Skip to main content

Petua Mengubati Cirit Birit

Salam, lame giler aku tak update blog. Sebenarnya nak je aku update, tapi ade sebab la kenapa. Malah nak bising-bising. tapi kalau aku gtaw pon xde nak bising pon sebab tak kuat sound pon kat sini. Hehhee.... Okeh..

Ceritanya bermula camni, hari sabtu lepas aku terkena keracunan makanan yang sangat dasyat demam yang tinggi, muntah-muntah dan masuk toilet berpuluh-puluh kali. Serius tak tipu. Rase macam dah xleh hidup lama. Kesakitan yang teramat sangat. Nasib baiklah ada hamba Allah nie, datang amik aku kat rumah then pergi hantar ke Klinik Ajwa kat Sek 7, Shah Alam. Doktor kat klinik nie baik sangat-sangat, tak rugi bayar mahal dengan layanan yang diberi. Sempatlah kene cucuk di buntut sebab nak masukkan ubat. Dah la Dr perempuan. Adui malunya aku.... Balik terus pengsan. Esok bangun pagi perut masih buat hal, tapi demam ngan rase nak muntah tu dah hilang. Kesakitan yang amat tu buatkan aku semangat buka facebook tanye kawan-kawan tentang ape petua untuk kurangkan sakit nie. Macam2x petua dorang bagi dan semua aku try. Bertapa aku nak sangat sembuh dengan cepat.

Macam2x petua la dorang bagi, suh aku makan nie, makan tu. So aku pon tak tahu dah mane satu yang menyembuhkan sakit perut aku tu. So kalau korang nak cube, cube la semua.

Antara petua-petuanya ialah:-

  1. Minum Air Teh O tanpa gula. Pahit la maksudnya. Minum satu gelas bagi pekat punyer. Ade yang kate guna Kopi pon boleh tapi belum cube lagi. TETAPI kan, Doktor cakap, kalau korang ade muntah jangan minun TEH, NESCAFE dan KOPI sebab die akan menyebabkan korang makin teruk muntah.
  2. Minum air tepung, tak pasti bayak mane tepung, maybe sesudu kot. Kalau banyak-banyak nanti cam nak buat lempeng plak. Lepas masukan tepung, biarkan die mendapkan seketika kemudian minum. Rasa camne, Allahualam. Kalau x nak ade rasa, just tutup hidung ketat2x.
  3. Dr juga yang bagi petua, minum air 100 PLUS campur ngan air masak ngan nisbah 1:1. Maksudnya, air 100PLUS separuh, air masak separuh sampai penuh satu cup. Nak minum satu botol pon boleh. Ini adalah alternatif kalau korang x nak pergi klinik, sebab kalau pergi Dr akan bg air garam. So lebih kurang same jer khasiat die.
  4. Last skali makan Habatus Sawda, bende nie bagus untuk diet. Dalam al-Quran pon ade sebut. Kalau susah nak dapat, cube la yang kat atas nie.

PESANAN: kalau melarat pergi jumpe Doktor pakar sebab dorang lagi arif, mane tahu koarang ade penyakit lain. So selamat mencube. 

Sebelum orang salah faham. hahaha.... Nie bukan gambar aku tengah 'melabur' dalam semak@rumput ea. Aduii.. hahahahah... HAMPEH..


Disebabkan sakit perut, burn tiket balik Terengganu, miss my hometown nak mampus. tapi bila balik bosan nak mampus. Walaupun gambar xde kene-mengena tapi setiap post mesti ade gambar, barulah warna-warni.

Comments

  1. haha tahu xpe.
    ape da setiap post ada gambar tu yg ada link la between tcerita dgn gambar. aiyak. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... ang mesti ingat aku ngah melaburkan. hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...