Politik Harta Pusaka


Salam, hari nie aku cakap pasal politik sikit.... korang dengar lah bila orang yang tak minat politik bercakap mengenai politik. Tapi aku menyampah giler dengan orang yang bajet tahu semua, hari-hari cakap pasal politik tapi belakang-belakang jer. Kalau depan-depan semua tutup mulut.

First korang tengok dulu video bawah nie.




Korang buat la penilaian. Dan aku pasti hampir 90% daripada penyokong kerajaan dan pembangkang mempunyai pendapat yang berlainan. Fakta:-

Penyokong kerajaan: For sure akan menyalahkan pelajar yang wat demonstrasi tu.... termasuk menghemburkan kata-kata maki hamun.

Pembangkang: For sure akan menyalahkan pihak polis yang menghalang demonstrasi tu.... termasuk menghemburkan kata-kata maki hamun.

Dan bila korang baca statement aku kat atas, dan korang akan maki aku sekali.
Sekali lagi aku nak cakap, aku memang tak minat politik. Tapi selalu jadi pendengar bila budak rumah aku asyik cakap pasal politik je dalam rumah aku sejak kebelakangan nie. Of course semua pembakang, xde sorang pon lagi setakat nie aku dengar dari mulut dorang yang bersetuju dengan kerajaan.

Aku bukan sokong mane-mane tapi aku menyampah bila aku nampak seorang tu terlalu taksub dengan sebuah parti politik dan asyik cakap kebaikan satu politik tu dan memburukan parti politik lain. AKu tak cakap pembangkang atau penyokong kerajaan but semua same.

Susah nak jumpa orang yang betul-betul profesional dalam berpolitik. Aku respek giler ustazah kelas CTU553 aku sebab banyak bende yg die cakap tu betul. Jangan disebabkan kite benci, semua yang baik kita nampak buruk.

Aku tak suke politik yang pertaruhkan agama. UMNO dengan cara UMNO, baru-baru nie dengan kes hudud. Buat video sembang rakyat marapu habes. Macam x pernah belajar agama. Dan pembangkang dengan perangai dorang. AKu x nak mention sebab pembangkang bukan 1 tapi banyak.

Aku tak salahkan pemerintah(Negara & Negeri), tapi kadang ade jugak salahnya. Tapi aku menyampah dengan penikutnya yang taksub melampau sehingga sanggup mengadai maruah. Nak tegur orang, tapi tak betul, kluar kata-kata perkauman, mencaci maki orang. Aku bukan lah perfect bagus, tapi nie pandangan aku.

Mengenai video kat atas, aku memang x sokong pelajar tu dan aku juga tak sokong pihak polis tu. yang pelajar tu plak, so taksub sangat ngan politik kenapa? belajar tinggi-tinggi then buat demonstrasi jalanan kat tempat awam. Sape yang cari pasal dulu? Ko buat replika keranda macam keranda kristian punyer then ko letak gambar PM kat situ, tak ke menghina namanya tu. So ape korang dapat sekarang? PM tu tak tergugat sikit pon, korang pulak bersakit-sakit sampai dah nazak.

Yang polis pulak, aduiii... tahu la ade kuase. Yang nak belasah orang sampai nak rak tu kenape. Melayu sama melayu kot. Buat malu kat kaum lain jer.. aduii....

Tolong la jadi profesional dalam berpolitik. Jangan jadi politik tu sebagai harta pusaka pulak. maksud aku, ko sokong parti tu sebab dah turun temurun keluarga ko sokong parti tu. lepas tu hari-hari ko disuap cerita-cerita baik jer, dan buruk semua pasal parti lain. Then ko bajet ko tahu semua. bende yang betul pon ko akan nampak tak betul, bende baik pon ko akan nampak buruk jer.

Minta maaf kalau ade sape yang makan cili di awal tahun baru nie, ko tanggung la pedasnya. Sekian.....

Comments

  1. Satu pandangan yang amat bijak.

    Mungkin mung bole cakap pasal politik melalui pandangan dan amatan mung. :)

    Idea-idea mung memang bernas Pak Wang. Aku setuju. Ramai yang taksub dan susah nak cari yang rasional.

    Harap mung banyak lagi tulis pasal politik ni. Aku tau mung dok suke, tapi pandangan mung ni bernas. Mung teruskan je macam tu. Usah peduli orang yang taksub. :)

    Mana tahu mungkin pandangan mung boleh merubah cara mereka. Politik tu luas bukan sekadar parti politik.

    Teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  2. Maseh Hadi sebab baca dan komen...

    Banyak plak typo, tak perasan sebab terus publish...

    Btw, siyes aku meluat giler ngan pelajar yg taksub ngan politik.

    Kalau yg dah bekerja tu xpe la, sebab cari makan sendiri...

    Nak tegur pon, belum cukup ilmu lagi, so sini la tempatnya. hehehee

    ReplyDelete
  3. Bagi aku kalau nak berpolitik tu aku tak kisah,
    asalkan rasional dan tak taksub. sanggup terima kritkan dan sanggup menghormati hak yang lain.

    kalau nak berpolitik sampai abaikan pelajaran lingkup study pun bagi aku aku tak kisah sebab tu pilihan yang dia buat dan dia sendiri tanggung kalau kena buang. tapi kalau boleh tak nak la macam ni nampak sangat kau tak kompeten sebab tak boleh nak imbangi kehidupan.

    like you said taksub is not good. to be politically aware yes is support be be mature think wisely. to participate pun i tak halang tapi again i like to emphasis that be mature.

    bagus actually kalau student aware in politics cause politics is in our daily life and it involve current issues. tapi again i'm repeating mature and bare the consequences.

    tak pak wang, dalam proses pembelajaran ni kita tak perlu la nak tunggu ilmu cukup sebab sampai mati pun ilmu tu tak akan pernah cukup, yang penting rasional dan jangan over :)

    ReplyDelete
  4. sangat setuju!
    xsuka jugak org yg duk sbok menangkan parti politik dye jek,ps2 duk maki hamun sana sini..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @Hadi: Thanks for ur advices. Betul... tapi kalo jadi golongan minority nie, ssah gak sebab bila cakap, dorang je betul. Lagi2 kawan, kalau bende settle setakat tu je xpe, takut nanti bawak sampai berhari-hari tak tegur. Nie la yg dikatakan profesional bagi dorang. hehehe

    @munirah: Yes, nak berpolitik ok.. tapi nak cakap org nie berdosa sebab tak wat cmni wat camtu, tapi keluar kata-kata kesat. Diri sendiri dapat dosa x sedar... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts