Skip to main content

RANDOM Things about ME and India

 
Kebosanan, sebab hari-hari aku cume buat projek dalam bilik jer sebab projek kitorang nie just buat design guna software Pro E Creo 2.0. Kalau rajin buat, kalau malas tidur tak pon facebooking or layan movie. Tapi bila dah selalu sangat buka FB, notification pon x selalu ade. FB pon jadi bosan. Last blog jugak jadi pilihan. Hari nie aku nak bercerita pasal random things yangkat India nie. Xde kronologi, so benda nie terabur je, ikut suka aku mana aku nak taip dulu.

Benda pertama ialah berkaitan dengan harga barang kat sini. Sememangnya tersangatlah murah berbanding Malaysia. Tapi ade jugak yang lebih kurang dan lagi mahal dari Malaysia tapi mostly lagi murah la. Contohnya barang makanan dan barang keperluan harian seperti kosmetik, sabun dan bermacam lagi. Yang mahal pulak macam barangan elektrik dan barangan plastik. Sebab tu la kalau korang pergi airport Malaysia kan korang akan nampak Indian nie suka beli TV plasma yang besar gabak tu bawak balik negara dorang. Bukan satu, tapi banyak kot. Maybe untuk jiran sebelah rumah skali yang kirim. Kitorang kalau dapat keluar suka habiskan duit beli makanan seperti biskut, junk food, air dan macam-macam lagi la. Biskut dorang pulak xde kat Malaysia tapi rasa die memang rare dan sedap. Kalau beli makanan kat dalam U dorang nie pon cume dalam range Rs5-Rs10. Rs10 baru 60sen. So memang tersangatlah lah bajet kalau duduk sini. Kalau kuar makan kat luar pon, harga makanan biasa-biasa je. Contohnya Beriani Kambing Rs130=RM7.80. Mana nak dapat, kat Shah Alam pon berbelas-belas ringgit. Tambang teksi, tambang bas pon same. Aku x tahu la camne dorang dapat untung, maybe minyak kat sini murah kot.

Nie la biskut yang kitorang selalu beli. Orea tu kat Malaysia pon ade. Tapi yang Dark Fantasy ngan Fab tu memang terbaik.

Veg Indian Symbol, Bukan Bendera PAS OK!
Kedua ialah berkaitan kehalalan dan juga tanda harga. Mula-mula time kitorang sampai sini, benda yang paling kitorang risau ialah KEHALALAN makanan kat sini. And bila ditanya, disiasat dikaji, so kami dapat tahu yang mostly makanan hindu yang vegetarian nie adalah halal. Camne nak tahu? Bila korang beli barang tu kan nanti ade satu tanda macam bendera PAS tu tapi bulan die warna hijau, kat luar die putih. Macam invert colour bendera PAS tu la. (Xde kena mengena ngan politik, mentang2x nak PRU). Tanda nie lebih kurang macam tanda HALAL JAKIM kat Malaysiala. Bukan je kat barang makanan, kat barang kosmetik pon ade. Dorang nie memang sangat-sangat menjaga 'KEHALALAN' produk dorang. Kalau kat Malaysia, even ade tanda HALAL pon belum tentu halal sebab banyak sangat yg letak logo tu secara HARAM. Kat sini Allahu alam..... Dan soal hargakan, korang tak perlu risau nak pergi cari tempat scan untuk nak cek harga sebab kat setiap produk dorang dah ada harga. Jadi dorang tak boleh la nak tipu harga macam perniaga selalu buat kat Malaysia tu, kedai nie lain, kedaai tu lain. Dan mostly kedai2x atau mini market kat sini, kalau korang beli barang siap dapat diskaun lagi. Tak perlu nak haggle bagai nak rak, nanti korang boleh cek kat resit tu berape korang saving hari nie. best kan?

Nie la rupe kedai kat sana... sorry sebab x berapa nak nampak kedai sngat. Model je posing lebih kat depan. Hahaa....
Ketiga berkaitan ngan bahasa kat sini. Ramai jugak yang tanya aku, 'Ko dah pandai cakap tamil belom?'. Actuallykan macam aku gtaw awal2x tadi, aku nie lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik so tak bergaul sangat. Ade la dua 3 orang budak Hindi datang bilik kitorang borak-borak tapi tu pon dalam English. So memang kitorang x tahu la nak bercakap tamil. Lagi pon bukan semua students kat sini tamil. Ramai jugak yang datang dari luar TamilNadu nie. So dorang sendiri pon tak tahu cakap tamil. bahasa kebangsaan dorang ialah HINDI macam citer hindustan tu. Tapi disebabkan India nie sangatlah besar, jadi setiap tempat tu ade bahasa atau loghat dorang sendiri. Even budak-budak India nie pon communicate in English antara dorang sebab dorang datang dari berlainan tempat yang berlainan bahasa. Aku cume tahu, Namaste, Syukiyaa... Bhaya... Kabhi Kushi Kabhi Gham, Kal Ho Na Pyaar Hai... Kuch Kuch Hota Hai.... Atleast tahu la jugak kan. hahaha

Yang pakai baju oren tu budak Hindi, dialah yang selalu datang bilik kitorang malam-malam. Memang ramah kadang tak terlayan. hahahaa

Keempat berkaitan culture, actually aku tak tahu sangat pasal culture dorang nie, just aku nak cerita hari tu kitorang kena marah kat sorang leturer nie pasal die cakap kitorang tak respek dorang. Ceritanya bermula bergini... Pada suatu hari.... Jeng..jeng... (Sound effect cam citer horror).... Kitorang nak pg amik Students Card ngan sorang lecturer nie. Die nie supervisor kitorang la untuk projek satellite nie. Muke memang ketat dan x pernah senyum pon kat kitorang, xtahu la memang jenis cam tu or die x suke kitorang ke ape. Time kitorang pergi bilik die tu, kitorang nampak die tengah mengajar kat satu kelas nie. So kitorang pon tunggu la kat luar bilik die. Duduk sambil main phone kat atas kerusi yang disediakan kat luar bilik die. Aku duk kat tempat lain, lagi dua kawan aku betul2 depan bilik die. Tetiba ade seorang lagi supervisor kitorang lalu and tegur kitorang tanya pasal progress  projek kitorang. Lecturer tu berdiri dan kitorang duduk atas kerusi sebab time tu kitorang penat giler jalan jauh then cuaca pulak panas giler. Lecturer  nie sembanglah ngan kitorang tanye macam-macam. Tetiba datang pulak si lecturer yang muke ketat nie marah-marah kat kitorang. Terkejut giler. Dah la time tu ade students dorang. Agak memalukanla.... Aku x tahu ape motif die, die marah kat kitorang sebab tak berdiri masa cakap ngan lecturer tu. Macam xde respek. Padahal kitorang pon x perasan sebab penat giler time tu. Lecturer yg lagi sorang tu rileks je. Xde nak kecoh pon. Pastu die tanye kitorang mane ID kad? padahal die dah tahu benda tu ada pada die sbb kitorang dah tengok atas meja die. Pastu kitorang cakap la bende tu atas meja die.Die pon panggil masuk bilik die, lepastu barulah cakap leklok.... Ape daa..... Kalau ye pon nak tegur, tegurla cara leklok. Mana lah kitorang tahu... Kalau betul tu culture kat sini, mana la aku nak tahu. Nak bagi orang respek, tapi memalukan orang kat depan orang ramai. haish..... (SANGATLAH RANDOM STORY, sbb x tahu ape nak cerita) haha.... teguran die memang untuk kebaikan tapi cara tu tak kena.
Inilah kerusi berpuaka tu. Xleh nak duduk. Nie gambar sebelum kena marah. Budak India 2 orang tu pon kena marah Tapi dorang kena marah dalam bahasa tamil. So aku x taw la dorang kena marah pasal ape. hehehee

Dan yang terakhir sekali terlintas difikiran aku untuk aku cerita kali nie ialah DEKAN Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam sangatlah baik. Hahaha.... Aku siap post kat facebook lagi pasal bende nie. Mungkin yang baca tu tertanya-tanya kenape? Tapi kalau x tanye pon aku nak gtaw jugak. Alkisahnya ialah, isnin lepas aku ade hantar report minggu pertama kat fakulti aku, dan kat email tu aku ade komen macam-macam pasal masalah yang aku alami kat sini. Actually bukanlah masalah pon, cume aku and the geng je yang xleh adapt dengan peraturan dan juga makanan kat sini. Punya la panjang lebar aku karang komen dan aduan tu kat email. Yang WAJIB nya ialah mesti ade typo. So sehari lepas tu dekan fakulti aku reply. Masha Allah xsangka giler dengn susunan ayat dan tatabahasa yang digunakan oleh dekan aku nie sangatlah BOMBASTIK kebabooomm.... Mesti dulu time SPM die dapat A+. Sangatlah polite bahasa yang digunakan. Ini bukan sindiran tapi jujur dan ikhlas sebab cume budak FKA je yang tahu perwatakan DEKAN kitorang nie time kat U. Boleh kata semua students takut ngan die.Sangat strict dan fierce dan cengel dan bekeng dan sebagainya. Tapi sebenarnya dia nie tersangatlah baik sbb dulu die pernah ajar aku dan aku memang suke cara die mengajar. Aku malas nak copy paste apa yang die reply tu. Member aku kat sini yang baca pon x sangka dan agak terkejut. haha.....  
Aku terlupa la nak cerita pasal Abang nie yang kitorang jumpa masa kat Airport. Die blanja kitorang minum 'Cha'. Bila minum Cha je mesti teringat kat Abang nie. Die lah yang guide kitorang time kat Airport Chennai. Kalau tak mati kutu kitorang kat sana.

So itulah sajalah cerita RANDOM aku... memang sangat RANDOM sebab aku tak tahu nak cerita ape sebenarnya tapi ape yang terlintas semua aku taip. Actually banyak lagi tapi nanti korang pulak x larat baca. (Bajet macam ade yang baca).

Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...