Skip to main content

Pasir Putih Versi Surabaya, Indonesia

Salam, next entry kali nie pasal Surabaya jugak, tapi kali nie tempatnya ialah Pasir Putih. Kat Malaysia pon ade gak nama tempat camni, tapi Pasir Putih kat Surabaya nie memang jauh sekali ngan Malaysia. Kami pergi ke Pasir Putih pada Hari ke-3. Selepas balik dari Gunung Bromo, kami singgah Pesantren Ulil Albab jap untuk buat program bersama adik-adik kat sana. Then petang tu lepas minum petang kami gerak ke Pasir Putih. Malam tu kami buat BBQ, bakar ikan, bakar Udang, sate kambing dan macam-macam lagi la. Tapi menu yang wajib ada ialah Sup kambing. Hari-hari mesti makan kambing. Nasib baik la aku xdek alergik ngan kambing. Lepas je makan malam, kami lepak kat pantai main game TRUE & DARE. macam-macam soalan la yang diajukan, soalan faveret mesti pasal peribadi, minat sape? Suke sape? Ciri-cri wanita/lelaki idaman? Nyesal aku main..... hahaha.... Yang x tahan, siap kaunselor pon main sekali. Cayalah PEERs, semua sporting. 

Bila orang lain kena tanye soalan, semua seronok je tanye macam-macam. Tapi bila diri sendiri kena cuak sampai nak tercabut jantung.

Nasib baik semua sporting. Dan paling best malam tu semua rahsia terbongkar. Tapi antara kami-kami jer. Janji x pecah dimulut, biar pecah diperut. hehehe
  
Macam biasa lah, part paling penting bergambar. Tapi semua gambar nie captured by Najmi dan Farah sebab dorang guna DSLR, aku setakat camera compact ape la sangat kan? Thanks kat korang, walaupun dalam air still snggup amik gambar kitorang yang memang giler bergambar nie.

Thanks to farah Afiza for this pic and other pics too... Ape yang paling x best bila jadi photographer ialah mesti gambar korang x de. Hahaha..... Tapi jasamu tetap dikenang.
Giler bergambar punyer pasal, sampai pukul 3 pagi baru kami tidur. Esok kononye nak bangun awal untuk tengok sunrise last2x lajak sampai nak sunset dah. hahaha.....Bangun je pagi tu aku cepat2x berlari ke pantai sebab ingat semua dah syok berendam dalam air. Tapi bila tengok asal xde orang. Rupanya semua tengah tidur sebab penat panjat Bromo semalam kot. Alang2x dah bangun, aku jalan la kat pantai, then nampak la Farah Afiza, farah Athira, Shafikah ngan Izwan ngah berjalan-jalan dalam air. Aku pon ape lagi terus masuk air kejar dorang.

Pagi2x lagi, dorang dah turun ke laut untuk cari rezeki, yang kitorang masih membuta kat bilik. TERUK. hehe....
Then Farah Afiza balik bilik amik camera. Kitorang apa lagi, bermulalah sesi pencarian Model PEERs (Ceh bajet nak mampuih) Semua angle kami snap, elevation view la, plan view la. Nasib abik camera tu x water proof, kalau x dalam air pon kami amik gambar. hehehe......

Photo by Najmi : Siyes cantik... Air jernih giler, padahal bukannya pulau je ape. tapi jernih boleh nampak dasar. Siap ade coral lagi.
 
Gambar paling bajet....... Photo by farah Afiza
Nie la antara model-model yang beraksi ari tu. Semua FREE OF CHARGE. hahahaa....
Selesai je bergambar then nampak Ustaz yang bawak kitorang tu panggil ajak naik kapal layar. Aku apa lagi terus berlari sebab dari semalam lagi excited nak naik kapal tu. Satu kapal boleh naik 6-7 orang. Time tu semua dah bangun tidur. Bermulalah pengembaraan kitorang ke laut dalam.

Macam biasa, gambar tu paling penting. Sebagai bukti sebab kalau cerita tanpa bukti mesti ramai yang tak percaya kan?

Mula-mula aku naik bot nie, tapi disebakan xde seorang pon yang bawak kamera kat atas bot nie, so aku pindah pergi bot lain. hahahaha......

Tadi kat depan, sekrang aku kat belakang. hahaha

Semua muka teruja, tapi aku COOL jer..... hahaha....

Sampai ke tengah laut, semua pakat terjun walaupun tak pandai berenang. Cayalah kat budak-budak nie. Budak perempuan apetah lagi. Dasyat betul la diorang, padahal zero bab berenang. Disebabkan rumah aku kat Terengganu pon dekat ngan pantai, dan selalu sangat mandi pantai, so xde masalah lah bab berenang nie. Macam2x stroke aku buat, tapi tak bergerak pon, statik je.

Tengok, padahal air tu punye lah dalam.... tapi camne dorang boleh terapung pun tak tahu. Aku kat bot yg paling belakang tu. hajat nak berlayar Sampai BALI, tapi minyak abes lak. (macam guna minyak plak kan) :)
Hantu muncul dari dalam air..... (O_O)
Ciptaan kreatif, dorang Buat box yang bawahnya dibuat dari kaca untuk kitorang tengok coral kat bawah. Siyes cantik wa cakap lu..... So x perlulah kitorang pakai mask untuk tengok hidupan dasar laut tu.
batu karang yang tajam giler, berdarah kaki aku pijak batu karang nie.
  
Landak laut pon banyak, nasib baik la tak terpijak.
 



 
macam berlumba ade gak..... tapi semua muatan berat-berat. nasib baik x guna enjin. hahaha

Selesai naik kapal, kami main renang berirama plak. (Kejadah ko renang berirama, bajet olympic ke ape) Haha.... Disebabkan cuaca agak panas dan takut sunburn, aku pon bertukar jadi lelaki solehah. (Bajet Kulit Putih Melepak) Sebab x melepak la aku takut. Takut jadi Mat Negro. balik Malaysia semua dah tak cam. Hahhaa....


Tadaaaa..................................
Close Up...
Skuad Renang Berirama yang mewakili Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam.

Lepas mandi-manda, kitorang sewa kayak plak. Satu Kayak ialah 30,000 Rp. Lebih kurang RM10, dan korang boleh main berapa lame korang nak. Tapi tak tahan sebab cuaca makin panas.








Balik tu bersemua dah bertukar warna, even aku yang berlitup pon dah makin gelap. Lagi la budak-budak yang bajet cam mat saleh berjemur nie. Hehe.... tapi yang paling penting ialah kepuasan dan pengalaman. Pasir Putih nie pon antara tempat yang korang wajib pergi kalau pergi Surabaya.



Comments

Popular posts from this blog

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

TIPS MELANCONG KE BEIJING Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain. Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana,...

Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari

  ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND Tips Bajet ke New Zealand Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan. 1) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage) *Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe) ...

Pendakian Gunung Silabur, Serian, Sarawak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam lama aku tak menaip kat sini. Walaupun ada banyak draft post yang aku dah karang tapi tak share sampai sekarang sebab malas nak selongkar gambar. Cerita dah siap cuma gambar je tak ada. Tengok la kalau rajin (susah aku nak dapat mood rajin) nanti aku publish. Untuk post kali ni aku nak cerita pengalaman aku mendaki Gunung Silabur di Serian Sarawak. Kononnya pendakian ni sebab nak training sebelum aku mendaki Gunung Kinabalu hujung minggu ni. So gigih la aku plan dan call untuk buat booking segala tempat (Padahal 2 tempat je) yang available minggu tu. Plan asal kitorang nak ke Bengoh Range lepas tengok ade orang viralkan tempat ni kat FB, tapi untuk minggu yang kami nak pergi ni guide tak avaibale. Dah fully booked. Kuasa viral. Terus ramai orang nak pergi situ. Termasuklah kitorang. Haha....  Kemudian kitorang decide untuk ke Gunung Silabur. Unntuk ke Gunung Silabur ni, korang perlu menggunakan perkhidmatan guide dan dikenakan ti...