Skip to main content

Backpacking Trip Ke Seoul, Korea - Changdeokgung Palace

Assalamualaikum... Tetiba terlebih rajin plak aku. Cepat pulak aku update blog kali nie. Sambung untuk 2nd day aku kat Seoul. Lepas je ke Namsan Tower, then kitorang balik Hostel. Actually awal lagi time tu sebab kat Korea nie malam die awal skit. Tapi disebabkan kaki dah penat berjalan berkilo-kilo meter and kitorang tak check in lagi, so kitorang terus balik hostel. Sampai je hostel, after selesai check in, kitorang dinner dengan serunding yang diimport khas dari Kelantan dan nasi yang ahjumma hostel tu dah masakan. Gigih pergi beli serunding sampai Kelantan sebab nak murah punya pasal. Time dinner tu kitorang jumpa dengan a group backpacker dari Malaysia jugak baru je balik dari Jeju Island. Sembang la cerita pasal pengalaman masing-masing. Yang bestnya, dorang dah seminggu lebih kat Korea. Jelous giler sebab dorang dapat tiket flight murah pergi Jeju Island. Sembang punya sembang then, esok tu dorang decide nak join kitorang jejalan kat Seoul. The more the merrier. So esok tu, selepas subuh kitorang terus gerak dari hostel ke few tempat mengikut itinerary yang aku dah buat. First tempat kitorang pergi Changdeokgung Palace.

Direction to Changdeokgung Palace:10 minit jika anda berjalan kaki dari Exit 6 -Jongro 3ga Station- (Line 1,3,5) atau 5 minit dari Exit 3 -Angguk Station- (Line 3)

Istana nie terletak betul-betul dalam Bandar Seoul. Ade banyak palace sebenarnya, tapi kitorang decide nak gi sini dulu sebab memudahkan kitorang nak ke next place. Kat area Angguk Station nie ade banyak tempat menarik. Korang just jalan kaki je ke tempat-tempat nie. Nak tahu kena google sebab aku malas nak taip nama tempat dorang yang berbelit-belit tu. Hehe.... Istana ini merupakan one of the Five Grand Palaces in Korea. Tiket masuk ke istana hanya W8,000 (Termasuk Tiket ke Geoumwon (Secret Garden)). 9.00 pagi Buka. Dan istana nie juga merupakan one of the world heritage yang ade kat dunia nie. Disebabkan aku terlebih rajin tak tentu pasal. Semangat plak aku duk mengedit gambar. Jadi layan la gambar kat bawah nie. Kalau cantik puji, tak cantik buat tak tahu dah la.Alif lam lam ha... Sape curi dia berdosa. Hahaha........



 Keluar je dari ANgguk Station Exit 3, korang jalan terus je sampai jumpa pintu gerbang istana nie. Kalau nak dapat tiket murah, korang kumpulkan sampai cukup atau lebih dari 10 orang then baru beli tiket. Sebab tiket by group lagi murah. Masa kitorang pergi nie, kitorang tak cukup lagi sorang. Tetiba nampak 2 orang Otoko, lelaki Jepun yang macam duk pikir2x nak masuk tak, nak masuk tak sebab duk bajet macam kitorang jugak kot. Lepas tu kitorang ajak dia join group kitorang untuk dapat tiket murah. Sempat jugak la aku tunjuk kehebatan aku cakap Jepun yang aku belajar 3 sem kat UiTM. Tanya soalan je aku tahu. Bila dia tanye balik terus, ha? aaa... Emmmm... Pastu lari buat tak tahu. hahaha

Disebabkan aku nie spesis yang tak minat sejarah, so aku just jejalan tengok keunikan senibina istana nie je kononnye berkait la dengan bidang aku sebagai seorang bakal Engineer.



Istana nie lebih kurang macam Forbidden City kat Beijing. Tapi Forbidden City tu besar lagi la. Dah nama pon City kan. Istana nie xde la besar sangat. Disebabkan kitorang pergi time Winter, jadi kitorang tak masuk ke Secret Garden sebab pokok-pokok semua dah mati. Macam tak berbaloi je kalau masuk. Dah la mahal. If korang pergi musim selain winter, disarankan korang masuk ke Secret Garden sebab view kat dalam tu sangat cantik.


Pokok-pokok kat belakang tu tinggal ranting je.Maybe kalau masuk Secret Garden pon macam tu la jugak view die.




 



Geng-geng backpacker dari Malaysia yang kitorang jumpa kat Hostel kitorang menginap. Semua sporting. Thanks kat korang sebab sudi share ilmu backpack korang kat kitorang. Paling berterima kasih ialah makanan yang korang berikan kat kitorang masa nak g Busan. Kenyang perut selama 2 malam kat sana. Hehehe....
 Aku ingatkan nak cerita pasal the whole day untuk hari ke dua nie. Tapi terasa macam panjang sangat plak. So tunggu lagi next entry. Lepas kitorang ke Changdeokgung Palace, kitorang ke Bukchon Hanok Village dan Itaewon,. Malam plak, kitorang menapak ke Cheonggyechon Stream. Apa yang best kat tempat-tempat nie? Tungguuu......

Comments

  1. Bestnya dpt pegi Korea. Huuu. Ntah bila la Emi blh pegi sana jugak.


    btw jemput singgah blog emi k :)

    ReplyDelete
  2. weyyyhh.... hg dah sampai korea! Tahniah bro... haha... aku baru grab tiket ke beijing... :)

    p/s : gambar lawa kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, haha.... ingat nak buat 2nd trip ke Korea, Nak ke Jeju, InshaaAllah. Behati-hati skit kalau pg beijing. hehehe...

      THanks :)

      Delete
    2. itu lah... aku pun teringin nak ke jeju... :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...