Skip to main content

Tips dan Anggaran Bajet Melancong ke Delhi, India

Salam, baru je lepas blogwalking nak cari tips ke Busan sebab aku baru je beli tiket untuk ke Busan bulan satu tahun depan. Punya la excited habaq ang sebab first time aku nak merasa salji kat negara orang (Bajet macam Malaysia pon ade salji) Eh kat iCity ade pe? Hasil dari blogwalking tu aku perasan bertapa tak kedekutnya ilmu dan perkongsian para blogger yang suke travel nie. So aku pon tetiba dengan baik hati nak kongsikan jugak tips dan harga ground untuk melancong ke Delhi, India. Actually la kan, aku dah buat lama dah benda nie cuma kekadanag terlupa dan termalas nak post. Jadi thanks la pada blogger lain sebab membuka pintu hati aku untuk share benda nie. Hehehe...

Masa
Destinasi
Pengangkutan
Harga

DELHI (Hari 1)


5.00pm
Tiba di Nizamudin Railway Station. Proceed ke Star Villa Hotel, Pahar Road yang betul-betul depan Gate 1, New Delhi Railway Station.

Check In Star Villa Hotel
Boleh muat 3 orang. Ada Wifi,TV,Café. Extra Bed tambah Rs200. Pandai Nego x yah bayar.

**Kalau boleh amik train yg stop kat New Delhi railway Station, jimat cost sbb tak perlu naik auto ke hotel. Area situ ade banyak hotel and mostly bajet hotel yang rates die Rs1000-Rs3000. Celah bangunan tu plak ade street market macam Chow Kit atau Jalan TAR.
Prepiad Auto RickShaw
Rs110/Auto



Harga Bilik
Rs1400/night
7.21pm
Dinner kat sebuah restaurant Muslim berdekatan hotel. Jarak 500 meter.
Nasi Beryani Half
Mutton Seek Kabbad
Mineral Water 1 litre

Jalan Kaki


Rs60
Rs140
Rs20
8.30pm
Jejalan kat Street Market area Pahar Road

Jalan Kaki


DELHI (Hari ke-2)


9.30am
Kitorang amik pakej Delhi Tour & Sight-seeing. Boleh pilih nak naik bas AC (Rs350) atau Non-AC (Rs250). Antara tempat yang dia bawak:-
Lakshmi Mandir Temple – Rs50
Lotus Temple – Free
Indira Gandhi Memorial – Free
Qutub Minar – Rs 250
Rajpath – Gate of India – Free
Rajghat – Free
Etc-Tempat Beli Souvenir
** Ade certain tempat yang dorang tak singgah pon. Just lalu jer. Dan tour guide die cakap Hindi. Satu ape pon tak faham. Die boleh je cakap BI. Tapi penerangan dalam bhasa Hindi sbb mostly orang die jugak yg amik pakej tu. Makan tengah hari dekat Area Qutub Minar. Since kitorang puasa, so tak tahu rates makanan kat situ.


Bas AC
Rs350


Tiket Masuk
Rs50
Free
Free
Rs250
Free
Free
6.30pm
Tamat Delhi Tour & Sight-seeing. Balik Hotel.


7.21pm
Dinner kat KFC di Cannought Place. 1km dari Hotel. Lepas dinner balik hotel. Rest.
** Harga menu KFC depends on set. Range Rs150 – Rs300 not include 20% tax.
Auto Rickshaw
Rs100/auto



DELHI (Hari ke-3)


10.00am
Siap-siap nak pg Red Fort naik Metro. Macam LRT kat KL. Stesen Metro sebelah stesen Keteapai New Delhi (ND) je.
**Dari Stesen Chandi Chowk tu kena jalan sikit sblom sampai Red Fort. Better naik Auto. Harga dalam Rs100/Auto.

Metro
-ND Station ke Chandi Chowk Station
Rs8
11.00am
Jejalan Dalam Red Fort.
**Kalau ade peserta yang macam Indian, so suh je dia belikan tiket kat Kaunter India. Dapat murah skit. Satu kepala Rs15 je. Hehee……

Jalan Kaki
Rs250
2.00pm
Proceed to Jama’ Masjid
**Masjid terbesar kat India. Boleh jalan kaki je dari Red Fort. Actually nie dah masuk Old Delhi. Kat area masjid ade macam Bazaar Islamic, banyak jual barang spt Kurta, Jubah, Celak, Baju, dan sebagainya. Murah-murah je.

**Masuk masjid x yah bayar, tapi kalau bawak kamera even phone skalipon akan di charge sebanyak Rs300. Kalau xnak bayar, gilir-gilir masuk. Suruh sebahgian jagakan kasut dan kamera.


Jalan Kaki






Rs300/Camera
4.00pm
Balik Hotel
Naik metro kat area Jama’ Masjid tu. Lupa apa nama stesen situ.
Metro
-Bazaar ke ND
Rs8
5.30pm
Pergi Pacific Mall & Dinner

Dinner kat Food Court dalam Pacific Mall.
Harga standard Food Court Mall kat Malaysia.
**Mall lebih kurang Wangsa Walk. Barang2x branded, harga pon lebih kurang Malaysia, tapi kalau datang time sale memang best sebab less up to 70%. HEAVEN. J

Metro
-ND ke Subash Nagar
Rs18

Rs300
10.00pm
Balik Hotel
Metro
-Subash Nagar ke ND
Rs18

DELHI (Hari ke-4)


12.00am
Check Out Hotel dan pergi shopping kat Cannought Place sebelum tunggu train ke Mumbai pukul 4.15pm.
**Cannought Place nie macam mall jugak tapi outdoor. Macam bangunan kedai lot tp semua kedai branded mcm Rebook, Adidas, Van Heusein, Polo, Levis, Zara, Adidas, Nike, dan macam2x lagi. Besar. Penat jalan. Bangunan berbentuk bulat macam coliseum. Kat tengah2x ade taman, boleh la lepak2x.

Auto/Jalan Kaki/Metro
Rs100/Auto
Rs8/metro
4.15pm
Proceed to Mumbai by Train.
Train Mumbai Rajdhani
Rs2871
(2nd Class AC)
TOTAL
DELHI 4 Days 3 Nights

 Kira Sendiri Boleh? hehee
 
Nie kat Red Fort. Red Fort nie lebih kurang Agra Fort kat AGra. Besar jugak. Time kitorang pergi nie hujang lebat sesangat. So macam rugi je pergi sebab tak dapat menikmati sangat tempat nie.
Masjid Jama'. Masjid terbesar kat India. Depan skit je dari Red Fort. Boleh jalan kaki je.
Nie kira macam LRT la kat Delhi. So korang boleh pergi ke mana-mana tempat menggunnkan LRT nie. Murah dan lebih selamat dari kena tipu.
Disebabkan sebelum nie pon aku dah ade kongsikan cerita pasal aku ke Agra dan Delhi nie. Dan dah banyak gambar aku tempek kat situ. Kalau nak tengok gambar-gambar tempat yang aku pergi hari tu boleh rujuk SINI.

Comments

  1. nice entry ... best jgk kalau dpt jln2 camgini .. hehe ..apa pun tq utk tips n angaran bajet tu :)

    ReplyDelete
  2. Sebab hang share tips bajet ke India, insyaAllah aku bermurah hari untuk share dengan hang itinerary aku siap dengan bajet nanti... Minggu depan aku nak pi busan dah weyyhhh!!! exited plak aku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik la... TQ2x.... Selamat pergi dan selamat balik. Aku pon x sabar tnggu ko pergi dan share kos kat sana. ehhee

      Delete
  3. Bajet hang kat ND kalau ikut pengiraan aku,kira2 RM460++ betui tak? macam murah je... macam murah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam RM350.++ camtu la kalau tak termasuk tiket train ke MUmbai. hehee... Sbb bilik tu share 3 org, then auto pon share 3 org. :)

      Delete
  4. tkasih. info menarik dan membantu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) Ni

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mu