Skip to main content

Posts

Backpacking Trip ke Jepun Hari ke-3 & ke-4

Salam. Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 trip kitorang ke Jepun. Malas giler weh naik menaip. Sebelum aku makin malas dan makin melupakan trip ni jadi aku kena gigihkan juga supaya next time senang aku nak recall balik dengan baca balik post kat blog aku. Salah seorang pembaca setia blog aku ialah aku sendiri. Hahaha.... Untuk hari ke-3, tempat pertama yang kitorang tuju ialah ialah Arashiyama Bamboo Groove. Ikutkan kitorang plan nak naik romantic train one way ke Arashiyama tapi train beroperasi bermula pukul 9 pagi. Pukul 8 pagi kitorang dah sampai stesen Arashiyama so malas nak menunggu jadi kitorang terus ke Hutan Buloh Arashiyama ni. Dari stesen Arashiyama kena amik bas untuk ke kawasan ni sebab boleh tahan jauh kalau nak menapak. Tambang bas dah include dalam KTP so naik je tanpa perlu bayar. Bagi aku tempat ni macam overrated skit. Macam xde benda sangat pon. Hutan buloh ni pon xde la besar mana pon. Dah la berdekatan dengan kawasan perkuburan.  Selain dari tarikan hu...

Backpacking Trip ke Jepun Hari Pertama & ke-2 (Download Itinerari)

Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lama kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha... Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke Osaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pu...

Travel Buddies From Hell

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai berjumpa lagi kita dalam post terbaru. Haha.... Okay entry ni bukan pasal sambungan citer di New Zealand.  Just nak citer pengalaman aku travel dengan travel buddies dari 'Neraka'. Hahaha.... Actually xde la dari neraka mana pon. Saje nak bergurau kasar sikit. Padahal dorang ni actually kawan aku jugak. Disebabkan pengalaman bersama dorang ni la membuatkan aku fikir banyak kali nak travel dengan strangers atau yang baru berjinak-jinak nak berjalan. Lain orang, lain minat. So kadang-kadang minat dorang tu mungkin tak ngam dengan apa yang korang minat. Honestly, aku nie ialah seorang yang minat dengan tarikan alam semula jadi dan bangunan yang menarik. Benda paling aku tak suka ialah tempat-tempat sejarah macam museum dan lain-lain. Tapi kalau tempat sejarah tu lawa, baru la aku minat nak pergi. Hehe.... Lawatan Sambil Belajar What The Fish 1st Pengalaman aku masa pergi Jeju tahun 2014. Masa permulaan trip ni sepatutnya aku per...

Senarai Kedai Makanan Halal di Seoul, Korea

Salam, since tadi aku ade nampak orang tanya mengenai makanan Halal di Seoul, Korea. So kat sini aku ade listkan 15 kedai makanan Halal selain dari di Itaewon sebab memang ramai tahu kedai makanan Halal paling banyak ialah kat Itaewon. Lepas ni xde la ko nak kena pergi ke Itaewon je kalau nak cari makanan halal. Tapi actually, list kat bawah ni bukan aku yang buat. Aku dapat dari kawan aku. So aku tak sure sapa punya. If owner dia ade baca, boleh bagi tahu, nanti aku creditkan. :) Siapa yang download itinerari yang aku share tu memang aku dah include senarai kedai makanan halal ni. So rajin-rajin la download. 1. Yoogane (nasi goreng)  Myeondong Station exit #7 ... jalan sampai main road myeongdong tu... nampak Migliore kat belah kiri..jalan sampai junction yg ade Nature Republic besar kat belah kiri... turun right .. jalan terus sampai first junction belah kiri... masuk junction belah kiri tu...jalan terus, nanti nampak kedai ni kat belah kiri... signboard kaler kunin...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-7 & Ke-8

Assalamualikum dan salam sejahtera.... Sambungan untuk har seterusnya walaupun aku macam dah ingat-ingat lupa pasal trip aku hari tu sebab banyak sangat benda nak fikir kebelakangan ini. Dengan projek tak siap-siap, report dissertation yang xde progress. Haha.... Tetapi disebabkan ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita ini, so terpaksa la aku teruskan. Cewah. Haha.... Hari ke-7, lepas balik dari Hooker Valley semalam, malam tu memang aku tidur je sebab penat. Esoknya after breakfast kitorang terus check out sebab nak singgah ke Tasman Valley plak dan terus gerak ke Lake Tekapo untuk bermalam kat sana selama 1 malam. Actually, dalam plan aku xde pon nak ke Tasman Valley ni. Tapi semalam masa borak ngan Mamat Australia ngan Korea yang tumpangkan aku semalam, terus rasa macam nak pergi jugak situ sebab gambar yang dorang tunjuk kat aku boleh tahan jugak lawa. So esok tu dalam pukul 8.30 pagi kitorang terus gerak ke Tasman valley. Jarak Tasman valley dari YHA Guesthouse ni dalam ...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-5 & Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Sambungan untuk hari ke-5 dan seterusnya. Ikutkan plan asal, hari ni nak ke Mildford Sound. Memang dari Malaysia aku dah terbayang-bayang naik boat kat Mildford Sound ni. Amik gambar dengan view yang stunning giler. Siap terbayang nak update kat blog. Haha.... Tapi apakan daya travelmate tak nak pergi. So nak sedapkan harti aku pon terima je la alasan yang diberikan sebab penat main ski semalam. Kecewa giler hidup bila impian tak jadi kenyataan. Actually, aku ingat nak amik pakej je ke Mildford Sound ni, tapi malam semalam time aku nak pergi tanya kat kaunter hostel tu, staff situ gtaw kaunter utk nak tanya pasal pakej dah tutup. Pukul 7 pagi esok baru buka. Memang tak sempat la sebab trip ke Mildford ni gerak awal pagi. Kecewaaaaaaa....... So hari ni aku just pusing pekan Queenstown je sorang diri untuk mengubat hati yang duka lara. Dah berapa kali pusing dah. Haha... Tapi hari ni aku pusing lama sikit sebab aku memang tak de benda nak bua...

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-3 & Ke-4

  TRIP BAJET KE NEW ZEALAND Assalamualikum dan salam sejahtera. Sambungan untuk hari ke-3 plak. Untuk hari ke-3 ni aku ke The Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat main ski kat wilayah Otago  contohnya The Remarkcables, The Coronet Peak, The Treble Cone, dan Cadrona. Tapi paling dekat ngan Queenstown ialah The Coronet Peak. Semua tempat ski ni kat atas bukit, so jalan nak ke tempat ski ni boleh tahan macam ular kena palu.  Pagi ni kitorang awal la jugak. Lepak masak brekfast ngan makanan untuk lunch kitorang terus gerak keluar. Nak pergi The Coronet Peak ni guna waze je. Sampai Coronet Peak, lepak kejap kat situ sambil tengok orang main snow sebab esok kitorang akan main ski jugak tapi kat Cadrona. Agak ramai la orang kat sini. Yang menariknya pasal sukan ski ni, bukan setakat orang tua, budak-budak umur 3 tahun boleh main. Dorang ade provide macam nursery supaya mak bapak boleh main dengan tenang sambil anak dorang dijaga di nursery tu. Ta...