Skip to main content

Trip Bajet ke Busan (4) - Haedong Yonggungsa Temple, Haeundae Beach & Gwangalli Beach

Hari ke empat di Tanah Korea dan terakhir kami di Pulau Jeju. Kitorang punya flight seawal jam 8 pagi tapi flight aku lambat 1 jam sebab naik Jeju Air. Awal-awal pagi kitorang bersiap-siap gerak ke airport. Pagi tu Aman dan Adli bersiap awal, so dorang turun dulu. Aku plak orang last, so tergopoh-gapah bersiap sebab risau lewat sampai airport walaupun xde la jauh sangat dari GH kitorang menginap. Sampai je airport, baru aku perasan yang aku ade tertinggal barang atas katil, coklat ngan buku yang aku bawa konon-konon nak baca dalam flight. Bajet je lebih, padahal buat berat beg je. Hehe… Terpaksa ajak Zul teman untuk pergi amik balik barang tu. Since flight aku pukul 9, so alang-alang dah sampai GH, kitorang sarapan kejap sebab FOC. Haha…

Sampai je airport Gimhae, kitorang terus ke Busan Sukbak Guesthouse. Nie adalah kali kedua aku tempah GH nie. Trip sebelum nie pon aku stay kat sini sebab sangat selesa dan berdekatan dengan tempat-tempat manarik. Direction untuk ke GH nie pon senang je. Dari Gimhae Station, tukar subway Line 2 dekat Sasang untuk ke Somyeon. Di Somyeon plak tukar Subway Line 1 dan stop kat Busan Station keluar melalui Exit 7. Sukbak GH kedalam sikit dari jalan utama, tapi jangan risau sebab once ko buat tempahan, korang akan diberi email direction nak ke GH nie. Senang je.

Sampai je di GH, kitorang buat pembayaran, drop luggage dan lunch sekejap. Since kitorang sampai dalam pukul 11 macam tu, so kitorang xleh nak cek in lagi sebab waktu check in adalah pada pukul 3 petang. Lepas je lunch, kitorang terus keluar mengikut plan dalam itinerary. Tapi kali nie kitorang berpecah, Aku ngan Zul, Aman ngan Adli sebab dorang ade agenda dorang sendiri. Lagi pon 2 orang nie dah pernah sampai Busan. Aku plak kena la teman Zul sebab nie kali pertama die kesani dan itinerary plak aku yang buat so aku lebih tahu apa yang aku plan.

First tempat yang kitorang pergi ialah Haedong Yonggungsa Temple. Direction nak ke temple nie plak, korang naik Subway ke Haeundae Station dan keluar melalui Exit 7. Keluar je dari Exit 7, korang akan nampak Bas Stop dan dari situ korang amik bas no 81 untuk ke Haedong Yonggungsa Temple. Jauh jugak perjalanan nak ke temple nie sebenarnya. Setiap kali bas berhenti, kitorang dah kelam kabut sebab ingatkan dah sampai. Rupanya jauh lagi. Kebetulan masa kitorang pergi nie, ada sepasang couple dari Indonesia dan Amoi Singapore kot sebab terror je cakap BI yang nak ke temple nie jugak. So masing-masing mengharapkan ade yang pergi tanya driver tu dah sampai ke belum. Disebabkan ego yang tinggi, jadi semua pura-pura kononnya tahu mana nak get off. Haha…. Last-last amoi Singapore tu pergi tanya dan eventually sampai jugak kat kitorang ke destinasi pertama nie. Haha….
 


Dari bas stop kitorang perlu menapak lagi lebih kurang 500m untuk sampai ke Haedong Yonggungsa Temple. Sepanjang perjalanan dihiasi dengan pokok-pokok bunga sakura. Paling bestnya, pokok-pokok kat sini still blooming penuh. Compare dengan yang kitorang tengok kat Jeju ari tu memang jauh beza. 

View sepanjang jalan sepanjang sampai ke Haedong Yonggungsa Temple
 

Actually aku ke temple nie adalah untuk tengok pemandangan sekitar je pon sebab aku tengok kat internet macam lawa. Temple nie terletak betul-betul tepi laut dan pemandangan kat sini bagi aku memang cantik. Kena plak time kitorang pergi nie, laluan sekitar temple tu dipenuhi dengan pokok sakura. Dah nama pon temple, setiap sudut akan ada patung-patung Buddha yang mempunyai perbezaan tugas atau jawatan contohnya Buddha untuk mendoakan untuk dapat anak, ada Buddha untuk mendoakan kejayaan dalam pelajaran dan lain-lain mengikut kepercayaan penganut Buddha. Kitorang stay kat sini kejap je, then terus ke tempat seterusnya iaitu Haeundae Beach. Sebelum blah dari situ, aku sempat beli siput rebus sebab teringin nak rasa. 4 cup sibut tu berharga 5,000 won. Aku ingat sikit padahal banyak giler. Dah la aku sorang je yang nak makan. Last-last aku makan separuh je, lagi separuh aku buang sebab malas nak bawak kehulu-kehilir. Siput tu rasa macam kerang rebus je. Kalau ade sos untuk dicicah mesti lagi best.


 


  
Siput rebus, menu makan tengah hari. Satu plastik nie 5,000 won.

Untuk ke Haeundae Beach, amik bas dari Bas Stop opposite Bas Stop yang korang get off tadi dan amik bas yang sama atau bas no 7. Kalau ada bas lain lalu, korang tanya je sama ada dia brenti tak kat Haeundae Station. Disebabkan kitorang naik bas no 7, so laluan bas berbeza dengan bas no 81 tadi. Pening kepala kitorang duk intai-intai sign board sebab nak tahu dah sampai ke Haeundae Station ke belum. Kebetulan masa balik tu, kitorang naik skali dengan couple Indonesia tu lagi. Last-last semua mengalah and terpaksa pergi tanya driver bas tu. Haha….

Dari Bas Stop kat Haeundae Station, lintas jalan dan menapak dalam 300m untuk sampai ke pantai. Kat Haeundae Beach nie ada banyak tarikan dan tempat-tempat yang boleh dilawati tapi kitorang just pergi sekadar nak jejakan kaki kat situ je. At least kalau orang tanya pernah sampai ke kat situ, so boleh la dengan berlagaknya kitorang jawab ‘Dah!!!’. Hahaa…..
 
 
 
Kitorang cuma lepak kejap je kat pantai sebab cuaca time tu sangatlah sejuk. Pantai dorang nie bersih giler. Aku rasa memang hari-hari dorang bersihkan sebab nak jumpa sampah satu pon susah. Time kat sini aku ngan Zul cuma jalan-jalan tepi pantai sambil bagi seagulls makan kuih yang kitorang beli kat tample tadi. Masa beli time panas-panas tadi sedap la nak makan, tapi bila dah sejuk, muak plak rasa. Disebabkan tak tahan sejuk, so kitorang terus proceed ke next destination iaitu Gwangalli Beach. Sebelum nak ke subway station, kitorang ternampak satu kedai kebab Halal. Singgah kejap beli kebab. Satu kebab 5,000 won. Kat area Haeundae nie pon ada banyak kedai-kedai kalau korang nak shopping, tapi macam aku cakap tadi la, kitorang cuma nak jejakan kaki kat sini je so tak sempat nak pusing-pusing tengok apa yang menarik.

Kedai Kebab Halal di Haeundae Beach.
Solat jangan lupa walau sibuk macam mana sekalipon.
Untuk ke Gwanggali, naik subway dari Haeundae Station then stop kat Gwangan Station, kuar Exit 1, 2 atau 5 then jalan kaki dalam 5 minit untuk ke pantai. Gwangan Station ngan Haeundae Station dalam Line yang sama iaitu Line 2, so tak yah susah-susah nak tukar train. Yang menarik pasal Gwangalli Beach nie ialah ade satu jambatan tak silap aku nama jambatan tu Diamond Bridge yang cross depan pantai nie, time malam je jambatan nie akan dihiasi dengan lampu-lampu. Kitorang sampai sini baru pukul 5.30 petang. Nak tunggu malam tu lama giler. Dah la sejuk. Tunggu jugak la tepi pantai tu sebab nak sangat tengok keindahan jambatan tu bila dah malam. Menggigil x tahan. Last-last kitorang beli coffee panas, then lepak dalam 7E. Satu instant coffee tu 1300 won. Ade banyak flavour dan lain-lain harga. Yang tak sampai 1000 won pon ade tapi cup kecik je. Bila lampu menyala je, kitorang tangkap gambar dan balik GH. Haha… Senang je, tercapai segala hajat then terus balik. Haha…

Sebelum nak turun ke stesen subway aku ternampak ade sebuah van menjual snow crab steam. Dari dulu lagi aku teringin nak makan King Crab tapi mahal nak mampus. Snow crab nie pon boleh tahan mahal sebab last time aku makan sekor kat Jagalchi dalam 40,000 won. Dah la masak steam je yang macam rebus tu. Nasib baik la share 3 orang. Aku sesaje la pergi tanya berapa harga sekor snow crab tu, pak cik tu cakap 3 ekor 10,000 won. Wah, terkejut aku sebab ingat mahal macam sebelum nie. Terus order 3 ekor nak buat makan malam. Boleh tahan besar, lagi besar dari aku beli kat Jagalchi tu. Sampai hotel aku ratah 2 ekor skali ngan Zul ngan Adli. Lagi sekor aku masak skali ngan ramen. Selesai dinner, terus masuk bilik dan tidur.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...