibina lama yang unik dan cantuk-cantik. Kawasan kampung ni agak luas jugak la. Sepanjang jalan tu korang akan nampak macam-macam kedai dan tempat-tempat menarik yang korang boleh singgah. Sesetengah tempat tu korang perlu bayar untuk masuk. Just refer maps yang korang dapatkan tadi. Semua benda ade dalam tu. If korang layan drama korea, iaitu Drama Personal Taste, korang mesti perasan rumah yang menjadi lokasi pergambaran dorang yang style-style. Kalau korang dah sampai sini dan nak ke rumah tu, korang just cari rumah yang bernombor 46. Nak senang, tanya je tour guide yang bertugas kat situ. 

Antara rumah-rumah yang korang boleh lihat di Bukchon Hanok Village.

Perkampungan nie terletak di atas bukit. Korang perlu turun naik bukit untuk pusing satu kampung tu. Make sure, kalau korang nak jalan kat korea nie, seminggu sebelum nak datang, korang pergi gym dulu. Kalau fit macam aku ok la. Haha.... Tapi sebenarnya xde la penat mana pon sebab aku tahu ke'excited'kan ko tu akan membuatkan ko gigih dan hilang rasa penat walau daki Gunung Everest skali pon. Dah sampai hotel baru rasa penat. 

 



Mengikut itinerary yang aku dah buat, selepas ke Bukchon Hanok Village nie, kitorang nak ke Gyeongbukgung Palace. Palace nie pon dekat je, boleh jalan kaki dari Bukchon Hanok Village. Tapi time nie dah tengah hari dan semua orang dah kelaparan sebab kesejukan. So kitorang decide untuk terus ke Itaewon untuk lunch. Actually kitorang dan pon sampai depan Gyeongbukgung Palace, tapi semua decide xnak masuk. Maybe dorang nie pon spesis macam aku, tak suke bab-bab sejarah. So we directly procedd to Itaewon untuk lunch. If korang nak pergi ke Gyeongbukgung Palace nie. Boleh follow direction kat bawah nie.


Direction to Gyeongbukgung Palace : Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5. 9 pagi buka. Tiket ₩3,000. Nak senang, jalan kaki ke dari Changdeokgung Palace, then ke Bukchon Hanok Village, then ke Gyeongbokgung Palace. 

Itaewon, The Global Community in Seoul: Global Fashions and tempat nie famous untuk pelancong ke Korea. Banyak tempak nak shopping. Benda yang plaing best kat Itaewon ialah kat sini mudah nak dapatkan makanan Halal. Dan kat sini jugak ade sebuah masjid. Kuar exit 3 dan depan tu ade macam board yang menunjukan peta kawasan sekitar Itaewon tu. Kat situ korang boleh tengok camne nak ke Masjid. Sepanjang jalan tu, korang akan nampak bertapa banyaknya Restauran Halal. Tapi mostly makanan dari Middle East. Disebabkan kitorang dah bosan ngan makanan Middle East nie, sebab kat Malaysia pon asyik duk makan kedai pak arab je, jadi hari tu kitorang pergi makan di Muree Restauran. Dekat je ngan masjid yang kitorang nak pergi tu. Makanan kat restauran nie more kepada korean food. Dapat la merasa kimchi originally from korea. Sebelum nie duk merasa Kimchi kat Dobu-dobu dan Seoul Garden je. Tapi bagi aku kimchi kat Seoul Garden lagi best sebab yang kat Korea nie terlebih masam. Maybe yang kat Seoul Garden tu dah diubah suai mengikut citarasa orang Malaysia kot.

Directions to Itaewon: Itaewon Station, Subway Line 6. Tak kisah la exit brape pon. Janji korang kuar je dari stesen subway tu. Hehehe...

Inilah rupe masjid kat Itaewon. Wudu' amik kat luar. Dah la ngah winter, berlari-lari aku nak g amik wudu' sebab kesejukan.
Permandangan dari hadapan Masjid. Masjid nie terletak diatas bukit.
Mula-mula kitorang ingat Itaewon nie macam satu bengunan kedai yang kat dalam tu ade lot-lot kedai yang jual pakaian. Puas kitorang pusing-pusing mencari. Lepas tu kitorang tanye guide kat situ, then dorang cakap yang kawasan tu semua ialah Itaewon. Itaewon nie macam rumah kedai yang dibina disepanjang jalan kat area Itaewon tu. Bukan je kat tepi jalan, tapi celah-celah bangunan pon still ade lagi rumah-rumah kedai. Even bawah tanah pon ade kedai. Sape yang suke fashion-fashion kpop style tu boleh la datang sini. Kitorang datang sini just window shopping je sebab x masuk dalam list barang yang nak beli.

First time aku merasa strawberry yang manis. Satu bakul nie ₩20,000. Tapi aku beli satu bekas je, ₩5,000. Kalau korang pergi Korea, aku sarankan korang beli strawbeery nie. Memang rasa die terbaik. Jauh beza yang beli kat Cameron Highland.
Lepas ke Itaewon, kitorang ke Myeong-dong Market, tempat Shopping barang branded-branded. Macam biasa la, kalau datang tempat shopping-shopping nie, kitorang just window shopping je. Jejalan macam bawak duit berkepuk. Masuk kedai pusing-pusing, lepas tu kuar buat-buat macam xde yang berkenan. Kalau korang datang petang, sepanjang jalan akan ade gerai-gerai yang dibuka di celah-celah laluan berjalan kaki sepanjang Myeong-dong tu. Paling best ialah macam-macam makanan yang di jual. Masa kat sini aku sempat merasa sejenis kuih (Nama confirm aku tak tahu), yang dalamnnya ade sebiji telur rebus. Rasa memang terbaik. Satu kuih tu ₩2,000. Lagi satu ialah sotong bakar. Sotong bakar nie macam famous jugak la kat Seoul nie sebab mana-mana tempat aku pergi mesti ade. Satu plastik ₩5,000. Aku share 3 orang. Actullay masa kat Namdaemun Market aku dah beli sotong nie, tapi aku makan sorang-sorang sebab sedap sangat. Hahaa....

Directions to Myeong-dong Market:
 Myeong-dong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 5, 6, 7, or 8. Atau Euljiro Il-ga Station (Seoul Subway Line 2), Exit 5

Dari Myeondong Market nie kitorang menapak ke Cheonggyecheon Stream. Kitorang tak perasan pon yang sebenarnya stream nie dekat je ngan hostel yang kitorang menginap. Punya la jauh kitorang berjalan kaki. Last-last, balik hostel pon jalan kaki. Stream nie panjang jugak la. Korang boleh access dari banyak station untuk ke stream nie. Apa yang membuatkan stream nie menarik ialah sepanjang stream nie dihiasi dengan lampu-lampu. Even dalam air pon ade lampu. Disebabkan kitorang dah penat menapak hari nie, so kitorang jalan skit je kat stream nie then terus balik hostel untuk makan malam.

Directions to Cheonggyecheon Stream: As the river is very long there are many starting points: Subway
Line 1: City Hall Station, Jonggak Station, Jongno 3-ga Station, Jongno 5-ga Station, Dongdaemun Station, Sinseoldong Station
Line 2: Euljiro 1-ga Station, Euljiro 3-ga Station, Euljiro 4-ga Station, Sindang Station, Sangwangsibni Station
Line 3: Jongno 3-ga Station
Line 4: Dongdaemun History & Culture Park Station
Line 5: Gwanghwamun Station Exit towards Cheonggyecheon Stream

Permandangan di Cheonggyecheon Stream.
Selesai makan malam, kitorang kemas barang sebab esok awal-awal pagi kitorang nak bertolak ke Busan dengan Korea Bullet Train, KTX. Departure time pada pukul 8.00 pagi. Kitorang dah beli tiket ke Busan pada hari yang kitorang sampai ke Seoul. Tapi sayangnya tinggal tiket berdiri je. Aku bayangkan tiket berdiri tu macam subway yang ade tempat bergayut tu, tapi rupanya  ruangan kat bahagian pembahagi antara coach tu. Tempat simpan barang dan toilet tu. Bayar punya la mahal ₩45,300. Sepanjang pejalanan selama 2 jam 30 minit tu kitorang terpaksa berdiri. Kalau penat, duduk la atas lantai. Tu pon kejap duduk, kejap berdiri sebab passengers lalu lalang nak gi toilet. Sumpah kelakar giler. Pengalaman yang takkan aku lupakan. hehe.... 30 minit before nak sampai tu, dapat jugak kitorang duduk sebab ade few passengers yang dah turun. Next entry pasal cerita kat Busan pulak.


Bye-bye Seoul.

Comments

  1. salam....
    banyak lagi yang saya tak tahu rupanya...
    terima kasih atas perkongsian ini...
    salam kenal dari TiranaAduka

    ReplyDelete
  2. update lagi wehhh hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya akan ke Busan Mac ini. Banyak info dari blog ini...TQVM

    Tapi kalau ada blog archives lagi senang nak trace artikel terdahulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Thanks for suggestion. Akan diusahakan... :)

      Delete
  4. Btoi2..kitorg punya excited berjalan smpai x sdar kaki bengkak..bleh plak rasa pelik sbb kasut ketat n sakit..blk msia baru prasan yg kaki bengak giler..bjln pnya pasal kaki bengkak pn xpe..

    ReplyDelete
  5. Btoi2..jln punya pasai xsdar kaki bengak n edema..bleh plak rsa pelik kasut ketat n sakit..blk msia baru prasan kaki bengkak giler..bjln pnya pasal xpe..

    ReplyDelete
  6. Thank for sharing itinenary... BArakallah....

    ReplyDelete
  7. Need ur advice... if g busan n seoul, one day pass and Tmoney which one lebih jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ckp pass lagi murah tp kitorang ari tu tercari-cari jugak kat mana jual pass tu tapi x jumpa. SO kitorang guna Tmoney je. Kalau guna Tmoney akan dapat 10% diskaun.

      Delete
    2. one day pass busan tu boleh beli dekat gimhae airport or busan station. main station je yg jual pass tu

      Delete
    3. busan one-day pass

      http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_6.jsp?cid=1984913

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) Ni

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mu