Skip to main content

Trip Bajet ke Hatyai 5 Hari 4 Malam (Download Itinerari)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Actaually post ni aku dah taip lama giler, sebab ni trip tahun 2017. Haha... so disebabkan aku rasa sayang untuk simpan dalam draft je, jadi aku nak postkan jugak walaupun aku macam totally lupa kronologi trip ni. Haha... Aku just nak cerita mana tempat yang kitorang pergi je. Sementara datang mood rajin ni, so aku nak bercerita tentang trip aku and the geng ke Hatyai pada 14-18 Februari yang lepas (2017). macam biasa, tiket dah beli setahun yang lalu sebab nak murah punya pasal. Hehe... Trip kali ni aku pergi berenam dengan geng yang kami gelarkan Kaki Kondem. Kenapa nama Kaki Kondem tu biarla kami je yang tahu. hehee.... Plan asal actually banyak tempat jugak nak cover. Ingat dari Hatyai nak ke Lopburi, Bangkok tapi perjalanan menggunakan train amik masa selama 15 jam. Disebabkan one of my travelmates ni pregnant, so we decided untuk stay kat Hatyai je selama 5 hari tu. Bagi aku 3 hari dah cukup untuk cover Hatyai. So ape kitorang buat lama-lama kat sana? Misi kali ni ialah food hunting. Dengan berbekalkan duit sebanyak THB5000 (RM634), cukup selama 5 hari balik dengan perut yang happy. Trip kali ni penuh dengan selfie sebab aku dah delete semua gambar dalam phone. Lama sangat dah. Yang ade ni pon godek-godek dalam whatsapp. Hehe...



Sebelum aku teruskan cerita perjalanan trip kitorang di Hatyai, aku nak cerita kisah kawan aku kena tahan di KLIA2 gara-gara yak bayar duit PTPTN. Hahaha... Nak tergelak aku teringatkan kawan aku ni. Actually a few days before trip tu aku dah ingatkan dorang suruh cek website imigresen tentang status keluar negara negara. Yang kawan aku ni confident je cakap lepas walaupun status die "Sila rujuk jabatan imigresen yang terdekat". Dah la confident pastu simpan sorang plak tu. Haha... After lunch kat KLIA2 kitorang terus masuk untuk boarding. Masa kat autogate utk scan passport tu, semua orang lepas kecuali die. Then imigresen panggil untuk cek di kaunter. Bila cek tengok tak lepas sbb sangkut PTPTN. Time tu, dorang suruh call PTPTN HQ untuk tanya jumlah yang perlu dibayar untuk clear nama. Staff PTPTN HQ tu cakap kena bayar RM9000 on the spot untuk clearkan nama. Giler la. Mana nak cari RM9000 on the spot. Bayar bulan-bulan pon susah. Hahaha.... Time tu kesian giler aku tengok kawan aku. Nak nangis pon ade. Ye la, dah setahun plan, tetiba xleh nak fly. Kat airport plak tu. Kalau duk di rumah okay lagi. Dah siap say hai.. hai.. bye... bye kat family, jiran, kawan-kawan pastu kena tinggal. Kalau aku pon nak nangis. Hahaha...

Muka happy bila semua dah berjaya untuk boarding.
Cuba teka mana satu yang terkandas kat airport tu? Hahaa....

Nasib baik la aku ade kawan yang keje kat PTPTN. Kalau ade masalah berkaitan PTPTN aku memang selalu contact die ni sebab mudah nak berurusan. Then after aku call kawan aku, kawan aku cakap die boleh tolong untuk clearkan nama tapi kena bayar jugak sikit iaitu RM2000. Okay lagi la dari RM9000. Kebetulan kawan aku ni memang ade saving banyak tu so die setuju untuk bayar. Mujur la nak bayar PTPTN boleh buat secara online je guna maybank2u. So bayar time tu jugak. Masa duk kalut tu pkul 2.50 petang. Boarding time plak pukul 3 petang. Time tu aku dah risau dah sebab KLIA2 dah la jauh nak ke gate. Silap-silap kitorang plak yang kena tinggal flight. Hehe... Kawan aku cakap bagi masa 10 minit untuk die settlekan. Pantas dan tangkas kawan aku ni buat keje. Masa aku dah sampai gate Q15, kawan aku mesej ckp nama dah clear. Masa ni aku dah tinggal kawan aku yang sangkut PTPTN tu kat kaunter imigresen sbb risau gate tutup. Hahaa.... Terus call kawan aku suruh die berlari cepat-cepat ke gate.  Alhamdulillah, lepas jugak kesemua 6 orang ke Hatyai. Memang kelakar bila ingat balik kisah sangkut kat airport ni. So pesanan aku, sila la bayar PTPTN kalau ko jenis suke travel. Hehe....

Lebih kurang pukul 4 petang di Thailand, kami sampai di Hatyai. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1jam 15 minit je. Sekejap sangat. Rasa macam aku balik kampung kat Terengganu je. Dah sampai airport kitorang terus amik airport limosin untuk ke hostel. Satu limo THB300, so kitorang orang ambil 2 limo, jadi seorang THB100. Actually kalau korang naik tuktuk atau van prebet lagi murah. Tapi kitorang malas nak mencari sebab risau kena tipu satu. Hostel yang kitorang menginap selama 5 hari kat Hatyai ialah The Aree Hat Yai Hostel. Hostel ni is rated 9.5/10 kat booking.com. So korang boleh fikir la sendiri tahap keselesaan duk kat hostel ni. Dah la murah plak tu. Satu malam THB250 je. Kalau sewa bilik private lagi murah. Lebih kurang THB225 seorang dan korang boleh stay berdua sebab katil double decker. Kebetulan masa kitorang sampai ni, ade sorang chinese dari Malaysia work as volunteer kat hostel ni. Duk hatyai dah rasa macam duk Malaysia. Pergi memana cakap Melayu je sebab kat Hatyai ni pon ramai rakyat Thailand dari pattani yang tahu cakap Melayu.

Lepas dah check in kitorang rehat kejap. After maghrib kitorang gerak ke Lee Garden Plaza untuk makan malam. Area Lee Garden Plaza ni boleh katakan adalah centre of town kat Hatyai ni. Kat sini ade 3 pasaraya yang terkenal kat Hatyai. Aku lupa apa nama tapi salah satunya ialah Lee Garden Plaza tu la. Kalau nak pergi night market pon boleh datang sini. Sesuai kalau korang nak food hunting sebab memang banyak gerai-gerai tepi jalan yang jual makanan yg superb delicious. Salah satu aim aku kat sini ialah nak beli udang galah goreng yang fresh iaitu depan bangunan Pink Lady bersebelahan Lee Garden Plaza. Harga udang galah ni dari THB200-THB300. Kalau ko nak beli yang besar bapak aka mak udang galah pon ade. Harga ikut size. Dari THB200-THB500. Makan malam kitorang untuk hari pertama ni ialah di sebuah kedai berdekatan Lee Garden Plaza ni. Harga makanan pon tahan mahal dan rasa so so. Cumanya yang paling sedap ialah sup daging yang kawan aku order. Harga nasi goreng sepinggan THB80 dan nak dekat RM10. Mahal giler. Lepas makan malam kitorang jalan-jalan kat night market. Untuk hari pertama ni lebih kepada sight-seeing sebab masing-masing rambang mata lagi tahu apa nak beli.

Street yang paling famoust kat Hatyai. 
Udang galah yang aku dah aim dari Malaysia sebab tengok gambar orang post kat facebook.
Hari kedua, kitorang breakfast kat kedai Tam Rab 1 berdekatan hostel kitorang. Restaurant Tam Rab ni 2, tapi dua-dua restaurant ni dekat-dekat ni. Satu betul-betul sebelah Esso dan satu lagi kena jalan sikit dalam 100 meter dari Esso tu. Actually, hostel kitorang stay ni pon ade provide breasfast, tapi lite breakfast je iaitu roti dan coffee. So after breakfast kat hostel, kitorang pergi breakfast kat Tam Rab ni pulak. Menu pagi yang ada kat Tam Rab iailah nasi campur, roti canai, nasi kerabu, pulut ayam dan dll. Harga pulut ayam depends pada size ayam yang ko amik. Pagi ni aku tak makan sebab aku dah kenyang minum coffee kat hostel. Minum cofee pon boleh kenyang. :) Masa kitorang tengah breakfast, then ade sorang pak cik tuktuk datang offer pakej tuktuk untuk 1 day tour bandar Hatyai dan Songkhla dari pagi sampai ke malam. Satu tuktuk cuma THB1500 so sorang jadi THB300. Kebetulan sebelum nak kuar breakfast tu memang aku ade mintak reception kat hostel tu call tutktuk untuk bawak kitorang jalan-jalan sekitar Hatyai. Disebabkan pak cik tuktuk ni yang datang kat kitorang ni pandai cakap Melayu, so kitorang terus decide nak amik ngan die sebab senang nak communicate. Pak cik ni nama die Pak Cik Ari, orang Islam dari Pattani.

1st Tempat yang Pak Cik Ari bawak ialah plaza ape ntah. Dekat dengan clock tower. Actually dia bawak sini just untuk kenalkan kat wife die. Wife die ade buka kedai kat sini. Tempat ni macam pasar pekan rabu. Kebanyakan kat sini jual baju-baju local brand. Kitorang singgah sini kejap je. kejap pon sempat jugak kitorang beli baju sorang satu untuk pakai esok. Kononny nak sedondong la. Macam sambut raya plak aku rasa. Haha.... Sehelai baju THB180. Makcik yang jual baju ni kerek giler. Mintak diskaun sekupang pon xnak bagi. Nasib baik baju kedai ko je yang lawa. Hahaha....

Lepas singgah plaza ni, pak cik singgah kat satu kedai ape ntah. Kedai ni jual kekacang dan makanan kering. Aku xde beli pape pon. Just masuk makan tester food sampai kenyang oastu keluar balik. Jimat duit. Hahaha..... Yang dorang ni ade la beli, lempuk la, kerepek nangka la. Kawan aku cakap "Kampung giler makan lempuk." Hahahaa.....Padahal kat Malaysia pon ade. Nak jugak cari kat Hatyai.

Then kitorang proceed ke Cham Puak Camp. Cham Puak Camp ni ialh tempat untuk ko tengok gajah. Kat sini dorang ade offer untuk Elephant Riding, Elephant SHow, Crocodile Show and ATV. Harga tiket Elephant Riding ngan ATV ialah THB500 setiap satu. Untuk Elephant & Crocodile Show plak THB300 x silap aku. Disebabkan kitorang ni pecinta alam sekitar yang boikot aktiviti animal abuse nia, so kitorang datang sekadar untuk tengok gajah je. Hahaha... Padahal kedekut xnak perabih duit. :p Cukup la sekadar datang amik gambar dan blah. Kalau orang tanya pernah datang sini tak, so boleh la dengan bangganya cakap pernah. Hehe....




Lepas ke Cham Puak Camp, kitorang mintak pak cik ni bawak ke kedai makan untuk makan tengahari. Kedai makan yang pak cik ni bawak serious sedap. Kalau tanya nama atau kat mana memang aku tak tahu sebab nama dalam Bahasa Thai dan tempat ni pon pak cik tuktuk yang bawak. Tomyam die superb kaw dan sedap baq hang. Dah la murah plak tu. Makanan kitorang utk kali ni ialah THB380 je utk 4 orang. Lagi 2 orang husband and wife tu dorang makan asing sebab si husband tu nak cuba macam-macam. Menu yang paling pelik aku jumpa kat sini ialah kari usus kambing. Tengok pada rupa memang tak mengiurkan tapi rasa boleh tahan. Tapi disebabkan nama makanan ni kari, so aku punya deria rasa tu tak berapa nak mengamati sangat rasa sebenar makanan tu. Hahaha.... Kedai makanan ni sangatlah recommended kalau korang datang Hatyai. Tapi problemnya sebab aku tak tahu kat mana. Hehe....Kalau nak datang sini korang kena contact Pak Cik Ari.



Lepas makan then kitorang gerak ke Masjid Besar Songkhla untuk solat. Masa sampai sini, Pak Cik Ari gitaw masjid ni terkenal dikalangan orang Malaysia sebagai tempat orang kahwin 'lari'. Kebanyak yang datang kahwin kat sini ialah lelaki yang nak berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama dan students yang kahwin tanpa pengetahun keluarga. Sebelum solat, kitorang pakat-pakat usha bilik kahwin tu, tetiba Pak Cik Ari ni bawak kitorang masuk satu bilik dan kenalkan pada Tok Kadi yang sedang bertugas hari tu. Yang kelakarnya, kitorang disambut mesra oleh staff kat masjid ni. Siap explain kat kitorang procedure kat nak kahwin kat Thailand. Procedure tak susah pon, korang just bawak pasangan, mas kahwin, dan caj pengurusan iaitu THB5000. Semudah ABC je dan sebab tulah ramai yang menikah kat Thailand. Kat Malaysia ni punya la banyak procedure sebab aku pernah teman akak aku uruskan perkahwinan abang aku. Macam-macam borang nak kena isi. Hehehe... Tapi susah macam mana pon, ikutla cara Malaysia untuk senang dikemudian hari. Wahhh gittew.... Sape nak no telefon tok kadi tu sila PM tepi yer. Hahahaha....Tok Kadi ni maklumkan lebih kurang 23 pasangan sehari yang datang kahwin kat masjid tu. Paling ramai bila tarikh-tarikh tertentu contohnya 11/11/11. Kahwin lari pon nak pilih tarikh. Hahaa..... Tok Kadi tu siap tunjuk list nama orang Malaysia yang kahwin kat situ. Nasib la xde yang aku kenal. Kalau tak confirm aku gtaw bini die yang laki die kahwin dua. :p

Permandangan depan Masjid Songkhla
Tengah cari nama-nama yang kahwin kat sini. Macam ada yang aku kenal. Hahaa...

Lepas solat kitorang ke Samila Beach. Samila Beach ni lebih kurang mana-mana pantai kat Malaysia je. Lebih kurang Teluk Batik. Yang famous kat pantai ni ialah Statue Mermaid kat tepi laut. Kalau nak tahu apa myth berkaitan patung mermaid ni boleh google sendiri sebab ak bukan minat sangat bab sejarah. Hehe.... Lepas amik gambar, makan ais krim dan terus gerak ke destinasi seterusnya.



Sempat la bergambar dengan ikan duyung ni sebelum kena bom. 


Tempat seterusnya ialah street art di Pekan Songkhla. Street art ni lebih kurang kat Ipoh kot, ke Penang ntah. Tak tahu sebab aku tak pernah pergi yang dekat Malaysia. hehe.... Kalau datang nak bergambar boleh la. Kat celah-celah bangunan ni ada tempat untuk korang bergambar dan ade beberapa bangunan yang boleh korang singgah sebab dorang ade buat pameran dan jual-jual barang. Tapi group kitorang ni sekadar datang nak bergambar je. Punya la excited sampai ade yang tak sedar pijak tahi anjing. Hahaa..... Sebelum nak ke Asean Market, kitorang request kat Pak Cik Ari untuk makan mee celup. So otw nak ke Asean Market tu Pak Cik Ari ade singgah satu kedai berdekatan rumah die. Mee celup kat kedai ni sedap giler dengan portion yang banyak plak tu. Semangkuk THB60 je. Aku order Bihun Tomyam Seafood. Punya la banyak seafood dia letak. Ade sotong, ade udang galah, kupang, lala, bebola dan dll. Sedap baq hang. Then kitorang terus balik hostel, lepak sambil main games seolah-olah kem bina negara. Luar negara pon buat aktiviti berilmiah level-level budak U. Haha....



Dipenjara rindu
The next day kitorang tak pergi memana sangat sebab kat Hatyai ni macam tak bnyak tempat best, more kepada food hunting. Pagi ni kitorang keluar lewat sikit dan terus ke Pasar ape nama ntah. Boleh jalan kaki je dar hostel kitorang. Kat pasar ni banyak jual barangan kering contohnya kekacang, buah-buahan, asam-asam dan lain-lain. Ade jugak la kitorang beli sikit untuk buah tangan balik Malaysia. Harga kalau nak compare ngan Malaysia tu aku tak sure murah ke tak sebab kalau kat Malaysia xde aku nak beli semua ni. Hehee... Then kitorang pekena Nasi Ganja kat gerai sebelah pasar tu. Teringat makan nasi ganja kat Perlis time skolah dulu. Yang kelakarnya dorang siap ade jual kepala ayam goreng. Aku ingatkan drumstick. Hahaha...



Lepas tu kitorang terus balik hostel and tidur sampai ke petang. Nampak sangat xde benda nak buat. Haha.... Tapi ade je yang keluar jalan sorang-sorang pusing pekan Hatyai, cumanya aku prefer untuk tidur sebab tak tahu nak buat ape. Malam plak kitorang lepak area bangunan pink lady lagi skali untuk food hunting. Area sini paling menarik kalau nak cari makanan best-best. Banyak jugak gerai makanan halal yang dibuka so macam-macam yang kitorang cuba.

Dinner di Tam Rab depan Esso. Sedap giler.
Aktiviti malam bermain kad teruk. Seronok lain macam si Tajul. Ingat org nak spy kad dia.
The next day, kitorang amik pakej dengan Pak Cik Ari jugak. Tak silap aku untuk hari ni Pak Cik Ari cuma caj THB1000. Pagi ni kitorang ade travelmate baru yg join kitorang, Kak Sha. Kak Sha ni solo traveller yang menginap kat hostel yang sama dgn kitorang. Pagi tu kitorang ajak die join kitorang skali.Actually ak dah ingat-ingat lupa mana tempat yang dia bawak tapi tak silap aku first tempat die bawak ialah ke kedai Dimsum Chabura.  Dimsum Chabura ni agak famous la. Tapi sekarang aku dengar ade kedai dimsum baru. Sedap la jugak dimsum kat sini. Harga pon xde la mahal sangat. Dorang ade jugak jual menu lain selain dimsum, so xde masalah kalau ko jenis tak makan dimsum.

Muka happy makan berbakul-bakul dimsum.
Hari ni kitorang pakat nak pakai baju sedondong yang kitorang beli kat pasar Pak Cik Ari bawak 2 hari lepas. Actually xde la sedondong tapi baju gambar kartun yang lebih kurang sama. Disebabkan hari ni hari jumaat, Pak Cik Ari tingglkan kitorang kat mall dan dulu sebelum die pergi solat jumaat. Aku pon pelik kenape kitorang yang lelaki tak ikut die time tu. Hahaha..... Musafir katakan. Tak de ape sangat pon dalam mall ni. Standard mall kat KL. Bosan giler nak tunggu Pak Cik Ari datang balik. Kak Sha pon dah mintak diri dulu sebab nak ke tempat-tempat lain.

Geng Kaki Kondem forever. Keahlian ditutup buat masa ni. Hahaa....
Selepas ke mall ni kami ke Big Buddha temple. Masjid tak nak pergi, temple pergi pulak. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Nasib tak kena sambar petir je time tu. Haha... Actually kitorang memang tak berminat pon nak ke temple ni. Memang dari awal dah request xnak pergi temple. Cumanya kat sini ade satu tarikan lain iaitu cable car. Kitorang cuma naik cable car je pastu balik. Temple semua tu kitorang tak masuk pon.



Big Buddha, Hatyai
Cable car dati Big Buddha ke temple lagi satu kat atas. Tapi kami naik sbb nak tengok view je.


Next destination ialah tempat wajib yang dipenuhi oleh rakyat Malaysia iaitu Klonghae Floating Market. Sebut je Hatyai mesti orang fikir tempat ni. Bagi aku tempat ni macam overrated la. Bot yang datang meniaga xde la banyak mana pon tapi makanan yang dorang jual tu boleh tahan la sedap. Ade jugak makanan yang rare-rare dan tak pernah jumpa di Malaysia. Contohnya cekodok telur ikan. Paling aku suka bubur seafood. Kat sini bukan je orang datang jual menggunakan sampan tu. Kat belah darat tu banyak je kedai-kedai makanan dan kedai-kedai pakaian. Surau dan toilet pon ade kat sini.

Nasib kami datang ni tak ramai sangat orang sebab ade yang cerita ramai giler sampai sesak nak membeli.
Sebelah malam plak Pak Cik Ari bawak kitorang ke Asian Market. Paling best kat market ni ialah food hunting. Macam-macam makanan kitorang beli. Paling dorang ni suka ialah bebola keledek. Aku dah lupa segala harga tu. Dan ape yang aku makan pon aku dah lupa. Tapi bagi aku asian market ni kira tempat wajib yang korang singgah la. Nak shopping barang-barang or souvenir pon ade jual kat sini. So sini la tempat kitorang habiskan segala duit yang masih berbaki sebab esoknya kitorang dah nak balik Malaysia. Balik Malaysia pon kitorang mintak Pak Cik Ari yang hantarkan. Sempat jugak singgah tapau nasi khao mok sebelum ke airport dan berpicnik dalam airport sebelum boarding. Haha.... Nak download itinerari Hatyai boleh klik SINI.



Okay sekian terima kasih.

Comments

  1. Pak wang. Bukan 2018. Tp 2017. Last year GKk xde trip oberse..

    ReplyDelete
  2. @kakitravelkhairuddin : Thanks baca :)

    @Dija alhaddad : aah la. aku lpa. hahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...