Skip to main content

Backpacking Trip ke New Zealand - Hari Ke-3 & Ke-4

 TRIP BAJET KE NEW ZEALAND

Assalamualikum dan salam sejahtera. Sambungan untuk hari ke-3 plak. Untuk hari ke-3 ni aku ke The Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat main ski kat wilayah Otago  contohnya The Remarkcables, The Coronet Peak, The Treble Cone, dan Cadrona. Tapi paling dekat ngan Queenstown ialah The Coronet Peak. Semua tempat ski ni kat atas bukit, so jalan nak ke tempat ski ni boleh tahan macam ular kena palu. 

Pagi ni kitorang awal la jugak. Lepak masak brekfast ngan makanan untuk lunch kitorang terus gerak keluar. Nak pergi The Coronet Peak ni guna waze je. Sampai Coronet Peak, lepak kejap kat situ sambil tengok orang main snow sebab esok kitorang akan main ski jugak tapi kat Cadrona. Agak ramai la orang kat sini. Yang menariknya pasal sukan ski ni, bukan setakat orang tua, budak-budak umur 3 tahun boleh main. Dorang ade provide macam nursery supaya mak bapak boleh main dengan tenang sambil anak dorang dijaga di nursery tu. Tapi nursery ni bukan macam taska biasa. Budak-budak kecik je diajar untuk main ski jugak. Patut la anak-anak mat saleh ni teror giler main ski.

anak mat saleh mana ntah. Thanks sebab jadi model aku. :)
Nursery untuk anak-anak yang kena tinggal oleh mak bapak nak pergi main ski. Budak yang berdiri tu sebenarnya mintak carikan mak die. Haha....
Abam pon nak jugak masuk blog sendiri. Haha...

Mula-mula bila aku tengok budak-budak ni teror main aku assume mesti senang giler nak main ski. Siap duk bayang dalam kepala nak buat skill macam-macam. Harga untuk main ski ni boleh tahan mahal. Semalam kitorang dah beli pakej ski ni kat hostel. Pakej yang kitorang dapat NZD150 untuk Beginner Package dan Helmet + Goggle Rental. Kalau beli kat Ski Resort tu lagi mahal. So kalau nak main ski, better beli kat agent. Kat Pekan Queenstown tu ade banyak agent, so korang boleh survey yang mana murah. Aku beli kat X Base Travel sebab die cakap "Cheapest in Town". Percaya je la. Haha... Sebab kalau aku search kat internet sebelum ni lagi mahal.

If korang nak sangat merasa salji, korang pergi je kat The Coronet Peak ni sebab tak yah bayar sesen pon kalau setakat nak main salji atau nak tengok orang main ski. Kecuali kalau nak main ski baru kena bayar. Kawasan ski ni open, so ko boleh masuk je. Cumanya nak naik ke puncak tak boleh la sebab ko kena ade ski lift pass untuk naik ke atas. 

Lepas tengok orang main ski kat The Coronet Peak, kitorang gerak ke Arrowtown. Arrowtown ni pon x jauh mana dari Pekan Queenstown, dalam 20 minit perjalanan macam tu je. Arrowtown ni ialah sebuah pekan yang dulunya terkenal dengan kampung melombong emas. Selain tarikan macam kedai-kedai jual pakaian dan wine, korang jugak boleh hiking masuk hutan. View kat sini pon boleh tahan lawa cumanya pergi time winter ni kureng la sikit sebab pokok-pokok dah xde daun. Kalau winter mesti lawa giler bebeh. Kampung ni masih didiami oleh orang tempatan, so kalau nak jalan kat sini jangan buat onar plak. Kan kena tembak ngan orang kampung. Haha....

Macam Pekan dalam citer Cawboy. Sini je la pekannya. Yang lain ialah rumah penduduk tempatan. So xde benda sangat pon.
Ni adalah sungai kat sebelah Arrowtown. Sebelah belakang ni ade hutan dan track untuk trecking.
Puas pusing pastu kitorang makan tengahari kat sini. Makan tengahari kali ni ialah kentang gorang ngan ayam goreng. Kuah xde. Sedih giler makan macam ni. Dah la nasik sejuk macam baru keluar peti ais. Janji perut kenyang. Hehe.... Ade satu kedai ais krim kat sini iaitu Patagonia. Teringin giler nak rasa sebab kawan aku cakap sedap giler. Tapi tengok harga, fikir banyak kali. Padahal mampu je nak beli tapi sebab baru hari ke-3, rasa kedekut tu still menebal dalam diri risau-risau duit tak cukup. Haha....

Padang tempat kitorang makan tengahari. Mengigil makan.


Daun-daun yang dah frost.

Selesai lunch then terus balik hostel. Otw nak balik tu singgah Lake Hayes jap bergambar. Actually dari semalam lagi aku teringin nak singgah Lake Hayes sebab laluan nak ke Kawarau Fall tu sama laluan dengan Lake Hayes tapi sebab bukan aku yang drive, so malas nak nak mintak orang stop. Hehe.... Lake Hayes ni boleh tahan cantik. Actually, aku gigih pergi banyak-banyak tempat ni just sebab nak amik gambar dan update kat blog untuk korang semua tengok. Acecece... haha.... Selesai amik gambar terus balik hostel. Actually kitorang budget nak spend separuh hari kat Arrowtown, tapi xde benda sangat pon kat situ. Pusing sejam dah bosan. Tak tahu la kalau ade aktiviti best kat situ sebab kitorang sekadar sightseeing je.

Lake Hayes. Macam cermin air tasik ni. Tenang je. Tasik ni betul-betul tepi jalan.
Selepas ke Lake Hayes, still ade masa lagi so aku drive ke Kevin Height Plak. Kevin height ni dekat je dari bandar Queenstown. Tapi since Tasik Wakatipu ni besar, so kena pusing jauh sikit untuk sampai sini. Kevin Height ni ialah kawasan peruamah orang kaya sebab kat sini dorang dapat cahaya matahari lebih lama berbanding kawasan lain sebabnya kawasan lain tu terlindung oleh gunung. Lepas je tengah hari terus jadi teduh. Tapi Kevin Height ni, petang-petang pon still merasa cahaya matahari. Nie ape yang orang tempatan gitaw aku la. haha....

 


Itik yang bersepah-sepah kat tasik di NZ. Mana je mesti ade tasik ni.
 Balik hostel, aku kuar kejap jalan-jalan kat pekan sebab aku nak cari seluar untuk ski. Masa aku pergi The Coronet Peak tadi aku tengok semua yang main ski tu pakai seluar khas untuk ski. Since aku cuma bawak seluar jeans je, so gigih la cari untuk ski. Bapak mahal nak mampuh harga seluar skii ni. Sehelai almost RM600 yang paling murah. Lepas tu aku jumpa kedai yang ade less 50%, so beli la sehelai. Duit aku habes kat benda mengarut je. Padahal kat Malaysia bukan nak pakai pon seluar tu. Hahaha.... Padahal ko boleh je main pakai seluar ape ko nak pakai. Cuma selesa dan tak selesa je la. Lepas dah beli tu tetiba rasa menyesal giler bebeh. Sebab ade mat saleh kat hostel aku tu cakap dorang main pon pakai seluar jeans je. So untuk positifkan diri aku anggap je yang diri aku ni akan main ski kat negara lain pulak lepas ni. Hahaa.... 

Hari ke-4 kitorang main ski di Cadrona. Cadrona ni lebih kurang 60km dari Pekan Queenstown. 46km untuk sampai ke Simpang Cadrona, tambah lagi 14km untuk sampai ke puncak tempat orang main ski. Jalan nak ke Cadrona MasyaAllah.... Poning palo den.... Dah la bercuram, penghadang pon xde. Nasib baik dah selamat sampai Malaysia. Haha..... 

Sebelum gerak pagi tadi, kitorang dapat surat cinta dari polis sebab parking kat kawasan yellow line. Terbnag lagi NZD60. Hampeh betul. Tapi salah kitorang jugak pergi parking situ walaupun dah nampak yellow line. Haha.... 

Macam biasa, makanan dah siap-siap bawah dari hostel. Untuk Beginner Package ni, ade 2 lesson class iaitu pagi dan petang. Kelas pagi start pukul 10.00 pagi sampai pukul 12.00 tengahari dan petang pukul 1.00 petang hingga pukul 3.00 petang. Once dah sampai, pergi kaunter untuk amik lift pass, then amik semua equipment. Pakej kitorang beli tu dah termasuk equipment rental cumanya helmet ngan goggle je kena sewa asing. Padahal tak perlu pon sewa goggle ngan helmet tu sebab for beginners, slope xde la curam mana pon. Possibility nak jatuh tu macam kurang, kalau jatuh pon biasa-biasa je kot. Instructor tu cakap "If you don't fall, it means you don't try hard enough." So pilih la nak jatuh ke tak atau buat-buat jatuh untuk nampak gigih skit. Haha....

Cadrona Alpine Resort.
Cadrona Alpine Resort. Dah petang time ni. Semua balik.
Lift untuk itermediate Skiier. Mampu tengok dari tepi je. Nak naik boleh tapi nak turun balik tak berani. Haha....

Otw nak ke Cadrona tu kitorang terlajak masuk simpang. Tapi xde la jauh pon, dalam 100m je dari simpang nak ke Cadrona. Tengok ade satu kawasan yang penuh bra yang disangkut kat tembok. Nama kawasan Bradona. Kelakar pula rasa sebab macam sengaja je buat terlajak. Haha.... Kitorang brenti amik gambar kejap, lepas tu terus ke Cadrona sebab risau miss lesson pagi ni.
 
Kalau korang nak derma dan sangkut sini skali pon boleh. Hehe...

Instructor kitorang nama Bekah. So satu hari ni ngadap la Si Bekah. Tapi yang bosannye sebab ko belajar dalam satu group, so nak kena tunggu semua orang settle baru boleh proceed untuk lesson seterusnya. Semua 1st timer, so ko bayangkan la camne instructor tu kena hadap sorang-sorang. Haha... Dah la nak main ski ni bukan senang. Melecet kaki aku. Geram pulak aku tengok anak mat saleh yang main kat track sebelah iaitu kawasan budak-budak yang dah teror main ski. Nak buat camne, Malaysia bukan ade salji nak praktis. Ni pon aku main sebab ikut orang. Kalau tak aku lagi pefer bungy jumping atau sky diving.

Sorry la terletak gambar aku besar gedabak kat sini. Kena la ade satu sebagai bukti aku sampai sini. Haha...

Yang aku paling menyempah ialah naik conveyor lift sebab slow nak mampus. Dah la kena berdiri, lepas tu once ade orang jatuh. Tetiba benda tu stop mengejut. Nak tersadung aku. Nasib baik teror. Haha..... Tapi sakit giler kaki sebab kasut aku pakai tu ketat giler. Balik tengok melecet teruk. Tempat skii ni buka sampai pukul 4 petang. So lepas pukul 3 petang lesson kitorang dah abes, tapi still boleh main. Masa ski Bekah tu duk ajar, macam hampeh.. Semua benda kau buat tak menjadi. Tapi bila lesson dah abes dan Bekah pon blah, terus jadi macam pemain ski professional nak masuk olympic. Haha....

Conveyor Lift yang slow giler. Sakit ati naik benda ni.
Gambar dari phone sebab camera aku dah disimpan kat tempat penyimpanan. Time ni dah lepas pukul 3 petang, aku dah malas nak main sebab kaki sakit giler.
Cantik tak seluar ski aku tu? First time pakai color block. Haha....
Kambing biri-biri kat sana lagi banyak dari penduduk New Zealand. Tapi kambing ni dibela dalam kawasan berpagar. So xleh nak pergi dekat pon. Dah la bau macam hampeh. Ahaha....
Btw sape nak buat Qurban atau Akikah di luar negara seperti India, Afrika, Myanmar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan etc. boleh contact aku di talian 0179104092. InshaAllah boleh dipercayai. Resit dan bukti perlaksanaan akan diberikan. Harga satu bahagian Lembu RM300 sahaja dan seekor kambing RM580 sahaja.

Lepas main ski balik hostel tak kuar pergi mana dah sebab exhausted giler. Lepas makan malam lepak bilik je dan tidur.Pengalaman sekali dalam seumur hidup main ski kira okay la kan walaupun berabis RM450. Haha.... Cerita hari seterusnya nanti aku sambung dalam entry lain. Kan panjang berjela korang malas plak nak baca.

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) Ni

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mu