Skip to main content

Travel Buddies From Hell

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai berjumpa lagi kita dalam post terbaru. Haha.... Okay entry ni bukan pasal sambungan citer di New Zealand.  Just nak citer pengalaman aku travel dengan travel buddies dari 'Neraka'. Hahaha.... Actually xde la dari neraka mana pon. Saje nak bergurau kasar sikit. Padahal dorang ni actually kawan aku jugak. Disebabkan pengalaman bersama dorang ni la membuatkan aku fikir banyak kali nak travel dengan strangers atau yang baru berjinak-jinak nak berjalan.

Lain orang, lain minat. So kadang-kadang minat dorang tu mungkin tak ngam dengan apa yang korang minat. Honestly, aku nie ialah seorang yang minat dengan tarikan alam semula jadi dan bangunan yang menarik. Benda paling aku tak suka ialah tempat-tempat sejarah macam museum dan lain-lain. Tapi kalau tempat sejarah tu lawa, baru la aku minat nak pergi. Hehe....

Lawatan Sambil Belajar What The Fish
1st Pengalaman aku masa pergi Jeju tahun 2014. Masa permulaan trip ni sepatutnya aku pergi berdua je, then last minit lagi 2 orang nak join. Dua orang ni actually pernah join aku masa trip Korea sebelum tu. So sebelum pergi elok je semua. Jenis aku, kalau nak travel, aku akan siapkan itinerari beberapa bulan sebelum travel. Mostly itinerari memang aku sorang je yang buat tapi dengan persetujuan ramai. Let say ade yang nak pergi tempat lain, so aku akan ubah itinerari tu mengikut kesesuaian perjalanan. Itinerari dah siap berbulan-bulan tapi xde orang pon nak complain dan ikut je dengan plan aku. Kadang-kadang bila travel ngan jenis yang okay je semua ni pon tak best jugak sebab macam aku sorang je excited lebih. Hahaa... Bila dah sampai Korea, masa tu la perangai neraka dorang muncul. Tetiba dorang nak singgah segala jenis stadium yang ada kat sana. 1st day dah singgah stadium, tapi esok, lusa, sampai balik pon dorang nak singgah stadium jugak. Habis stadium, pusat sukan dan segala jenis tempat berkaitan ngan sukan mesti dorang nak singgah. Ko ingat ni lawatan sambil belajar? Kebetulan dorang ni budak aliran Sains Sukan, so sebab tu la kot minat sangat ngan stadium. Masalah kalau ko pergi stadium untuk tengok games ke okay jugak, ni sekadar pusing nak tengok padang rumput cantik ke tak. What the fish.. 

Sepanjang trip tu memang aku bengang giler sebab semua tempat yang aku dah plan terpaksa skip sebab nak kena lawat stadium. Ade yang dah sampai tapi terpaksa patah balik dan singgah kejap je. Padahal tempat tu punya la best dan listed as a one of the 7 wonders of the world. Yang jadi masalah sebab kitorang sewa kereta, so nak tak nak memang kena gerak skali. Tapi sebab aku yang plan trip, memang tak de aku nak pergi segala jenis stadium tu. Cumanya serabut sebab nampak je signboard stadium mesti nak suruh singgah. Serabut weh..... Aku ingat lepas dah gerak ke Busan dorang dah xnak cari stadium, tapi sampai je Busan terus mintak nak gerak asing-asing sebab nak pergi cari Stadium. Hahaha..... Lantak ko la kawan, janji tak kacau plan aku. So masa kat busan tu kitorang gerak asing-asing dan dua orang ni pergi la memburu segala jenis stadium yang ada kat Busan. Sampaikan stadium di Universiti dalam bandar Busan pon dorang singgah. Hahaha.....  Macam mana aku tahu? Sebab kitorang stay kat hostel yang sama so bila malam je dorang akan bercerita mana dorang pergi. Punya la bengang aku masa trip ni sampai aku cakap kat dorang mintak kena langgar ngan kereta. Hahaha.... Tapi sepanjang trip tu aku menyesal sebab risau betul-betul jadi. Masa cakap tu tak sedar akibat marah tahap 7 petala langit. :p

Punya la lawa tempat lain, stadium jugak yang ko idamkan. Hahaa..

Travelmateku Lelaki Melayu Terakhir
2nd Pengalaman masa ke New Zealand. Yang trip ni aku pendam dari 1st day trip sampai la balik baru aku lepaskan. Travelmate kali ni aku tak kenal sangat. Just kenal masa trip Korea sebab die tinggal satu homestay ngan aku. So masa pergi New Zealand ni aku ngan dia punya minat yang berbeza. Die ni spesis suka lepak hostel baca buku ngan masak. Kalau masak sedap xpe gak, ni aku jugak kena habiskan. 

Beli tiket beribu riban datang New Zealand semata-mata nak baca novel, buang tebiat ke ape? New Zealand tu punya la cantik tapi sehari dapat pergi dua tempat je. What the fish. Time ni pon masalah yang sama sebab kitorang sewa kereta. Aku rasa masalah ni mostly berlaku bila ada sewa kereta sebab dah gaduh ko kena jugak follow each other. So terpaksa la ikut je. Kebetulan masa awal ni trip ni pon banyak die yang plan sebab aku dah cakap awal nak jadi follower je. Tapi sebelum pergi tu ade la jugak kitorang jumpa bincang pasal trip. Sebelum pergi tu nampak macam best je. Tapi masa pergi sana baru sedar travel dengan sorang lagi spesis travel buddy from hell lagi sekali. Haha.... Sebab tu la aku tak de upload gambar travel buddy aku sepanjang dan setelepas trip ke NZ. Yang tahu tu tahu la.

Bagi aku kalau ko nak baca novel baik ko pergi sewa hotel kat Malaysia je pastu lepak la dalam tu lama mana ko nak. Aku datang jauh-jauh nak duk dalam bilik je buat ape. Pastu yang xleh blah jenis mood swing. Tiap kali pagi mesti mood swing kalah perempuan period. Aku tanya kadang jawab kadang x jawab. Rasa macam travel ngan tunggul kayu. Time dia baca novel rasa mati kutu xde orang nak borak. Haha... Dah la kitorang share internet, so terpaksa ikut die ke hulu ke hilir sebab nak dapat wifi connection.  Aku pernah mintak simcard tu dari dia tapi tak bagi. Haishhh berbulu je masa tu.

Yang aku paling bengang bila aku tak dapat pergi Mildford Sound sebab die xnak pergi. Xkan la aku nak drive sorang-sorag dari Queenstown. Pastu setiap kali nak proceed ke bandar lain mesti rushing sebab dia risau kalau katil double decker belah bawah dah penuh. Selama aku travel, tak pernah plak aku kisah pasal katil bagai ni sebab bagi aku hostel ni tempat untuk tido je sekejap je time malam. Aku lagi fokus kat mana nak pergi lepas ni dan next day. Nasib baik la New Zealand lawa giler. Sejuk je mata memandang tengok permandangan kat sana. 

Masa travel tu duk sibuk cerita yang die bergaduh ngan colleagues die, coursemate die, groupmate die la. So ko rasa kalau jenis gaduh ngan semua orang ni, salah ko sendiri ke salah sape? Haha..... Banyak lagi la actually pasal travelmate sorang ni tapi malas nak cerita. Tapi yang aku respek die ni sebab die ni memang seorang well planner kalau bab duit. Dia akan cari alternatif yang paling murah skali untuk travel. Maklumlah budak akaun. Hehe....


Btw fren, thanks la sebab amikan gambar aku walaupun awal-awal tu macam teragak-agak. Padahal suruh amik gambar je pon.

Bagi aku, travel buddies memang memainkan peranan yang penting untuk keseronokan sepanjang trip. Salah pilih memang merana la ko sepanjang trip. Nasib baik la tak de kes ampai bertumbuk. Haha..... Dorang ni actually xde la jahat pon. Kan aku cakap tadi aku sekadar nak exaggerate ala-ala girlfriendku dari neraka. Haha... Alhamdulillah, kitorang masih berkawan tapi mungkin tak kan travel skali lagi dah kot.

Sape ade pengalaman lebih kurang atau lagi teruk dari aku boleh share kat bawah.




Comments

  1. Salam bro,betol sangat travelmates kena best dan sekepale dengan kita, kalau x..memang jadi kureng trip kita

    Saya pun ada pengalaman begini masa travel, yang buat hal sorang je tapi effect jugak lah, dia memang dah berumur sikit tapi makcik2 saya yg baya dia elok je enjoy, dia bising2 sepanjang perjalanan, memang la nak pergi tempat lawa nun jauh 4jam perjalanan

    Sepanjang dalam kereta dia bising je.. Mane x peneng.. Dia cakap tak sabar nak balik Malaysia..haha kami senyap je lah..cousin terbawak laju udah kena saman.. Lagi la dia bising sebab kena bayar saman walaupun share 10 orang

    Sekarang ni dia ada tanya.. Tak nak ke pergi melancong lagi.. Kami senyap je la walaupun kitorang dah beli tiket

    Bagi saya, kalau nak pergi travel.. Biarlah orang yg betol2 ada passion nak melancong baru pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, yup betul tu.. Kadang2 tak kisah pon mana dorg nak pergi sebab sama2 la bertolak ansur tp kalau asyik nak ikut die je balik pergi thru agen. Haha... Sebelum trip elok je semua okay tp sampai sana terus buat kepala. hehe... so bertabahlah dpt travelmates mcm ni.

      Delete
  2. Saya punya pengalaman, belum pun pergi travel lagi dah buat hal. Ingatkan bila nak travel dgn kawan baik, semuanya 'baik' la. Cerita bermula bila kami plan nak pergi ke Bali. Tapi tiket x beli lagi. Agaknya sebab tiket x beli lagi, dia mula pusing cerita dengan saya "oh jom kita g Kuching/Bangkok/Pangkor". Apekebenda la kau ni x fokus. Saya tawar hati dan menanamkan azam xnak travel dengan dia walaupun memang bestie ni, huhu.

    Sekarang saya travel dengan kawan lain yang bukan taraf kawan baik saya pun. Tapi sebab ngam bila travelling sama-sama punya pasal, dah dua tahun saya travel dengan dia ni je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. Better travel ngan kawan tak rapat sangat dr yg betul2 rapat. Pengalaman x best bnyak dgn kwn rapat and dorg ni mudah tacig. hehe

      Delete
  3. Travel buddies ku bukan kategori from hell.. tapi from kelab sukan jalan kaki hahahaha... bestie ku jugak dunia akhirat.. well planned, budget travel, pastu segala ceruk tempat make sure dapat jejak kaki even sekadar check in check out. Dia punye extreme tu, menapak dari satu tempat ke satu tempat sampai tapak kaki dah kebas dan tak terasa ada kaki yang tersangkut kat bawah tu hahaha... bejalan lah engko selagi mampu.. kalo penat.. jalan jugak.. sweet memory betul!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...