Skip to main content

Di Puncak KL Tower. Ko Pernah ker?

Assalamualakum.... Penat dan cram otak sebab dah berapa hari study dan menghafal jer. Siyes tension. Asignment pon ade lagi yang tak hantar. Walaupun sem nie tak la sesibuk mane, tapi kesibukan aku banyak kearah benda lain. Maklumlah jenis manusia gila kuasa. Jadilah macam aku, so korang semua,jangan gila kuasa. Gila kentang tak mengapa. Walaweh.. ayat skema nak mampuih cam budak darjah satu. (Apa aku mengarut ni). Okeh full stop. Actually aku nak kongsikan beberapa gambar semasa site visit kitorang ke Menara Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang dah pernah pergi, tapi ramai ke yang dapat berdiri kat the top of the tower yang bahagian luar tu. (Tengok, belagak tak aku?) Ala kat atas sekali tu, kat tempat yang banyak antena macam astro raksasa tu. 

Disebabkan kami pergi ini atas dasar lawatan akademik, so kami dibenarkan masuk ke sini. Tapi kan sebanrnya kalau orang awam nak berdiri kat areas sini, dorang kena isi borang aku mati. takut ape-ape jadikan susah dorang. Tunggu tu mak aih.... Kalau ade yang sakit jantung konpem masuk hospital. Nasib baiklah budak kelas aku nie kental dan tough.

Berapa orang jer yang dengar taklimat dari brother tu, yang lain semua sibuk amik gambar. Kesian brother tu. Nak wat camne, benda susah dapat. Lain kali belum tentu dapat peluang macam ni.

Tengoklah keindahan Kuala Lumpur dari jarak yang macam spiderman panjat bangunan. Bertambah indah dan tenteram jer.

Kalaulah kena tiup dek angin. melayang semua ni. Bukannye terikat ke ape ker. Tapi yang penting posing tetap posing. 


Ade brani tiru gaya kami. Tapi jangan tiru gaya aku duduk camtu. Macam ape ntah... tolong buat tak tahu.

Serabutnyer hidup di bandar.... Pencemaran merata-rata.

Nie pulak kat perkampungan satu Malaysia. Macam-macam jenis rumah ade. Bukan rumah jer, ade permainan tradisional, demo tarian dan macam-macam. Cube acu try pergi. Best....

Last sebelum bertolak balik. Cayalah.. Okeh, setakat nie jelah. Aku nak pergi study dulu. Doakan aku berjaya untuk exam. Dah dekat sangat dah. Macam mane lah result aku sem nie? 

Comments

  1. serius kalau aku ni, memang gayat. hahaha...scary weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak scary la... jangan pandang bawah sudah... seb bek xde angin masa tu. hehehe

      Delete
  2. Seronoknyeeee...teringin nak naik situ jugak. Tp kita ringan sgt, nnt terbang di bawak angin. Hoho

    ReplyDelete
  3. [info aja] Rute SOLO-KUALA LUMPUR Penerbangan AirAsia Indonesia dimulai kembali mulai 21 Desember 2012
    sebar ke temen2 yg suka jalan yaa :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Trip Bajet ke Hatyai 5 Hari 4 Malam (Download Itinerari)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Actaually post ni aku dah taip lama giler, sebab ni trip tahun 2017. Haha... so disebabkan aku rasa sayang untuk simpan dalam draft je, jadi aku nak postkan jugak walaupun aku macam totally lupa kronologi trip ni. Haha... Aku just nak cerita mana tempat yang kitorang pergi je. Sementara datang mood rajin ni, so aku nak bercerita tentang trip aku and the geng ke Hatyai pada 14-18 Februari yang lepas (2017). macam biasa, tiket dah beli setahun yang lalu sebab nak murah punya pasal. Hehe... Trip kali ni aku pergi berenam dengan geng yang kami gelarkan Kaki Kondem. Kenapa nama Kaki Kondem tu biarla kami je yang tahu. hehee.... Plan asal actually banyak tempat jugak nak cover. Ingat dari Hatyai nak ke Lopburi, Bangkok tapi perjalanan menggunakan train amik masa selama 15 jam. Disebabkan one of my travelmates ni pregnant, so we decided untuk stay kat Hatyai je selama 5 hari tu. Bagi aku 3 hari dah cukup untuk cover Hatyai. So ape kitorang buat lama-l...