Skip to main content

Hujung minggu seorang banduan di Nagercoil.

Semalam kitorang curi-curi fly pergi Nagercoil macam banduan. Macam apa yang aku cerita sebelum nie. Rules kat sini sangatlah ketat macam penjara. Nak keluar pon tak dapat. Disebabkan semalam weekend so kitorang minta permission untuk keluar. Budak FKE cerita selalu memang susah untuk dapat permission nak keluar. Cume die akan bagi kalau macam alasan kitorang sangat kukuh. Kebetulan member aku nak cari mouse sebab nak guna untuk projek, so call la staff yg jaga kitorang tu dan die pon bagi la keluar. Tu pon boleh pergi Thuckalay je, Negercoil die tak bagi. Thuckalay nie dekat jer, 10 minit dah sampai. Tapi pekan kecik jer. Xde pape sangat kalau nak beli. So semalam kitorang nekad nak fly pergi Nagercoil untuk pergi Rajas Mall.
Antara muke-muke yang fly semalam. haha... Ade lagi sorang, tengah busy beli barang so xde dalam gambar.
Mula-mula kitorang perlu dapatkan Gate Pass dari Warden, sampai gate tunggu bas then turun kat junction, tambang Rs5 = RM0.30. Sampai junction tu plak kitorang amik next bas untuk ke Negercoil, tambang Rs10 = RM0.60. Murah giler, perjalanan dalam 30 minit jugak la. Bas Rapit kat UiTM, tak sampai 1km pon dah charge RM1.00. Dalam bas tu, aku dapat duduk seat tepi tingkap. memang sangat-sangat best. Dapat tengok persekitaran dan kehidupan masyarakat kat India. Jauh perjalanan Luas Permandangan.

Bus Stop depan U kitorang. Kena menapak dari gate utama. Dah la cuaca panas.
Port yang paling best bila naik kenderaan ialah tepi tingkap. Naikflight pon nak duk tepi tingkap. Hoyeah....
Antara permandangan yang menarik yang boleh dilihat sepanjang perjalanan kitorang dari Kumaracoil ke Nagercoil.

Sampai je stesen bas Nagercoil, kitorang amik Auto Rickshaw pergi ke Rajas Mall. Sebelum nak sampai ke stesen bas tu, aku terkejut giler bila nampak Penjahat Angry Bird yang warna hijau tu bersepah-sepah kat stesen bas tu. Kalau yang tak pernah main game Angry Bird tu biar aku bagi hint, alah menatang yang oink-oink warna pink tu. Tapi kat sini bukan warna pink, warna hitam. Mula-mula aku ingatkan kambing, tapi gemuk semacam jer, kaki kontot plak tu. Si oink-oink tu sondol sampah. Kawasan yang aku pergi nie sangatlah kotor, dorang buang sampah merata dan buang air aka kecing pon merata. Even depan orang ramai. Berak aku tak pernah jumpa lagi. Tapi yang peliknya si oink-oink kat sini tak takut plak manusia, kalau kat Malaysia dah nak pupus rasanya.

Nie la Stesen Bas Nagercoil tu. Aku tak sempat nak amik gambar si oink-oink tu sebab geli giler tengok.
Dah jadi kebiasaan bagi dorang, tak pakai selipar dan pakai kain macam kat atas tu. Pompuan yang tak leh tahan nafsu jangan datang sini. =)
Aku pergi Nagercoil nie 6 orang. So semasa nak naik auto rickshaw nie, kitorang naik enam-enam skali. Padahal benda tu boleh muat 3 orang jer. tak pernah dibuat orang. Orang India yang lalu sebelah kitorang pon pandang semacam jer sebab bontot terkeluar. hahaha..... Pengalaman yang sangat tak boleh dilupakan. AKu rasa kalau kat Malaysia confirm dah kena saman ngan JPJ atau Polis trafik. tambang die Rs100 = RM6 untuk 6 orang. Sampai la depan Rajas Mall. Aku ingat bila nama MALL nie besar la sangat, rupanya lagi besar The Store kat Perlis. Kitorang pergi beli barang skit then pergi makan kat ChicKing. Buskin Robin pon ade cume macam xde orang je yang makan. Maybe sbb mahal sangat kot. Aku pon x suke sangat BR tu. Aiskrim Mat Kool lagi best.

 
Nie la ghope Rajas Mall tu. Korang boleh anggarkan sendiri besar mana.



Clock Tower tengah Bandar Ngercoil. Dibina pada tahun 1893.
Anna Stadium. Aku tak tahu la nie stadium bola ke stadium kriket. Yang 3 biji kat depan tu, tu la Auto Rickshaw.

Junk Food yang dorang jual semua gantung-gantung. Menarik je nampak.
Lebih kurang camni la suasana kat bandar dorang. Banyak kedai tutup pada hari ahad,
Jangan terkejut bila korang datang sini nampak hotel bersepah. Padahal bukan hotel pon tapi kedai makan. Dorang panggil hotel.

Lepas je makan kitorang jejalan sekitar bandar Nagercoil tu. Banyak kedai yang tutup sebab ahad hari cuti dorang kot. Dorang banyak bina deretan kedai kat betul-betul tepi jalan. Memang muat-muat untuk kereta lalu jer. Nak parking pon x dapat. Ngan berdebunya. Kalau korang nak jalan kaki pon rasa macam takut giler sebab bila bas lalu, rasa macam nak langgar korang je. Paling tak tahan ialah bunyi hon. Dah memang kebiasaan bagi dorang bunyi hon tu, kalau xde bunyi jadi macam pelik pulak. Jalan punya jalan last sampai balik kat Stesen Bas yg kami stop awal-awal tadi. Tak perasan pon yang jauh jugak kami berjalan sebenarnya. Dari Nagercoil nak balik Thuckalay tu berapa buah bas dah yang kami salah naik. Last-last jumpa jugak. 

Sampai Thuckalay tu kitorang singgah kat Restoren Nahu untuk makan malam. Selalunya bile keluar mesti singgah restoren nie dan makan puas-puas sebab makanan kat hostel sangatlah tidak begitu mengiurkan. Aku order beriani kambing. Makan-makan, borak-borak. Dah habis makan, kami balik ke NIU. Actually kitorang kena masuk sebelum pukul 6 petang. Tapi kami sampai hostel pukul 7.20 malam. Warden tegur la jugak tapi die tak berani marah sebab kami nie foreigner. Hahaha....
Nie plak pekan Thuckalay. Kitorang singgah untuk makan malam.
Jalan kat sini sangat-sangat busy. nak melintas jalan pon takut, mengucap dulu baru lintas. :)
Kekenyangan....... Hanya gambar mampu berkata-kata.
 

Actually ape yang aku cerita nie berdasarkan pengalaman aku. Mungkin nampak macam banyak kritikan dan rasa tak puas ati. Maybe tu cara aku pandang persekitaran yang mungkin tak biasa bagi aku. Lain orang lain pendapat so kalau ko rasa ok bagi ko, teruskan.Tak semua benda yang aku alami kat sini tak BEST. Banyak benda yang seronok sebenarny dan mungkin aku xkan dapat rasai dekat Malaysia. Ini adalah apa yang aku rasai buat masa ini dan mana tahu suatu hari nanti aku dah celik minda so aku boleh musahabah balik diri aku bila aku baca entry nie. Okay....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...