Skip to main content

Tips Untuk Melancong ke Beijing, China.

Okay, seperti dijanjikan, aku akan kongsikan tips dan kelengkapan yang korang patut sediakan sebelum nak travel ke Beijing, China. Lupakan sementara kes kena tipu tu. Beijing nie kira salah satu tempat yang best jugak la untuk travel tapi kena berhati-hati dan tahu selok-belok disana. Aku akan kongsikan ngan korang tips untuk membeli belah, aspek kebersihan, kelengkapan yang perlu dibawa dan makanan.

A) First skali ialah tips membeli belah sebab aku tahu memang ramai yang giler shopping. Lagi-lagi Beijing nie tempat yang heaven giler bagi kaki shopping.

1. Tukar duit siap-siap dari Malaysia sebab duit sesuatu negara tu lagi mahal kat negara sendiri berbanding negara luar.
2. Kalau ko teragak-agak nak bawak duit banyak mana. Korang boleh bawak duit Malaysia pergi sana sebab certain kedai terima duit Malaysia tapi harga akan susut la sedikit. Kalau dorang tak terima, boleh pergi money changer sana utk tukar duit.
3.Yang kaki shopping tu, better tukar duit lebih dari RM500 sebab korang akan jadi gila bila sampai sana. Macam aku. (^_~)V
4. Belajar sikit Bahasa mandarin untuk memudahkan proses haggling/bargain sebab mostly orang Cina nie x tahu Bahasa Inggeris. Tapi kalau kat Yanshow Shooping Centre ngan Silk Street OK sikit la. Ade jugak perniaga yang tahu cakap Bahasa melayu. Tu pon nasib la, kalau tak jadi itik ngan ayam.
5. Bawak kalkulator sendiri bagi memudahkan korang nak tanya harga dan tawar menawar especially bila dapat perniaga yang tak tahu cakap BI. BM apatah lagi.
6. Dorang suka letak harga tinggi-tinggi macam x capai dek akal. Tapi korang kena pandai tawar-menawar sampai dapat harga murah dan rasa berbaloi. Kalau die x nak bagi, korang buat-buat xnak beli dan lari. Nanti dia akan panggil korang balik dan tanya berapa nak. So korang stick je ngan harga yg korang nak tu dan make sure bersesuain la. Kalau time korang blah tu dia x panggil dah, maksudnya harga korang nak tu memang x rasional.
7. Jangan terpedaya ngan kata-kata dorang yg barang tu good quality la, original la sbb mostly barang dorang nie tiruan je. Made in China. h
8. Kalau x beli jangan gatal-gatal tanya sebab perniaga kat sana sangat tak peramah. Nanti sia-sia je kena maki. Tapi kalau dorang maki, blah je buat x tahu. Ayat famous dorang ialah 'CRAZY!!'
9. Kalau boleh masa kat Malaysia tukar duit yuan nilai kecil supaya senang korang nak membeli. Sebab besar kemungkinan kalau korang bayar guna duit besar, dorang akan bagi baki duit palsu terutama perniaga jalanan. Ade jugak yang bagi duit Rusia. Kalau duit Rusia pon jangan amik sebab xde nilai kat sana. 
10. Kalau dorang mitak tukar duit pon jangan bagi. Sebab nanti dia akan tukarkan dengan duit palsu. Berhati-hati dengan perniaga jalanan. Memang dorang jual barang murah-murah tapi kalau nak beli make sure bagi wang yang cukup-cukup.
11. Jangan beli kat Government Store yang travel agen bawak sebab situ harga sangat mahal dan suka menipu. Contohnya kedai Sutera, Mutiara, Jade, Kristal, Urut Kaki, Kedai Ubat, dan Kedai Tea. Tak kisah drama apa dorang buat, elakkan dari percaya dorang. Contoh kes yang berlaku rujuk SINI
12. kalau nak beli barang baru keluarkan duit. Ade sesetengah perniaga dorang rampas duit korang masa tengah tawar-mnawar.


B) Secondly, dari aspek kebersihan. Bagi aku dari aspek kebersihan persekitaran, Beijing nie Ok la jugak jika nak dibandingkan ngan KL. Tapi ade jugak certain tempat yang kotor. Soal kebersihan ade benda yang patut korang amik perhatian iaitu..

1. Toilet dorang xde air. Kalau ade pon kat Sinki je. Ko nak melabur, sila melabur kat hotel siap-siap sebelum korang keluar. Kalau tetiba sakit perut masa tengah syok duk berjalan tu, sila tahan sampai balik hotel. Kalau tak tahan sangat pandai-pandai cari alternatif sendiri.
2. Sila bawa botol kosong sepanjang perjalanan korang kemana-mana bagi memudahkan korang nak isi air untuk basuh apa yang patut. Kalau rajin, boleh isi air skali dalam botol tu. Nak lagi senang, beli botol penyembur yang macam Fabreeze tu.
3. Nak lagi selesa, bawak getah paip sendiri. Tu pon kalau sinki dekat dengan toilet. 
4. Disana tak digalakan bersabun sebab sabun mengandungi alkaline yang boleh keringkan kulit. Cuaca kat sana sejuk dan kering.
5. Air paip kat masjid panas. So jaga-jaga masa nak amik wuduk. Especially masa sapu air ke muka.
6. Disebakan tandas dorang xde air, so korang kena tahan bau aroma terapi yang kuar dari tandas tu.
7. Udara kat sana sangat berdebu. Better bawak mask untuk cover hidung dan mulut. Korang boleh tengok kereta-kerata yang park tepi jalan berdebu macam setahun terbiar.
Gambar perkongsian dari seorang Hamba Allah yang pergi Beijing. Masa aku pergi ari tu x jumpa plak yang macam nie. hehee... Tak tahu la korang lalu ke x nak melabur kalau macam nie keadaan toilet dorang. hehee....
C) Thirdly, makanan. Disebabakan kitorang pergi ngan agen so dorang la yang bawakan ke restoren2x untuk makan. Banyak jugak tempat makanan Halal yang die bawak tapi lupa apa nama. 

1. Bagi aku rasa makanan dorang nie kureng skit. Mungkin sebab aku dah terbiasa ngan masakan Melayu. Kurang pedas, kurang masin. Hidangan dorang banyak berasaskan sayur.
2. Disarankan bawak sos cili, garam dan gula sekiranya korang nak bagi rasa tu bersesuaian dengan tekak korang.
3. Sila bawak bekal makanan dari Malaysia seperti serunding, maggie, peanut butter dan sebagainya supaya korang x kelaparan sekiranya tak jumpa kedai halal.
4. Jangan pelik kalau pergi restoren halal tapi ada jual arak. Sebab dorang memang jenis suka minum arak. kadang2x tu aku pon was-was sama ada kedai tu halal ke x.
Contoh masakan dorang. Kadang-kadang Indah rupa dari rasa. So korang kena biasakan diri.
Aku tak tahu apa nama masakan nie. Dah macam Chili Masak Ayam. Banyak Chili dari ayam.

D) Last skali ialah kelengkapan yang korang perlu bawak bila pergi sana.

1. Kalau korang pergi time autumn or winter. Sila bawak baju tebal2x seperti longjohn or wingbreaker/sweater. Kalau rasa berat nak bawak, boleh beli kat sana. Hari tu member beli 50yuan je = RM25. Glove pon jangan lupa bawak.
2. Tak perlu bawak banyak baju sebab badan tak berpeluh sangat. Ari tu aku menyesal bawak baju banyak-banyak padahal pakai sikit je. Pastu jenuh nak packing barang yang terlebih muatan hasil dari shopping.
3. Kalau rasa nak panjat tembok cina tu berkilometer, sila bawak kasut sukan. Takut nanti tak pasal2x cramp. 
4. Bawak ubat-ubatan yang diperlukan. If jadi pape xyah la korang terkial-kial nak cari kedai ubat dan bersusah payah nak bertekak dengan pharmacist yng x tahu cakap BI untuk beli ubat ape ko nak.
5. Sila bawa losyen dan pelembab bibit spt vaseline. Elakan jilat bibir korang, sebab korang akan rasa lagi tak selesa sebab bibir seperti makin menebal. :p
6. Jangan lupa bawak Universal Plug untuk memudahkan korang charge phone, camera dan sebagainya.
7. Kalau korang pergi tanpa tour guide, sila beli peta dan digital dictionary bagi memudahkan korang communicate ngan Chinese sana. Download app dekat phone pon okay.


Itu saja tips dari aku. Sebahagian tu pon aku baca dari apa yang orang kongsikan. Ade certain perkara tu mungkin korang x akan alami. So depend pada keadaan semasa. Kalau boleh buat la persediaan.

Okay, last But not least. Selamat Melancong ke Beijing. Jangan lupa peringatan aku pasal kes kat governement store tu. Kalau ade sebarang pertanyaan, boleh drop komen. K bye...

Comments

  1. siyes banyak gile typo hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay aku dah betulkan. hahaa... nama pon si typo :p

      Delete
  2. bang, saya nak beli sim card boleh tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh. hari 2 kitorang mintak agent yg belikan. 100yuan utk satu simcard. Lebih kurang RM53 (ikut tukaran semasa). tak tahu la kalau die tipu. hehehe

      Delete
  3. Sy ada nk bg 1 lg tips.. biasanya, dekat kaunter hotel, sgt peramah n blh berbahasa inggeris.. so, kalu nk snang, (yg travel sendiri) apa yg biasa kami buat adalah bertanya dgn mereka.. dr segi cm mana nk naik bas+attraction yg menarik2 n so on.. just ask them, n they will show u how n what can u do.. tersgt la mudah.. naik bas 1yuan je, n sy slalu travel ke beijing sy candangkn dusuk d Jade Youth Hotel.. sgt berpatutan n yg penting sgt dkat dgn attraction. Blh booking di agoda.com sj.. (bkn agoda.com.my)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks air untuk tips yang berguna. InshaaAllah kalau pergi lagi lepas nie, boleh la pergi sendiri and book hotel sendiri. Lagi berbaloi dari pergi dengan agen. heeehe

      Delete
    2. Goverment store tu wajib pergi ke? Kalau tak guna travel agency... cuma tourist guide aje?

      Delete
  4. Salam bang, nak tanya HRC beijing mmg dah tutup ke?

    ReplyDelete
  5. Salam bang, nak tanya HRC beijing mmg da tutup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu kitorang x pergi HRC tapi saya baru je search kat internet td. Hehehe...
      Laporan mengatakan yg HRC bakal ditutup sebab hampir nak bankrup. Laporan bulan lepas. :)

      Delete
  6. takut pulak aku nak pegi.. haish.

    ReplyDelete
  7. Chilli masak ayam hehehe... sedap tak? :P

    ReplyDelete
  8. hi..nak tnya..kat sana shopping apa yg best ye? kalau nak beli souvernir apa yg ok? makan kat sana diaorg bagi sudu ngn garfu x?

    ReplyDelete
  9. Souvenir yg femes mcm magnet fridge and key chain tu banyak je. Magnet fridge tu boleh dapat satu 3yuan. Kena pndai nego la. Makesure dapat semurah tu atau lagi murah. Kalau lagi mahal dr tu. Baik cari kedai lain. Baju I Love Beijing boleh dapat 15yuan if beli banyak. Barang nak shopping ni actually depend pada apa kita suka sbb macam2x ade, tapi barang made in China la. hehee.... Mak cik-mak cik suka shopping cadar, kain sutera dan lain2x. Dorang ade je sudu dan garfu. Kalau xde boleh mintak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak gi beijing ni next week...seronok campur takut..huhuhuhu..dah byk baca blog..jadi mcm takut kena tipu plak..duit pun tukar semua 100yuan je..sbb masa tu org tu xde duit kecik..mcm takut plak nak shoping..kahkahkah..anyway,,,thanx yooooo...tips yg sgt berguna,,

      Delete
  10. Bro.. Boleh tanya u pegi guna travel agency mana? Sbb next month saya satu family nk pegi china.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rekemen amik travel agent yg kami amik hari tu. Boleh cube amik pakej ngan travel agent nie www.selamatbercuti.com . Dan baca my previous entry. :)

      Delete
  11. hahaha...cili masak ayam....sakit perut aku gelakkk

    ReplyDelete
  12. penah kena tipu jgk weh... masa gi pearl yg jual bedak2 tu.. konon nak cantik pearl asli.. x cantik jgk sampai skrg.. duit pon cantik terbang. ada ke pergi tempat pearl jual bedak2.?

    ReplyDelete
  13. hi admin..su nak bercuti ke beijing 23 - 28 dis minggu depan pergi dgn andalusia travel tp amik ground pakej je..rasa teruja pun ada rasa takut pun ada. betul ke org kata gadget kat sana murah?ok ke kalu nak beli?

    ReplyDelete
  14. Kalau boleh jangan beli gadget kat sana sebab banyak menipu. Barang made in China mmg xde qualiti Contoh power bank ke, External hardisk ke. Dah ramai yg kena. Contoh external 1Tera tapi dalam dia padahal 500 je. Phone clone pon selalunya dari Korea bukan China. So better xyah beli.

    ReplyDelete
  15. saya baru balik dari beijing minggu lepas.. sebelum pergi, memang dh baca blog awak ni.. sgt berguna.. especially masa kat kedai pearl tu. si yen yu tu masih ada, saya nampak dia ngah layan group lain.cuma masa tu group kami di entertain oleh dua orang amoi. mula-mula amoi tu ok lah. just beri penerangan sikit-sikit pasal pearl. pastu masuk sorang lagi amoi. katanye manager kat situ. pas tu mula lah episod drama. mula lah dia buar aksi cakap pelat cina dia tu.. kata nya tak pandai cakap omputih. (tapi masa kat bilik pameran tu, lancar jer dia cakap omputih... lawak-lawak..). Pas tu dia bawak kitaorang masuk satu bilik pameran diaorang, bermula lah drama cina tu. memang sebijik cam yang awak ceta dlm blog ni.. dia bagi diskaun untuk pendant dan cincin. pastu staff dia buat-buat tunjuk price tag tu.. pas tu dia kata no problem.. dia manager.. dia akan responsible kalau bos dia marah kat dia.. siap kata no komisen kat staff dia tu.. so.. bagi kami yang dah tahu.. just buat donno jer ah..saya gelak jer dari jauh bila terkenangkan memang sama cam ceta awak sebelum ni.. tapi Alhamdullilah, group kami tak de yg tertipu. Cuma ada lah jugak yang beli pendant ngan cincin tu.. at least tak de ah yang kena tipu berbelas-belas ribu kan..rasanya diaorang kena tukar skrip drama lah kan.. asyik skrip yang sama jer.. buat gelak orang jer.. tapi pada saya, kesian kat sahabat2 yang kena tipu. mungkin ini pengajaran dari semua orang.. tip dari saya, sentiasa lah kita baca lah doa yang Rasullah dah ajar agar kita terlindung dari kejahatan tempat yang kita lawati dan tak terkena sumpah palsu dan urusbeli yang merugikan. Walaupun kita g kedai runcit kat depan umah kita pun kalau kita minta dari Allah, In Syaa Allah, kita dilindungi oleh Allah. Amin..

    ReplyDelete
  16. Ktorg akn g k beijing januari nt n ni itinery. Mgkin boleh bagi redflag dkt tmpt2 yg kna brjga dgn penipuan ni.
    1. Tian An Men Square the Great Hall of the People
    2. Forbidden City
    3. Silk Store
    4. restaurant Muslim Xinjiang
    5. Muzium Zamrud The Jade Museum
    6. The Great Wall of China
    7. The Crystal Shop.
    8. Burning Cream Centre
    9. Wang Fu Jing Shopping Street
    10.Night Food Market
    11. The Fresh Water Pearl Center
    12. Istana Musim Panas; The Summer Palace
    13. Nan Dou Ya Mosque
    14. The Foot Massage
    15. Tea House
    16. Olympic Stadiums – Bird Nest dan Water Cube
    17. Olympic Sponsor Jewelry City
    18. Hongqiao Market
    19. Yashow Market
    20. Xiu Shui Market

    tq sbb share smua info tu.

    ReplyDelete
  17. salam, sy akan ke beijing dalam 2 hari lg.. sy cuma nk btnya, kalau kita btl2 nk beli pearl atau jed, digalakkn beli di jade & pearl center atau di yashow market? sama tak kualiti pearl dan jed di dua2 tmpt ni? mohon balas, terima ksh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X sure sngat. Actually barang dekat government store tu semua ori tp harga je la yg x reasonable. Cube beli kat silk market, pearl kat situ sebijik mcm kat olympic sponsor jewelry city.. Selalunya tempat tu paling last dorg bawak. Sebelum pergi, sila buah research cmne nak bezakan yg ori dan yg tiruan. Dan plg penting jgn percaya bulat2 dgn kata cina2x nie sbb dorg banyak klentong.

      Delete
  18. tq.. sory nk tanya lagi, maklumlah jakun sket sbb 1st time g ngara 4 season ni,hahaha.. agak2 suhu atau cuaca kt sana bln 6 ni sama mcm m'sia x? silk market tu x sure pegi ke x.. sbb nnt saya akan pergi ke
    -tian'an men square & forbidden city
    -muslim super market
    -kilang sutera
    -pusat prubatan cina
    -prtunjukan akrobatik
    -jade center & pearl
    -tmboik besar cina
    -burning cream center
    -summer palace
    -tea house
    -stadium sarang burung
    -jewelry city
    -panda zoo
    -xiushui street & yashow market
    -bamboo shop

    ni la antara tmpat yg kami akan dibawa mlawat nnt.. boleh mtk pndangan x kat tempat mana yg perlu bhati2, sbb slps baca entry kt atas, rasa mcm agak bdebar nk g sana, haha... 1st time katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tianmen square, forbiden city, great wall, acrobatic show, olympic stadium ngan summer palace tu je yg menarik yg len tu cume melagha je. Sila pesan siap2x pd rombongan supaya jgn tetipu dengan kedai2 governemnt store yg korg pg. Kecuali xiushui street and yashow tu okay. kalau nak beli barang or souvenir boleh je beli ngan pakcik2 tepi jalan. Dorg jual lg murah, tp make sure kana pandai menawar sebab dorg akan letak harga yg mahal. Kalau nak beli make sure duit cukup2x, jgn ade baki sbb banyak kes tipu dorg bg baki duit palsu. kalau dorg nak tukar duit pon jgn bagi. Tawar murah gila2x... akalu die xleh bg harga tu pon, nt dia akan bg yg hampir dgn harga tu. :)

      Delete
  19. :D tq sngt2 sbb sudi kongsi info... smlm nak tanya lagi satu ni tapi lupa, sory eh sbb byk sngt prsoalan, hahaha, malu jgk la nk tnya... plug kt hotel kt sana mcm mana ea? hahaha, sbbn nk beli adaptor tp x tau yg mcm mana? ke hotel sana ade provide? cuba search kt google tp x sure mana satu :)

    ReplyDelete
  20. salam. nak tanye, kalau bawa makanan basah boleh lepas ke imigresen china ni? contoh mcm fishball, hotdog yg belum di masak.

    ReplyDelete
  21. mgu ni sy ke beijing.takot jugak kena tipu

    ReplyDelete
  22. InsyaAllah kami sekeluarga akan ke Beijing next week...
    Thanks for the info....

    ReplyDelete
  23. thanks for info will help me alot ... beijing will come to u 3rd sept 2015

    ReplyDelete
  24. ade org cakap, klu gi China nih x yah makan ayam sbb ayam x sembelih...
    yg ckp nih mmg pernah dok sana...

    ReplyDelete
  25. salam. saya cuma nak tanya. saya akan ke china january ni. so untuk student macam saya yang ingin pergi bercuti yang budget ni. jika saya membawa wang sejumlah 1000 yuan ni. adakah sudah memadai. maksudnya dri segi makan serta pengangkutan, hotel? dan x adalah shopping yang gila2

    ReplyDelete
  26. thanks bro,.entry yg sangat berinformatif...dah 2017 still lagi org lain dapat manfaat..semoga dapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T

    ReplyDelete
  27. Biase bajet berape ye kalau gi sane,4000 ckp x??first time travel oversea,hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) Ni

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mu