Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Award Dari Cik Tom

Salam, i got award fom Cik Tom Terima Kasih Banyak kepada orangnya Kalau nak kenal ngan Cik Tom alias Tomato Gurl nie singgah la di http://tomatogurlslife.blogspot.com/ Bile sebut pasal Cik Tom..., Mr Money mesti teringat ade seorang peniaga kat area rumah Mr money yang namanye pon Cik Tom. Kalau tanya budak-budak kat kampung tu, mesti kenal ngan Cik Tom. Sebab kedai Cik Tom nie famous giler. Budak-budak suka pergi sebab kedai Cik TOm jual macam barang mainan dan makanan ringan untuk budak-budak. Tyme Mr Money budak-budak dulu pon, selalu la pergi kedai Cik Tom nie. Mak bagi duit wat pergi sekolah, tapi selalu simpan duit tu sebab nak beli kat Kedai Cik TOM. Yang paling best, tyme-tyme bulan puasa, Cik TOM nie la pembekal mercun kat kampong tu. Nak mercun apa, semua ada. Sekarang mr Money dah tak pergi kedai tu sebab dah besar kan. Tapi Mr Money still ingat kat Cik TOm tu. hehehe.... bukan secret admire ye, lagipon Cik Tom tu dah Kahwin. Hehehe I want give this award to... Bulan puas...

Akan Ku Cipta Seperti Apa Yang Aku Lihat

Baru-baru nie, ops tak baru sangat la. Aku & the geng pergi ke Putrajaya untuk settlekan hal berkaitan biasiswa kitorang. Untuk pengetahuan anda semua, inilah kali pertama aku menjejakan kaki di Putrajaya. Bak kata orang T'ganu, "Darak Ngoh Mung Nie". Bersyukur jugak la. Kalau tak kerana masalah biasiswa tu belum tahu lagi bila aku dapat menjejaki kaki ke Putrajaya. Silap-silap langsung tak pergi. Semangat kitorang bertolak dari Shah Alam, selepas habis je kelas pagi pukul 11.30, terus ke Putrajaya. Alhamdulillah urusan berkaitan biasiswa tu sekejap je, so settle semua tu kitorang pon lepak la Alamanda jap. Nama cam best tapi tempatnya biasa je aku tengok. Macam mall biasa, 'pandangan ikhlas dari seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam'. Lepas lepak pusing-pusing Putrajaya tu, kitorang singgah Masjid Besi kat area Putrajaya. Kawan aku la yang beria-ria ajak aku. Cantik la, best la, unik la. Tak henti-henti duk bercerita dalam kereta. Aku pon gambarkanlah mac...

Arigatogozaimas, Aku dapat Berbuka Di Oversea

Salam buat semua, wah cam gempak je tajuk post aku kali nie. Yahoo... ari nie aku & the geng dapat berbuka di UiTM International Centre bersama pelajar Jepun, German, Indonesia dan Arab. Tapi buakn kat oversea pon, kat Malaysia je, dalam UiTM Shah Alam. Program nie diberi nama Let's Cooking sebab sebelum berbuka kitorang kene masak sekali ngan foreigner makanan dari negara iorang. Macam-macam makanan ada, contohnya sushi, samosa, gado-gado, tempura, bubur lambuk dan bermacam-macam lagi. Sempat juga aku merasa macam mana cara nak buat sushi. Rupanya xde la susah sangat. Cuma kena pandai gulung je. Kalau tak menjadi pon, rasanya sama je cuma tak cantik la sikit. Tapi sushi yang aku gulung tadi boleh kata perfect la. Hahaha.... Nasib baik puasa, kalau tak habis satu gulung tu aku kedarah. Aku nie memang gile sushi. Tapi tadi sempat makan sikit je, habis sembahyang maghrib tengok makanan yang dorang masak tadi sume dah hampir tinggal saki baki. Sempat juga la aku makan satu dua. Ya...

Apa Jenis Makhluk Ini? Part 2

Salam semua, disebabkan rasa ingin tahu membuak-buak pasal Salleh Gregor nie aku pon membusykan diri aku search pasal Makhluk Aneh ini. Famous la plak makhluk nie. Kadang-kadang tension gak aku ngan makhluk nie, nama die dah la sama ngan bapak aku. Mencemarkan nama Salleh je. Makhluk oh makhluk. Apa nak jadi ngan kau nie? Kat bawah nie ada beberapa gambar yang dicopek oleh blog-blog dan laman sesawang yang aku terjah. Sorry sebab ambil tanpa kebenaran, tapi aku tak ubah watermark korang tu. Hehehe... Gambar nie di ambil dari blog die, tapi buat masa sekarang blog die telah di private kan sebab takut punya pasal la kot. Klik Untuk pembesaran Benci betul die ngan orang Melayu... Kenapa & Mengapa aku pon x tahu. Mungkin ini cara yang diajar oleh mak bapak mereka dari kecik. Tapi nak menunding jari kat orang lain susah jugak. Yang Pastinya Salah Makhluk nie!! nie pulak gambar gambar yang diperolehi dari blog die. Siyes macam pasti gay. Mungkin die nie penganut ajaran sesat kot. Spesis ...

Apa jenis Makhluk Ini?

Sila Klik Kanan & view image untuk pembesaran MasyaAllah, apa nak jadi ngan dunia sekarang? Terkejut gila bila baca statement makhluk kat atas nie. Kalau betul die tak puasa kenapa nak maki-maki orang yang berpuasa. Sungguh hina makhluk tersebut. Bukan setakat sorang je, malah geng-geng die sekali pon terlibat sama. Ingat nak tolong nasihat tapi dorang pon 2 x 5. Tak dapat aku bayangkan macam mana kehidupan makhluk-makhluk kat atas nie. Boleh die main-mainkan salah satu rukun Islam. Paling menyedihkan, makhluk nie sama agama ngan aku walaupun hanya pada sekeping i/c. Minta-minta makhluk nie cepat bertaubat sebelum terlambat.

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita

Hahaha............. kalau korang baca entry aku kali nie mesti pelikkan? Nak marah ade, nak gelak pon ade. Aku pon sama bila mula-mula terjumpa benda alah nie kat page facebook sape ntah. So aku pon google la. Dan Hasilnya..... ------------------------------ Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas b...

Perarakan panji-Panji FKA

Mentang-mentang dah tranfomasi dengan template baru, rasa rajin la plak nak buat entry baru. Dulu suram je. Blog pon dah bersawang habis. Hari nie aku nak cerita pasal kami budak-budak Fakulti Kejuruteraan Awam terlibat dengan perbarisan Sukan Antara Fakulti. Bukan rela hati yea, tapi terpaksa. Dah nama pon terpaksa so kmitmen yang diberikan pon ala kadar je. Latihan selama 9 hari, 3 kali je aku datang. Hahaha....... Alhamdulillah semua dah berjaya buat lintas hormat di Stadium UiTM Shah Alam pada 6/8/2010 ari tu. Dan alhamdulillah juga kitorang dapat tak dapat tempat pon. Hahahaha.......... Padam muka, dah komitmen pon ala kadar segera macam mana nak menang. Tapi yang bestnye, kitorang lepak-lepak sambil ambil gambar. Orang bagi ucapan kat depan, kitorang kat tengah padang sibuk ber'posing'. Dah satu group mat and mek photogenic. Selagi tak penuh memory camera tu, lagi la dorang amik. Aku pon x terkecuali. Santap la gambar kat bawah nie, dah upload banyak-banyak takut tak tert...

Budak Baru Belajar Kini Berwajah Baru

Wohoo...... Dah Lama kan aku tak update blog nie dengan cerita-cerita baru. Asyik contest-contest. So, sekarang selamat tinggal dunia contest-mengontest. Hari nie nak cerita dengan perubahan mendadak pada blog "Budak Baru Belajar". Siapa perasan, cepat bagi tahu kat aku? Hehehe......... "Budak Baru Belajar" kini dengan template baru. Hasil design daripada Budak Nakal . Cayalah bro, serius smart. Memang aku berpuas hati ar ngan perkhidmatan yang diberikan. Kalau korang nak belajar macam mana nak upgrade blog korang, bolehlah singgah kat blog Budak Nakal kerana bermacam-macam tutorial dan widget-widget baru yang korang boleh dapat dari sana. Design memang lain dari yang lain. Muka aku ngan kartun kat header tu sama tak? Hehehe.......... Semacam kan? All created by Budak Nakal . Dulu selalu sangat aku tukar template blog aku, tapi sekarang siyes aku berpuas hati. Maybe dah boleh remove sume folder-folder template blog kat dalam lappy aku.