Cerita Basi di Vietnam.

Salam semua, as dijanjikan ari tu aku ade cakap nak sambung entry mengenai lawatan ke Kemboja dan Vitenam. Aku ingat nak edit gambar bagi cun melecun dulu, tapi aku malas nak mampus, maklumlah aku kan student yang sibuk mengalahkan Presiden Amerika. So disebakan xnak mengecewakan anda semua, so aku update la skit pasal trip tu (ceh bajet giler). Dulu aku dah citer sal Kemboja tapi aku nak citer lagi sebab banyak sangat gambar yang aku nak share. Kalau korg yang rase nak sngat travel luar negara tu kan, ape kate korang try la pergi Kemboja nie. Selalunya tiket murah dan perbelanjaan kat sana pon murah. Bawah RM500 pon dah boleh beli macam2x termasuk tidur dan makan2x... Tapi kena pandai cari hotel budget la. Kalau kat Malaysia pon ade hotel RM20 satu malam, kat sana mesti la ade, tapi jangan ekspek ko dapat layanan seperti hotel 5 bintang la. So malas citer panjang, ko layan la gambar kat bawah nie.


Nie la kedai makan kat Kampung Keh yang aku cakap MURAH tu. Nie macam pasar la sebab ade banyak-banyak orang jual. Makanan, dan kuih muih yang pelik-pelik tapi sedap. Time pagi nie aku makan bubur nasi bersama kuah ape ntah. Kuah tu die bagi asing, kat dalam tu ade ikan. AKu tak tahu ikan ape, tapi hanyir sngat-sngat, so aku makan bubur plain tu je yg xde rase. Bagi aku sedap la sebab lemak berkrim disukai ramai. Dorang tengok aku slack jer macam berlagak nak mampus tak makan makanan yang dorang buat tu. Padahal aku memang x lalu, kalau muntah depan tu lagi la malu. Then aku ade try jugak makanan lain. Kalau tnye name ape, confirm2x aku tak tahu. Dan yang paling best minum air nira kelapa laut. Sedap wa cakap lu.


Cukup la kat Kampung Keh, sebab ari tu aku dah cerita. Lepas balik dari Kampung Keh kami singgah Phnom Penh jalan2 cuti mata sebab keesokan harinya nak kena travel ke Vietnam pulak. Malam tu merata kami pergi, naik tut-tut dengan tambang USD6 boleh jalan merata. Time nie kitorg pergi nite market sebelah Naga World. Meriah la jugak, tapi barang kat sini mahal la sikit sebab banyak tourist. Makanan pon xhalal, so kami nie tengok je la, nasib baik dah makan kat hotel tadi.


Nampak je port yang cantik2x terus beraksi macam model (Uwekss).... Amik peluang, kalau aku yg amik gambar tentu muke aku xde dalam gambar, so bila ade org voluenteer nak amik. Ape lagi... rezeki jangan ditolak. Ceh bajet cam hape.... Nak citer something nie, masa ngah lepak2x menghirup udara segar tukan, then datang seorang lelaki, offer barang baik kat kitorang, baik punyer barang. Hohohoh.... Tipu je lah. Actually die offer pompuan, mula2x x nampak pompuan tu, then skali die panggil, mak aih macam magik plak tetiba ramai datang ngan pakai2x seksi. Budak2x saje je la, try to haggle with them. hahaha.... Die tanye nak lame mane, 1jam, 1malam, 1hari?? Hahahaha... tergelak aku. last2x kitorang blah. Xnak aku kena aids. Kena cirit ari tu pon macam nak mati. hehehehee



Bangun pagi x sempat gosok gigi keluar pergi tengok sun rise dan bagi makan burung kat depan Royal Palace. Burung merpati yang kelaparan dan jinak sekali. Ayat xleh blah..... Sambil layan poco-poco kat tepi sungai nie. Jogek2x ngan orang ayam, serius sikit pon x malu. kalau kat Malaysia sumpah x join. hahahaa....


Tengok bertapa banyak nyer burung merpati. Tapi jaga2x takut nanti ade terkena tahi burung. Pandai mak cik-mak cik kat sini. Rezeki alam, dah tahu orang minat tengok burung then die jual makanan burung. Ramai beli dan banyak duit die dapat, at least die bekerja daripada minta sedekah.


Oh yeah...... lompat sampai ke bintang, pergi mana2x mesti ade gambar lompat2x..... Tu lah best nyer kalau pergi ngan geng2x sporting. Kalau pergi ngan geng2x yang, "Xpelah, ko amiklah", konpem aku xbest.... So kawan pon merupakan faktor trip itu menarik, serius tak tipu.... 


Sekarang dah sampai Vietnam. yahoo.... setelah 7 jam perjalanan dr Kemboja menaiki bas. Sampai je check in hotel dan terus cari kedai makan, sebab kebuluran tak makan. Nak makan cmne kalau bas tu brenti kat kedai makan yang tak halal. Sempat alas perut ngan makan buah2x jer. Apa nama kedai ntah yg ktorang makan nie. MAHAL sangat2x. Utk pengetahuan korang makanan kat Vietnam memang mahal. Jauh beza ngan Kemboja. 3 kali ganda mahal. Air milo gelas pendek tu pon lebuh kurang RM5. Makanan apatah lagi. Nasib badan time nie kami terjumpa dengan seorang hamba Allah nie then die blanja kitorang. Untung2x..... Dan brape ratus ribu dong dah disitu. hehehehe...... Terima kasih.


Habis makan, then usha-usha barang kat nite market kat ngan Ben Ten Market (Aku tak tahu jea cmne, tapi Ben10 cam best jer). Ramai sangat manusia kat sini. Dari Malaysia pon ramai, nampak sangat Vietnam nie lokasi pelancongan rakyat Malaysia. Maybe sebab dorang nie nak memborong barang then jual kat Malaysia dengan harha mark up berganda-ganda sebab nak cepat kaye tapi tak akye-kaye. Pasar malam nie ade jual macam-maca, baju, makanan, buah-buahan, beg, telekung, souvenir dan macam-macam lagilah. 


Yang bangunan kuning hujung tu ialah Pasar Ben10 tu. Malam die tutup, siang je bukak. Macam ade jual, siyes rambang mata. Tapi perniaga kat dalam tu jenis kurang ajar sikit, klu korang xnak beli nanti die marah2x.... Siot betul. Aku asyik kena marah jer sebab x nak beli. Mark up harge mahal nak mampus, tp korang boleh kurang sampai jadi murah nak mampus. 

Lepas jalan2x usha barang, pergi bergambar pulak. Part paling aku suke, suh la posing camne aku sanggup buat. hahahahaha...... Malas dah nak menaip... tatap la gambar kat bawah nie. Aduihhh... penat2x....




banyak lagi gambar2x... tapi malas nak upload dan menaip caption. hahahaha.....




Next day kitorang pergi Chu Chi tunnel. Kitorang amik package mase kat hotel tu ngan bayaran USD12 sekali ngan tiket masuk. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari HCMC. Nie kira tempat bersejarah la, tempat askar vietnam berperang dulu-dulu. Dorang tebuk lubang dalam tanah menyorok, tidur dan makan dalam tu. Lubang tu plak bukan pendek2x tapi jauh giler sampai boleh tembus kat daerah lain. SIyes dasyat dorang nie. Yang kitorang tengah tengoh nie ialah Spike Trap, sambil mendengar pengjelasan dari tour guide yang lucu dan friendly sngat2x.


Tengah syok menaip tadi, member ajak g Up Town Shah Alam plak... potong stim betul. Balik terus bukak laptop and sambung balik. Nie pulak gambar masa kat sebuah tank yang hancur robek kene tembak dan dijadikan pameran. khusyuk giler aku dengar mamat vietnam tu bercerita. Sejarah yang sangat dasyat, kalau nak tahu lebih detail boleh google sbb ak dah pergi bulan 2 ari tu, so dah lupe dah. hehehehee


This is the tank yang dah hancus berkarat tu sebab terpijak mines dan bermacam lagi bahan api. Patut la nama bende nie kete kebal, dinding die sangat2x tebal dan kebal. Berape ton ntah berat bende nie. Gaya mutu keungguan.


Nie plak masa tour Guide tu tengah explain sah perangkap samar yang tentera vietnam guna untuk jerat musuh dorang. Sangat dasyat dan mengerikan. 


Kat sini juga korang boleh rasa sendiri pengalaman menembak menggunakan senjata betul. macam2x senjata ade dan korang perlu pilih dan bayar mengikut kuatiti bullet. Aku x main pon sebab bazir duit je tembak bende tak berpedah, kalau tembah askar israel xpe gak. hehehe..... Lepas tu kitorg pergi masuk terowong chu chi tu. Sangat sempit dan gelap. X leh nk amik gambar sebab kami masuk ramai2x... so kalau sorg stop, yg belakang semua tak leh gerak. Dan la panas dan kurang udara kat dalam tu. kan x pasal2x kena maki kat orang lain. hehehehee....


Nie pulak gambar masa kat wall museum. Time nie dah sampai HCMC, kami suh driver tu drop kami kat sini. Masuk kena bayar sorang 50,000 Dong x cilap. Siyes lupe. Kat dalam museum nie ade gambar2x... poster lame, peralatan lama. Macam museum perang kat malaysia (Padahal x pernah pergi pon kat Malaysia). Then yang paling best ade machinery yang besar gabak macam helicopter, kapal terbang dan bermacam-macam lagi untuk kegunaan perang. Ade orang inter frame lam gambar aku. Kacau betul la mat saleh tu.  


Time kat chu chi tunnel tu tank yang hancus dah, nie yang cantik menarik memang daboom tapi xleh masuk pon. Just tengok dari luar jer. Sentuh2x boleh la. 



Last, penat dah nak menaip. Cukup la setkat nie. Percutian yang sangat berbaloi. Sangat2x suggest utk korg pergi sana. Backpackers pon boleh. Lagi murah dan menjimatkan. Msjid pon ade kat sana. So tak perlu risau. Kalau kat vietnam banyak jugak kedai makanan halal tapi mahal dan mencekik darah. X tahu kenpa tapi maknan je la sebb x kira darurat lagi. SO sekian. 





No comments:

Post a Comment

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.