Award Dari Cik Tom



Salam, i got award fom Cik Tom
Terima Kasih Banyak kepada orangnya
Kalau nak kenal ngan Cik Tom alias Tomato Gurl nie
singgah la di
http://tomatogurlslife.blogspot.com/

Bile sebut pasal Cik Tom...,
Mr Money mesti teringat ade seorang peniaga kat area rumah Mr money yang namanye pon Cik Tom. Kalau tanya budak-budak kat kampung tu, mesti kenal ngan Cik Tom. Sebab kedai Cik Tom nie famous giler. Budak-budak suka pergi sebab kedai Cik TOm jual macam barang mainan dan makanan ringan untuk budak-budak. Tyme Mr Money budak-budak dulu pon, selalu la pergi kedai Cik Tom nie. Mak bagi duit wat pergi sekolah, tapi selalu simpan duit tu sebab nak beli kat Kedai Cik TOM. Yang paling best, tyme-tyme bulan puasa, Cik TOM nie la pembekal mercun kat kampong tu. Nak mercun apa, semua ada. Sekarang mr Money dah tak pergi kedai tu sebab dah besar kan. Tapi Mr Money still ingat kat Cik TOm tu. hehehe.... bukan secret admire ye, lagipon Cik Tom tu dah Kahwin. Hehehe

I want give this award to...
Bulan puasa macam nie tak baik kedekut.
Jadi Mr Money nak sedekahkan award nie kat mereka yang bernama
1-Tyra Sajaa
2-Nisah
3-Hanan
4-Iqa
5-Faradiba
6-Atikah Seri

Yang len kalau nak pon boleh,
tak perlu malu. Mr Money nak bagi kat semua
tapi malas nak taip nama sorang2... :)

Akan Ku Cipta Seperti Apa Yang Aku Lihat

Baru-baru nie, ops tak baru sangat la. Aku & the geng pergi ke Putrajaya untuk settlekan hal berkaitan biasiswa kitorang. Untuk pengetahuan anda semua, inilah kali pertama aku menjejakan kaki di Putrajaya. Bak kata orang T'ganu, "Darak Ngoh Mung Nie". Bersyukur jugak la. Kalau tak kerana masalah biasiswa tu belum tahu lagi bila aku dapat menjejaki kaki ke Putrajaya. Silap-silap langsung tak pergi.



Semangat kitorang bertolak dari Shah Alam, selepas habis je kelas pagi pukul 11.30, terus ke Putrajaya. Alhamdulillah urusan berkaitan biasiswa tu sekejap je, so settle semua tu kitorang pon lepak la Alamanda jap. Nama cam best tapi tempatnya biasa je aku tengok. Macam mall biasa, 'pandangan ikhlas dari seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam'.



Lepas lepak pusing-pusing Putrajaya tu, kitorang singgah Masjid Besi kat area Putrajaya. Kawan aku la yang beria-ria ajak aku. Cantik la, best la, unik la. Tak henti-henti duk bercerita dalam kereta. Aku pon gambarkanlah macam mana cantiknya masjid tu. Tengah syok duk berimiginasi, tetiba sampai la depan Masjid Besi tu. Memang terpelosok ala terpeleok semua imiginasi aku kerana apa yang aku bayangkan langsung tak sama ngan apa yang aku lihat.



Cantik nyeeeeeee........... Betul ke nie masjid? Tengok dari luar dah tak percaya, lagikan bila masuk dalam masjid tu. Dan macam istana dalan filem hindustan dah. Tapi masjid nie 10x ganda lebih cantik. Hehehe...... Sebelum amik wuduk, kitorang merayau-rayau dulu dalam masjid tu. kalau boleh semua sudut dalam masjid tu ada bekas tapak kaki kitorang.



Kepada sesiapa yang pernah pergi mesti taw bertapa cantiknya Masjid Besi kat Putrajaya nie kan? Harap-harap, lepas aku grade nanti, aku akan cipta sesuatu yang unik dan berseni macam masjid nie. Paling aku bangga, keunikan dan kesenian yang diagungkan ini merupakan salah satu seni bina yang berkonsepkan keislaman. Tambah-tambah ia merupakan sebuah rumah ibadat bagi orang Islam. So ,"Akan Ku Cipta macam Apa Yang Aku Lihat". Tunggu....

Arigatogozaimas, Aku dapat Berbuka Di Oversea

Salam buat semua, wah cam gempak je tajuk post aku kali nie. Yahoo... ari nie aku & the geng dapat berbuka di UiTM International Centre bersama pelajar Jepun, German, Indonesia dan Arab. Tapi buakn kat oversea pon, kat Malaysia je, dalam UiTM Shah Alam. Program nie diberi nama Let's Cooking sebab sebelum berbuka kitorang kene masak sekali ngan foreigner makanan dari negara iorang. Macam-macam makanan ada, contohnya sushi, samosa, gado-gado, tempura, bubur lambuk dan bermacam-macam lagi.

Sempat juga aku merasa macam mana cara nak buat sushi. Rupanya xde la susah sangat. Cuma kena pandai gulung je. Kalau tak menjadi pon, rasanya sama je cuma tak cantik la sikit. Tapi sushi yang aku gulung tadi boleh kata perfect la. Hahaha.... Nasib baik puasa, kalau tak habis satu gulung tu aku kedarah. Aku nie memang gile sushi. Tapi tadi sempat makan sikit je, habis sembahyang maghrib tengok makanan yang dorang masak tadi sume dah hampir tinggal saki baki. Sempat juga la aku makan satu dua. Yang bestnye ialah makanan dari Malaysia iaitu Bubur Lambuk. pergh.... Lain dari yang lain wa cakap lu. Memang best ar. First time makan bubur lambuk sesedap tadi.



Siyes syok blaja buat sushi. Semua dapat try tadi.
Dah la yang ajar tu aweks cun dari Jepun.
Bertambah-tambah syok la jawabnya.
Hehehe.....


Nie pulak student German. Apa nama masakan dorang aku tak pasti.
Yang pasti ala-ala lempeng gitu ar, tapi dorang letak buah apple kat dalam tu.
Macam best gak ar, tapi aku tak sempat rase sebab dah habis.
Maklumlah, dorang nie bukan berpuasa.
Sambil masak, sambil makan.


Nie pulak dari Saudi Arabia.
Masakan dorang ialah Samosa, tapi samosa dorang nie pelik sikit.
aku nengok macam karipap, tadi rasa pon macam karipap.
Mungkin kat negara dorang panggil samosa tapi kita panggil karipap.


Nie pulak geng indon.
Dorang masak gado-gado... ala yang macam nasi himpit tu..
aku tak makan pon sebab cam bese je. hehehe....
tapi aweks dorang cun, hahaha...


Nie la Sushi Yang kitorang buat tu.
Camna, boleh buka kedai tak?
Tapi yang tak cantik nie bukan aku yang buat.
Yang aku buat xde lam gambar nie sebab dorang dah makan habis,
sedap sangat agaknya sushi yang aku buat. hahaha...
(Penipuan di bulan Puasa)


Nie pulak gambar aweks jepun ngah goreng tempura.
macam-macam tempura ada. Udang, labu, sayur....
Boleh tahan sedap rasa masakan dorang nie.


lepas makan makanan yang foreigner masak tadi.
Kitorang makan nasi minyak pulak.
Wah, nama program let's cooking,
tapi dah jadi let's eating la plak.
Erkkk... kenyang2x..

Apa Jenis Makhluk Ini? Part 2

Salam semua, disebabkan rasa ingin tahu membuak-buak pasal Salleh Gregor nie aku pon membusykan diri aku search pasal Makhluk Aneh ini. Famous la plak makhluk nie. Kadang-kadang tension gak aku ngan makhluk nie, nama die dah la sama ngan bapak aku. Mencemarkan nama Salleh je. Makhluk oh makhluk. Apa nak jadi ngan kau nie?

Kat bawah nie ada beberapa gambar yang dicopek oleh blog-blog dan laman sesawang yang aku terjah. Sorry sebab ambil tanpa kebenaran, tapi aku tak ubah watermark korang tu. Hehehe...
Gambar nie di ambil dari blog die, tapi buat masa sekarang blog die telah di private kan sebab takut punya pasal la kot.


Klik Untuk pembesaran

Benci betul die ngan orang Melayu... Kenapa & Mengapa aku pon x tahu. Mungkin ini cara yang diajar oleh mak bapak mereka dari kecik. Tapi nak menunding jari kat orang lain susah jugak. Yang Pastinya Salah Makhluk nie!!

http://2.bp.blogspot.com/_BGF6L2VNuiw/TGt_wsJcNPI/AAAAAAAAAv4/_LX7CmNf8ew/s1600/Salleh+Gregor+Samsa+Party.jpg

nie pulak gambar gambar yang diperolehi dari blog die. Siyes macam pasti gay. Mungkin die nie penganut ajaran sesat kot. Spesis Ayah Pin, Kahar and the geng.



Nie Pulak gambar markas dorang buat keje x berpedah.
Alahai, ramai pulak geng-geng makhluk nie. Nampak muka macam Melayu je semua.
Berubah la Oiii!!!!!!!



Antara 3 orang dalam gambar tu salah sorang ialah Salleh Otak 'gegor' nie.
Tapi tak pasti yang mana satu. Rasa-rasa yang gemuk tu kot. Wah, hensem la sangat. Kalau tak jadi Melayu pon xpe. Kat tangan pulak pegang botol arak. Alahai Si Makhluk nie. Sesat SESAT!!!

Apa jenis Makhluk Ini?

http://1.bp.blogspot.com/_m8j9f9q1ZqU/TGngU1VibXI/AAAAAAAAAU8/-K3rRKxoSCY/s1600/Salleh-Gregor-Samsa1.jpg
Sila Klik Kanan & view image untuk pembesaran

MasyaAllah, apa nak jadi ngan dunia sekarang?
Terkejut gila bila baca statement makhluk kat atas nie. Kalau betul die tak puasa kenapa nak maki-maki orang yang berpuasa. Sungguh hina makhluk tersebut. Bukan setakat sorang je, malah geng-geng die sekali pon terlibat sama. Ingat nak tolong nasihat tapi dorang pon 2 x 5. Tak dapat aku bayangkan macam mana kehidupan makhluk-makhluk kat atas nie. Boleh die main-mainkan salah satu rukun Islam. Paling menyedihkan, makhluk nie sama agama ngan aku walaupun hanya pada sekeping i/c. Minta-minta makhluk nie cepat bertaubat sebelum terlambat.

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita



Hahaha............. kalau korang baca entry aku kali nie mesti pelikkan? Nak marah ade, nak gelak pon ade. Aku pon sama bila mula-mula terjumpa benda alah nie kat page facebook sape ntah. So aku pon google la. Dan Hasilnya.....

------------------------------

Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America

Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... di petik dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah strees tu ....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

----------------------------------------
So, mengikut kajian tu macam betul jer? Jadi kepada golongan wanita yang rasa agak stress kat luar sana tu, pergi la cium ketiak lelaki. Paling mujarab ketiak lelaki yang x mandi 2, 3,4 hari berturut-turut. Bukan setakat hilang stress, hilang nyawa skali. Hahaha.........

Perarakan panji-Panji FKA

Mentang-mentang dah tranfomasi dengan template baru, rasa rajin la plak nak buat entry baru. Dulu suram je. Blog pon dah bersawang habis. Hari nie aku nak cerita pasal kami budak-budak Fakulti Kejuruteraan Awam terlibat dengan perbarisan Sukan Antara Fakulti. Bukan rela hati yea, tapi terpaksa. Dah nama pon terpaksa so kmitmen yang diberikan pon ala kadar je. Latihan selama 9 hari, 3 kali je aku datang. Hahaha....... Alhamdulillah semua dah berjaya buat lintas hormat di Stadium UiTM Shah Alam pada 6/8/2010 ari tu. Dan alhamdulillah juga kitorang dapat tak dapat tempat pon. Hahahaha.......... Padam muka, dah komitmen pon ala kadar segera macam mana nak menang.

Tapi yang bestnye, kitorang lepak-lepak sambil ambil gambar. Orang bagi ucapan kat depan, kitorang kat tengah padang sibuk ber'posing'. Dah satu group mat and mek photogenic. Selagi tak penuh memory camera tu, lagi la dorang amik. Aku pon x terkecuali. Santap la gambar kat bawah nie, dah upload banyak-banyak takut tak tertengok plak.



Kat atas nie, gambar geng 3 sekawan. Actually ada lagi sorang, tapi tak kawad. Duduk kat tepi je tengok. Ni la geng-geng yang gila bergambar, hampir ke semua gambar malam tu ade muka dorang. Hahaha........ Dorang nak sangat amik gambar ngan aku, maklumlah artis terkenal. Hahaha.... Jangan marah erk geng 3 serangkai, ops tertinggal lagi sorang, 4 serangkai.



Nie pulak gambar-gambar budak Part 2 Ec220. Posing tak maw-maw walaupun kekalahan sudah ternyata di tangan kami. hahaha.... Janji seronok.



Nie pulak gambar aku ngan member lama. Aku ngan dia kenal sejak form 3 agi tapi nie first time kitorang jumpe. Die nie budak law, kecil molek orangnya. Tapi kitorang hanya kawan ye. Pengosip-pengosip kat luar tu, jagan pandai-pandai buat cerita. Hahaha...



Beruang kat atas tu ialah maskot bagi Fakulti mana ntah. Saja nak enter frame dalam gambar aku. Sila faham ngan statement tersebut, bukan aku yg nak amik gambar ngan die tapi die yang tumpang glamour aku. Hahahahaha.................. Sila setuju.

Budak Baru Belajar Kini Berwajah Baru



Wohoo...... Dah Lama kan aku tak update blog nie dengan cerita-cerita baru. Asyik contest-contest. So, sekarang selamat tinggal dunia contest-mengontest. Hari nie nak cerita dengan perubahan mendadak pada blog "Budak Baru Belajar". Siapa perasan, cepat bagi tahu kat aku? Hehehe.........

"Budak Baru Belajar" kini dengan template baru. Hasil design daripada Budak Nakal. Cayalah bro, serius smart. Memang aku berpuas hati ar ngan perkhidmatan yang diberikan. Kalau korang nak belajar macam mana nak upgrade blog korang, bolehlah singgah kat blog Budak Nakal kerana bermacam-macam tutorial dan widget-widget baru yang korang boleh dapat dari sana. Design memang lain dari yang lain.



Muka aku ngan kartun kat header tu sama tak? Hehehe.......... Semacam kan? All created by Budak Nakal. Dulu selalu sangat aku tukar template blog aku, tapi sekarang siyes aku berpuas hati. Maybe dah boleh remove sume folder-folder template blog kat dalam lappy aku.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.