Skip to main content

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-7 & Ke-8

Assalamualikum dan salam sejahtera.... Sambungan untuk har seterusnya walaupun aku macam dah ingat-ingat lupa pasal trip aku hari tu sebab banyak sangat benda nak fikir kebelakangan ini. Dengan projek tak siap-siap, report dissertation yang xde progress. Haha.... Tetapi disebabkan ramai yang ternanti-nanti sambungan cerita ini, so terpaksa la aku teruskan. Cewah. Haha....

Hari ke-7, lepas balik dari Hooker Valley semalam, malam tu memang aku tidur je sebab penat. Esoknya after breakfast kitorang terus check out sebab nak singgah ke Tasman Valley plak dan terus gerak ke Lake Tekapo untuk bermalam kat sana selama 1 malam. Actually, dalam plan aku xde pon nak ke Tasman Valley ni. Tapi semalam masa borak ngan Mamat Australia ngan Korea yang tumpangkan aku semalam, terus rasa macam nak pergi jugak situ sebab gambar yang dorang tunjuk kat aku boleh tahan jugak lawa. So esok tu dalam pukul 8.30 pagi kitorang terus gerak ke Tasman valley. Jarak Tasman valley dari YHA Guesthouse ni dalam 5km macam tu. Sepanjang jalan penuh dengan salji. Jalan raya pon boleh tahan licin sebab ade tompokan salji.
Nampak macam landai tapi sebenarnya banyak naik anak tangga.

Tangga-tangga kayu macam naik Halasan dulu. Nasib yang ni tak tinggi sangat.

Track untuk Tasman Valley ni xde la panjang sangat macam Hooker Valley. Nak sampai ke check point last iaitu Glacier Look Out Point tu pon dalam 25 minit je dah boleh sampai. View kat sini pon boleh tahan cantik. Cumanya track kat Tasman valley ni banyak mendaki sikit. Dah la track licin, pastu kiri kanan penuh ngan pokok berduri. Ade a few tempat yang korang boleh singgah kat sini, salah satunya Blue Pool. Tapi masa aku sampai ni Pool tu xde la blue mana pon. Keruh semacam je aku tengok. So aku just ke tempat nak tengok glacier ni je then terus balik. Actually korang boleh turun sampai bawah tempat glacier tu. Tapi aku tahu lepas aku balik Malaysia dah, lepas aku tengok orang post gambar kat instagram. Menyesal plak tak turun sampai bawah amik gambar duduk atas bongkas ais. hehe...
 
Bongkah-bongkah ais. Korang boleh je nak turun sampai bawah tu tapi x silap ade jalan lain ke situ.

Kuar dari Tasman Valley tu, kitorang stop kejap tepi jalan untuk amik gambar. Permandangan kat sini memang lawa giler habaq hang. Aku rasa macam setaip entry pasal New Zealand ni mesti aku cakap pasal "Permandangan lawa giler habaq hang" ni. Hahah.... Seriously memang lawa, tak caya tengok gambar bawah ni. Dah la kat New Zealand ni, kenderaan atas jalan boleh kira. Selama kata sana aku tak jumpa lagi traffic jem macamkat Bandar KL. Cuma kat Queenstown je kejap waktu orang balik keje. Tu pon xde lama lama sangat. Otw nak balik tu, ternampak sorang Minat France ngah tahan kereta untuk hitch-hike. Since kitorang berdua je, so kami tumpangkan dia sebab dia pon nak ke Lake Tekapo jugak.

Biri-biri yang dilepaskan kat kawan terbuka. Tapi baru nak pergi dekat dah lari semua.


Dalam kereta tu duk berbual la ngan minah ni. Rupanya dah sebulan lebih dia kat sini. Sepanjang trip tu memang dia hitch hike je. Memang jimat banyak la aku rasa sebab tak perlu bayar sewa kereta dan public transport langsung. Dan dia cakap, sepanjang dia hitch hike tu, paling lama dia menunggu dalam 20 minit macam tu je. Nampak sangat memang New Zealand ni memang mesra hitch hiker. Salah satu benda aku nak try dalam hidup aku ialah travel dengan cara macam ni. InshaAllah satu hari nanti. Hehe..... Sebelum sampai ke Lake Tekapo tu, ade la jugak kitorang singgah kat beberapa tempat untuk ambil gambar. Kalau boleh sepanjang jalan tu nak berenti. Haha....
Lake Pukaki.

Bye-bye Mount Cook.

Sampai je Lake Takapo kitorang terus check in kat Tailor Made Backpackers Hostel. Satu malam berhara NZD36. Penginapan kitorang kat sini pon berkonsepkan dorm iaitu 8 orang sebilik. Selain dorm, ade jugak bilik couple. Yang menariknya hostel ni ialah macam rumah ala-ala homestay, siap ade bela ayam, arnab dan kucing. So kalau bosan-bosan korang boleh main ngan binatang-binatang ni. Lepas check in kitorang masak untuk makan tengahari. Makanan yang kitorang masak ni adalah barang-barang yang kitorang beli masa kat Queenstown hari tu. Cukup la untuk buat bekal sampai hari ke hari ni.

Kadang rabbit ngan ayam. Rabbit tu besar giler. 1st time ak tengok rabbit besar tu.

Tailor Made Backpackers Hotel. Cantik!
Lepas lunch rehat kejap, then petang tu kononnya nak pergi panjat Mount John. Dah drive sampai sana last-last member aku tak nak naik. Disebabkan kitorang drive ke sana satu kereta, terpaksa la aku cancel hajat nak panjat Mount John sebab takkan aku nak balik jalan kaki plak nanti. hehe..... So petang tu kitorang just pusing-pusing amik angin je kat LakeTekapo. Actually sebelum aku keluar petang tu, kitorang jumpa dengan a Chinese, Cress dari Malaysia yang dah dua hari kat Lake Tekapo untuk buat aktiviti star gazing. Malangnya dia cakap malam sebelum tu milky way tak berape nak nampak sebab cuaca tak berapa nak elok dan banyak awan. Malam tu kitorang plan untuk join die ke tasik utk star gazing.

Lake Tekapo. Tenang je duk sini. Tapi macam nak beku sebab sejuk.
 
 
Church yang jadi landmark kat Lake Tekapo. Kalau singgah sini kira wajib la bergambar kat sini. Haha....

Lepas dinner kitorang keluar. Cress ni memang milky way hunter kot sebab dengar die explain pasal benda-benda meteorology ni mcm expert giler. Lebih kurang pukul 9 malam macam tu kitorang keluar tapi time tu terlalu banyak light pollution so kitorang decide untuk datang balik pukul 2.30 pagi.  Time tu ade minah dari German join sekali sebab die pon dah beberapa hari kat Lake Tekapo nak hunting milky way tapi masih tak tercapai sebab cuaca tak berapa nak elok. Cress stay, cuma kitorang ngah minah German tu je yang balik sebab x tahan sejuk. Ko bayangkan suhu malam tu -3 degree celcius.

Pengalaman star gazing kat negara orang. Kat negara sendiri tak pernah nak buat. Haha...


Gambar ni jgn percaya sebab aku edit. Hahaa....
Balik tidur then pukul 2.30 pagi kitorang pergi kat tasik tu balik. Mengigil keluar kereta. Cress masih ada lagi kat situ. Macam mana la dia boleh tahan menunggu dalam cuaca yang sejuk melampau macam tu. Bayangkan camera dan tikar yang dia hampar atas rumput tu pon semua dah frost. Menunggu lebih kurang satu sejam, then kitorang terus balik sebab malam tu bulan cerah sangat dan milky way pon berapa nak nampak. Bintang banyak la jugak. Antara Pengalaman yang menarik dalam hidup aku yang pernah aku rasai. Sempat la jugak snap beberapa gambar sebelum balik.

Esok tu lepas je sarapan, kitorang terus gerak ke Arthur's Pass sebab perjalanan nak ke Arthur's Pass ni boleh tahan jauh. Sebelum gerak tu kitorang isi minyak dulu kat Pekan Lake Tekapo. Sepanjang jalan nak ke Arthur's Pass ni memang lawa. Cumanya kitorang tak banyak berhenti sebab nak cepat sampai. Sebelum sampai ke Arthur's Pass, kitorang singgah di Castle Hill kejap. Castle Hill ni satu laluan je dari Lake Tekapo ke Arthur's Pass. Ni salah satu tempat yang aku memang nak sangat pergi. Dari Malaysia duk cari nama tempat ni lepas aku tengok orang post gambar kat instagam. Ramai jugak orang singgah sini. Nak ke batu-batu besar ni kena menapak dalam 500 meter jugak. Masa kitorang sampai ni, langit sedikit mendung so gambar x berape nak lawa. hehe.. Macam mana pon still rasa puas hati sebab dapat sampai. Lepas puas amik gambar then terus gerak ke Arthur's Pass.

Jenuh menapak nak ke batu tu. Ade dua side, sebelah kiri batu die lebih kecik berbading dalam gambar atas ni.


Cantk kan? So mesti singgah sini.




Masa sampai di Arthur's Pass, hujan renyai-ranyai turun membasahi bumi. Dah la suhu sejuk giler. Aku mengharapkan snow fall tapi hujan jugak yang turun. Maybe suhu tak cukup sejuk lagi untuk air hujan tukar jadi snow. So petang tu after check in kat Mountain House, kitorang tak pergi memana sebab kuar kejap tapi hujan turun makin lebat. Tidur je la kat bilik sampai lepak kat hostel main internet. Mountain House ni ialah salah satu daripada YHA Hostel jugak. Harga satu malam 31NZD tak silap aku. Masa kat sini, cuma ade 5 orang guest je. Dah la kawasan pedalaman. Sunyi sepi hostel. Nasib selesa dan cantik. Hehe...



Hari ke 8, after je breakfast, kitorang gerak ke Devil's Punchbowl Waterfall. Air terjun ni tak jauh pon dari hostel kitorang. Dari jalan raya pon dah boleh nampak air terjun ni. Tapi still kena masuk hutan untuk sampai ke air terjun. Lebih kurang 15 ke 20 minit dah boleh sampai ke air terjun. Hutan kat sini punya la lawa sampaikan setiap sudut aku nak amik gambar. Permandangan dalam hutan lebih kurang macam Mossy forest kat Gunung Irau. Tapi aku rasa sini lagi lawa kot sebab ak pon x pernah sampai lagi gunung irau tu. Hehe... Sampai kat air terjun memang terpukau giler-giler.
 
 
 
 
 

Aku rasa ni adalah air terjun paling lawa aku pernah tergok. Tak tahu macam mana nak cakap. Korang mesti kena datang sini tenagok sendiri yang mata korang. Otw nak balik tu, aku terjumpa satu patung kuda with attached note. Sebalik note tu ade gambar seorang perempuan yang dah meninggal. Family die tinggalkan kuda tu bersama note tu sebagai wakil bagi diri dia yang semasa hidup nak sangat ke tempat tu. Sedih dan terharu baca note tu sebab sanggup family die datang kat semua tempat-tempat yang anak die teringin nak pergi untuk penuhi impian anak die.



Tuan blog nak masuk gambar. Tp serabai giler sbb dah seminggu lebih x shave. haha....
Lepas ke air terjun, kitorang terus check out dan gerak ke chrischurch. Sampai di christchurch dah petang. jadi kitorang tak pergi memana hari tu sebab minyak kereta pon dah nak habis so kitorang just rehatkan diri je hari tu sebab kitorang ade 2 hari lagi di Christchurch. Di Christchurch ni kitorang menginap di Kiwi House. Satu malam NZD25. Boleh tahan okay, cumanya masa aku pergi ni dorang duk buat majlis sambuatn hari jadi kat kitchen so nak masak pon x selesa. Serabut giler.Actually ade dua Kiwi House kat Christchurch. Lagi satu macam besar sikit tapi receiption situ cakap yang kat kitorang menginap ni lagi selesa sebab tak ramai orang. Kedudukan Kiwi House ni dekat jugak la ngan Bandar Christchurch, so senang nak jalan kaki je kalau nak ke tempat-tempat menarik sekitar bandar.

Comments

  1. banyak setting filem!

    haha susah nak ingat balik apa kita buat time travel kan bila dah bnyk sgt kerja. aku klu dah lebih 1 mgu tak tulis tu, hilang dah mood nak tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Haha.... Banyak benda lain nak pikir. :)

      Delete
  2. cantik sunguh pemandangan hutan otw ke air terjun tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik.... Ade bnyak trail utk tracking sini tp ktorg x cukup masa. hehee

      Delete
  3. hahaha aci x nak ckp xbestnya travel partner..sume xmo.. milford xnak, hooker valley xna.. cam rugi je dtg jejauh xpi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang x best pon. 1st and last travel skali. hahahaa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...