Euro Trip - Croatia (Zagreb, Plitvic Lake, Split), Bosnia (Bihac, Mostar, Sarajevo) dan Switzerland (Zurich, Lunterbrunnen, Zermatt).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ada yang request untuk aku sambung cerita trip aku ke euro 3 tahun lepas. So hari ni aku nak sambung balik walaupun aku dah ingat-ingat lupa. Tapi aku dah taip lama sebenarnya, cuma dah lama sangat aku simpan dalam draft. BTW terima kasih pada yang baca blog aku walaupun banyak aku merapu dan typo sana-sini. Hehe... Aku cuba untuk habiskan ketiga-tiga negara terakhir aku pergi dalam entry ni. Gambar pon tak berapa nak lawa sebab aku guna snipping tool dan crop dari instagram aku. Kalau nak tengok gambar lain boleh follow instagram aku. Klik SINI

Dari Budapest kitorang ambil bas awal pagi iaitu pukul 7:30 pagi untuk ke Zagreb. Dari Budapest ke Zagreb tak silap aku ambil masa 4 jam 40 minit dan tiket bas kitorang beli ialan 17 Euro seorang. Nasib baik apartment yang aku book kat Zagreb ni tak jauh dari stesen bas so tak de la penat sangat nak mengangkut beg. Aku book penginapan kat sini melalui Airbnb, satu malam RM181 untuk 3 orang. Rumah memang lawa dan paling best host bagi kitorang check in awal. Lepas check in, kitorang rehat kejap, masak maggi dan keluar jalan-jalan sekitar bandar Zagreb. Sebelum keluar, host bagi map dan bagi tahu lokasi tempat-tempat menarik skitar Zagreb. 

Ikutkan aku dah listkan tempat aku nak pergi kat Zagreb ni tapi lepas dapat map dari host tu, kitorang gerak je mana tempat-tempat menarik sekitar penginapan kitorang. Banyak jugak tempat within walking distance tapi mostly bangunan-bangunan lama. Dalam kesemua bandar yang aku singgah, bagi aku Zagreb ni macam biasa-biasa je. Bukan la tak lawa, tapi bandar lain tu lagi lawa. Kitorang singgah ke Zagreb ni sebab ada agenda lain sebenarnya. Lepas dah pusing, kitorang singgah makan ais krim yang dorang cakap famous giler kat sini. Tak silap aku kedai ais krim tu nama Chocolat 041. Boleh tahan sedap jugak ais krim ni. Aku dah lupa brape harga ais kirm ni tapi tak silap aku tak de la mahal sangat. 



Kitorang pusing bandar Zagreb ni sampai malam. Lepas dinner kitorang balik rumah dan rehat. Kat Zagreb ni aku tak jumpa kedai makan yang certified halal, so kitorang makan di kedai makan yang jual seafoods sahaja. Gigih waiter tu duk promote ikan-ikan bapak besar tapi disebabkan harga macam Yahudi, so kitorang order menu ala carte je. Hahaa..... Owh BTW untuk korang yang nak cari tips di 3 buah negara yang terakhir ni, aku mintak maaf sebab aku tak de buat sebab Zagreb ni kitorang singgah kejap je dan negara lepas ni pon negara Islam, so agak senang untuk travel.



Esoknya, awal pagi kitorang naik grab untuk ke Panorama Hotel untuk ambil kereta sewa. Kitorang sewa kereta selama 2 hari. Pick up di Zagreb dan drop di Sarajevo. Harga kereta sewa ni tak silap aku agak mahal la jugak. Dalam RM2000 lebih untuk kereta Volkswagen Polo. Teringat kejadian kat sana yang aku baru perasan lesen aku dah expired. Tapi nasib baik masa aku ambil kereta tu, staff tu tak perasan dan nasib baik jugak yang dia tolong register second driver tanpa sebarang charge. Masa kat sana, kitorang gilir-gilir drive tapi banyak kawan aku yang drive sebab aku bawak kereta macam haram. Kawan aku risau takut mati eksiden kat negara orang kot. Hahaa..... Actually sebab aku tak biasa drive sebelah kiri.

Lepas pick up kereta, kitorang terus gerak ke destinasi yang aku paling tunggu-tunggu sepanjang trip ni iaitu Plitvic Lake. Plitvic lake ni ialah sebuah National Park yang dipenuhi dengan air terjun yang bertingkat-tingat. Siapa singgah Zagreb memang wajib pergi sini. Sumpah lawa giler nak mampus. Dari Zagreb ke Plitvic ambil masa lebih kurang 2 jam bersamaan 131km. Jangan lupa sediakan duit untuk tol. Total tol tak silap aku RM127 untuk sampai ke Plitvic Lake. 

Kebetulan masa kitorang sampai Plitvic, salji tengah turun. So memang sejuk giler. Dah la salji bercampur hujan. Masa sampai tu kitorang singgah cafe minum coffe kejap sebab kawan aku bagi tahu yang kawan dia dari Bosnia nak join sekali. Gigih kawan dia dari Bosnia datang Croatia. Mentang-mentang negara dorang sebelah-sebelah je. Mudzahid ngan Hafeez ni kenal masa dorang belajar kat Mesir dulu sekali dengan Bro Mikloc Kovac. Lepas dah jumpa tu kitorang terus masuk ke Plitvic Lake. Waktu ni cuma route B je yang buka. Tiket masuk ialah 55Kuna. Kebiasaannya, untuk habiskan route B ni akan ambil masa 3 ke 4 jam tapi kami habiskan dalam masa 2 jam je sebab Bro Mudzahid ni ajak kitorang ke lagi satu tempat die Bosnia yang lawa. Tapi memang puas hati aku dapat singgah Plitvic ni. Air kat sini memang clear sesangat sampai ko boleh nampak ikan salmon tengah berenang. Air terjun pon memang lawa. Ade yang rendah dan ade yang setinggi-tinggi sampai ko kena mendonggak. Aku tak dapat nak gambar bertapa lawanya kalau tengok sendiri depan mata. Memang aku sangat-sangat recommend tempat ni.


Lepas ke Plitvic, kitorang ke Bihac di Bosnia untuk ke Štrbački buk Waterfall. Dari Plitvic ni ambil masa lebih kurang 2 jam tak silap aku dan kena melalui imigresen. Sebelum ni memang tak de lalu imigresen langsung.

Štrbački buk ni agak kedalam sikit. 7km sebelum sampai ke waterfall ni, korang kena lalu haul road. Nasib baik kereta sewa. Sungai yang mengalir dari air terjun ni merupakan pemisah antara dua negara iaitu Croatia dan Bosnia. So kalau ko berenang ke seberang terus sampai negara sebelah. Haha.... Air terjun sini pon sumpah lawa giler. Cumanya masa kitorang sampai ni dah nak gelap. So singgah kejap je. Dah la waktu gelap-gelap tu kitorang bertiga je kat dalam hutan tu. Bro Mudzahid bagi tahu kat situ ada banyak beruang liar dan baru beberapa hari lepas ada orang mati kena makan ngan beruang. Haha.... Buat kerja giler betul. Lepas ke sini Mudzahid bawak kitorang makan malam. Die order makanan banyak giler macam seminggu tak makan. Thanks Bro Mudzahid sebab sponsor makan malam kitorang di Bihac. Lepas makan dia bawak kitorang pusing area Bihac pulak. Kat Bihac ni ramai illegal immigrant datang dari India yang masuk bekerja secara haram. Yang mati kena makan beruang tu pon orang dia jugak sebab gara-gara nak sembunyi dari polis.

Lepas tu kitorang berdua balik ke Croatia balik dan bermalam di Rastoke. Aku ingat entry ni nak buat pendek. Mak aih, terpanjang pulak. So cukup kot Croatia. Haha...

Štrbački buk. Actually waktu ni dah gelap. Tapi hasil editing buat gambar ni nampak cerah. hehe

Esok awal pagi kitorang keluar awal untuk ke Split. Sebelum tu singgah kejap kat Rastoke untuk bergambar. Aku rasa keputusan kitorang untuk ke Split ni adalah benda paling bodoh. Dah la jauh jauh pastu tak de ape best pon kat sana kalau nak singgah kejap. Masa kitorang nak ke split ni banyak pulak laluan yang tutup. Kitorang terpaksa lalu jalan yang jauh. Aku pon pelik kenapa aku masukan Split ni dalam itinerari. Dari Rastoke ke Split ambil masa 4 jam lebih. Kitorang singgah kejap je lepas tu ke Mostar. Dari split ke Mostar ni amik masa lebih kurang 2 jam. 


Kat Mostar ni memang kitorang target untuk ke jambatan yang famous tu je. Waktu sampai ni tak ramai sangat orang dan kedai pon banyak tak buka. Kalau korang nak beli souvenir, aku suggest korang beli kat sini sebab harga FM tak mahal sangat. 5 Euro boleh dapat 6 ketul. Lepas ke Mostar, malam tu jugak kami gerak ke Sarajevo. Nasib baik la kawan aku ni driver yang pro. Jalan dari Mostar nak ke Sarajevo memang seram giler. Dah la malam. Lampu jalan pon tak de. Sampai di Sarajevo, kitorang drop beg di rumah sewa, hantar kereta sewa dan terus gerak cari kedai makan sebab kami tak makan dari pagi tadi. Ingat nak makan kat Mostar, tapi kedai banyak sangat tutup. Dalam banyak-banyak negara kitorang singgah, Sarajevo paling sejuk. Sampai ketulang sejuk. Malam ni kitorang tak buat apa-apa aktivi sangat, lepas makan terus balik rumah. Lagi pon aku tengok bandar dorang ni tak happening sangat bila malam. Maybe sebab sejuk kot.


Esok pagi kitorang jalan-jalan sekitar Bandar Sarajevo. Aku pon tak ingat ape tempat kitorang singgah. Tapi paling popular ialah Bascarsija. Tak ade ape sangat pon sebenarnya sebab kami keluar ni pon terlalu awal dan kedai pon banyak tak buka. Bascarsija ni macam shopping street dan banyak kedai-kedai makan dan kedai barangan kulit. Tapi berhati-hati sikit kat sini sebab aku baca review ramai yang kata sini banyak pick pocket. Untuk makan tengahari, kitorang beli ayam di pasar raya dan balik masak di rumah. Petang pulak Hafeez ajak jumpa kawan dia lagi sorang. Aku lupa apa nama kawan Hafeez yang ni. Kawan dia yang ni bawak kitorang pusing Bascarsija ni lagi skali pastu dia bawak ke tanah perkuburan mangsa perang Bosnia. Banyak yang dia cerita pasal sejarah bosnia. Tapi disebabkan dorang ni borak dalam Bahasa Arab, so sepatah pon aku tak faham. Hahaa....


2 malam kami di Sarajevo dan esoknya kami fly ke negara terakhir iaitu Switzerland. Yahoo... tak sabar balik Malaysia. Tapi kat Switzerland ni kami stay selama 5 hari. So lama lagi la balik Malaysia. Haha... Dari Sarajevo kami amik flight ke Zurich. Plan asal ingat nak ke London tapi flight dari Sarajevo akan transit di negara yang kami pernah pergi so kami tukar route ke Swiss. 

Swiss ni negara paling mahal aku pernah pergi. Semua benda mahal. Makanan, penginapan dan pengangkutan semua mahal. Masa sampai sana dah nak malam so kitorang terus cari kedai makan. Makan malam ikan salmon dengan nasi sebesar penumbuk tambah sayur campur. Ambil sepinggan share berdua. Harga Yahudi Swiss ni. Kena 31.8CHF. Terpaksa la makan sebab dah seharian tak makan. Dalam flight Croatia Airlines dia bagi biskut je 2x terbang. Lepas makan terus gerak ke Sihlau untuk ke penginapan kami. Untuk hari pertama ni kitorang tak beli transport pass. Tiket untuk sehala ke Sihlau pon mahal giler babeng. Untuk 3 hari seterusnya kami beli transport pass di Klook dengan harga almost RM1000. 

Rumah kat Sihlau ni agak jauh dari train station sebab betul-betul kena menapak dan ada unsur-unsur mendaki dari station. Ada la dalam 800m. Rumah persendirian yang mungkin owner sewakan waktu dia tak ada kot.

"Rumah agak nice walaupun jauh. Ni angkara nak cari rumah murah punya pasal. Ni rumah harga paling murah kat Swiss RM200 semalam. Kalau nak complain memang hanya bab alas cadar je. Kurang bersih. Sekaligus markah untuk rumah ni merudum sebab dah jatuh tak selesa. Habis gatal-gatal badan aku tidur angkara alas cadar dan selimut yang tak berganti, tau-tau ada hama. Spoil sikit bila dah kena gatal-gatal waktu berjalan."

View awal pagi di Sihlau Station

Disebabkan gatal-gatal ni sampai kitorang terpaksa tidur kat ruang tamu. Dah la sejuk giler. Hari kedua kami gerak ke Zermatt. Zermatt ni boleh tahan jauh dari Zurich. Disebabkan kami malas nak pindah randah, so kami pergi balik hari je dengan menaiki train. Sepanjang jalan nak sampai ke Zermatt tu permandangan memang lawa habaq hang! Patut la orang cakap Swiss ni ibarat syurga kat dunia. Zermatt ni salah satu puncak tertinggi di Swiss. Kat sini ada satu gunung yang famous iaitu Matterhorn. Kalau korang perhati logo coklat Toblerone, korang akan nampak gunung ni la. Otw nak ke Zermatt ada staff train offer kat kitorang pakej untuk ke Gonergrat Station dari Zermatt. Disebabkan kitorang ada beli Swiss Pass, so harga tiket ke Gonergrat ni jadi separuh harga iaitu CHF38. Malas dah nak cerita, korang tengok gambar je la. 




Hari seterusnya pulak kitorang pindah ke Launterbrunnen dan bermalam kat sana selama 1 malam.  Tapi pagi tu kitorang pusing-pusing sekitar Zurich dulu. Waktu ni cuaca mendung dan gerimis. Nak jalan pon tak best sebab kesejukan. Lepas lunch di Zurich, kami terus gerak ke Lunterbrunnen. Punya la nak cari penginapan yang murah tapi bongok pergi tempah rumah jauh dalam hutan. Menapak bawak beg berat nak mampus almost 1.5km. Dah la kena mendaki bukit. Haha.... Memang pengalaman betul. Berpeluh lecak sebelum nak sampai rumah. Tapi view sepanjang jalan nak sampai rumah tu memang superb lawa. Dikelilingi gunung ganang dan air terjun. Siapa yang pernah sampai Lunterbrunnen mesti tahu bertapa lawanya tempat ni. Kitorang sampai sini dah nak malam.  So malam tu kitorang berehat je sebab apa je boleh buat dalam hutan.  


Esoknya awal pagi kitorang keluar jalan-jalan sekitar rumah sewa kitorang. Semalam masa nak sampai tu tak nampak sangat permandangan sekitar sebab dah nak malam tapi pagi ni tengok memang lawa giler. Rasa macam nak duk situ lama sikit. Buka pintu je terus nampak air terjun dan owner rumah tu ada bela alpaka. Rasa macam duduk kat alam bunian. Hahaa..... Yang kelakarnya masa nak check out, host tu bagi tahu ade laluan short cut untuk ke bas station. Terasa nak maki diri sendiri sebab host tu ada bagi video jalan short cut ke rumah die sebelum aku sampai situ tapi aku tak tengok. Aku punya penat semalam tak hilang lagi. Haha.....

Lepas dah check out, kitorang plan nak ke Jungfrau tapi waktu ni cuaca mendung so kitorang tukar plan untuk ke Murren. Untuk ke Murren ni korang cuma perlu naik cable car je dari Lunterbrunnen. Mula-mula kitorang ingat cable car ni tak include dalam Swiss Pass, tapi bila tanya dorang cakap dah include skali. Ramai yang suggest pergi ke Jungfrau tapi lepas dah bincang antara kitorang, kitorang skip ke sana. Maybe nak kena datang lagi kot lepas ni. Permandangan dari Murren ni pon dah lawa giler. Sepatutnya boleh naik tinggi lagi sampai ke Schilthorn. Tak silap aku Schilthorn ni tempat pergambaran filem James Bond tahun bila ntah. Tapi waktu kami sampai ni, cable car nak naik ke Schilthorn tutup sebab maintenance.


Lepas ke Murren kitorang balik Zurich balik sebab esoknya kitorang dah nak balik Malaysia. Masa kat Zurich tu sempat jalan kejap sebab kawan aku nak beli souvenir. Kat Swiss ni paling penat sebab kitorang banyak pindah randah dan kena angkut beg berat nak mampus. Padahal kalau fikir balik better tinggal je kat locker di Zurich HB Main Station sebab kitorang memang akan transit situ untuk pergi mana-mana. Esoknya awal pagi flight kitorang balik ke Malaysia. Alhamdulillah, habis jugak cerita Euro Trip ni. Padahal dah pergi 3 tahun lepas. Hahaha.... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts