OK ke TamilNadu,INDIA?

Alhamdulillah aku dah pon sampai Tamil Nadu, India. Dah hampir seminggu kat sini. Dari first day sampai la hari nie, macam-macam dugaan yang aku tempuh. Apa yang paling tak boleh lupa masa first day kitorang datang sini. Ketiga-tiga tak pernah jejak kaki kat India so banyak jugak la masalahnya. Dah la pihak Universiti yg kitorang nak wat praktikal nie tak tahu pon kitorang nak datang hari tu sbb kitorang dah banyak sangat delay tarikh gara-gara masalah visa. So kehulur-kehilir kitorang cari public phone nak call pihak U, dah banyak kali try tapi xde jugak yang angkat. FYI kitorang terpaksa transit kat Chennai selama 7 jam sebelum nak ke Airport Thiruvanathapuram. So selama kat airport tu kitorang sangatlah macam orang giler tak tahu nak buat ape. Nak makan pon risau takut makanan tak HALAL. Nak rehat pon xde tempat menunggu sbb kitorang hanya dibenarkan masuk ke dalam airport tu 2 hour before flight nak berlepas. Last2 keajaiban berlaku, beberapa minit je sebelum kitorang nak naik flight, kitorang buat panggilan lagi (mmg kental dan x berputus asa), panggilan tu terjawab jugak akhirnya. Alhamdulillah sampai je airport Thiruvanathapuram, ade yang amik kami untuk ke Noorul Islam Universiti (NIU). Berjam-jam kami travel, satu hari tu dah lebih dari 24 jam sebab waktu kat India nie lewat 2 jam 30 minit dari Malaysia.

Bandar Chennai, sangat padat. Yang hijau tu pon maybe padang kriket. hehee

Ramai yang tanya aku, ape ok ke duk sana? Makanan camne? Beza ke ngan Malaysia? So banyak sangat soalan dan aku pon penat dah nak jawab kat FB Chat tu. Dah la line selowwww nak mampuih.... Macam guna broadband celcom time hujung2x bulan. So alang-alang aku dah rajin nak menaip panjang nie, so aku nak cerita dan jawab la soalan korang tu. Aku cerita benda yang OK dulu baru TAK OK, okay?? 

Kat Tamil Nadu nie actually kawasan yang sangat miskin, so kebanyakan orang kat sini pon macam golongan bawah-bawah. Kalau korang ingat lagi pasal sejarah,korang mesti ingat pasal sistem kasta yang diamalkan di India. So masyarakat dorang nie xde lah belagak sangat. Boleh la nak layan and nak buat kawan. Tapi awal-awal tu muke dorang memang sangat ketat. Aku senyum pon dorang buat dekkkk jer... Padahal jauh disudut hati, dorang nak je tegur kitorang. Bila dah tegur tu, nah amik ko, ramah plak dorang nie. Macam-macam soalan dorang tanye. Last2x aku pulak malas nak layan sebab SUSAH GILER KOT NAK FAHAM. Dorang cakap BI versi yennadey purenggey. 

Antara kawan-kawan kat sini yang kitorang kenal. Selalu datang lepak bilik aku malam-malam. Nasib baik time tu x black out. hahahaaa
Suasana semasa sembahyang jumaat. Sangat-sangat kagum ngan dorang. Even fasiliti tak sebagus Malaysia tapi dorang still tunaikan ibadah dengan sebaik-baiknya. Yang baca khutbah tu pon student jugak.
Bas dorang, pompuan kat depan, lelaki kat belakang. Kat malaysia train je ade koc perempuan.

Lagi satu yang bagusnya pasal dorang nie ialah, dorang sangat beriya-iya kalau nak tolong. Example lecturer dorang, bila kitorang x faham pasal something tu. Gigih dia ajar sampai kitorang faham. Memang x kedekut ilmu. Kalau nak diikutkan padahal kitorang nie foreigner dan bukan nak menyumbang kat negara dorang pon, tapi dorang macam tak fikir semua tu. So kepada bebudak Malaysia dan senantero dunia, contohilah style dorang nie. Kedekut ilmu tak ke mana pon. Ilmu tu Allah jugak yg bagi.
Rupa kelas dorang. Xde la secanggih Malaysia tapi dorang still datang kelas untuk menuntut ilmu. Budak Malaysia xde aircond pon dah bising.
Dari segi suasana plak, basically sama je macam Malaysia tapi kat area-area kampung. Ko bayangkan kampung mak nenek ko tu semua jiran-jirannya ialah orang India. So macam tu la rupanya. NIU nie terletak kat pedalaman, nama tempatnya ialah Kumaracoil. Dikelilingi bukit bukau dan ladang pokok kelapa dan pisang. Sangatlah la hulu. 

Dan ape yang TAK OK nye kat sini? First skali ialah MAKANAN, aku sangat takleh terima makanan yang disediakan kat hostel aku duduk nie. Owh kejap, actually kan U dorang nie tak macam kat Malaysia. Dorang belajar 6 hari dalam 1 minggu. Hari Ahad je cuti. Mostly students duk hostel. Dorang pergi kelas kena pakai uniform, macam budak sekolah. Baju dorang berbeza mengikut batch. Kelas pulak full dari 9.30 pagi sampai pukul 4.30 petang. rehat kejap time tengah hari. Xdenye macam U kat Malaysia, gaps bersepah. Siap sempat balik rumah print assignment bagai. Kat sini jangan haraplah. Dahla setiap hari akan ade principle yang berjaga kat jalan nak ke kelas. Die akan marah student2x yang datang lambat. SEJIBIK macam sekolah kot. Banyak lagi la, ko bayangkan sistem sekolah diguna pakai dekat U. Eh aku nie dah jauh sangat dari topik makanan. Okay back to makanan. Makanan kat hostel nie sangatlah fail. Hari-hari menu dia mesti DAL, CURRY, dan pape je la yang guna banyak nak mampus rempah. Tukang masak sini plak hindus jadi dorang nie vegetarians, makanan yang die masak pon untuk vegetarians je la. Cube ko banyangkan hari-hari ko makan nasi ngan sayur je. Nak diet boleh la. Kalau macam aku yang memang slim nie confirm la makin slim. Disebabkan kitorang nie foreigner die pon bagi la special skit iaitu telur rebus sebiji. SPECIAL SANGAT......

Agak-agak korang berselera tak hari-hari makan cam nie? Bawang bersepah. Tu la punaca bau badan.

Makan pagi. Yang nie antara menu yang okay la....

Lagi satu sini cuaca die sangatlah panas. Panas giler kot. Even kat Malaysia pon panas, tapi sini lagi panas. Salah satu punya dorang nie kulit gelap maybe sebab cuaca la kot. Hari-hari kena menapak pergi kelas. Dah la jauh panas pulak tu. Aku pon dah nak lebih kurang cam dorang dah.  Pokok-pokok area NIU nie pon kering jer. Macam kat Malaysia, slalunya orang kita suka tanam pokok bunga tapi kat sini dorang lebih suka tanam pokok yang dapat hasil contohnya pokok kelapa, pokok mangga, cempedak dan macam-macam lagi la. Senang ade buah je boleh terus petik. nasib baik xde pokok durian. Pokok kelapa pon dah buat aku risau. Kalau jatuh atas kepala, memang Innalillah la jawabnya....

Gunung-ganang yang kering kontang.
Selain makanan, benda yang aku tak suka kat sini ialah kitorang duduk hostel yang rule nya macam penjara. Nak kuar pon xboleh. Hari-hari duk dalam bilik jer. Macam orang takde life. Dah la aku nie suke berjalan. Lagi satu masalah ialah sini selalu giler black out. Dalam sehari 5 hingga 6 kali balck out. Kitorang dah siap hafal bila time2 akan black out. Nasib baik la kat sini ade 4 orang budak Malaysia yang dah datang awal 2 bulan dari kitorang. So boleh la kitorang tnye ape yang tak tahu.

Tak semua benda yang tak OK. Bagi aku OK jer. Cume certain benda tu amik masa untuk aku biasakan. macam makanan tu la. Kalau hari-hari dah makan tu, mungkin aku akan biasa. So tahan je la. Aku kat sini pon cume empat bulan. Seriously aku lagi suka Tanah Tumpah Darahku. Setakat nie untuk kali nie. Nanti aku cerita lagi. :)


Comments

  1. salam..bru bce post kau ni..hehe seriously menarik pengalam kau..tang makanan tu la paling xleh blah..oh baru kau tau betapa best nya MALAYSIA skg..FYI hri ni kt rumah makan tomyam ayam..hoho=P
    keep writing about this..intereesting sungguh!

    ReplyDelete
  2. hahaha..... ngnajing hanan.... lepas balik Malaysia aku nak ko buatkan sushi. Bekas ari tu ko x pulangkan lagikan? Tu bekas kakak wan sa. Aku pon main amik je. hehee...... Meh la datang sini.BEST. hehee

    ReplyDelete
  3. haha..hari ni makan ikan masak kicap..lalala~
    kau mkn ape?hoho:))
    aah bekas tu ade lgi ngn aku..smlm bru tetgk gmbr aku tngkp sushi kau antr tu..sedap2..sane ade sushi?ngeh2
    nti kau blik aku bwt sushi kn..hehe

    ReplyDelete
  4. arghhhhh tension... ari pon lauk telur la. ko tengok kat instagram tu.
    sini xde sushi la. aku x jumpa lagi. haha... dorang makan kari je lebih. sushi mana main. hehee.... nt dah balik malaysia aku tuntut K. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamuaalaikum..awak still lagi kat chennai ke?

      Delete
    2. Waalaikumusalam... saya kat Kanyakumari, TamilNadu... Bukan chennai.... :)
      Kenapa yer??

      Delete
  5. Aduhai...tatau nak ckp pe la. Klu sy le yg merasa, mmg stress. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..... rasanya kalau perempuan mesti lagi ketat rules die.... rasanya benda nie just kat area tamilnadu je... tempat lain dngar criter macam ok SIKIT. hehee

      Delete
  6. Azwan smbg bljr ke ket India tu?course engineering ke ?came apply India?

    ReplyDelete
  7. Smbung bljr kt India ke?bkn ke engineering mas x hntr ke India?camne apply India?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, saya bukan sambung belajar. CUma terpilih untuk buat lantihan Industri di India. Sepatutnya LI nie kat Malaysia je, tapi Universiti hantar pergi sana selama 4 bulan. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum. Tumpang tanya, NIU tu dekat Kerala ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NIU dalam negeri Tamilnadu tapi berdekatan dengan Kerala...Dari NIU cuma 2 jam 30 minit je naik bas ke Trivandrum, Kerala. Airport plg dekat kat nak ke NIU pon kena turun kat Trivandrum....

      Delete
    2. Oh tq. Boleh sy tahu suasana n persekitaran Kerala mcm mana?

      Delete
    3. Actually Kerala nie a big state mcm sarawak kot... So kalau nak ckp pasal kerala nie mcm too general. Saya cuma pernah ke Trivandrum/Thiruvanathapuram je..... Trivandrum nie kira macam ibu negeri kat Kerala tp not much development. Cuma bandar biasa yang banyak historical monuments. Dari segi persekitaran x berapa nak bersih, berdebu dan panas. Hehe... Orang kat Kerala ckp bahasa malayalam... berbeza ngan Tamilnadu, dorang cakap Urdu. Nak cari makanan halal pon senang sbb ramai org Islam. :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts