Skip to main content

Sampai Jua Aku di Kanyakumari, Tamilnadu.


Akhirnya, impian aku dan member-member kat sini nak pergi Kanyakumari berhasil. Criter penuh dengan drama. Actually kitorang tak dibenarkan keluar jauh-jauh dari kawasan U. Paling jauh boleh pergi ialah pekan Thuckalay. Tu pon tak sampai 5km dari U aku nie. Dah la xde pape, kuar kejap dah bosan. Malam sebelum kitorang nak pergi Kanyakumari nie, kitorang buat drama sikit. Mula aku call Mr. Karim orang yang bertanggungjawab jaga kebajikan pelajar kat sini. Aku x tahu apa jawatan dia. Tapi dialah yang selalu menjadi penghalang kitorang kalau nak pergi memana. Bila dia sebuat 'YOU DON'T HAVE PERMISSION!' terus kitorang xleh buat pape. So malam tu aku call die pukul 10 malam suh dia datang hostel cakap ade masalah ngan VISA. Bila dia sampai tu aku explain la benda nie benda nie, pastu aku pon cakap la kitorang bosan la duk bilik kalu boleh setiap minggu nak mintak keluar. Dia cakap kuar jelah pergi Thuckalay. Member aku cakap la nak gi Nagercoil, tapi dia still x benarkan. Last-last kitorang cakap kalau camtu esok kitorang nak keluar pagi. Then dia benarkan. Pagi-pagi pukul 9 kitorang dah bersiap-siap nak keluar sebab nak fly pergi Kanyakumari. Hahaa..... 

Siap-siap, tunggu bas ke Nagercoil sebab xde bas direct ke Kanyakumari. Sampai nagercoil tu kitorang pergi withdraw duit dan makan tengah hari dulu sebelum ke Kanyakumari. Aku lupa apa nama kedai kitorang singgah tu, nasi beriyani die memang terbaik, dah la banyak. Harga Rs110 dalam RM7. Actually xda seorang antara kitorang nie pernah pergi Kanyakumari nie, so semua main redah je. Pergi bas stop tanye bas mana pergi sana. Dengan panas nye, memang x tahan. Last-last jumpa jugak bas. Benda paling penting bila naik bas kat India nie ialah kena duduk sebab kalau berdiri mesti susah sebab dorang drive sangat dasyat. Macam naik roller coaster (Rasa macam dah selalu sangat aku bagi tahu). So perjalanan nak ke Kanyakumari ni dalam 45 minit camtu la. Sangat membosankan dengan keadaan bas yang sangat uzur. Sekali langar lubang dan macam naik kereta lembu. Gedegukk..gedebangg.... Tahan sajalah.... 

Sampai je Kanyakumari masing-masing mencari air sebab sangat2x haus. Cuaca tersangatlah panas, cume sejak kebelakangan nie mendung skit. Aku jemur baju pon 2 hari baru kering. Kanyakumari, ramai yang tanya tempat apa nie? Actually aku tak tahu sangat tapi yang aku tahu tempat nie ialah paling selatan di India. Kat sini kita boleh tengok sunrise dan sunset pada satu tempat yang sama. Dan kat sini jugak ade satu temple yang terletak kat tengah laut. Nama temple tu Vivekananda Rock Temple. Nak pergi sana kena naik ferri. Tiket feri Rs34, murah je sebab jarak die xdelah jauh sangat, kalau ko teror berenang boleh je nak berenang. Yang jadi masalahnya ialah kitorang datang hari ahad, so memang ramainya manusia yang datang hari tu nak pergi temple. Kitorang pulak, hari ahad je boleh keluar, so memang xde choice, kena la berhadapan ngan orang ramai tu. Tempat nie adalah 4th most visited place kat India. No wonder la ramai nak mampus orang yang datang. Kat area situ pulak ade kedai-kedai macam kat Padang Besar dan Rantau Panjang. Macam-macam ade dijual. Jadi lagi la ramai yang datang.

Gambar curik kat Google. Nie la rupe masa sunrise. Actullay ade lagi banyak gambar yang cantik. Korang boleh search sendiri.
Nie pon curik dari Google. gambar time sunset.
Sebelum nak naik feri tu kena beratur. Mula-mula aku ingat pendek je sebab bersimpang-simpang line die. Semangat beratur dibawah matahari terik. Last bila dah sampai kat satu simpang tu aku tengok MasyaAllah ramainya orang. Dah la semua Hindu, kitorang je yang lain kat situ. (Lain la sangat) Alang-alang dah sampai, takkan nak patah balik. Kami pon beraturla sampai kat Kaunter tiket. Dah sampai kaunter tu ingat nak boleh terus naik feri, rupanya ade lagi tempat menunggu kat dalam. Lagi bersimpang siur dan ramai orang. Sejam menunggu akhirnya sampai juga turn kitorang. Time sampai tu pukul 3 petang and still lagi panas. Masa sampai kat Vivekananda Rock Temple tu, semua visitor kena buka kasut dan selipar. Kena berkaki ayam. Bayangkan dengan cuaca yang panas tu ko kena berjalan dengan bekaki ayam atas batu. Indian takpe la dorang dah biasa, even pergi memana pon dorang lebih selesa berkaki ayam. Kami yang tak biasa nie, macam menari sambil terlompat-lompat. Nasib baik takde lagu hindustan. Kalau tak dah bertukar baju dan siap guling-guling atas batu. hehehe.... Kitorang pergi amik gambar then balik ke darat balik. Beratur nak naik feri punya la lama, tapi pergi temple tu x sampai pon sejam. 



Balik dari temple tu kitorang singgah lagi satu tempat aku pon x tahu nama apa. Tak silap aku, kat situ tempat Mahatma Gandhi bertapa ke ape ntah. Kat sini ade satu cerita yang sangat x boleh dilupakan. Sebelum nak masuk tu ade sorang pak cik tua nie, dia penjaga kat tempat tu. Dia datang kat kitorang dan kenalkan diri die. Die tnye yang kitorang nie muslim ke? Lepas tu die pon ngaku yang die muslim. Die bawak kitorang masuk dalam kat betul2 tengah kawasan dalam monumen tu. Actually kalau visitor yang datang melawat hanya dibenarkan jalan-jalan kat kawasan tepi2x je. Lepas tu dia cakap, kalau kitorang x caya die muslim, biar die buktikan, dia pon baca surah Al-Fatihah. Aku x tahu la slang die ke yang pelik atau bacaan die yang x betul. Aku memang malas nak layan sangat. Die pon cerita la pasal salah silah tempat tu. Macam biasa bahasa yang digunakan ialah BI Yennadey Purenggey, so memang susah nak faham. Last-last die buka buku dan hulur kat kitorang mintak duit. Sedekah katanya, kebetulan dalam poket seluar aku ade Rs50 aku pon bagi la. Kawan aku pulak bagi Rs10. Then die tolak cakap xnak sebab sikit sangat. Boleh pulak camtu. Kata sedekah. Kitorang ade 6 orang tapi 4 orang je bagi. Dia mintak kat lagi dua, tapi kawan aku cakap kitorang share. Terus buat muka x puas hati. Aku orang pertama yang blah sebab malas nak layan lelama takut nanti benda lain pulak die nak pawww....

Nie tempat orang menunggu untuk tengok sunset dan sunrise. Time kitorang sampai nie pon dah ramai orang tunggu nak  tengok sunset.
Salah satu monumen yang ade kat tempat menunggu sunset. Kalau sini ada jadual untuk tengok sunrise dan sunset.
Lepas tu ingat dah nak balik sebab time tu dah agak lewat sebab kitorang nak kena tunggu bas dan pergi Nagercoil dulu untuk amik bas ke U kitorang. Kawan kitorg sorang nie nak sangat pergi kat tempat paling hujung kat India tu. Kat situ ade satu tempat menunggu untuk orang tengok sunrise dan sunset. Time tu plak memang dah nak dekat sunset jadi ramai la orang yang sedang menunggu. Kitorang pon pergi kejap amik gambar. At least dah sampai Kanyakumari tu, sempat jugak jejak kaki kat tempat paling selatan paling hujung kat India. Amik gambar dan terus blah. Dalam perjalanan tu, budak India duk call sebab warden dah risau kitorang dari pagi tak balik-balik. Hahaa.... Lepas amik gambar terus balik U. Sampai U berlakon lagi cakap yang kitorang pergi Nagercoil sebab nak withdraw duit, Bank kat Thuckalay rosak. Alasan diterima masuk bilik senyum lebar. Minggu depn berlakon lagi untuk pergi tempat lain pulak. banyak betul ilmu aku dapat time praktikal kat sini. Ilmu berlakon pon termasuk sekali. hehehee...

(ape masalah blogspot nie, aku nak upload gambar xleh)

Comments

  1. Thanks sebab sudi baca. hehee

    ReplyDelete
  2. sungguh seronok pergi India .He.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan emas di negri org, negeri sendiri tetap terbaik. cewah. hehe
      Dtg praktikal je kat sini tp selalu curi2x berjalan. hehee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...