Skip to main content

Kebaikan Dibalas Dengan Keaiban

Assalamualikum, petang sabtu dengan mood yang bercelaru. Mungkin blog satu-satunya tempat yang aku boleh luahkan ape yang aku rasa. Aku tak minta orang baca. Cuma biarlah ia menjadi diari hidup aku bila aku kenangkan balik setiap detik dan saat aku yang mungkin menjadi perkara silam beberapa detik sahaja lagi.

Kecelaruan dalam berkawan. Aku mungkin ramai kawan, tapi sejak kebelakangan ini aku rasa macam aku ramai musuh dan golongan yang membenci aku. Mungkin kebencian yang wujud tu juga disebabkan kesalahan aku sendiri. Tapi cume aku minta satu jer, tolong jangan jadi manusia yang hipokrit dan cari aku hanya bila perlu. Dari dulu aku perasan, ramai yang datang minta tolong bila susah. Tapi bercerita keburukan aku bila belakang-belakang. Aku tak minta ko balas balik apa yang aku bagi, cuma aku tak faham kenapa salah aku yang korang cari. Aku tak pernah burukan korang pada orang lain. 

Usah kau ceritakan cerita silam aku yang kau sendiri pon tak tahu sama ada betul atau tidak. Dan kau si pembawa mulut. Aku Terima Kasih banyak-banyak. Menceritakan keaibkan aku semasa zaman Diploma yang tanpa ko tahu bahawa itu hanya sekadar fitnah. Aku ada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa aku adalah orang yang tak bersalah dan mengapa aku dijadikan subjek topik perbualan yang penuh dengan dosa antara korang.

Aku tahu mungkin kerana kelantangan aku, korang berasa tidak selesa. tapi kenapa kelantangan itu yang kau takut sedangkan kepalsuan yang mungkin menjadi duri dalam daging itu lebih pedih. Aku mungkin boleh cerita apa yang mereka canangkan pasal kau kat belakang, tapi bila depan2x dialah malaikat yang selalu puji kau. 

22 tahun. Macam-macam manusia dah aku jumpa. Tak kunafikan ramai yang berpewatakan baik dan disenangi. Tapi muncul seorang musuh, sudah cukup dikatakan ramai. Tiada sesiapa mahukan musuh kecuali lawan boleh menjadi kawan.

Jika aku diberi peluang, aku mahu belayar ke suatu tempat yang tiada seorang pon mengenali aku. Biar jauh sampai ke bulan, kalau itu membuat aku aman. Biar kudrat aku pertaruhkan, janji hasilnya jadi kenyataan.

Sampai satu masa, aku rasa menyesal meneruskan hidup sebagai pelajar UiTM yang mengambil bidang Kejuruteraan Awam. Sape yang mungkin terasa dengan entry nie, aku harap ko faham apa maksud aku. Stop making a story about ME, if i never bother your life and even mention you name in my conversation.

Comments

  1. hm, faham sgt2 sbb selalu jugak jumpa org camtu....sabarlah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... hehehe... dan terima kasih juga sbb sudi baca. :)

    ReplyDelete
  3. Bersabarlah wahai hati..biasalah,kita xdpt nk puaskan hati smua org..huhu

    ReplyDelete
  4. Thanks friends, even though we dont know each other, but experiences make us lived in the same boat. hehe (^_^)V

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) Ni

Apabila Loghat Tganu di Bakukan.

Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu  (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee....  Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat... Mu