Skip to main content

Tips dan Anggaran Bajet Melancong ke Mumbai, India

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Jangan lupa jawab salam, kalau boleh sampaikan sekali salam aku pada sesiapa yang ade kat sebelah ko. Selalunya aku punya intro mesti nak gempak. kalau tak cukup satu perenggan bukan aku la namanya tu. Tapi kali nie aku malas nak menaip panjang. kononnya la sebab nie baru permulaan, aku tak terfikir lagi nak tulis apa. Actually la kan, kali nie aku share harga ground untuk ke MUMBAI. Mumbai nie kitorang pergi paling lama masa kat India hari tu iaitu selama 5 hari 4 malam. 

Sebelum nie masa kat Agra dan Delhi, cuaca memang panas giler tapi masa kitorang sampai kat Mumbai, hujan 5 hari berturut-turut. Kadang-kadang je berhenti. Mumbai nie banyak jugak la tempat kitorang berjalan. Kitorang datang Mumbai dengan Train dari Delhi. Kitorang amik 2nd class coach. Sangat2x selesa dan dorang bagi makanan sekali. Bukan sekali je tapi berkali-kali and ade time2x dia la. Disebabkan kitorang puasa time tu, banyak makanan yang kitorang amik then simpan untuk bawak bekal sampai hotel.

Mumbai nie kira antara bandar terbesar jugak la kat India atau nama lain die BOMBAY. Tempat yang artis selalu berlakon dalam filem bollywood tu. Nasib kami tak baik time tu, sorang artis pon tak jumpa. Bajet kat Malaysia senang pulak nak jumpa artis. Sorry la sape yang duk suh aku sampaikan salam pada Shah Rukh Khan, Salman Khan, Preety Zinta dan yang lain-lain. Permintaan korang tak dapat aku nak tunaikan. Senanrai tempat-tempat yang kitorang singgah nanti aku akan senaraikan kat bawah tapi korang kena baca yang nie dulu sebelum skrol bawah. Kalau tak aku x halalkan. hehehe... Xde lah, gurau je. Aku tahu korang memang spesis macam aku malas baca. Kannnnnn~~~~~~~


 Kat atas nie ialah rope die punya 2nd Class Coach, Mumbai Rajdhani Express. Mengikut budak India yang belajar satu U ngan kitorang, train nie paling terbaik dan paling laju kat sana. Kitorang pon cube la. Selesa la jugak, daripada naik sleeper class. Siap kena paw oleh bapuk. Siot punya bapuk.


First tempat yang kitorang pergi. Dhobighat. Betul kot nama die macam tu. Kawasann manual laundry terbesar kat Mumbai. Xde benda pon. Tengok orang basuh baju je tapi tak tahu kenapa masuk dalam list place must be visited in Mumbai. Kitorang tengok sekejap je lepas tu proceed ke Masjid Haji ALi. Masjid Haji ALi tempat yang paling aku tak suke skali pergi masa kat sana. Mesti korang dah fikir lain macam kan? ye la, orang Islam yang tak suke pergi Masjid. Let me story okay.... Masjid dah jadi tempat lain macam sebab dorang terlalu taksub ngan makam Haji ALi tu. Ade ramai orang India tak kisah la agama apa pergi ke Masjid tu untuk sembah makam tu. Non-muslim pon ramai je datang. Mengikut sejarah, dulu Haji Ali nie pergi Haji mengikut jalan laut, kemudian boat die karam. Lepas tu mayat die hanyut dan dijumpai dekat area masjid tu. So macam ajaibkan. Kalau betul, kuasa Allah lah yang jadikan semua tu. Masjid Haji Ali nie terletak kat tengah laut. Kat situ ada satu laluan berjalan kaki untuk ke masjid tu. Ombak punya la besar, skali ombak datang, habis basah baju. Tak sempat sampai masjid aku dah patah balik dengan sorang lagi kawan aku, tapi yang lagi 5 orang pergi jugak.

Inilah rupe mereka yang berjaya sampai ke Masjid Haji ALi tu. Lagi sorang yang amik gambar. Aku awal2 dan surrender.

Kononnya nie tempat wajib singgah kalau datang Mumbai. Gateway of India. Kat Delhi ade satu, tapi tu Indian Gate.

Cube perhatikan zombie baju biru kat bahagian depan tu. Sumpah teruk kekurusan aku time tu.

Pernah tengok citer Mission Impossible 4 : Ghost Protocol? kat hotel belakang tu la dorang belakon.

Sanjay Gandhi park. tempat yang paling aku rasa seronok teramat time pergi. Sebab aku nie memang jenis minat nature.



Masa
Destinasi
Pengangkutan
Harga

MUMBAI (Hari 1)


8.30am
Tiba di Mumbai Central.
Train Mumbai Rajdhani

9.00am
Check in Aroma Hotel, dekat Dadar East.
Dekat dengan Dadar Railway Station.Ada TV, air panas, tapi xde Wifi.

**Dadar Station nie Interchange station for sub-urban train untuk ke semua tempat. Tapi worse giler sebab kena berasak-rasak nak naik.Pastu plak org sentiasa ramai tak kira waktu. Walaupun harga memang murah giler, tapi better guna transport lain.
Sub-urban Train
-Mumbai Central ke Dadar
Rs5

Harga Bilik
Rs2400 + 10% tax.
(Boleh share 4 org with extra bed)
11.00am
Lawat Dobby Ghat. Tempat orang India bersih baju. Betul2x sebelah stesen Mahalaxmi.

**Tengok kat internet cantik, padahal x pon. So x yah pergi pon xpe.

Sub-urban Train
-Dadar ke Mahalaxmi
Rs5
11.30am
Lawat Masjid Haji Ali.

**Nie macam tak berapa perlu dilawati. So better x yah pergi. Masjid kat tengah laut. Lebih kurang macam Sunan Ampel kat Indon, tapi kat Masjid nie orang bukan Islam pon datang skali mcm sembah makam Haji Ali tu.

Teksi Bermeter
-Dr Stesen Mahalaxmi

Rs10/head
1.00pm
Shopping kat Pheonix Mall

**Mall nie kira mall terbesar kat Mumbai. Barang semua branded2x. Same macam Pacific Mall kat Delhi. Kalau pergi time ade diskaun ok la.

Teksi Bermeter
-Dr Haji Ali Mosque
Rs64/Teksi
7.21pm
Dinner@Buka Puasa di Pheonix Mall
Nasi Beryani Ayam
Air Mineral



Rs170
Rs25
8.30pm
Balik Hotel
Sub-Urban Train
Rs5
9.30pm
Jejalan kat Street Market area hotel. Ade jual pakaian, buah-buahan, street food dan etc.

Jalan Kaki


MUMBAI (Hari ke-2)


9.30am
Kitorang amik pakej Mumbai Tour & Sigh-seeing dari hotel.

**Tapi saya tak join sebab suffering food poisoning gara-gara makan street food yg beli semalam. So tak berapa tahu mana tempat yang dorang singgah. Tapi kalau tak silap dorang ade singgah India gate, museum ape ntah dan banyak lagi. Ade yg kena bayar ade yg tak. Ade satu tempat tu tiket die Rs300. Ari tu dah simpan itinerary die, tp x tahu letak mane.


Bas Non AC
Rs200
6.30pm
Tamat Mumbai Tour & Sight-seeing dan balik hotel.


7.30pm
Dinner @ Berbuka Puasa di Zaiqaa Restaurant dekat je ngan hotel.
Mix Fried Rice
Chicken Lollipop
Soft Drink
Jalan Kaki


Rs140
Rs110
Rs20

MUMBAI (Hari ke-3)


10.00am
Pergi Gandhi Memorial di, Mani Bhavan.

**tempat nie menceritakan sejarah Mahatma Gandi. Macam sebuah rumah yg dibuat museum. FREE je.


Sub-urban Train
-Dadar ke Gran Road, lepas tu amik auto ke sana.
Train –Rs5
Auto – Rs50
12.00am
Historical Musuem

**museum tinggalan British (lupa nama apa) tapi time kitorang pergi, museum nie tutup sbb public holiday ari Rabu.
Auto Rickshaw
-Dari Mani Bhavan.
Rs50
12.30pm
Jalan-jalan sekitar Bandar Mumbai
Indian Gate
Victoria Fountain
Omen Circle
Mumbai Library
Mumbai CST

Sub-Urban Train
-Mumbai CST
 Rs5
3.00pm
City Cenre

** tempat nie macam Low Yat. Macam mall besar then ade jual accessory phone computer dan electronic gadgets. Murah-murah la. Mostly orang beli borong utk buat jual.



Sub-urban train
-Churh Gate ke Mumbai Central
Rs5
4.00 pm
Mehdi Masjid dan Bazar Ramadhan

**Kat area City Centre tu ade satu kawasan orang Islam. Sepanjang2x jalan tu, penuh dengan masyarakat Islam yang berniaga. Kebetulan bualan puasa, so lagi la meriah sebab ade Bazar Ramadhan.

Jalan Kaki

7.15pm
Dinner di Arabia Hotel
Prawn Chinese Chopsuey
Chicken Roll
Mineral Water 1litre

**most recommended place untuk makan. Sangat murah dan banyak sangat menu.

Jalan Kaki
(Sebelah Mehdi Masjid)

Rs100
Rs30
Rs30
8.30pm
Balik Hotel
Sub-Urban Train
Mumbai Central ke Dadar
Rs5

MUMBAI (Hari ke-4)


9.30am
Siap-siap nak pergi Sanjay Gandhi National Park (SGNP), Borivali.

**tempat nie jauh skit so amik masa 30 minit untuk direct train dan 1 jam untuk slow train.

Sub-Urban Train
-Dadar ke Borivali
Rs15
10.00am
Sampai kat Borivali Station and proceed to SGNP.

Masuk SGNP – Rs33
Bus ke Kanheri Caves –Rs 33
Tiket masuk Kanheri Caves- Rs 100
Bus ke Safari – Rs33
Tiket Masuk Safari - Rs55

**tempat nie macam Taman Negara Pahang, Reserve Forest kat tengah2x Bandar. Sape yang suke nature, disarankan ke Kanheri Cave. Sangat cantik.


Auto Rickshaw
Rs50


Rs33
Rs33
Rs100
Rs33
Rs55
4.00pm
SGNP ke Borivali Station
Auto Rickshaw
Rs20
4.15pm
Procced to Chowk Bazaar

**Chowk Bazaar nie pon tempat orang Islam jugak. Dikenali sebagai Thief Bazzar, tak tahu plak sebab ape. Time kami pergi xde masalah pape.


Sub-Urban Train
-Borivali ke Gran Road

Then amik Auto ke Chowk Bazaar
Rs15



Rs40
7.15pm
Dinner di Abdullah Restauran
Mutton Pullov
Tea
Jalan Kaki

Rs40
Rs6
9.00pm
Balik Hotel
Sub-Urban Train
-Gran Road ke Dadar
Rs5

MUMBAI (Hari ke-5)


10.00am
Check out Hotel


10.30am
Jalan-jalan kat kedai area Hotel

**ade banyak kedai yang jual saree, barang kemas, tekstil, pakaian branded and so on.
Jalan Kaki

11.00am
Proceed to Mumbai Airport
Meter Taxi
Rs215
With extra Rs10 for each luggage.
TOTAL
MUMBAI 5 Days 4 Nights

**Mumbai pon banyak tempat menarik cume terlalu crowded ngan manusia. Harga tambang transports depend pada camne kita haggle sebab dorang suke menipu dan xnak guna meter. Kalau gna meter, jauh lebih murah.


 Kira Sendiri :)

Comments

  1. Waalaikumussalam... aku dah jawab salam... :p

    dilema la nak gi India ke tak tahun depan...

    ReplyDelete
  2. Pergi la Best kot. hehee.... Tapi pilih waktu yg netul la.

    ReplyDelete
  3. Salam..nak tnya..boleh x beri nama/contact details agent2 di setiap tempat yg u pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang tak pergi dengan agent. Main redah je... hehee

      Delete
    2. oooo...ok..:)..kene la main redah jugak ni.heheh..nnt kongsi la sikit info pasal flight..dan dar airport tu cmne gerak ke etc. ..

      Delete
    3. Actually trip nie kami dari Delhi. Kami amik train Mumbai Rajdhani Express ke MUmbai. 16 jam. hehee.... Kalau MAS maybe ade direct flight ke mumbai, tp AA xde. Kalau nak tengok bajet ground ke Delhi dan AGra boleh baca previous entry. Ade details mcm tables kat ataas jugak. Boleh baca terus direction and station mana nak stop. hehee....

      Delete
  4. bestnya India rasa nak pergi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2x.... walaupun dr segi hygiene kurang tp best. hehee

      Delete
  5. best nye dapat pergi. mmg dalam perancangan. boleh guide x mcm mana first nak handle2 pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan kalau nak pergi disarankan berteman. Sebab India nie boleh dikatakan negara yg agak bahaya bg kaum wanita. Plan perjalanan dengan buat itenerary. :)

      Delete
  6. hahaha, dah baca sampai abis, kira halal eh
    suka tgk discovery channel psl India
    tp x penah teringin nak kesana, huhu

    ReplyDelete
  7. Pergi ke Mumbai kerana urusan kerja. Bila nak berjalan2 mcm kene survive betul2 ni..mcm tak sesuai nak bawak anak2..hmm..respect the culture and environment..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...