Skip to main content

Trip Bajet ke Busan (5) - Jinhae Gunhangje Festival, Gamcheon Culture Village, Jagalchi Market, Gukje Market, Yandusang Park


Hari yang ke 5 untuk trip Jeju dan Busan nie. Hari nie adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu sebab nak ke Jinhae Gunhangje Festival, festival bunga sakura yang antara paling famous di Korea. Actually festival nie dah start pada 1 April lagi dan hari nie adalah hari terakhir. Kalau korang nak cek tarikh festival bunga sakura di Korea, boleh klik SINI. Sepanjang tempoh festival tu, ada macam-macam event yang dorang anjurkan. Kitorang gerak dari hotel pukul 7.30 pagi untuk ke Intercity Bas Station berdekatan Sasang Subway Station (Line 2). Dari Sasang Station, keluar Exit 5 dan proceed ke Seobu Bus Station. Keluar dari Exit 5 tu korang akan nampak McDonalds sebelah kiri, then korang terus je sehingga korang nampak ade satu bangunan yang ramai manusia menuju ke situ. Kat kaunter tiket nanti, korang cakap je ‘Jinhae’ atau secara sebutan orang Korea iaitu ‘Gin Hay’. Harga tiket bas ialah 5,100 won sehala. Tiket bas nie xde time restriction so korang boleh je amik bas bila-bila masa selagi bas tu ada kat platform 17. Setiap platform tu berlainan tempat, so make sure korang amik bas di platform 17.

Perjalanan nak Jinhae nie lebih kurang 1 jam. Jinahe macam kawasan perdalaman sikit. Sepanjang jalan tu korang akan nampak permandangan kampong yang sangat cantik tambah plak tepi-tepi jalan dipenuhi dengan pokok sakura. Korang tak perlu risau bila nak get off dari bas sebab station terakhir bas nie berhenti adalah di Jinhae. Sampai je di Jinhae Intercity Bas Station., korang kena menapak untuk ke Yoejwacheon Romance Bridge atau pun korang boleh amik bas No. 307. Ada dua tempat paling popular kat Jinhae nie untuk tengok bunga sakura iaitu Gyeonghwa Station dan Yoejwacheon Romance Bridge.
Permandangan sekitar Jinhae. Sepanjang jalan dipenuhi dengan pokok bunga sakura.
Bas tu berhenti kat Jinhae Railway Station je tapi dari situ korang perlu menapak lagi 300 meter untuk ke Yoejwacheon Romance Bridge. Kalau nak senang, make sure korang dah siap-siap bawak peta macam mana nak ke 2 tempat nie sebab kalau tak korang akan pening nak mencari. Nak bertanya Korean pon satu hal jugak sebab dorang tak tahu nak cakap English melainkan korang tahu Bahasa Korea. Masa kitorang sampai tu, jenuh jugak mencari sebab bila tanya orang dorang, suh naik bas nie la bas tu la, padahal xde la jauh mana pon kalau jalan kaki. Ada sorang budak tu, bila aku tanya in English, dia cakap “English, No!, Japanese, Yes!”. Since masa kat U dulu aku ade belajar Nihon-go tapi bila aku tanya dalam Nihon-go pon still tak tahu nak jawab. Haha…. Last-last follow sorang pak cik penjaga traffic yang volunteer nak tunjuk jalan. Akhirnya sampai jugak.

 
Sepanjang jambatan tu, dihiasi dengan pokok-pokok bunga sakura dan bunga canola. Tapi sayangnya, disebabkan kitorang datang nie pada hari last festival nie so kebanyakan bunga sakura dan start gugur. Pagi nie tak ramai sangat orang. Kedai-kedai pon tak banyak lagi yang buka. Jambatan nie panjang jugak so korang boleh jalan jauh selagi mampu. Tak tahu dah nak cerita apa, korang just tengok gambar kat bawah nie je untuk gambaran bertapa cantiknya tempat nie. Hehehe…
 
 
 
 
[Google Image] Yoejwacheon Romance Bridge time malam pon cantik jugak.
[Google Image] Permandangan di Gyeonghwa Station. Rasa rugi plak tak sempat pergi sini.
[Google Image] Gyeonghwa Station
Disebabkan hari nie hari Jumaat, so kitorang skip untuk ke Gyeonghwa Station sebab rushing nak ke Masjid Al-Fatah untuk solat jumaat disitu. Untuk direction ke Masjid Al-Fatah boleh refer entry aku yang dulu (Klik SINI). Sampai je kat masjid, tengok-tengok orang baru je selesai solat. So tak tertunai hajat untuk solat jumaat di Tanah Korea. Lepas je solat, kitorang lunch kat Cappadochia Restaurant yang betul-betul sebelah masjid. Makanan yang disajikan kat sini adalah makanan Turki. Satu set makanan, lebih kurang 10,000 ke 15,000 won. Lepas makan, kitorang proceed ke Gamcheon Culture Village.
 
 
Set yang aku order. Apa nama ntah. Harga 9,500 won. Set yang ade nasi paling murah. hehe
Untuk direction ke Gamcheon Culture Village boleh klik SINI. Paling penting kalau nak ke Gamcheon nie adalah kaki dan lutut kenalah kuat untuk berjalan. Sebelum pusing, sempat aku singgah kat satu kedai yang menjual buah strawberi. Satu bakul Cuma 7,000 won. Serious banyak giler. Penat aku bawak sampai balik GH sebab tak habis makan. Masa sampai tu, kitorang pergi Tourist Information Centre (TIC) untuk dapatkan map kawasan tu, tapi sayangnya penjaga kaunter xde time tu. So kitorang berjalan je sesuka hati. Pusing tempat yang sama macam dulu. Kalau korang masih larat, dapatkan map dekat TIC, x silap kena bayar tapi aku tak sure berapa. Then, dalam map tu ade beberapa tempat yang korang boleh dapatkan cop. Kumpul kesemua cop dan nanti korang boleh tukar dengan 2 keping postcard.

 
 

Aku ngan Zul dah x larat nak jalan jauh. Kitorang sekadar pusing melalui jalan utama je untuk amik gambar dan terus ke Jalgalchi Market. Dari buss station Gamcheon tadi kitorang amik bas direct ke Jagalchi. Tapi aku lupa bas no berapa sebab bila bas sampai je aku akan tanya sama ada ke Jagalchi atau tak. Kalau korang nak tanya, takyah tanya panjang-panjang macam “Does this bus go to Jalgalchi Market?” Korang just cakap je, “Jagalchi?”, then kalau driver bas tu angguk kira die stop la tu. Simple. Xyah nak tunjuk ko terror sangat English. Haha…

If korang tak tahu nak stop kat mana, just tanyaatau inform driver bas tu suruh inform korang kalau dah sampai. Kalau tak tahu jugak macam nak bagi tahu sebab language barrier, korang just buat-buat tanya kat drivertime bas tu brenti kat mana-mana stop. Cakap je “Jagalchi?” Normally kalau driver tu tahu korang nie foreigner yang macam rusa masuk kampung, driver tu akan inform korang bila dah sampai. Since aku pernah ke sini sebelum nie, so xde masalah sangat untuk aku nak ke sini. If korang dari tempat lain yang berdekatan subway station, korang boleh amik subway dan stop kat Jagalchi Station (Line 1) untuk ke Jagalchi Market. Jagalchi Market terletak berhampiran Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi keluar ikut Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke - 2. Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market. Kalau nak baca previous entry aku tentang Jagalchi Market pada trip yang dulu boleh klik SINI.

Jagalchi market adalah Korean Largest Fish Market. Kat sini korang boleh tengok bermacam-macam jenis makanan laut yang dijual hidup-hidup atau pon yang dah mati. Jagalchi Market nie adalah sebuah bangunan yang kat dalam tu ade banyak-banyak kedai menjual makanan laut. Kat area luar Jalgalchi pon ade jugak tapi lebih open dan lebih kurang pasar ikan kat Malaysia. Berhadapan Jagalchi Market tu ade banyak deretan restaurant yang korang boleh cuba untuk makan fresh seafood kat Busan. Paling penting, make sure sediakan duit beribu-riban sebab last time aku makan 5 orang pon dah 100,000 won, lebih kurang RM314 kalau ikutkan tukaran wang masa tu. Serius mahal giler. Tu pon kitorang dah pilih menu paling murah. Hahaa….
Jagalchi Market
Kali nie aku ngan Zul tak berhajat pon nak makan kat situ sebab cukup la kitorang dah makan seafood kat jeju hari tu. Aku pergi pon sebab sekadar nak bawak Zul singgah situ je. Jagalchi adalah salah satu tempat wajib korang singgah kalau dah sampai Busan. At least dah sampai Malaysia nanti boleh la cerita kat orang lain mana tempat ko pergi. Kalau sekadar nak tidur kat hotel je, baik ko duk Malaysia je.

Lepas ke Jalgalchi Market, kitorang ke Gukje Market. Gukje Market nie dekat je dengan Jalgalchi. Korang boleh jalan kaki je untuk ke sini. Gukje Market nie adalah tempat paling sesuai untuk korang cari souvenir buat orang tersayang. Aku tak de nak beli souvenir pon sebab nie dah kali ke-3 aku datang Korea, so cukup la souvenir masa first trip dulu. Zul time nie tangh mencari Hanbuk (Pakaian Tradisional Orang Korea) untuk wife die. Maybe wifi dia nak pakai buat raya kot. Hehee…. So aku sekadar teman. Pusing punya pusing, last-last jumpa jugak lepas kitorang tanya sorang ahjumma penjual periuk belangga kat situ. Hehee…

Ramai yang tak perasan kedai nie sebab tercorot sikit. Satu Hanbuk lebih kurang 100,000 ke 150,000 won. Tapi setelah gigih mintak diskaun, akhirnya kitorang dapat dengan harga 70,000 won. Lebih kurang RM100 jugak diskaun yang dia bagi tapi aku tak tahu la 70,000 won consider murah ke tak sebab tak pernah terfikir nak beli. Satu yang aku perasan kat Busan nie ialah, perniaga kat sini sangat kedekut nak bagi diskaun except Ahjumma jual Hanbuk tu. Nak mintak diskaun 1000 won pon kedekut.
Koleksi Hanbuk. Those yang nak beli hanbuk boleh ke kedai Ahjumma nie.
Kuih yang kitorang beli masa kat Gukje Market. Seketul 1,000 won. Ramai giler orang queue nak beli kuih nie. Sedap jugak la.... Macam pau goreng inti kuaci.
Lepas dapat Hanbuk, kitorang singgah kejap kat Yandusang Park sebab nak tengok Busan Tower. Cuaca time nie memang sejuk giler. Rasa macam cepat-cepat je nak balik GH. Kitorang lepak kejap kat taman tu, amik gambar then terus blah. Nak jimat punya pasal kitorang gigih balik GH jalan kaki. Dah la mula-mula tu kitorang salah jalan. Terpaksa patah balik. Nak tercabut lutut berjalan satu hari. Sebelum sampai GH, kitorang singgah Lotte Ria untuk beli Shrimp Burger buat makan malam. Satu burger 4,300 won (ala carte). Sampai GH, makan dan Zzz……

Yangdusang Park

Yangdusang Park + Busan Tower.

Comments

  1. Replies
    1. InshaaAllah ada satu lagi entry untuk hari terakhir disana. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sebab seolah-olah terlalu rapat dan janggal dengan panggil Bro. Dan panggilan Bro tu bagi saya macam x berapa polite especially bila someone request somthing. i.e. "Boleh share itinerary BRO". heheee

      Delete
  3. Nice entry..will be going 16 march..tq tq tq!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...