Skip to main content

Percutian Bajet ke Kemboja & Vietnam

Salam, lame giler rasanya dah tak update blog. Nak kata busy xde la busy sangat, just malas nak menaip panjang-panjang. Almaklumlah, bila menghadap lappy jer, mesti aku cari movie-movie baru untuk download sampai line jadi slow. Bila dah slow macam siput, so aku pon tidur. So sekarang aku nak cerite pasal trip aku & the geng ke Kemboja & Vietnam baru-baru nie. En xde la baru sangat, kitorg [ergi pada 17/2/2012 & balik pada 21/2/2012. Trip nie kitorg pergi gune duit sendiri that why nama pon Percutian Bajet. Kalau orang sponsor confirm aku amik hotel 5 star je time menginap kat sana.

Okeh, actually ktorang dah plan lama, dan booking flight tiket pon awal 5 bulan camtu. Atleast dapat la muarh sikit. Kalau korang nak tahu, kami amik flight dari LCCT ke Phnom Penh pada 17/2/2012 tu just RM90 jer termasuk tax bagai tu. Tapi 21/2/2012 tu flight kami dari Ho Chi Minh Aiport ke LCCT. Yg nie mahal sikit la sebab time nie xde promo, so ktorg dapat dengan harga RM279. Total tiket RM369 utk dua buah negara. Agak-agak berbaloi tak?

Hari first tu, flight ktorg delay 1 jam, then bila sampai airport sana plak, hujan lebat giler sampai kapal terbang tu terpaksa pusing2x kat atas langit ketujuh tu berulang-ulang kali. Akhirnya kami selamat landing. (Macam karangan budak SPM la pulak). Disebabkan agak lewat, so kiorg terus gerak ke Kampung Keh iaitu destinasi pertama kitorang kat Kemboja. Actually kitorang ade misi nak ke Kampung nie sebab nak ajar penduduk sana belajar mengaji mengunakan kaedah AL-Baghdadi. Maybe ade yg tahu, kalau x tahu pergi google k. Kami pergi dengan menaiki van and siap skali ngan tour guide dalam tu. Kampung tu terletak sejauh 150km dr bandar so kos pengangkutan ke sana memang mahal la. But tak perlu include dalam kos kitorg sebab fully sponsored by company yg hantar kitorg ke sana. So 1st day & 2nd day kami kat Kampung tu la. Dan nie merupakan kali ke-2 kami kesana.

Apa yang bestnya kat Kampung Keh nie ialah, semua penduduk sana ialah orang Islam. Dorang nie sangat mengalu-alukan kedatang sesiapa je yang nak pergi dan of course la dengan niat yang baik. Kampung nie dekat dengan sawah dan pantai. SO view die memang cantik. Tak caya boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Makanan kat sini pon murah, bayangkan 1 mangkuk bubur nasi tau laksa yang banyak giler harge die cume 1000riel=70sen camtu la. Malaysia ade? Bab makan kat sini memang bajet. ABC pon 40sen jer. Kalau aku gtaw dlm mata wang dorg memang la dengar cam mahal sebab satu mangkuk dah 500 riel. hehehe....


Tempat yang paling best. Gudang buat garam. Of course la aku xde dalam gambar sebab aku yang amik gambar dan orang lain x reti guna camera aku. nasib-nasib... Tempat die memang tenang, for those yang putus cinta o merajuk ker, memang sesuai la datang sini sebab..... sebab tenang lah... Kawasan die lapang jer, pahtu korg boleh nampak sawah padi, sungai, pastu orang kampung tengah bajak tanah. Siyes tenang setenang tenangnya....



Chakkk!! Sebab kitorg xde keje mase 1st day sampai tu, so pergi sungai and snap photo puas. Posing mengalahkan American Next Top Model, tapi bukan aku la. Dorang yang kat atas nie. Memory camera penuh ngan gambar dorang je. Disebabkan camera aku gune filem, so terpaksa bajet-bajet masa nak gune. hahahaha


Nie pulak Abg Angkat aku, nama dia Ahmad. Time nie die tengah membajak tanah, dan berkesempatan jugak la kitorang mencube. Tanah sawah dorang nie tak sama macam tanah sawah kat negara kita, sebab dorang lebih berpasir. Dan tanah nie jugak boleh tebus guna untuk tanam macam-macam pokok. Setiap pokok ade musim die. Masa kitorg ppergi nie musim jagung, so banyak la pokok jagung. Dapat la makan jagung free masa kat sana.

2nd Day petang tu, kami terus gerak ke Phnom Penh sebab esok tu kami kena gerak ke Vietnam. Sampai je Phnom Penh, kami check in kat New York hotel. Harga sewa 1 bilik USD25, satu bilik boleh share 2 orang. Complete, semua bende ade. Dan yang paling best, bawah hotel tu ade restauran halal. So senang la sikit kami nak makan. Tapi malam tu kami makan kat tempat lain, nama kedai tu Asma Halal 88. Harga boleh tahan la, nama pon restauran kan. Time tu aku order Fried Rice with Crab Meat USD6 dan Coconut Shake USD2.5. Kalau rasa nak convert, convert la sendri, USD1=RM3.08. Lepas makan, kami gerak ke night market kat ngan Royal Palace. Just jalan-jalan je and amik gambar.


Esok plak, lepas makan pagi kat restauran bawah hotel tu. Tak silap aku makan Mamak's Mee and Tea. Kos die RM12, kat restauran nie korang boleh bayar dengan duit Malaysia sebab owner die tu dulu pernah kerja kat Malaysia. Makanan pon not bad la. Lepas je makan, kitorg naik tut-tut pergi depan royal palace untuk poco-poco. Tambang tut-tut nie USD6 untuk satu tut-tut, kalau share-share sorang kena bayar USD1 since ktorg ade 6 orang. Sunrise kat sini memang cantik, pastu ade mak cik jual makanan burung. Bila korang tabur je makanan tu, beratus-ratus burung datang. Siyes best. Then kat bawah nie korang boleh tengok gambar budak-budak nie posing berlatar belakangkan Royal Palace. Siyesly cantik.... tipu dosa.


Lepas je penat poco-poco kitorang balik hotel naik cyclo, satu cyclo USD2, sorang je boleh naik. Transport nie macam beca tapi seat kat depan. Pastu kitorang singgah Central Market jap beli souvenir then balik hotel check out then naik bas ke vietnam. Setakat nie je la. lepas nie, sambung balik sebab aku dah letih nak menaip. hehehee

Comments

  1. Blogwalking here...

    Nice pic(^_~)

    cik iena follow your blog..
    follow my blog juga ye(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  2. salam, ada contact muslim yg wat tour kat sana x?sbb saya nak kesana nextt year bln 1. Backpackers. From LCCT trun kat siem reap n then dr situ br g phnom penh.. klu ada minta share ye... lagi satuduk hotel kat phnom penh tu hotel ape? leh tahu rate dia tak? Thanks! :)

    ReplyDelete
  3. sorry xde contact no dorang, sebab kami pergi dengan tour agent dlu, then 2nd trip pergi men redah kasi pecah jer. hehee..... Kami tak pergi siem riep, stay kat Phnom Penh jer, kat Hotel New York, then kat bawah tu ade restoren halal. Harga no bad, RM75 per day. Satu bilik boleh berkongsi 2 o 3 orang.

    ReplyDelete
  4. oo yeke. Okey.. Thanks! try cek rate hotel tu... thanks a lot! really appreciate it. :)

    ReplyDelete
  5. salam saya nk pegi sana ke kampung islam tu....tp nk tido mane.....kg mesti xder hotel....camner nk redah kasi pecah????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi Kg Islam kat sana.. better pergi dengan agent o someone yg kenal orang kg tu. SO dorang boleh uruskan penginapan. A few kg berdekatan dgn pekan, so maybe ade hotel budget dan guest house. Atau pon stay je kat rumah org kg. Macam kitorang, kitrg stay kat rumah org kg. :)

      Delete
    2. salam. boleh bagi no agen tak?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...