So hari ni aku just pusing pekan Queenstown je sorang diri untuk mengubat hati yang duka lara. Dah berapa kali pusing dah. Haha... Tapi hari ni aku pusing lama sikit sebab aku memang tak de benda nak buat. Semua ceruk kat Pekan Queenstown tu aku pergi. Dan masa second day kat sana, aku ade terjumpa satu beg kecil dalam tu ade macam-macam kad kepunyaan sorang perempuan dari Mexico. Petang tu aku pergi balai polis untuk serahkan beg yang aku terjumpa tu. Actually masa jumpa tu aku dah pergi balai polis, tapi tutup. Nak hantar hari lain busy sebab berjalan sakan. Hari ni pon still lagi tutup, cuma masa aku nak blah tu, ternampak sorang pegawai polis tengah rushing nak pergi mana ntah, pastu aku bagi je kat die.
Lepas tu aku pergi kedai kebab, beli kebab sebijik then lepak makan kat Queenstown Park. Kedai kebab ni dalam food court sebuah mall. Aku lupa apa nama mall tu. Tapi tak susah pon nak cari sebab aku tengok macam situ satu je kedai kebab yang ade. Actually dua tapi dekat2 tu jugak. Ada satu kedai burger yg famous kat sini iaitu Ferg Burger. Ramai giler orang, sampai beratur kat luar kedai. Setiap masa pulak tu. Tapi sayang tak certified HALAL. So mampu tengok je la. Tak tahu la apa yang sedap sangat. Masa jumpa sorang Chinese Malaysia kat Lake Tekapo, dia cakap rasa boleh tahan sedap tapi ada yang lagi sedap die pernah rasa. Taste masing-masing, aku tak makan memang tak tahu macam mana nak describe. Tapi kebab yang aku beli ni memang THE BEST.
Time ni dah petang, aku pergi kat taman tengok orang main frisbee sambil tunggu sunset. Kat Queenstown Park ade ramai budak-budak muda main frisbee. Yang tua pon ade jugak. Kat celah-celah pokok pines tu ade frisbee target point. Aku pon x tahu macam mana dorang main, tapi aku rasa just baling frisbee tu sampai masuk dalam target point. Sambil tunggu sunset, sambil amik gambar kat pelusuk taman tu. Mengigil makan kebab sorang-sorang menghadap Lake Wakatipu. Permandangan kat sini memang masyaAllah. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan bertapa cantiknya negara NZ ni. Setiap ceruk tempat lawa.
|
Frisbee Target Point |
|
Menatang paling banyak kat tasik di New Zealand. |
|
Gigih aku tunggu sampai malam semata-mata nak amik gambar kat area sini sebab kalau balik hostel sure malas nak keluar balik. |
Sebelum balik hostel, aku singgah satu kedai untuk beli souvenir. Nama kedai ni Budget 123, satu deretan dengan Ferg Burger. Bagi aku souvenir kat sini boleh tahan murah sebab aku tengok kat Auckland mahal giler. Kat Christchurch pon ade jugak satu tapi aku lupa nama ape. Xde benda nak cerita untuk hari ni. So aku proceed je dengan hari seterusnya. Hehe....
Hari ke-6 kitorang gerak ke Mount Cook. Sebelum gerak kitorang masak breakfast dulu untuk bawak bekal ke Mount Cook. Selesai check out pagi tu terus gerak ke Mount Cook tapi singgah Cromwell kejap untuk isi minyak sebabnya semalam aku ade jumpa sorang mamat NZ dia cakap minyak kat New Zealand ni berbeza mengikut tempat. Harga kat Queenstown mahal sikit dari Cromwell. Wanaka pon mahal jugak. Nasib baik Cromwell tu memang satu laluan nak ke Mount Cook dari Queentown. Tapi sayangnya kitorang tak sempat nak ke Wanaka. Ramai cakap yang Wanaka tu best. Banyak jugak tempat menarik kat situ yang aku search sebelum ni. So mesti repeat lagi lepas ni. Hehe....
Otw nak pergi Mount Cook tu, view sepanjang jalan memamg aku tak tahu macam mana nak gambarkan. Memang SubhanaAllah dan MasyaAllah sesangat la lawa. Kitorang berhenti kat few stops untuk ambil gambar. Kalau korang nak ke Mount Cook dari Queenstown, jangan lupa singgah Lindis Pass. View kat sini memang cantik giler baq hang. Tapi sadisnya masa kitorang sampai sini cuaca pagi ni mendung. So langit pon putih je. Semendung hatiku yang x dapat pergi Mildford Sound. Haha.... Xde lagi langit biru macam gambar-gambar sebelum ni. Kecewa tapi still happy sebab lawa. Gigih berenti sebab nak bergambar tengah-tengah jalan macam typical pose wajib buat kat New Zealand. Haha...
|
Lindis Pass. Try google tempat ni. Lawa giler. |
|
Nah aku google satu utk korang. :) |
|
Pose wajib. Hehe.... |
Otw nak ke Mount Cook ni memang aku yang drive sampai sana. Jauh la jugak. Tapi nasib baik view lawa so xde la terasa sangat bosan bawa kereta. Highway kat New Zealand ni kebanyakannya satu lane je dan x banyak kereta. Tapi once ade kereta slow giler depan ko, susah giler nak memotong. Orang cakap kat New Zealand kena bawak hati-hati ikut speed limit. Padahal aku tengok orang kat sana drive xde ikut speed limit pon. Awal-awal tu aku gigih follow singboard brape had laju dibenarkan, last-last kena honk kat orang kampung. Haha... Lepas tu terus drive macam fast & furious kata kaww... Nasib selamat dah sampai Malaysia. :p
Masa sampai Omarama, aku ingat nak stop kat satu tempat ternakan ikan salmon, tapi tak jadi sebabnya biar aku je la simpan. Haha.... Untuk ke Mount Cook ni, akan lalu betul-betul sebelah Lake Pukaki. Lepas je beberapa kilometer lepas simpang nak ke Mount Cook, korang akan nampak Tasik Pukaki ni. Masa aku nampak tasik ni, tergamam kejap sebab lawa giler weh. Aku x tahu nak cakap sebab semua tempat aku dah cakap lawa giler, tapi tasik ni memang lawa giler-giler-giler. Warna tasik ni biru yang lain macam. First time aku tengok tasik yang airnya warna biru yang sangatlah x sama macam warna biru tasik yang aku pernah tengok. Warna tasik ni biru cerah yang pekat macam ko tuang nila + susu dalam tu. Hehe.... Even gambar kat bawah ni pon tak dapat nak gambarkan warna tasik tu. So kitorang brenti kejap kat Peter's Look Out Point then proceed ke Mount Cook. Pasal Lake Pukaki ni next entry aku cerita sebab dah banyak sangat gambar dalam entry ni.
|
Lake Pukaki. |
Dalam pukul 2.30 petang macam tu kitorang sampai di Mount Cook. Time ni salji kat Mount Cook memang sangat banyak dengan hujan pulak tu. Aku mengharapkan snow fall, tapi yang turunnya ialah hujan. Kecewa lagi. haha.... Excited pulak aku tengok kawasan kat Mount Cook ni. Dalam kepala memang tak sabar dah nak masuk Hooker Valley. Tempat yang aku nak sangat pergi selain Mildford Sound yang tak jadi pergi tu. Lepas je check in, simpan beg, lunch kejap dan terus aku mintak kawan aku hantar ke Hooker Valley. Aku masuk melalui White Horse Hill Campsite. Aku tak sure plak kalau ade banyak laluan nak ke Hooker Valley ni. Yang ni pon sebab ade mamat dari Australia bagi tahu. Dia cakap laluan ni paling dekat dengan hostel kitorang.
|
View dari hostel kami menginap. Penuh dengan salji. |
Lepas je sampai Hooker Valley, aku pon gerak sorang-sorang. Kawan aku dah balik hostel sebab dia tak nak join. Dah la aku xde internet, duk terfikir jugak macam mana la aku nak balik nanti sebab kereta kawan aku dah bawak balik. Jarak dari hostel nak ke sini boleh tahan jauh, dalam 4km macam tu. Memang kena hitch hike la balik nanti.
Masa aku masuk ke Hooker Valley ni dah pukul 3.30 petang. Aku sorang je yang masuk time nie. Dah la hujan, langit mendung plak tu. Masa nak masuk tu aku nampak dua orang couple veteren baru keluar dari valley tu. Dalam hati, kalau pak cik ngan mak cik pon mampu trekking dalam ni, tak kan aku tak mampu. Belagak! Haha.... Pastu aku teruskan je sebab memang berkobar-kobar semangat aku nak masuk sini. Teringat pengalaman panjat Hallasan kat Jeju hari tu. Masa dalam 600m pertama tu memang aku tak nampak sorang pon kat laluan valley tu Sampai la aku sampai ke 1st look out point, aku nampak ade 3 orang Chinese dan 3 orang Siamese. Time tu aku dah happy dah sebab ade jugak orang lain yang still kat valley tu. After look out tu, akan nampak Lower Suspension Hooker Bridge. Disebabkan aku nak amik gambar kat bridge tu tanpa ade kelibat manusia lain, so aku cepat-cepat ke situ supaya lagi 6 orang tu x sampai dulu. Kalau tak messti aku penat menunggu dorang amik gambar. Alhamdulillah berjaya potong dorang. Haha....
|
Chinese yang aku jumpa masa kat 1st Look Out Point. |
|
Lower Hooker Suspension Bridge |
Lepas amik gambar aku teruskan lagi perjalanan. Since aku aku masuk ni dah lewat, so aku set alarm untuk 1 jam je aku nak masuk ke dalam, dan 1 jam untuk aku patah balik. Kiranya xde la sampai malam aku kat dalam tu. Permandangan sepanjang laluan Hooker Valley ni memag lawa. Kiri kanan belakang depan semua salji ngan pokok-pokok renet sebab Mount Cook ni adalah puncak tertinggi kat New Zealand. Jadi disebebkan elevation yang tinggi dari paras laut, so pokok-pokok kat area sini pon kiut-kiut je. Tapi paling tak best ialah dah la hujan lepas tu, track licin dan berlecak. Kalau setakat lecak air hujan xpe, ni campur ais yang sejuk beku tu. Kasut aku dah basah abes time tu sebab kasut yang aku pakai ni memang tak sesuai langsung nak jalan atas salji. Patutnya kena pakai crampon kalau nak jalan kat kawasan bersalji. Kaki pon rasa kecut je dalam kasut. Tapi jiwa masih kental nak teruskan.
Alang-alang dah sampai, biar sampai puas. So aku teruskan jugak. Dah jauh kedalam pon, aku masih tak nampak manusia yang sama-sama masuk ke Hooker Valley tu, yang aku nampak ialah ade 2 3 orang yang dah nak keluar. Tu pon jarak antara dorang tu memang agak jauh. After Lower Hooker Bridge aku jumpa Bluff Hooker Suspension Bridger. Since yang tadi Lower dan yang ni Bluff, so aku assume mesti akan ade yang Higher atau Top Bridge. So aku teruskan lagi supaya aku jumpa bridge paling last tu. Sambil berjalan sambil amik gambar. Gambar paling banyak aku amik ialah kat Hooker Valley ni la.
|
Disebabkan xde orang nak amik gambar aku, terpaksa la amik sendiri guna camera besar gedabak. |
|
Bluff Hooker Suspension Bridge. |
Dari jauh boleh dengar air glacier yang mengalir dan angin yang bertiup kat celah-celah gunung tu. Dah la aku sorang-sorang kat laluan tu. Kalau la jadi pape kat aku time tu, memang tak tahu la nak cakap. Aku tengok bongkah-bongkah ais kat tepi gunung tu macam seram giler walaupun nampak cantik dengan color biru kristal. Tetiba teringat movie Everest yang dorang stranded kat puncak sebab ade ribut salji. Dasyat betul imiginasi aku.. haha..... Sebelum sampai bridge paling last, alarm aku dah bunyi tapi aku teruskan jugak sebab aku rasa dah tak jauh dari tempat aku berada sekarang.
Hari makin nak gelap tapi aku teruskan jugak sampai la aku nampak Higher Hooker Suspension Bridge dari jauh. Time tu rasa happy giler sebab rasa macam matlamat dah tercapai. Masa nak cross bridge tu tetiba ade sorang mat saleh melepasi aku. Lepas je sampai hujung bridge tu dia patah balik. Then die pesan kat aku suruh aku jangan balik lewat sangat sebab hari dah nak gelap. Aku cakap, aku just nak melepasi bridge tu pastu balik la sebab hajat aku memang nak sampai higher bridge ni je. Kalau hari tak gelap lagi, memang satu gunung tu aku pusing. haha.... Mula-mula aku ingatkan Hooker valley ni macam satu pusingan, dan sampai ke entrance tu balik kalau aku terus je jalan, tapi mat saleh tu cakap memang kena patah balik guna laluan yang sama atau mungkin kalau terus akan keluar melalui entrance yang lain.
|
Higher Hooker Suspension Bridge. Mat saleh tu la yang pesan suruh aku balik awal. |
Aku terus kan lagi sampai aku lepas jambatan terakhir tu. Then aku bergambar kejap then patah balik. Masa otw balik tu baru aku teringat yang aku tak de kereta nak balik hostel. So dengan harapan aku dapat kejar balik mat saleh tadi dan tumpang die sampai simpang luar then jalan kaki balik hostel. Ko bayangkan masa aku jumpa mat saleh tadi tu dari jambatan terakhir tadi tak de lah jauh sangat, tapi bila aku patah balik nak cari dia, sampai sudah tak jumpa. Padahal aku siap berlari nak kejar die. Time tu memang aku dah cuak abis sebab hari dah nak gelap. Macam mana kalau masa aku keluar tu memang tak de orang kat sepanjang laluan tu? Memang aku kena menapak la balik hostel dalam keadaan suhu sejuk beku dan kasut basah pulak tu.
Masa lari balik tu, aku almost tergelincir. Dah la kiri kanan banyak pokok berduri. Memang tragis jugak la nak ingat kisah aku kat Hooker Valley tu. Tapi aku teruskan jugak dengan berlari anak supaya aku dapat kejar mat saleh tu. Memang penat giler time tu. Dalam suhu sejuk beku tu pon aku boleh berpeluh giler-giler sebab berlari. Kepala dah start berimiginasi bukan-bukan time tu. Aku bayangkan kalau tak jumpa sesiapa kat situ, apa la jadi kat aku? Nak jerit mintak tolong pon macam dah xde orang. Dah jauh giler aku belari tapi masih tak nampak kelibat mat saleh tu. Serious pelik giler.
Nasib baik, lagi 1km nak keluar, aku ternampak kelibat lelaki tengah amik gambar. Aku pon berlari lagi supaya aku dapat kejar lelaki tu. Mat saleh yang aku kejar tadi tu memang langsung tak nampak. Entah manusia entah bunian. Sebab cepat giler dia berjalan. sampaikan aku yang berlari pon x dapat nak kejar.
Sampai je kat Lower Hooker Suspension Bridge tu balik, aku nampak lelaki yang tengah amik gambar tadi sedang berhenti kat situ sebab nak mintak aku amikan gambar die. Time tu aku memang bersyukur giler sebab Allah makbulkan doa aku supaya terjumpa dengan sesiapa masa otw balik tu. Lelaki yang aku jumpa ni dari Korea. Nasib baik la die boleh cakap BI, so senang nak cakap kat dia aku nak tumpang sampai simpang keluar. Tapi kebetulan Mamat Korea ni stay kat satu hostel ngan aku. Satu bilik pulak tu. Memang Allah tolong aku hari tu. Alhamdulillah....
Sebelum balik, Mamat Korea ni nak singgah pergi Tasman Valley dulu. Tapi disebabkan hari dah nak gelap, so dia cuma singgah sampai kat Entrance ke Tasman Valley, then patah balik hostel. Sampai hostel, aku masuk dapur dah makan. Lepas mandi dan terus masuk tidur sebab penat berlari kat Hooker Valley tadi. Tapi tempat ni memang korang wajib datang kalau pergi New Zealand.
|
Gambar ni di ambil oleh Mamat Korea yang tumpangkan aku balik hostel. |
|
Tu la mamat Korea yang aku jumpa. Memang tak de niat pon nak curi-curi amik gambar die. Tetiba nampak gambar die ade dalam gambar ni. |
|
Entrance ke Tasman Valley |
Btw sebelum aku habiskan entry ni aku nak cerita sikit pasal YHA Hostel yang aku stay kat Mount Cook ni. Hostel ni emmang terbaik. Satu malam NZD38. Kemudahan semua lengkap termasuk wifi free. Kitchen, living room, toilet semua terbaik except reception je perangai macam hampeh skit sebab tanya sikit nak marah. Hek eleh....
|
YHA Hostel, Mount Cook. |
nice sharing
ReplyDelete