Skip to main content

Kembara Aku di Tanah India

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Tak jawab dosa, kalau jawab sayang (Ceih bajet Maria Elena). Orang citer pasal raya, aku pulak citer pasal India. Boleh kate hari nie genap la sebulan aku balik dari India. Walaupun masih ade yang tak tahu yang aku sebenarnya dah balik ke tanah tumpah darahku ini. Sangat-sangat la seronok habaq hang. Paling seronok sebab aku boleh bedal semua benda aku nak makan. Lupakan kari dan dhal. Oh yeaahhh... Dah sebulan aku tak sentuh kari dan dhal dan bertahan ke hari-hari seterusnya sebab aku muak giler tengok makanan tu. Siap warning mak aku cakap jangan masak kari dalam tempoh terdekat ni. Nasib baik mak aku baik. Sorry ye mak. hehee..... Dari balik hari tu, aku dah berjaya tambah berat badan sebanyak 6kg. Yeahaaa... Tahniah buat diri sendiri. Dulu masa kat India, tengok rupa sendiri pon rasa cam nak marah ngan diri sendiri sebab kurus giler macam x cukup makan. (MEMANG TAK CUKUP MAKAN). Disebabkan kekurusan tu membuatkan aku segan nak amik gambar masa travel ke Agra, Delhi, Mumbai tempoh hari sebab bila aku tengok gambar aku, aku rasa macam nak terus delete jer. Self confident drop to 0%. Nasib baik tak bunuh diri jer.

As usual, intro mesti nak panjang baru gempak. So sekarang baru masuk isi kandungan. Dah macam buat karangan SPM plak kannnn.. Back to title.  Kembara aku di Tanah India. Banyak pengalaman nak dikongsikan sebenarnnya. Kalau boleh nak buat Part I, Part II, Part III, Part IV dan seterusnya... Ceh bajet macam ade nak baca. Pengalaman masa aku praktikal kat Tamilnadu pon banyak jugak. Untuk memuaskan hati dan perasaan aku, so aku nak citer pasal trip aku dan 6 orang lagi pelajar Malaysia ke Agra, Delhi dan Mumbai tempoh hari. Alhamdulillah bermacam-macam dugaan kitorang temph sebelum nak travel nie. Dari urusan Universiti hingga la pihak authority kat Tamilnadu. Berapa kali terpaksa pergi balai polis, even sebelum pergi airport pon kitorang kena report kat balai Polis Thuckalay. Aku pon x tahu apa masalah dorang sebenarnya.

Alhamdulillah, petang tu kitorang empat jugak settle semua benda then amik flight ke Delhi. Flight domestik kat India nie boleh tahan Mahal. Kitorang amik flight dari Thiruvanathapuram, Kerala ke Delhi, tiket dalam RM 268. Tapi kalau diikutkan jarak tu memang agak jauh pon walaupun still dalam India. Time kitorang travel tu bulan puasa. Teringat pengalaman kitorang curi-curi(Buka Puasa) makan Karipap dalam flight sebab kitorang bawak makanan luar. Dah la bau semerbak satu cabin tu. Sambil makan sambil usha stewardess kot2x dorang perasan. Hehee.... Flight Indigo, standard AirAsia. Oh jab, sebelum tu. Just nak gtaw kepada sesapa yang nak travel ke India, Klu flight korang awal or korang perlu transit sebelum tunggu next flight, korang jangan harap korang boleh lepak kat dalam terminal macam kat LCCT or KLIA. Airport kat India sangatlah susah nak masuk except 2 hours before boarding sebab kat sana ramai sangat pengebom kot. So security sangat dasyat. Dan mungkin jugak homeless ramai, so ramai pulak nanti jadikan airport sebagai rumah tumpangan. Kelas ko.....

Lepas je buka puasa, terus tidur sebab atk cukup tidur malam-malam sebelum tu gara-gara excited melampau nak tengok Taj mahal. Celik mata je dah sampai Airport kat Delhi.
Sampai kat airport plak jenuh mencari tempat untuk stay since kitorang punya train pukul 5 pagi esok untuk ke Agra. Lepas tu kitorang pergi New Delhi Railway Station untuk cari tempat makan aka sahur. Malas nak cerita banyak, kan nanti kat delhi je 4 5 perenggan. AKu nie dah la jenis suke merapu.

Sebelum nak travel nie, kitorang bagi-bagi tugas. Disebabkan kitorang ade 7 orang dan travel selama 10 hari, so setiap sorang diminta merangkakan itinerary perjalanan selama 1 hari termasuk bajet, senarai tempat dan hotel. Untuk lagi 3 hari tu tambah tolak perjalanan antara bandar ke bandar. So agak well planed jugak la trip kitorang nie. Terima kasih la pada semua ahli rombongan expecially navigator kitorang. Kalau tak kerana die, mungkin dan sesat kitorang kat sana. (~_^)V

Kitorang pergi Agra naik train, Sleeper Class. Kalau pergi sorang dua je, better jangan amik kelas nie. Sangat bahaya. Perjalanan dalam 2 jam 30 minit. Depends on train ape korang amik. Sampai je check in hotel bajet yang berhadapan Taj Mahal. Nak pergi Taj Mahal boleh jalan kaki jer. Sangat murah dan berbaloi untuk backpacker and budget trip. Korang boleh amik pakej dari Pak Cik Tut-tut depan hotel untuk lawat satu Agra. Murah je. Satu Tut-tut boleh kongsi max to 4 orang.

Kalau nak tahu kos untuk trip ke Agra nie, sila baca previous entry aku.

Agra Fort. Salah satu tempat yang korang wajib singgah kalau datang sini. Kalau pergi memana, ahli rombongan tu juga adalah faktor penting buat trip korang lagi best. Jadi pastikan meraka semua kuat berjalan. hehee

Taj Mahal. Saje amik port belakang-belakang tak nak bagi kekurusan aku yang sangat slim melim teserlah. Ini tempat korang wajib datang. Dah nama pon datang Agra kan. Kalau tak sampai Taj Mahal, macam tak lengkap je trip ke India, apatah lagi Agra ni.

Kalau nak lawat India, sila datang pada waktu yang betul sebab kalau datang musim panas. Sangatlah penat dan kehausan sepanjang jalan sebab humidity sini sangat rendah. Malangnya kami datang masa musim panas, dah la puasa. Satu hari tu asyik duk fikir nak buka puasa je, tapi tahan juga sampai waktu berbuka. Time kat Delhi lagi la, rasa macam nak mati kehausan. Pucat habis gara-gara tahan sampai ke petang. Padahal boleh je kalau nak buka sebab kamikan musafir. Hehee.... tapi tahan je la sebab kawan-kawan yang len puasa jugak. Kebetulan masa kat Mumbai hujan plak 24 Jam. Sejuk la sikit tapi membantut pergerakan pulak. Macam-macam dugaan. hehee

Sehari je kat Agra, esoknye pergi Delhi. Delhi nie banyak jugak tempat menarik. 2nd day kat Delhi kitorang amik pakej Tour and Visit yg disediakan pihak hotel. Jimat banyak sebab dorang provide transport dan guide sepanjang perjalanan. TAPI guide tu cakap hindi. macam la aku nie nak faham kan? Delhi nie selesa skit la nak pergi memana sebab sini ade Metro, kete api bawah tanah. tambang pon murah je. Lagi selamat la dari naik auto sebab asyik kena tipu je harga tambang. Paling best kat Delhi ialah shopping kat Connought Place. Time kitorang pergi tu tengah sale. Sale pulak up to 70%. 

Menunggu Metro untuk ke Pacific Mall. Memang ramai orang. Tapi takde la seteruk sub-urban train kat Mumbai. Worse transport ever aku pernah cube. Kalau pergi lagi lepas nie, rasa macam tak nak naik dah sub-urban train kat Mumbai tu.
  
Red Fort. Tempat nie lebih kurang Agra Fort dekat Agra. Design pon cam lebih kurang tapi ade la kelainan die. Kalau nak tahu kena la datang. hehee

Area Pahar Road tempat Hotel kitorang menginap. betul-betul depan New Delhi railway Station. Jadi kalau nak g memana mudah sikit la. Metro pon dekat dan area situ banyak pengangkutan awam seperti auto rickshaw.
Untuk pengetahuan korang. India nie sebuah negara yang sangat besar deengan kepadatan penduduk yang sangat ramai. Actually negara dorang xde la mundur sangat cume ramai yang miskin je. Dari segi kemajuan teknologi tu, maju la jugak. Time kat Tamilnadu, kitorang duk area pedalaman. Situasi die amat jauh berbeza bila kami travel ke 3 buah negeri nie. Masa kat Tamilnadu memang susah nak jumpa pengemis sebab sana penduduk tak kaya sangat. Jadi dorang tahu la, kalau mengemis pon xde sape nak bagi duit sebab semua miskin cam dorang gak. Tapi bila sampai je Delhi ngan Mumbai, sangat ramai pengemis dan homeless yang tidur merata-rata. Atas tanah yang kotor pon dorang boleh tidur. Time kat Tamilnadu, bila tengok je Indian kecing merata, kitorang dah rasa pelik giler. Tapi bila sampai Delhi je, BERAK merata pon ade. Siap berduet plak tu. Berak sebelah-sebelah sambil bincang masalah negara. Seriuosly aku tak tipu. Terlupa nak amik gambar, kalau tak mesti aku tunjuk. Tu pon kalau korang sanggup nak tengok. hehee..... Indian nie, kalau kaya, kaya macam Raja, tapi kalau miksin, miskin sangat-sangat.

Penduduk die pulak berlainan rupa. Makin ke Utara makin cerah. Area Tamilnadu tu, masyarakat die sebijik macam Indian kat Malaysia. Tapi kalau kat Utara macam Ladakh, Kashmir tu semua putih melepak dan cun-cun. Sesuai sangatlah kalau nak buat suami or isteri. Aku pon kalau boleh nak cari jugak sorang. Hahaa.... tapi dah terlambat. Dah sampai Malaysia dah pon.
Masjid Jama'. Masjid terbesar kat India. Nak masuk FREE je tapi xleh bawak camera. Stricly prohibited if ko x baayr RS300 untuk satu camera even camera phone. So aku decide duk luar jaga kasut dan camera budak-budak lain. Kat are luar ade bazzar. Banyak jual Jubah dan Qurta. Sangat murah.

Masa pergi Red Fort, time tu hujan lebat giler. Terpaksa la beli payung. Masing-masing beli payung berlainan warna konon nak bagi nampak cantik bila amik gambar. Actually ade satu peristiwa yang membuatkan aku takkan lupa sampai la hari nie. Peristiwa di mana aku berjaya menyamar sebagai Indian untuk beli tiket masuk ke Red Fort di kaunter Indian Citezen. Hahaha.... Jangan tanye la kenapa. Of course la sebab muka aku mix-mix bollywood. Hahaha.... (sila muntah jauh sikit). Harga tiket utk foreigner Rs250 = RM15 tapi untuk Inidan Rs15 = RM1. So korang boleh tengok bertapa banyaknya beza. Aku berjaya beli untuk 7 orang, dah jimat dekat RM100. AT least berbaloi la sebab time aku pergi tu hujan lebat sangat. Nak jejalan pon susah. Nak amik gambar apatah lagi. Kalau bayar RM15 macam rugi besar je. hehee

Teka mana satu aku? :p
Kitorang pergi Delhi 3 hari 2 malam. Anatara tempat yang kitorang pergi, Rajpath, Qutub Minar, Jama' Masjid, Red Fort, dan banyak lagi. Since nama die berbelit-belit jadi aku x hafal la plak. hehee... Gambar macam tak menarik je kan. Actually ade banyak je gambar menarik, TAPI disebabkan ade gambar aku dalam tu jadi aku pon malas la nak upload. malu giler tengok diri sendiri yang kurus melampau giler nak mampus. Okay setakat tu je la. Untuk trip ke Mumbai aku sambung next entry. Sebab Mumbai kitorang pergi 5 hari. Jadi banyak sikit la benda yang nak dicerita (If aku rajin ).Last but not least, aku nak mintak maaf la kat ahli rombongan if sepanjang tempoh kembara tu buat korang annoyed tak tentu pasal dan selalu minta cari toilet sebab cirit dan asyik penat tak tentu pasal gara cirit. Semua angkara cirit. hehee

Comments

  1. comei cik azwan kita tidur dalam flight,,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog saya ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 458

    ReplyDelete
  4. Salam tuan. Time tuan pegi x bole bawa kamera ye masuk jama masjid. Sejak bila ye. Masa 2012 saya buat masuk ok je..

    ReplyDelete
  5. Salam tuan. Time tuan pegi x bole bawa kamera ye masuk jama masjid. Sejak bila ye. Masa 2012 saya buat masuk ok je..

    ReplyDelete
  6. I wish i can go..

    ReplyDelete
  7. salam kenal...
    hahaha part menyamar jadi org local tu sgt la weyyy....hihihi...

    ReplyDelete
  8. Tak per bang kurus cekeding pun tapi hati ada baik..okey jer..dah ketentuan Allah ..takde apa nak dimalukan...ada peluang insyaAllah nak gi juga kesana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat....