Mood tengah excited. Hari tu beriya cakap nak sambung cerita kat Mumbai. Sekrang dah sampai China. Alhamdulillah, Allah bagi aku kesempatan untuk travel ke tempat orang. Memang peluang yang sangat indah dalam hidup aku. Cerita Mumbai tu, lain kali aje lah aku cerita sebab mood India kian pudar lepas pergi China. Hahaa.... Actually banyak benda aku nak cerita tapi untuk post kali nie aku just nak cerita kronologi perjalanan aku pergi sana. Ketepikan dulu perkara-perkara penting yang aku nak ceritakan dan korang patut tahu pasal orang Beijing yang macam-macam nie. !@#$%^ Sensored.
Trip kali nie aku pergi dengan Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam. Nie trip ketiga aku ke luar negara ngan dorang. Sumpah BEST. Kalau boleh setiap tahun aku nak pergi. Kalau diberi peluang. hehe.... Trip ke Beijing nie berbeza skit ngan trip ke Kemboja dan Indonesia tahun lepas-lepas. Kitorang pergi sana untuk Misi Akademik dimana kami melawat Beijing Foreign Study University dan Beijing Language Culture University. Kitorang pergi jumpa students Malaysia kat sana. Terbaik la dorang. Trip yang welcoming giler-giler. (Mmg jenis orang kita suke emphasize something ngan perkataan 'giler') hehee.... Thanks kat semua students BFSU ngan BLCU yang sudi menyambut kedatangan kitoang dan belanja kitorang makan.
First day 16/10/2013 kitorang bertolak ke Beijing pukul 7.30 malam dengan Flight AirAsia. Ingat bila berlaku kes akak dan anak yg kena tinggal kat Vietnam dulu tu aku dah nak boikot AirAsia, tapi apakan daya memang flight dorg tu je yg buat org miskin macam aku dapat fly. Standard la flight murah so services pon memang cheap-cheap la. Aku tak suke naik AirAsia salah satunya sebab sempit. Aku nie dah la kaki panjang. Nak tercabut lutut kaki. Flight 6 jam. Tidur kejap-kejap je sebab terlalu excited nak sampai Beijing. Maklumlah first time travel ke negara 4 musim. Time kitorang pergi nie musim luruh. Sebelum nak fly tu dah feeling-feeling Mohabbatein (Banyak scene musim luruh dalam citer tu). Semangat aku godek gambar kat google camna musim luruh kat Beijing. Pastu berangan joget2x, guling2x tukar baju dua tiga empat kali. (Penipuan yg nyata)
Sebelum sampai sana macam gambar kat atas nie la gambaran aku. Semua pokok dan jadi kuning dan dauan2 dan start gugur. Gambar ehsan google. Tapi bila sampai sana. Patah seribu hati aku tengok pokok semua hijau-hijau macam kat Malaysia. Ranap semua angan-angan aku selama ini. Hahaha..... Actually xde la sehijau warna daun di Malaysia nie, ade certain pokok dah mula menguning. Terubat la sikit hati aku. Bila pergi memana, nampak pokok warna kuning skit terus nak amik gambar. Sumpah jakun. Bukan aku sorang je, peserta yang lain pon sama. hehe
Dalam banyak2 pokok, ade la dua tiga yang dah start tukar colour dan nak fall. |
Nie dekat Utara beijing. Aku snap masa hari kitorang pergi panjat Tembok China. Kat bahagian utara nie sejuk skit, jadi banayk la pokok yang dah start kuning. |
Time malam sampai airport, semua x sabar nak keluar sebab nak rasa suhu kat luar bila pilot gtaw suhu kat Beijing malam tu 8*C. Pergi Cameron Highland pon x sejuk macam kat sana. Memang sampai bila-bila akan aku ingat. Pengalaman. Then proceed ke hotel iaitu Hotel Maple. Dalam perjalanan nak g gotel tu, agent travel kitorang citer macam-macam pasal hotel sampai buat kitorang takut nak masuk hotel tu. Bukan sebab berhantu ke ape, tapi sebab dorang dorg sangat strict. Kalau kita buat kotor skit kat hotel dorg, nanti dorg suruh kita ganti balik barang yg kotor tu. Haiyaaa... So sebelum masuk hotel semua pakat cek barang2 kat dalam tu takut ade yang kotor. Nanti kitorang pulak yang dipersalahkan. Rupa hotel tu memang macam hotel berhantu pon. Nasib baik la aku penat, so nyenyak jugak tidur malam tu.
Next day kiorang pergi Forbidden City. Aku rasa tempat nie kira tempat wajib singgah kot kat Beijing. Punya la ramai manusia kat situ. Aku kalau travel aku tak suke sangat pergi tempat sejarah sebab aku spesis tak suke subjek sejarah. Hehehe... Aku lagi suke pergi tempat-tempat nature/alam semula jadi yang cantik2x macam air terjun, pantai dan sebagainya. So aku layan je la ape ade kat situ. Tapi untuk hafal kebenda asal usulnya memang x la. Test aku ari nie pon aku main hentam je, lagikan nak hafal benda cenggini. hehee....
Manusia yang berpusu-pusu dalam Forbidden City. AKu ingat tempat nie kecik je. Rupanya dah nak sama besar nga UiTM Shah Alam. Setiap tempat penuh dengan manusia. |
Pose wajib ade. Nampak x ke'excited'kan muke aku. Hahahaa |
Okay sekarang dah behave balik. Cantik jugak Forbidden City nie. Yang paling cantik taman dalam City nie. Kan aku dah cakap aku suke nature. hehee |
Banyak jugak tempat yang best kitorang pergi. Paling best ialah Great Wall. Memang layak Gerat Wall nie termasuk dalam list 7 wonders of the world. Masa sampai sana tu, terfikir la jugak, camna dorang boleh buat tembok yang besar2x tu celoh2 bukit dan panjang giler tu. AKu yang amik civil engineering nie pon kagum apatah lagi yang amik kos fashion dan sebagainya (macam xde kaitan). Kitorang diberi masa sejam setengah je untuk panjat. Mane sempat babe. Amik gambar aje dah sejam, xkan nak panjat setengah jam je. Last skali delay kat sejam jugak. Padan muka agen tu. Hahaha.....
If korang pergi Beijing, korang kena datang sini. Kalau tak memang rugi. View kat sini memang cantik. Korang boleh mintak photographer berbayar kat bawah amik gambar korang dan nanti dia akan albumkan gambar tu skali ngan view Great Wall for four season. So korang boleh tengok bertapa cantiknya tempat nie tak kirala musim apa skalipon. AKu teringin nak datang masa musim salji. Tapi musim luruh nie pon dah tak tahan sejuk. Kitorang panjat great wall nie time tengah hari. Tapi disebabkan suhu yang dingin sampai ketulang, jadi sikit pon x rasa sejuk. Actually banyak gambar aku nak tunjukkan tapi macam buat semak la pulak. Aku rasa yang kat atas nie pon dah cukup mengambarkan bertapa cantiknya view great wall nie.
Actually banyak lagi tempat yang aku pergi. Tapi kalau nak diceritakan semua, tercabut jari aku nak menaip semuanya. So yang lain nie aku captionkan gambar je. Lagi pon aku tengok dah macam karangan budak sekolah menengah. Nak kena lebih dari 350 patah perkataan. Sapa nak baca ntah. hehee
Bergambar depan BSFU. Cantik U dorang. Teringin aku nak belajar kat sini. Yang kat UiTM nie pon x baes lagi. |
Bird Nest Stadium. Olympic's Stadium 2008. Dapat amik gambar dari jauh je sebab hari kitorang pergi nie ada event. |
OK BYE~~~~ Tunggu Next entry (Kalau aku rajin)
Jgn tertipu beli ubat.....Ada yg berhabis beribu.Dia org cakap ada mcm2 penyakit dan boleh hidup setahun je.Habis duit member!!!!!!!
ReplyDelete