Kebaikan Dibalas Dengan Keaiban

Assalamualikum, petang sabtu dengan mood yang bercelaru. Mungkin blog satu-satunya tempat yang aku boleh luahkan ape yang aku rasa. Aku tak minta orang baca. Cuma biarlah ia menjadi diari hidup aku bila aku kenangkan balik setiap detik dan saat aku yang mungkin menjadi perkara silam beberapa detik sahaja lagi.

Kecelaruan dalam berkawan. Aku mungkin ramai kawan, tapi sejak kebelakangan ini aku rasa macam aku ramai musuh dan golongan yang membenci aku. Mungkin kebencian yang wujud tu juga disebabkan kesalahan aku sendiri. Tapi cume aku minta satu jer, tolong jangan jadi manusia yang hipokrit dan cari aku hanya bila perlu. Dari dulu aku perasan, ramai yang datang minta tolong bila susah. Tapi bercerita keburukan aku bila belakang-belakang. Aku tak minta ko balas balik apa yang aku bagi, cuma aku tak faham kenapa salah aku yang korang cari. Aku tak pernah burukan korang pada orang lain. 

Usah kau ceritakan cerita silam aku yang kau sendiri pon tak tahu sama ada betul atau tidak. Dan kau si pembawa mulut. Aku Terima Kasih banyak-banyak. Menceritakan keaibkan aku semasa zaman Diploma yang tanpa ko tahu bahawa itu hanya sekadar fitnah. Aku ada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa aku adalah orang yang tak bersalah dan mengapa aku dijadikan subjek topik perbualan yang penuh dengan dosa antara korang.

Aku tahu mungkin kerana kelantangan aku, korang berasa tidak selesa. tapi kenapa kelantangan itu yang kau takut sedangkan kepalsuan yang mungkin menjadi duri dalam daging itu lebih pedih. Aku mungkin boleh cerita apa yang mereka canangkan pasal kau kat belakang, tapi bila depan2x dialah malaikat yang selalu puji kau. 

22 tahun. Macam-macam manusia dah aku jumpa. Tak kunafikan ramai yang berpewatakan baik dan disenangi. Tapi muncul seorang musuh, sudah cukup dikatakan ramai. Tiada sesiapa mahukan musuh kecuali lawan boleh menjadi kawan.

Jika aku diberi peluang, aku mahu belayar ke suatu tempat yang tiada seorang pon mengenali aku. Biar jauh sampai ke bulan, kalau itu membuat aku aman. Biar kudrat aku pertaruhkan, janji hasilnya jadi kenyataan.

Sampai satu masa, aku rasa menyesal meneruskan hidup sebagai pelajar UiTM yang mengambil bidang Kejuruteraan Awam. Sape yang mungkin terasa dengan entry nie, aku harap ko faham apa maksud aku. Stop making a story about ME, if i never bother your life and even mention you name in my conversation.

Comments

  1. hm, faham sgt2 sbb selalu jugak jumpa org camtu....sabarlah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... hehehe... dan terima kasih juga sbb sudi baca. :)

    ReplyDelete
  3. Bersabarlah wahai hati..biasalah,kita xdpt nk puaskan hati smua org..huhu

    ReplyDelete
  4. Thanks friends, even though we dont know each other, but experiences make us lived in the same boat. hehe (^_^)V

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts